Monday, July 14, 2008

Dewan Rakyat tolak usul tidak percaya dari dibahaskan

KUALA LUMPUR, 14 Julai: Speaker Dewan Rakyat menolak usul tidak percaya kepada Perdana Menteri yang dikemukakan oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dari dibahaskan.

Ekoran itu, semua wakil rakyat Pakatan Rakyat keluar meninggalkan Dewan Rakyat.

Usul itu dikemukakan Wan Azizan dengan diiringi wakil-wakil PAS dan DAP di Pejabat Speaker pagi Khamis lepas.

Pengumuman penolakannya dibuat oleh Speaker, Datuk Seri Pendekar Amin Haji Mulia pagi ini.

Penolakan itu menimbulkan kekecohan di Dewan Rakyat termasuklah usaha untuk memindanya agar ianya boleh terus dibahaskan oleh Dewan Rakyat.

Ekoran dari tindakan pembangkang meninggalkan Dewan, sidangnya berjalan dengan hambar dan hanya wakil-wakil rakyat BN bertanya soalan untuk sessi soal jawab.

Tiga hari menjelang sidang hari ini, iaitu Jumaat, Sabtu dan Ahad, polis telah membuat sekatan di semua jalan raya menuju ke bangunan Parlimen.

Polis juga mendapatkan perintah mahkamah untuk menghalang penyokong Pakatan Rakyat ke Dewan Rakyat.

Pagi tadi, kekecohan berlaku apabila wartawan turut dihalang dari memasuki Dewan Rakyat untuk membuat liputan, namun ia dibenarkan semula kemudian.

Mereka dibenarkan masuk apabila Bung Mokhtar Radin, Timbalan Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan (BN - Kinabatangan) memberitahu polis wartawan yang mempunyai pass wartawan dari Jabatan Penerangan dibenarkan masuk.

Dalam sidang media selepas keluar dari Dewan, Wan Azizah berkata, mereka tidak berpuashati dengan cara usul itu ditolak.

Mereka juga tidak berpuashati dengan tindakan polis membuat sekatan jalan raya dan menampalkan notis di merata-rata tempat tentang larangan berhimpun di Parlimen padahal tidak ada mana-mana pihak membuat rancangan untuk berhimpun itu.

Bagi mereka, tindakan polis ini membayangkan polis tidak mempunyai maklumat yang tepat mengenainya dan bertindak atas andaian semata-mata.

Anggota Parlimen Kubang Kerian, Salahudin Ayub pula telah menemui secara langsung Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar bagi bertanyakan hal ini.

Syed Hamid berkata, polis bertindak untuk keselamatan dan berdasarkan maklumat yang mereka ada.

28 comments:

abe MIE 'TERJAH' said...

salam...

baguslah kalau tolak undi tidak percaya. Rakyat dah bagi mandat kat BN dan PR. Jadi kenapa mereka masih main politik lagi. Buat kerja lah. Dan Anwar kenapa dia masih jadi BARUA? Kalau nak jadi ahli parlimen cepatlah bertanding... menang atau kalah dengan satu undipun anda kena terima hakikat/

PKR, DAP dan PAS nampaknya tak faham demokrasi itu apa. Menang seorangpun kita menang juga. BN perlukan 7-8 kerusia untuk dapat majoriti sedangkan PR perlukan lebih 30 untuk dapat majoriti mudah.

KENAPA MASIH KECOH LAGI? NAK TUTUP KES AL-JUBURI KE? KALAU AHLI PARLIMEN PR ADA BACA NIE, ABE MIE DAN RAKYAT MALAYSIA MINTA SUPAYA AHLI YB BUATLAH KERJA TAK YAH DOK BISING. Gaji dah empat bulan dapat.


pkrpasdap.blogspot.com

abe MIE 'TERJAH' said...

semua susah...

jalan jam, wartawan kena tahan, orang ramai terganggu setiap hari, polis tak boleh bagi tumpuan tugas, YB tak boleh jawab soalan dan tanya soalan pada masa ditetapkan, ...semuanya pasal GILA KUASA YANG TIDAK PERNAH HABIS DAN SELESAI.

