KUALA LUMPUR, 10 Mei: Mesyuarat bersama lima ketua kerajaan negeri yang diperintah Pakatan Rakyat akan diadakan awal bulan Jun ini, kata Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Beliau yang bakal menjadi tuan rumah mesyuarat bersejarah itu berkata, beliau kini sedang menyiapkan satu kertas kerja khas untuk menjadi panduan dalam perbincangan itu nanti.
"Selepas pertemuan yang diadakan bersama penasihat KeADILan, Datuk Seri Anwar Ibrahim, sekarang ini saya sedang berbincang untuk menangani hal pertemuan dengan ketua-ketua di lima negeri yang diterajui Pakatan Rakyat," ujarnya ketika ditemui di Restoran Cheng Ho milik penyanyi rock terkenal Amy Search, dekat Wangsa Maju, Ahad lepas.
Beliau yang juga Mursyidul Am PAS menjelaskan bahawa pertemuan tersebut dijangka akan dibuat bulan depan memandangkan beliau akan mengerjakan ibadah umrah hujung bulan ini.
Sebelum ini, ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar mengumumkan, mesyuarat pertama di kalangan lima ketua kerajaan negeri Pakatan Rakyat itu akan diadakan di Kelantan dengan MB Kelantan menjadi tuan rumah.
Ini kerana, beliau adalah MB yang paling seniur di kalangan lima ketua kerajaan itu setelah mentadbir Kelantan sejak 1990 lalu.
8 comments:
Tahniah kepada Pakatan Rakyat. Semoga pertemuan ini akan membuahkan kerjasama yang lebih bermakna buat rakyat terbanyak.
http://kerajaanrakyat.blogspot.com/
Rakyat amat mengharapkan pertemuan ini akan menghasilkan sesuatu yang konkrit(concur)di mana kelima lima Negeri,di lihat bagaikan satu Negeri(Negara).,dan KL sebagai Ibu kotanya.,sementara DSAI sebgai ketua(PM).
Tahniah kepada DSAI kerana berjaya menganjurkan Perjumpaan Menteri Besar/Ketua Menteri Negeri-negeri di bawah pemerintahan Pakatan Rakyat. Semoga di dalam pertemuan yang awal ini perbincangan bernas untuk kebaikan kelima-lima negeri tercapai.
Perjumpaan ini seharusnya diadakan sama ada secara bulanan atau sekurang-kurangnya sekali dalam tiga bulan. Di dalam pertemuan seumpama ini sewajarnya dicari keseragaman di dalam urusan negeri serta kerjasama yang erat di antara kelima-lima negeri.
semoga pertemuan ini berakhir dengan sesuatu yg positif...saya amat berharap sekali agar kesemua pemimpin lima negeri dibawah PR dapat mengeluarkan statement supaya si karpal singh yg biadap itu tidak mencampuri urusan kerajaan negeri...semoga pemimpin pas juga dapat membuka mulut menunjukkan pendirian mereka tentang perkara ini...jgnlah terus berdiam diri...kelak rakyat akan merasa seolah-olah pemimpin pas terlalu takut dan tunduk kepada dap...
PAS perlu lebih tegas dan berwibawa. Adakah kelemahan ini ada kaitan dengan faktor wang .
http://view-digg.blogspot.com/
Sepakat Membawa Berkat...
faktor wang? selagi berpegang dgn Al-Quran & Hadis wang tak dpt beli segalanya.tak tahulah parti satu lagi tu.semua org tahu PAS parti yg berwibawa.tak tahulah nk wibawa yg mcm mana?
Post a Comment