Tuesday, March 11, 2008

Kejatuhan pasaran saham kerana hilang kepercayaan kepada Pak Lah - Husam

KUALA LUMPUR, 11 Mac: Kejatuhan pasaran saham semalam adalah akibat dari kehilangan kepercayaan rakyat dan pasaran modal kepada Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi selaku Perdana Menteri, kata Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa.

Oleh itu, katanya, cara yang terbaik dan demi kepentingan negara Abdullah perlu melepaskan jawatan itu segera.

Husam berkata demikian dalam satu sidang media khas di Pajabat Agung PAS, Jalan Raja Laut petang tadi.

Selain itu, punca kejatuhan pasaran saham Malaysia adalah kerana kenaikan tidak tulin (artificial) pasaran saham menjelang pilihan raya baru-baru ini bagi membolehkan ia menyumbang kepada 'tabung pilihan raya' BN menjelang pilihan raya baru-baru ini.

"Apabila pilihan raya selesai, ia dilepaskan sewajarnya, maka ia pun jatuh merudum. Sebab itu kaunter yang teruk adalah milik syarikat-syarikat yang berkaitan kerajaan," kata Husam.

Jangan pancing

Husam juga mengingatkan Umno, mereka tidak akan berjaya untuk memancing PAS untuk menyertai semula BN.

"Yang terbuka bagi kita sekarang adalah penyertaan mana-mana pemimpin BN atau parti dalam komponen BN menyertai kita untuk menubuhkan kerajaan Pusat yang baru," katanya.

Sebelum ini, dalam sidang media pertamanya selepas kemenangan PAS mempertahankan Kelantan, Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat memperingatkan tentang pengalaman pahit PAS menyertai BN dahlu.

Bukan sahaja PAS berpecah tiga, selepas Umno kuat semula, PAS ditendang dari BN, kata Nik Aziz.
Laporan lanjut dalam Siasah Ahad ini.

3 comments:

davud said...

ini Husam mana tau ini ekonomi punya cerita....ini 'correction' biasa bila result PRU12 lain dari 'expected'....dalam 2/3 jari ini correction boleh normalize....bodoh punya Husam....sapa dia?

Hilmi said...

Davud, tolong hormati salah seorg anggota Barisan Rakyat, tak kira apa pangkat. BR berjaya kerana kita se matlamat nak tolak rasuah & kezaliman BN. Secara ringkas, YB Dato Husam Musa ialah salah seorg dari tiga Naib Presiden Pas, satu jawatan yg tinggi dlm Pas. Pada 2003 dia menerima "accolade" Newsmaker of the Year (Malaysiakini). Kalau nak berkenalan lebih lanjut dengan YB Husam boleh lah Tuan Davud contact YB Husam secara langsung. Dia mempunyai website nya tersendiri dilink berikut: http://www.husammusa.com/
atau diblog nya di :
http://cetusan-hati.blogspot.com/
Saya sarankan Tuan Davud hubungi YB Husam & berbincang dgn nya kat mana dia silap.

mizanizme said...

ini davud manyak bodo n boloh punya olang..sebelum hentam sama olang,lu kasi reseach dulu sapa olang yg lu nak hentam...mana lu tau die talak tau ekonomi???lu kenai ka sapa husam musa???pk dlu la sebelum cakap..manyak boloh la...kejap sokong BN, kejap sokong BA..ini olang selupa umno..lalang punya olang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...