Terima kasih Datuk Ibrahim Ali (PAS-BEBAS, PASIR MAS) tempat asal abe MIE. Anda bukan pengikut membabi buta. anda adalah seorang yang bermaruah memperjuangkan nasib melayu dan Islam. Anda adalah PEMIMPIN ISLAM BUKAN ISLAM DIPIMPIN. Teruskan perjuangan melawan kafir DAP... takbir

pkrpasdap.blogspot.com

Anonymous said...

Betui tu abg mie....YB2 PR ni buatlah keje....ke tak tau buat keje?....asyik2 nak buat demo je....cuba la ingat dan kaji sikit adakah dengan adakan demo masalah boleh selesai?
Pikir la wahai penyokong2 PR yang terlalu fanatik....itu ke orang yang korang nak jadikan sebagai pemimpin negara? asal ada masalah je buat demo....???
Tengoklah sendiri hari ni...ahli2 Parlimen semua keluar dewan sebab protes keputusan Speaker... macam ni ke nak bantu rakyat? mana dapat kebaikkan dengan buat benda bangang ni...?Habis tu sape yang nak bela rakyat kat dewan?
perangai macam budak kecil...tak dapat apa yang diminta merajuk.....
KEH!KEH!KEH!KEH!

perahudarat said...

Syabas atas tindakan berani Wan Azizah.
Hang jangan la nak perlekeh DSAI tu abe mie..Tun Ghazali Shafei adalah antara orang yang tercerdik didunia.Hang pi tanya tentang DSAI.Dalam politik,yang paling penting 'pengaruh'.DSAI mempunyai pengaruh yang amat kuat.Hang ingat menteri2 umno tu tak takut ke dengan DSAI?Hang ingat menteri2 umno tu suka ke dengan Pak Lah tu?Depan je tepuk tangan...tapi bila membelakang depa tepuk punggung!
Apa nak dibanggakan sangat dengan Pak Lah tu?Penang yang macam tukecik pun tak terjaga.dah tu dalam PRU bukan menang banyak sangat pun..Hang ingat TS Muhyidin puas hati dengan Pak Lah?Hang tengok la sendiri,dia menteri yang tak banyak cakap.Disitu pun kita dah nampak,dia diam tapi tengah reload senjata dan mengisi penuh peluru dalam magazine politiknya.
Kerana takut dengan pengaruh DSAI la depa cari pasai supaya DSAI tak boleh bertanding.Baru ja nak abis edah,dah ditimbulkan pulak dengan kes lubang juboq Epol.Hang tengok la betapa tak bermaruahnya umno.Sanggup lubang pungkok digerudi untuk menjatuhkan orang.Tu pasai,kalau pembangkang menang majoriti,semua bangku dalam parlimen terutama yang diduduki oleh wakil rakyat BN kena ganti.GELI!!!
Hang kena pikiaq,mana satu hukuman lebih berat?
Kesalahan meliwat bontot Epol ke...
atau
Meletupkan hingga hancur berkecai wanita yang dah tentu dari golongan yang lemah?
Lu pk la sendiri!!!!!!!!!!!!!!!

M.Sulaiman (utohkacil) said...

HIDUP PAKATAN RAKYAT!!!
***********************
MCA dah layu!
MIC dah kering!
Parti Gerakan dah mati!

Di atas ni semua parti komponen BN!

UMNO dah nampak tanda2 dah nampir MAMPUS!

DSAAB dah mula jelajah banyak negeri, negeri2 yg dijelajahi nye dgn serta merta umumkan semua ketua bahagian sokong penuh DSAAB dan timbalan!

Nampak beno ada yg tak kena!
Mesyuarat cawangan pun belum buat keputusan, tiba2 ketua2 bahagian(ketua pecacai) umumkan semua sokong.

INI LAH TANDA2 UMNO DAH NAK MAMPUS!

MD said...

