Tuesday, May 13, 2008

Mahathir sepatutnya boleh dihukum pancung oleh raja-raja Melayu - Ahmad Awang

KUALA LUMPUR, 13 Mei: Jika hendak dikatakan dosa kepada raja-raja Melayu, para pimpinan Umnolah yang 'berdosa besar' kerana membiarkan para pengikut mereka menaikkan kain rentang yang menyifatkan Sultan Terengganu sebagai binatang semasa kekecohan perlantikan MB negeri itu baru-baru ini.

"Mengapa pemimpin Umno yang mendakwa membela raja dan ketuanan Melayu bertindak lebih biadap dari Karpal yang mungkin tidak tahu adat resam dan sensitiviti orang Melayu itu?" tulis Naib Presiden PAS, Ustaz Ahmad Awang dalam tulisan keduanya di blog beliau usahmadawang.blogspot.com.

Ahmad Awang dipercayai mengulas kenyataan Pengerusi DAP,Karpal Singh yang kini dihebohkan oleh media dan para pemimpin BN.

Ahmad dipercayai mengaitkan kain rentang yang dinaikkan oleh penyokong Datuk Seri Idris, bekas MB Terengganu dalam kekecohan perlantikan MB Terengganu baru-baru ini.

Dalam kes itu, kain rentang yang dinaikkan berbunyi "Kami nak Idris, natang". Natang adalah singkatan dari perkataan 'binatang' yang dipanggil sebagai 'natang' dalam loghat Terengganu atau 'nate' dalam loghat Kelantan. (Gambar atas)

Walaupun beberapa laporan polis dibuat, sehingga kini tidak ada sebarang dakwaan dibuat ke atas pihak yang menaikkan kain rentang itu.

Kata Ustaz Ahmad Awang, 'penderhakaan' yang paling besar ke atas simbol ketuanan melayu ialah ketika usaha yang di lakukan oleh bekas pemimpin tertinggi Umno dan bekas PM, Tun Dr Mahathir.

"Tindakan gila kuasa yang melampau bekas pemimpin Umno tersebut seharusnya boleh di hukum pancung oleh raja-raja Melayu.

"Ini di sebabkan ketika Mahathir bertindak meminda perlembangaan mengurangkan imuniti kuasa raja-raja, raja masih berkuasa penuh melalui hairaki Sistem Raja Berperlembagaan yang di gariskan oleh perlembagaan persekutuan Tanah Melayu," tulis beliau.

Bagi Ahmad, isu Karpal telah dipolitikkan oleh pemimpin dan media BN.

30 comments:

oshin2 said...

Dia ni pun satu ghabla. Apa yang Mahathir buat dulu tu oklah untuk memudahkan dalam pemerintahan. Tak taulah kalau PAS nak sebaliknya. Tapi PKR rasa akan bersetuju dengan tindakan Mahathir dulu tu.
Ada baca ke kenyataan PKR yang dibuat oleh Syed Husin Ali dalam hal di Terengganu dulu tu. Untuk kebaikan rakyat dan negara. Tak percaya tanyalah Anwar, diapun faham hal macam ni. PAS dulu pun dah alami takkan masih tak sedar diri.PAS memang selalu macam tu. Kacang lupakan kulit. PRU12 ni baru dapat kerusi lebih sikit dgn undia bukan Melayu dah mula perleceh orang Melayu. Sedangkan selama ini hingga kini orang Melayu yg sokong PAS tanpa ada apa2 muslihat di sebaliknya. Dalam Islam semua orang sama di sisi Allah. Takkan PAS takkan Ahmad Awang tak tau benda tu.

Penyokong PAS dulu kini ...

meon_peon said...

Daulat Tuanku...

Bersama utk mengembalikan kuasa Sultan...

Melayu Mudah Lupa...

suhaimi said...

ni oshin2 pun satu hal.betul apa Ustaz Ahmad ckp.UMNO dan Mahathir perlu bertanggungjawab atas apa yg dia dah buat.mereka yg hilangkan kuasa raja2 melayu.aku tak tahulah pulak kalau si Oshin2 ni tak faham2.perangai pun mcm Umno juga.

abe MIE said...

salam....

Apa ada pada orang Melayu?
BN -Babi Negara
PKR- Parti Khinzir Rakyat...

