Tindakan ini ekoran dari langkah SPR menarik balik cadangannya untuk menggunakan dakwat kekal bagi mengelakkan pengundian berganda dalam pilihan raya kali ini.
“Kami dengan ini menyerahkan kembali kad pemerhati bebas dari SPR sebagai tanda bantahan,” kata Abdul Malek Husin dengan diikuti timbalannya Syed Ibrahim Syed Noh dan Ong.
Malfrel memberikan jawapan berikut terhadap alasan SPR:
1) Jaga hak individu untuk mengundi dalam perlembagaan – Orang tak pertikaikan sekatan ini kerana ia melanggar hak ramai untuk mendapat pilihan raya yang adil, kerana sekatan yang dibuat terhadap hak berorganisasi, hak berhimpun secara aman yang ditentang ramai.
2) Tiada peruntukan undang-undang – Kalau tindakan untuk melanjutkan usia pengerusi dan ahli SPR dibuat pindaan, perkara ini juga boleh dibuat undang-undang kalau SPR serius.
3) Kehadiran Ketua Polis Negara dan Peguam Negara – langkah tidak betul kerana ia membayangkan tindakan SPR dipengaruhi mereka sedang SPR sepatutnya bebas dari sebarang campurtangan.
4) Ada laporan dakwat palsu – Kalau ada sekeping wang kertas palsu, adakah kita perlu membakar semua wang kertas asli yang ada?.
2 comments:
aha..semua orang sekarang merasai bahawa SPR sedang merancang sesuatu, sebelum penamaan, dan sebelum pilihan raya.
kenapa ini terjadi?
ada yang tidak betul atau macam mana yang sebenarnya di dalam SPR itu sendiri.
isu ketelusan SPR umpama serangan amerika keatas iraq atas alasan WMD tetapi akhirnya tiada satu pun unsur WMD ditemui disana..yang ada hanyalah kemusnahan pada negara iraq yang baru hendak membangun...
amerika = pembangkang
iraq = SPR
WMD = Pengundi Hantu
Post a Comment