Itulah realiti politik. Itu hak speaker untuk terima atau tolak. Tak payah kecoh-kecoh. Dalam politik dan sistem demokrasi, sapa dapat 50%+1 undi akan mengawal 100% institusi itu. Sekarang BN menang lebih daripada 50%+1 kursi. Kalau PR pegang parlimen, adakah speaker PR akan benarkan usul tidak percaya akan pemimpin mereka?

Masing-masing wakil rakyat buat kerjalah - supaya dapat 50%+1 wakil dalam PRU-13 akan datang.

Pemilihan umno akan datang, perwakilan akan membuat pilihan. Semua calon akan gunakan tektik yang menguntungkan mereka. Biasalah tu. Ingattak bila Tun Mahadhir dan DSAI gunakan tektik supaya mereka kekal jadi PM dan TPM?

Anuar juga gunakan tektik untuk kalahkan Tun Ghafar? Kesian arwah Tun Ghafar - tapi itulah politik. Sistem bonus digunakan secara efektif oleh DSAI untuk merebut jawatan Timbalan presiden daripada Ghafar.

Dalam PRU-13 ni pun dijangka semua parti dan calon akan gunakan berbagai taktik dan kemudahan untuk menang - Setengah berhasil setengah tidak. Ingat tak taktik menghantar balik pengundi Kelantan dengan bas? Tektik tu makan tuan (Andik awang yang cakap).

Soal "...sokong penuh kepada presiden dan timbalan..." itu dah jadi tradisi UMNO. Di zaman Mahadhir dan DSAI lagi dibuat sistem bonus dan jumlah pencalonan supaya bukan senang untuk melawan presiden dan timbalan.

M.Sulaiman (utohkacil) said...

Klu di negara Jepun, PM nye dah tentu 'harakiri'!
Malu kerana negeri kediaman dan tempat undi sendiri dah jatuh kepada parti pembangkang.
Negeri tempat 'pusat pemerintahan' pun jatuh ke tangan pembangkang.

Tapi UMNO ni mana ada maruah!
Asalkan dapat 'tibai' duit maruah di ketepikan.

Contoh manusia UMNO yg paling TIDAK BERMARUAH ialah ezam, Mula2 orang kuat UMNO, lari masuk PKR kutuk habis habisan UMNO, lepas tu keluar PKR masuk balik dlm 'seluar dalam' UMNO, bila dah berada di bawah kangkang UMNO dia kutuk pula PKR.

Memang UMNO itu BUSUK!!!!

kayemsee said...

betoi tu utohkacil...pak lah mana ada maruah...sama la dgn abe mie tu...tengok gambar dia nampak macam bapak ayam ja...hahaha

TokBatin X said...

Tok perahudarat.
Keluorkan je pakukaghat mike tu, belasah je deme2 yang suke meracau2 tu.

Money4Free said...

mahap cakap la....kalau hantu rayer, bila kita dah tahu asal usulnya, dah tahu perangai hantunya, lintang pukang hantu raya tu cabut lari sebab malu
Tu sebab jampi serapah melayu mesti ada ayat " aku tahu asal usul mu".

Tapi pak lah ni lebih teruk dari hantu rayer perangai dia.Bukan setakat dah tahu asal usul, tapi dah tahu segala perangai buruk dia pun, dia masih buat muka sadin jer.

Cikgu sekolah aku dulu cakap spesis ni spesis muka tampal dgn kulit babi.

bn@umno said...

Tindakkan Pandikar Amin Mulia tolak usul undi tidak percaya mmg kena pada tempatnya kerana kerajaan malaysia dibentuk hasil daripada keputusan Pilihanraya Umum yg ke-12 di mana rakyat masih berkehendakkan kerajaan BN yg memerintah walaupun kalah di 5 negeri dibawah PR.

menn said...

dah ramai yg tak caya..buat apa lagi..blah la...menyakitkan hati,menyusahkan semua ada..

umisa said...