Orang mekayu dah jadi bangsa babi dan khinzir. apa yang berlaku kini dah jelaskan. Cina aja yang betul. Dah lah kerja disyarikat swasta orang melayu dah jadi BABI.

nak dengar apa pandangan orang Sarawak tentang melayu-Islam? atau kita orang Melayu suka makan tahi kat kedai mamak, jumpa saya

http://malaysialoni.blogspot.com

suhaimi said...

org melayu tu awaklah.bangsanya pun awak juga.tu yg awak sibuk ckp pasal Babi Negara & Parti Khinzir Rakyat.jgnlah jadi bodoh nk hentam bangsa sendiri...baik diam je kalau tak tahu apa nk ckp...

irfandina said...

Saya setuju sangat dengan pandangan oshin...kenapa perlu ahmad awang berdolak dalik...kalau betul dr m patut dipancung then kenapa tak beri pendapat apa yg patut dilakukan terhadap si karpal singh???
sekali lagi pemimpin pas menunjukkan sikap yg tidak matang apabila hanya mengeluarkan kenyataan yg bertindak menghukum sebelah pihak....come on para pemimpin pas...bangunlah dari tidur...selama ini pun hanya org melayu yg begitu setia mengundi anda...hanya pada pru yg lepas anda mendapat undi dari non malay..apakah anda merasakan bahawa org bukan melayu akan mengundi anda sampai bila2???kalau inilah mentaliti para pemimpin pas maka amatlah malang sekali keadaannya...satu lagi kepada pengikut pkr jgn lupa ketika dr m mengubah perlembagaan bagi mengurangkan kuasa raja si anwar juga menyokongnya...maka apakah patut anwar ibrahim juga dipancung???

suhaimi said...

kepada irfandina,tak payahlah nk beri pandangan yg bukan2.nk ckp PAS tak matanglah apalah,bersyukurlah sikit,org bersusah payah utk menegakkan ISLAM.mcm2 rintangan yg mereka hadapi.awak senang2 je ckp org tak matanglah,bangun dari tidurlah.kalau nk harapkan awak sediri berjuang utk ISLAM,awak pun tak sekuat mereka.berapa kali awak kena tangkap pasal menegakkan ISLAM dan keadilan?kalau awak tanya Sultan yg ada kat Malaysia ni,siapa yg suka kuasa mereka di hapuskan.semua tak suka.

Siapa dia org yg bertanggungjawab menghapuskan kuasa sultan?awak pun tahu jawapannya.dialah gurunya.bila org lain beri pandangan marah pulak!marah sebab org tu bukan org melayu?seolah-olah dia nk gugat keistimewaan org melayu? hak org melayu dah termaktub dlm perlembagaan.tak payah nk risau.jgnlah nk jadi hero dlm isu ni.bila Ugama ISLAM tergugat tak bersungguh-sungguh pulak nk pertahankan.isu karpal bukan main lagi.manusia-manusia...lebih takutkan mahluk dari ALLAH.
Di Pulau Pinang,sampai org tu murtad,kembali ke ugama asalnya, apa cerita? mana dia pemimpin UMNO?mereka sibuk dgn ketuanan melayu dan isu karpal.kalau tak ada pemimpin PAS,dah lama jahanam ISLAM kat MALAYSIA ni.tu pun kata pemimpin PAS tak bangun dari tidur?
Fikirlah sendiri,kita sendiri pun tak sanggup berjuang mcm mereka untuk menegakkan ISLAM.

irfandina said...

sdr suhaimi,

tlg jgn cepat melatah, saya tidak pernah berpihak kepada sesiapa...saya hanya mahukan supaya pemimpin pas lebih adil dalam membuat kenyataan...jgn bersifat berat sebelah...itu sahaja...jgnlah pengorbanan hanya diukur dari sudut masuk penjara sahaja...saya setuju adalah sesuatu yg agak malang ketika kes murtad di penang baru2 ini tidak mendapat response yg sepatutnya dari pemimpin umno...tetapi soalan saya bagaimana pula dengan pemimpin pas???

suhaimi said...

saya rasa irfandina kena faham tentang konsep hak dan bathil.konsep hak nilah yg selalu di bawa oleh pemimpin PAS.ada kah menyalahkan pihak yg sebelah lagi dianggap kenyataan berat sebelah?saya rasa tak perlulah saya nyatakan tentang pengorbanan mereka.byk dan terlalu byk.
selama ini bermacam-macam fitnah diajukan kepada pemimpin PAS.tapi mereka Istiqamah dlm perjuangan mereka.tapi bila mereka di beri peluang untuk membuat sesuatu kenyataan,ramai yg menunggu untuk menghentamnya.
jgnlah kita menjadi manusia yg duduk di atas pagar,sana bukan,sini pun bukan.jika begitu,kita tiada dlm pejuangan,hanya menunggu sahaja...tiada peganggan dlm hidup...

meon_peon said...

