Sunday, May 18, 2008

Bakal MB: Apakah calon lain pendendam, soal Fatah Harun

KOTA BHARU, 18 Mei: Pengarah Pilihan raya PAS Kelantan, Abdul Fatah Haron tidak bersetuju dengan cara anggota Parlimen Kota Bharu, Datuk Wan Abdul Rahim Abdullah yang menamakan Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yaakub sebagai bakal menggantikan Datuk Nik Abdul Aziz sebagai menteri besar.

“Bukan saya tidak setuju Datuk Ahmad menjadi pengganti Tok Guru (Nik Abdul Aziz) tetapi cara veteran PAS itu membuat kenyataan.

“Kenyataan veteran PAS itu seolah-olah calon lain pencemburu, suka menikam dari belakang, buruk sangka dan pendendam. Saya rasa calon-calon lain tidak sebagaimana yang beliau bayangkan itu,” kata Abdul Fatah yang menghubungi Siasah.
Sehubungan itu, beliau menasihatkan Wan Abdul Rahim berhenti dari membuat kenyataan sebegitu kerana ia hanya memburukkan suasana.

“Kita serah sahaja kepada parti dan Tok Guru untuk menentukannya bukan membuat kenyataan sebegitu yang boleh membuatkan lain-lain pihak tidak senang hati,” kata beliau yang juga seorang Adun Kelantan.

Dua hari lalu, akhbar The Star menyiarkan kenyataan Wan Rahim yang menyatakan Kelantan telah selesai dalam peralihan kuasanya apabila Ahmad Yaakub buat kedua kalinya disahkan sebagai Timbalan Menteri Besar.

“Jika Tok Guru hendakkan calon lain, sudah tentu Ahmad Yaakub tidak dipilih sebagai Timbalan Menteri Besar buat kali keduanya,” kata Wan Rahim.

Ahmad Yaakub adalah Timbalan Pesuruhjaya I PAS Kelantan, Datuk Husam Musa Timbalan Pesuruhjaya II dan Nik Amar Nik Abdullah adalah Timbalan Pesuruhjaya III.

Husam adalah Naib Presiden PAS yang paling kanan manakala Nik Amar adalah AJK PAS Pusat namun Ahmad Yaakub tidak berjaya dalam percubaannya untuk menjadi AJK PAS Pusat.

Selain itu, AJK PAS Pusat dari Kelantan adalah Datuk Abdul Halim Abdul Rahman, Datuk Anuar Tan dan Datuk Takiyudin Hassan.

4 comments:

irfandina said...

salam...

pertama sekali saya ingin mengucapkan syabas kepada siasah kerana sudi menyiarkan cerita seperti ini...saya percaya lidah rasmi pas harakah tidak akan sesekali akan menyiarkan berita seperti ini...

apabila fatah harun mengeluarkan kenyataan seperti ini maka ternyatalah politik dalam pas sendiri tidak lekang dari soal perebutan kuasa...itulah yg dikatakan manusia...tidak kiralah dari parti atau aliran mana sekalipun...soal kuasa sentiasa menjadi prioriti...

bukankah lebih afdal sekiranya pemimpin pas memberi peluang kepada pemimpin pelapis seperti husam musa or takiyuddin hassan mengambil alih tampuk kepimpinan kerajaan negeri kelantan...

sudah tiba masanya kelantan diberi nafas baru dan rasanya tok guru nik aziz sendiri perlu jelas dalam menentukan penggantinya...

suhaimi said...

mana ada perebutan kuasa dalam pas.fatah harun hanya berpendapat tidak seharusnya wan abd rahim membuat kenyataan tersebut.ini mungkin menjadi rahsia dlm pemerintahan PAS kelantan.
awak tunggu dlm keluaran harakah akan datang,awak boleh baca mengenai isu ini.jgn cepat melatah.

tokayahtoktabal.blogspot.com said...

salam....
saya setuju dgn datuk rahim.org pas jgn takut keluar pendapat.tgk apa sudah jd dgn umno....pendapat yg x sebulu dgn dollah dibakul
sampahkan.akhirnya lingkup 5 ngri jgnlah bila shbat kita keluar pendapat kita potong line.seeloknya kita bg pendapat kita jg.pndpt bkn bernada menghentam.x semestinya tmb akan jd mb.tgna jg x ada kuasa nak lantik mb.semuanya allah yg maha bkuasa.

saya percaya tdk ada seorang adun pas yang kecil hati atau cemburu dgn kenyataan itu.kerana islam tdk mengajar kita mengejar pangkat.

suhaimyarif said...

kami sayang tok guru kami,

abdl fatah dan pimpinan negeri tak payah perlu persoalkan kenyataan dari bekas senator kelantan tu, anak muda jangan mudah melatah..rilek dulu, kita tgk dulu apa yang akan tok guru buat....kami sebagai rakyat yakin dan percaya tok guru akan buat yang terbaik untuk rakyatnya....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...