Sunday, March 2, 2008

Penyokong Mashitah kempen undi Ustaz Taib

BALING, 2 Mac: Beberapa penyokong Datuk Mashitah Ibrahim sedang menjalankan kempen supaya mengundi calon PAS, Ustaz Taib Azzamuddin dalam pilihan raya umum kali ini.

Sebahagian daripada penyokong tersebut melakukan kempen itu secara diam-diam kepada orang-orang rapat dengannya manakala ada di kalangan mereka melakukan secara terbuka.

Seorang petugas PAS mengakui, isteri seorang bekas wakil rakyat Umno dalam salah sebuah DUN di Baling yang tidak dapat bertanding dalam pilihan raya kali ini sedang giat berkempen untuk Ustaz Taib.

"Dia (isteri bekas wakil rakyat tersebut) bersama-sama muslimat PAS pergi rumah-ke rumah untuk merayu undi,' katanya.

Baling turut menyaksikan pergolakan dalam BN apabila penyandang kerusi DUN dan Parlimen di situ pada penggal lalu tidak disenaraikan semula sebagai calon untuk pilihan raya kali ini.

Kerusi Parlimen Baling sebelum ini disandang oleh Datuk Dr Mashitah Ibrahim selepas berjaya menewaskan Taib Azzamuddin pada pilihan raya 2004.

Bagaimanapun Mashitah tidak disenaraikan dalam pilihan raya kali ini ekoran kerusi Baling diserahkan kepada Ketua Putera Umno.

Ikuti laporan penuh pertembungan di Baling dalam Siasah Khamis ini.

2 comments:

asalbayu said...

Pada 2 Mac 2008 penulis pergi ke Padang Terap bertemu dengan seorang sahabat yang baru pulang dari Baling kerana beliau terlibat dengan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) selaku salah seorang Pemudah Cara di sana tetapi tidak pula dinyatakan berapa hari beliau berada di sana.
Beliau begitu ghairah memaklumkan kepada penulis bahawa calon Ahli Parlimen Baling yang betanding atas tiket PAS, Datuk Taib Azamudeen mempunyai harapan merebut kembali Kerusi Parlimen yang pernah dimilikinya pada Pilihan Raya Umum 1999 dahulu.
Penulis menjelaskan bahawa beliau tewas pada Pilihan Raya Umum 2004 adalah kerana salah strategi dan lawannya biarpun bukan anak tempatan, dia beroleh kemenangan kerana para pengundi terpikat dengan rupanya yang 'terhitung segak' selain memiliki pengetahuan agama Islam. Selain itu, sebagai wanita, calon BN boleh serta dipercayai oleh pengundi jika beliau memasuki rumah mereka biarpun hingga ke dapur.
Katanya para pengundi di Parlimen Baling kurang menyukai calon BN, Azeez Rahim yang bukan anak tempatan di situ serta kurang popular bagi mereka. Sebagai bukan anak tempatan rakya Baling berpendapat tentulah jarang dia akan berada di Baling sementelah dialek percakapan masyarakat di Baling adalah serupa dengan dialek dan gaya Haji Taib. Jadi tentulah tidak jadi seumpama 'ayam bercakap dengan itik'.
Penulis sejak semula telah menjangkakan hal berkenaan akan terjadi kerana Datuk Taib adalah anak jati yang lahir dan pernah mengharungi jerih perit rakyat Baling yang boleh dikatakan mempunyai pertalian darah dengan hampir kesemua penduduk di situ. Malah dia juga mempunyai saudara mara di Pengkalan Hulu dan Betong Selatan Thai serta pernah mengajar di Pondok Pak Teh, Kuak Luar dekat Pengkalan Hulu selain mengajar di tempat kelahirannya Kampung Rambong, Batu Tujoh.
Beliau yang pernah memasuki Special Malay Class sebelum memperdalami pengajian agama Islam di Kelantan sehingga kemudian berjaya memasuki Yayasan Pengajian Islam Nilam Puri dan seterusnya melanjutkan di Universiti Al-Azhar di Kaherah.
Kotokohannya di bidang persuratan tidak boleh dipertikaikan apabila dia merupakan salah seorang panel yang terlibat menghasilkan buku Mutiara Perkahwinan, iaitu bahan rujukan utama Kursus Perkahwinan sewaktu bertugas sebagai Imam Masjid Negara, Kuala Lumpur. Juga merealisasikan Buletin Suara Masjid Negara yang turut memuatkan beberapa buah makalah di samping teks khutbah Jumaat.
Sewaktu masih menuntut lagi iaitu sekitar pertengahan dekad 70-an beliau telah memperlihatkan bakatnya menyumbangkan tulisan di majalah-majalah ilmiah dan salah satunya ialah Majalah Dian (Jawi) yang dipimpin oleh Dato Yusof Zaky Yacob.
Ketika masih menjawat jawatan Imam Masjid Negara beliau pernah beberapa kali dijemput oleh Menteri Besar Perlis, Dato Seri Shahidan Kassim untuk menyampaikan ceramah di Perlis dan dapat menjawab baberapa persoalan yang dianggap amalan Bida'ah oleh kalangan tertentu di Perlis.
Beliau pernah mencadangkan untuk menganjurkan Teater Masjid yang tidak lain adalah bertujuan menjinakkan para remaja ke rumah ibadat itu tetapi tidak mendapat restu kerana dikatakan akan menelan bajet yang besar.

Anonymous said...

Memang benar! Semua orang UMNO berpaling tadah menyokong pembangkang. UMNO pimpinan Imam Abdullah telah tidor. Jadi apa aja yang KJ bawa dia sign. Banyak pemimpin yang sepatutnya kekal, di ganti dengan calun pilihan menantunya. Dengan ini saya meramalkan kedah, trengganu dan kelantan akan jatuh semula ke tangan PAS.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...