Saya berharap Pak Lah & Ghani Patail juga perlu diambil tindakan...

Selamat, Aman, Makmur...

mat terab said...

oshin2 kamu tak payah nak mengaku penyokong pas la...tak ada orang pas mcm kamu cakap je la penyokong umno baru jentelmen...tak der telor ka...
infardina ni dah tahu dah memang org umno bangang....dlm isu murtad x tau ker selama ni pas dah lama perjuang supaya undang-undang murtad digubal tapi pihak kamu (umno) yg buat dono jer.....pi la mobukkkkkkk

irfandina said...

suhaimi,

jgnlah kerana tidak menyokong sesiapa maka dianggap tiada pendirian...habis tu kalau ada calon bebas di parlimen apakah mereka juga tiada pendirian...bukankah di msia ini majoriti dari pengundi ialah golongan atas pagar???saya beranggapan sdr ini seorang penyokong pas yg begitu fanatik pemikirannya...seharusnya sdr perlu lebih terbuka dalam menerima pendapat...bukan hanya menyokong segala apa tindakan pemimpin secara membabi buta...apa sdr fikir pemimpin itu maksum sifatnya????apa mereka itu tidak terlepas dari melakukan kesalahan???bukankah mereka itu juga manusia???

Muhammad said...

Suhaimi dan Mat Terap ni bukanlah penyokong PAS sebab kelihatan jelas sekali nak merosakkan PAS. Sebenarnya mereka ini penyokong UMNO tetapi berpura-pura menyokong PAS . Kalau mereka penyokong mereka tentulah jenis jujur dan menggunakan bahasa yang baik sebaba bahasa menunjukkan bangsa. Ini tidak. Untuk pengetahuan mereka salah seorang yang beruntung dgn tindakan mahathir itu ialah TG Nik Aziz sendiri yang dulunya bermasalah pihak atasan kelantan.Jadi ada manfaatnya.

Muhammad said...

Suhaimi dan Mat Terap ni bukanlah penyokong PAS sebab kelihatan jelas sekali nak merosakkan PAS. Sebenarnya mereka ini penyokong UMNO tetapi berpura-pura menyokong PAS . Kalau mereka penyokong mereka tentulah jenis jujur dan menggunakan bahasa yang baik sebaba bahasa menunjukkan bangsa. Ini tidak. Untuk pengetahuan mereka salah seorang yang beruntung dgn tindakan mahathir itu ialah TG Nik Aziz sendiri yang dulunya bermasalah pihak atasan kelantan.Jadi ada manfaatnya.

suhaimi said...

fanatik dlm memperjuangkan agama sendiri takpe.jgn jadi golongan yg tidak berpendirian.asyik dok tunggu je...org berjuang bermati-matian utk agama,tapi golongan tu masih was-was lagi.tu yg asyik tak kena je bila ada sesuatu 'statement'org keluarkan.
keluarlah dari kepompong tu...
saya bukannya menyokong pemimpin PAS dengan membabi buta.cuba awak tunjukkan dgn saya satu kenyataan pemimpin PAS yg bertentangan dgn 'aqidah'?

suhaimi said...

muhammad,

awak jgn silaplah.bukan kerana mahathirlah.kalau takde mahathir pun,tuan guru nik aziz tahulah nk tangani masalah dia.awak ingat dia mcm awak ke.tuan gurulah...
org dah tak sibuk dgn bahasa melambangkan bangsalah.kadang2,bahasa kasar tu perlu juga kita guna dgn org yg tak reti bahasa.

mat terab said...

Tok Guru Nik Aziz pun kadang-kadang terpaks juga menggunakan bahasa yg agak kasar, berdepan dgn org-org yg bangang mcm Umno ni...Ikut kaadaan la,...kalau ngan budak-budak tadika boleh la... nak guna bahasa yg lembut-lembut, tapi org yg x reti bahasa mcm umno yg berkarat ni amat sesuai lah bahasa kasar......

Muhammad said...

Nampakkan betapa totoknya golongan ini Mat Terap dan Suhaimi. Itu menunjukkan mereka adalah penyokong UMNO dan Yahudi

suhaimi said...

jgn kata begitu muhammad.saya pun tak sanggup nk kata begitu pada awak.kita semua mengeluarkan pendapat masing2.jgnlah menjadikan saya dan mat terap mangsa amarah awak.

khairol said...