Tolak sebab takut itulah hakikatnya, kalau tak tolak tak tentu lagi BN@umno tu ujud di muka bumi ini, macamana nak rembat duit rakyat, Pandikar Amin bodoh pun tumpang sekaki

bn@umno said...

Tindakkan pemimpin PR yg meninggalkan dewan parlimen apabila undi usul tak percaya di tolak oleh dewan speaker amatlah dikesali dan biadap kerana tindakkan mereka ini langsung tidak melambangkan sistem demokrasi negara dan juga tidak menghormati dewan.kepada penyokong-penyokong PR tu jgnlah korang bersikap biadap spt pemimpin PR yg korang sanjung tu.

harisuddin said...

bodoh nye utohkacil..
dia dok igt umno je yg dok tibai duit.. pukimak PKR pn same la..
konon tender nak bg adil konon.. nih x.. haprak.. bg org dia pastu yg len baru bkk tok bidaan.. xyh la nak ckp PKR tuu bersih sgt..
bgs la tolak undi tuu.. yg puak pmbangkang nih bdjt taiko ke ape.. suke2 hati kuar dari dewan.. ala lg pun sume bnde nih wan azizah buat sbb nak bg org lupe kat kes laki dia la tuu

BraderJHEM said...

Kepada pencacai2 UMNO/BN..yg pasti, parti yg dalam PR ni lebih jauh baik dari UMNO/BN....Dah 50 tahun memerintah, asyik nak mencekik rakyat jer....PR baru jer memerintah dah mampu memberi air percuma kpd rakyat Selangor...Kenape benda ni tak di buat dahulu??Dr gigi nak jadi pemimpin..mane boleh..Biarlah org yg arif tentang ekonomi mentadbir...Kalau doktor gigi, bukak kelinik gigi jer, ramai ahli umno yg nak buat gigi palsu tu...harap berilah diskaun....

MD said...

Harapkan debat besuk akan membawa kebaikan kepada rakyat.

Kalau BR jadi kerajaan - depa akan turunkan harga minyak. Apa pula yang BN akan janjikan kepada rakyat. Sama-sama kita tengok besuk.

Dua-dua parti patut janjikan kebaikan kepada rakyat untuk mengatasi kenaikan mendadak harga minyak, inflasi, dan harga barang, beras, letrik... Rakyat dah bijak sekarang.

Masalah monopoli dan one-sided secret agreement dengan IPP yang menindas rakyat ni dibuat masa Mahadir untuk memperkayakan beberapa anak muda (Dapat billion atas angin). Petronas pula terpaksa memberikan subsidi gas berbilion kepada mereka.

Pak Lah, dedahkan semua secret concession agreement ni kepada rakyat - IPP, AP, Tol lebuh raya, fomema, import gula, beras... Bagi rakyat baca. Rakyat berhak untuk tahu.

Saya doakan Pak Lah diberikan kekuatan untuk membetulkan keputusan yang bodoh dan projek-projek penswastaan (atau perompakan harta dan sumber negara sehingga 30 tahun akan datang) yang dahsyat ini.

Saya memberi kredit kepada Pak Lah kerana meyakinkan IPP supaya mereka kena berunding untuk menurunkan harga letrik.

M.Sulaiman (utohkacil) said...

sdr 'saya'

Hamba tak pernah kata PKR TAK TIBAI DUIT!

Saya dah selalu menyata kan di laman ni bahawa:

Semua ahli yg berketurunan melayu PKR tu berasal dari keturunan darah daging UMNO!

UMNO memang dah BUSUK, UMNO lah yg menyebab kan keadaan melayu terumbang ambing pada hari ini.

Kenapa Kelantan masih dikuasai oleh PAS?

Kenapa Kedah, Perak dan Selamgor di kuasai oleh Pakatan Rakyat?

Kenapa W.Persekutuan hampir semua kawasan dapat di tawan oleh DAP?

Kenapa TDM tinggalkan UMNO?

Kenapa DSAAB tidak di sukai oleh ramai ahli UMNO sendiri?

