Monday, March 10, 2008

Beribu-ribu penyokong Idris tidak jadi berarak ke istana Terengganu

Terkini jam 10:41 malam

KUALA TERENGGANU, 10 Mac: Lebih 1,000 penyokong bekas MB Terengganu, Datuk Seri Idris Jusoh tidak jadi berarak ke istana Terengganu selepas menyambut ketibaan beliau di Lapangan Terbang Kuala Terengganu jam 9.30 malam tadi.

Sebaliknya mereka terus pulang ke Besut selepas ketibaan Idris dengan makluman Idris akan kekal sebagai MB.

Majlis mengangkat sumpah MB pagi tadi tertangguh apabila Idris tergesa-gesa ke Kuala Lumpur dengan meninggal majlis itu.

Hampir kesemua calon-calon Umno yang menang dalam pilihan raya baru-baru ini berkumpul di Istana Maziah namun Idris tidak ada di situ.

Ekoran itu, majlis angkat sumpah itu dibatalkan dengan alasan ketiadaan Idris.
Ekoran itu, pelbagai berita angin tersebar antaranya, Sultan Terengganu tidak memperkenankan perlantikan Idris sebagai MB dan mahukan calon lain.

Selepas berbincang, Umno dikatakan menamakan tiga nama untuk menjadi MB iaitu Muhamad Awang Tera, Datuk Rosol Wahid dan Datuk Ahmad Said.

Ekoran itu, menurut sumber, penyokong Idris tidak bersetuju dengannya dan berhimpun menyambut ketibaan Idris di lapangan terbang dan seterusnya bercadang mahu berarak ke istana.

6 comments:

davud said...

ini apa cerita.....lu orang bikin cerita tk dak betui lah.....itu idris ada jadi menteri besar jugak....bodoh punya paper.....ini serupa fitnah jugak....ini neraka jugak...

MIMIE said...

Davud..
Tak tau cerita diam sudah. Utusan Malaysia,Khamis(13 Mac)menyiarkan sebab Idris Jusoh tidak diperkenankan menjadi MB. Mana satu "bodoh punya paper"? Siasah ke Utusan Malaysia? Mana satu "ini fitnah jugak.. ini neraka jugak", Siasah ke Utusan Malaysia? Bukan semua buka internet baca siasah daily tapi Utusan Malaysia dibaca seluruh negara...

Mat ketuk & rawat said...

Buat apa nak berarak. Ekau ore tau tak raja tak suka pada Derih. sebab tulah raja tak nak Deris jadi MB Tganu. Patutnya Derih letak jawatan je bagi kokre lain. Derih dok perabih duit takyat je. Buat masjid banyak -banyak wat gappo kalu takdok ore nak gi sembayang (sembahayang). Nak tunjuk ko Tuhan dia dia buat kebajikang, buat rumah Allah. Tapi dalang hati nak kaut utong buat pitih bbanyok supaya dapat makang lima enang jenarasi tak payoh keja. Sebab tu raja tak suka. Nak cari ore laing pong susah sebab satu geng. Geng belasah pitih rakyat.. sedar-sedarlah rakyat Tganu kito. Pakah undi mudah, demo dapat 200 rial teruh pakah dacing. Tu pitih apo tu. Tu la pitih rasuah suroh undi dia. Sedih betul nasib rakyat Tganu. Negeri kaya, hasil minyak banyok tapi rakyat sesak telajok. yang kayo ore UMNO. Itu pun suku sakat dia jo. Ore UMNO kkapong (kampung) kena sumbat dekat pilihang rayo. Lepah tu takdok benda.. nak juppa pemimping pong susah deh. Ingat PRU 13 tukar habih jadi macang Klatang, Kedah Pulau Pinang, Perak dan Selangor. Tu Selangor negeri maju tu. Rakyat dia bijak. Tolak pemimpin yang rasuah. Ni Tganu kito, tak dok mato ko..

Unknown said...

kawe setuju benar kata demo tu. Kalu nak tau Derih ni basa jenis menasia tadok mata idung.Dia tek reti tengok rakyat tak brehi ke dia.Bukan saja rakyat, Tuanku pun tak benci ke dia.Dah muga jenis lanun, macamana tuanku nak lantik dia?huru-haralah negeri tganu.Bakpo tadok ore lain layok ke nak pimpin tganu?Rakyat jangan dok jadi bodo.Mari kita sama-sama sokong Tuanku dalam hal ini.Allahuakbar!

Unknown said...

Mari kita pakat renung!!!

BERSIH buat perhimpunan aman dikutuk media,disembur gas pemedih mata dan ditangkap dalam ISA.UMNO demonstrasi di KOMTAR bantah DAP di layan baik tanpa kekasaran.DAP dituduh tidak menghormati raja kerana cadangan boikot majlis angkat sumpah menteri besar Perak.UMNO terangan menderhaka pada sultan dan Yang Di Pertuan Agong kerana bantah dan boikot Majlis Pelantikan Menteri Besar Tganu, Mat Said.

Dalam dua isu ni pun dah nampak jelas kebodohan,kedangkalan dan kesesatan Parti UMNO. Hak dia buat
semua betul,kalu ore buat semua saloh.Mari pakat tolak UMNO!!!!!

jebatderhaka said...

Tak payahlah nak bermati matian kerana Pak Deris tu.Dia bagi 200 untuk 5 tahun.200 bahagi 1825 hari(5 tahun)Ini bermakna 1 hari tak sampai 1sen.PKlah sendiri...
Dok diam diam gentel keropok lekor lagi baik...
Bersyukurlah kerana dapat Raja yang baik.Nak harapkan PM?Hampeh..........

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...