Ahmad Awang Aku rasa elok kau pegi jumpa doktor sakit jiwa sebab mu ni memang dah Sah GILA.Orang lain pun sokong PAS jugok tapi mu ni sakit jiwa/gila.Orang macam mu lah yang merosakkan imej parti PAS pada pandangan rakyat jelata terutama yang atas pagar.Doh lah Mad...makan ubat tu supaya gila mu berkurangan.

suhaimi said...

kapada khairol..

jangan kata kat 'ulama' macam tu.jgn sampai'bala'datang kat awak.
Ust Awang hanya mengeluarkan pendapatnya.kalau 'mahathir' tak setuju,dia boleh saman ust awang.jgn pulak awak lebih sudu dari kuah.

azman said...

oshin nie bangang,bodoh,tuli kalau tk tahu sejarah keganasan tun jgn nk tulis komen
buat irfadina buat2lah banyak membaca

shahrul said...

kpd abg mie..!!ko nih mmg biadap!!abis semua ko buh babi kat org!!ko plak ape??? superBABI!! anwar pun bnyk subahat masa dlm umno dulu....patut pancung je skali ngn kapal tue..

liza said...

amboi2,sedapnya mulut. tok guru nik aziz?? kuang kuang...
dulula aku pangkah PAS,tp makin lama makin byk kekantoian PAS yg terserlah.. come on la,kowang pn sdr,tp buat2 xnmpk just sbb PAS bertopengkan ISLAM. Islam tu suci,jgn cuba2 cemarkan ngan permainann politik PAS yg dh terdesak nk meraih undi org yg xpaham psl isu global (cthnya isu harga tol - de yg igt UMNO la mengawal hrgat tol- blaja ekonomila kawannnn...) skang tol tarak turun pn! cehhh..nk memperbodohkan bangsa sndiri,menci aku

idaman said...

Liza tu dulu betul2 PAS punya org ke atau musang bulu ayam tua

idaman said...

saya beru tengok gambar kwn kita pakai costum superman jgn pakai lagi lah sbb superman tu kurang waras takkan pakai SPENDER KAT LUAR TUKAR COSTUM yg lain

Muhd Fariz said...

salam pd semua
sy org baru dlm blog ni.kpd Irfandina & rkn2 beliau,sy tlh teliti pd bln mac nmpknya awk semua x komen pd bln tu.pastinya awak x mahu komen ttg kebiadapan juak2 ameno yg sgt krg ajar pd sultan dlm isu "natang".sy cdgkn karpal singh dikenakn tindakan tegas cthnya ISA ke.Tp apa yg sy nk tekankn di sini adalh,jklau irfandina setuju dgn cadangan sy mk pastinya pemimpin2 amenolah yg plg lyk skali dikenakn ISA, buang gelaran, buang daerah.mahathir,paklah,yb2 umno tganu yg lwn sultan tu paling kurang ajar.jgnlh krn irfandina tllu fanatik,taksub dgn ameno irfandina x bg respon ttg isu ini.

ps: ya kami mmg fanatik,taksub.fanatik,taksub dgn perjuangan mendaulatkn ISLAM.bg kami pas hanyalh wadah/jalan utk memperjuangkan ISLAM.kalau pas pupus pun kami ttp akn perjuangkn ISLAM.jika ameno berubah dan betul2 perjuangkan ISLAM kami akan mgdukung/masuk ameno dan x kisah jk pas bubar/pupus.tp syg sy rasa/jangka ameno akan pupus dulu dgn fahamam materialistik perkaumaman sempitnya,yg sentiasa kekal adalah perjuangan ISLAM yg ikhlas.

Hamba Allah.. said...

assalamualaikum...
Jap ye..
apapun kan,ajaran islam x suru kita bgaduh2 dan sakit myakiti sesama umat!Trima pndapat msing2 n maaf memaafkan!xpyhla mau mlontarkan sesuatu d luar btas n bgadu!

Peace!

menang sorak said...

sekalang manyak syok ooo.. ali sama abu sudah manyak kuat gaduh kata acong.. apasal lu sukak kata singh.. dua2 melayu ma..kata patah2 ada cakap, bersatu melayu teguh bercerai melayu roboh.. oo itu macam ka

menang sorak said...

mari kawan2 kita sokong habis habisan anwar d permatang pauh, kita mesti sokong pakatan rakyat, kita mesti sokong sepenuh hati karpal singh dan lim kit siang yg dikasihi, merekalah yg akan membela agama dan bangsa kita.Anwar seorang yg hebat, bukan kita saja yg sokong, amerika dan israel pun sokong dato" seri.Semoga pakatan rakyat menang.seperti kata acong sepakat membawa berkat.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...