Kenapa pengundi cina,india dan ada juga ahli UMNO tinggalkan BN(UMNO) pada PRU12 yg lalu?

Mengapa UMNO masih ber celaru hingga ke hari ini?

Anda kata hamba 'bodoh', Kalau anda bijak sila jawab semua soalan di atas dgn tepat.

hijau said...

bn@umno yg bodoh hang namoak pembangkang saja tu yang di perak tu parti pembangkang pimpinan umno lari keluar dewan ng perak tu hang tak nampak atau buat2 buta?? bodoh punya umno macam telor hang.

ilham_sufi said...

to bnumno,abg mie n pmudakini?

kat peghok tuh ape crita?org bn buat krja bangang gak kan?gji dh 4 bln dpt tp prangai cam bdk2 gak.

ketuk dulang paku serpih,ngata org bn yg lbih.

pr x kta pn nk buat demo,yg kuar kyataan tuh si nazri.pr kalu buat demo ader prncgn.

to encik2 polis:

aper crita kes sharlinie n nurul jazlin?
dr duk sbuk buat skatan jln baik buat krja lain.

Unknown said...

Assalammualaikum,

pemimpin umno sekarang penuh dgn skandal dan rasuah, pemimpin pkr pun sekarang nampak macam-macam masalah dah timbul.hanya pemimpin pas yang dari dulu sampai sekarang tak masalah peribadi yang tidak sihat seperti skandal, rasuah, kroni, salahguna kuasa dan rasuah.nik aziz buka pintu kerajaan negeri kelantan seluas-luasnya untuk bpr siasat.apa hasilnya?langsung tak ada rasuah walau sikit pun.sehinggakan dua orang ahli mp mic yang berpangkat timbalan menteri pun respect dengan kejujuran dan ke'bersih'an pemimpin-pemimpin pas.apapun aku seru kepada parti bangsa pengkhinat agama iaitu umno fikirlah dengan rasional dan secara terbuka demi agama kita.kembalilah kepada islam.ketuanan islam adalah seribu kali lebih baik daripada ketuanan melayu.

che Li said...

salam..
Hidup Dato'Seri Anuar hamba peminat dato dari dulu hingga sekarang dan selama-lamanya
Kebenaran akan tiba jua jgn takut jgn gentar..
DSAAB dah tak larat lagi..

SHADAN HJ OTHMAN said...

memang pkr dah x ada kerja lain...diorg bukan nak buat kerja pun...asyik2 mogok bikin org susah jer...pkr ni dah mcm anjing menyalak bukit...

suhaimi said...

salam....

habis umno mcm apa?

ilham_sufi said...

umno ibarat khinzir2 yg mgesel punggung anjing2.-fahami yg tsurat,mgertilah d sbalik yg tsirat.

saper mkn cili dia trasa pdas

Anonymous said...

salam...
abg mie dan bn@umno melalak, menyalak... macam anjing kurap beri nasihat kecantikan kulit...
tah apa-apa... point of no reason...
nonsense...

perahudarat said...

Ala...apa nak kecoh-kecoh!Dewan tu dengan kedai kopi sama je!Cuma tak baling-baling gelas dan cawan...
Kita tak boleh salahkan semua polis bila jalan jem kerana kononnya ada yang nak buat perhimpunan..Yang salah pengarah polis tu sendiri..kan aku dah kata,Bakri Zinin tu pandey+sewel+gila+gila pangkat+suka dengar cakap orang+bangang+bahalol+baghal.Sama pandeylah dengan Musa hasan dan Gani 4tail.
Gani4tail dan Musa sepatutnya digantung tugas kerana,setiap individu yang dalam siasatan BPR sepatutnya digantung tugas.
Napa Pak Lah senyap je?
bn@umno pun ikut pandey............

Unknown said...

terima la hakikat Datuk seri anwar ibrahim lebih ramai penyokong banding BARUA2 umno tmasukla BARUA umno kat dlm nih..bkn main lg kutuk anwar ye..mcmla dia bagus sgt..puiii!! HIDUP ANWAR!!!!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...