Wednesday, March 26, 2008

Umno, anda butakah melantik Tengku Adnan?

KUALA LUMPUR, 26 Mac: Memeranjatkan. Tetapi itulah orang yang dipilih oleh Presiden Umno untuk dilantik sebagai setiausaha agung partinya dan juga Barisan Nasional (BN).

Setiausaha Agung Umno yang baru, Datuk Seri Tengku Adnan Mansor mempunyai kepentingan dalam sekurang-kurangnya 59 buah syarikat sendirian berhad dan juga berhad.

Di samping itu, beliau menghadapi sekurang-kurangnya empat tindakan bangkap dan hanya satu sahaja dari tindakan itu yang telah selesai.

Beliau juga adalah pihak yang meghadapi sekurang-kurangnya 11 tindakan mahkamah menuntut penggulungan syarikat oleh pelbagai pihak termasuk dari kerajaan Malaysia sendiri apabila syarikat-syarikatnya gagal menjelaskan hutang mereka.

Tengku Adnan juga menghadapi sekurang-kurangnya 15 kes saman kerana kegagalan syarikat yang beliau ada kepentingan dalamnya membayar hutang mereka yang jumlah keseluruhannya hampir RM50 juta.

Semua rekod-rekod ini adalah tembahan kepada penglibatan beliau dalam kes video klip Lingam yang menunggu keputusan dari Suruhanjaya Diraja yang menyiasat kes ini.

Pemilikan saham syarikat

Antara syarikat-syarikat utama yang Tengku Adnan memiliki syer utama adalah KL Monorail Concessionaires Sdn Bhd, Magni-Tech Industries Berhad, Bridgecon Holding Berhad, Nostalgia Kiara Sdn Bhd dan Regnis Industries (M) Sdn Bhd.

Dalam KL Monorail Tengku Adnan adalah stau-satu pemegang saham individu iaitu sebanyak 2,372,500 saham manakala tiga pemegang saham yang lain adalah syarikat sdn bhd.

Jumlah asset semasa syarikat yang menguruskan KL Monorail ini adalah RM7.377 juta dengan modal berbayarnya adalag RM7.4 juta.

Apakah kedudukan Tengku Adnan dalam KL Monorail tidak bertentangan dengan kedudukan beliau sebagai salah seorang anggota kabinet Abdullah dan kini sebagai Setiausaha Agung Umno?

Dalam Nostalgia Kiara, Tengku Adnan adalah pemegang saham individu tertinggi iaitu sebanyak 3,1000,000 . Turut memegang saham individu adalah Robin Tan Yeong Ching, anak Vincent Tan yang memiliki 375,000.

Aset semasa syarikat ini, sebagaimana yang dilaporkan Suruhanjaya Syarikat Malaysia adalah RM28 juta.

Tengku Adnan juga merupakan pemegang saham individu terbesar dalam Regnis Industries iaitu 77 unit manakala yang lain kebanyakannya dipegang oleh syarikat Sdn Bhd.

Beliau juga memilki saham sebanyak 986,507 saham dalam Bridgecon Holding dan 1.89 juta saham dalam Magni-tech Industries Berhad.


Kenapa Tengku Adnan

Dengan rekod-rekod perniagaan yang beliau ada di atas, tidak diketahui bagaimana beliau telah dilantik sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri (1999-2004), Menteri Pelancongan (2005 – 2007) dan kini Setiausaha Agung Umno dan BN oleh Perdana Menteri.

Ramai yang menafsirkan langkah Abdullah melantik Tengku Adnan sebagai Setiausaha Agung Umno adalah untuk menghadapi Datuk Seri Anwar Ibrahim yang kini defacto Ketua Pembangkang yang disebut-sebut bakal menjadi perdana menteri jika kerajaan yang ada tumbang.

Mungkin langkah ini dibuat berdasarkan pengalaman beliau menghadapi Anwar ketika menjadi Setiausaha Kerja Umno di bawah Tun Dr Mahathir dahulu.

“Are you blind (Anda butakah)?” kata seorang pemerhati politik kepada Umno ketika beliau ditunjukan rekod-rekod yang Siasah terima.

Bagi beliau, setelah menerima kekalahan, Umno sepatutnya memilih Setiausaha Agung yang berwibawa untuk memulihkan nama baiknya bukan orang yang mempunyai rekod buruk sebagaimana Tengku Adnan.

Sebagai pelopor Islam hadhari juga, Abdullah sepatutnya memilih mereka yang benar-benar bersih agar nama baik Islam tidak terpalit dengan imej burok Tengku Adnan ini.

“Kenapa pada tahun 2004 digugurkan, kemudian pada tahun 2005 ambil balik. 2008 digugurkan sebagai menteri tetapi kemudian ambil balik sebagai Setiausaha Agung. Macam yo-yo je. Budak-budak kata macam biskut, sekejap ada sekajap tak ada,” kata beliau lagi.

Sesetengah pihak mungkin beranggapan ini adalah tindakan pembangkang atau Siasah untuk memburukkan nama Tengku Adnan tetapi berdasarkan rekod yang Siasah terima inilah faktanya.

Dan rekod-rekod ini adalah rekod yang boleh dilihat sendiri oleh orang awam kerana ia sudah berstatus rekod awam (public record).

7 comments:

Jurufoto said...

biar Adnan kekal..
senang sikit kita tendang kerajaan dlm PRU 13..
Semua org tau pasal Adnan yg MAHA teruk tu.. Dulu hentam Nuar Brahim..
Pak Lah mmg camtu.. saper saja yg terserempak kat pasar borong. terus di lantik jd Menteri.. Maklom ler dia keseorangan.. istri baru pun bkn boleh harap sgt, apa lg nk harap pd menantu "hantu"

jebatderhaka said...

Biarkan luncai terjun dengan labu labunya..biarkan..biarkan..
Inilah jalan jalan kehancuran UMNO.Kalau anak cucu kita sok tanya kenapa UMNO hancur?Jawabnya 'kerana DYMM Dolah Baduwi tak mahu turun takhta'.
Tak lama lagi bolehlah kita panggil Ustaz Firdaus talkinkan UMNO..

Unknown said...

hahahaa... xsangka org tuo2 MEMPERGUNAKAN KERAJAAN dengan SEBAIK mungkin.. bak kata DAFI BAEK PUNYA.... wakakakaka

SYABAS TUNGKUL DENANG.. pasnie Kerajaan BARISAN RAKYAT apa laie.. ajukan perkara ini pada BPR ... tapi rasa mcm lepas jer...

wakakakaak

asalbayu said...

Dalam hal ini sepatutnya para veteran UMNO ikut bersuara. Tetapi semuanya membisu, kenapa? Adakah mereka ini juga kena suap dengan TA supaya jadi bisu. Kalau macam ni tak payah wujudlah. Menghabiskan beras, buang karan saja. Veteran-veteran tu pergi duduk di masjid berzikir banyak-banya buat bekal di akhirat lagi baik.

jebatderhaka said...

Perlantikan TA ini adalah gambaran sebenar pemilihan Pack Lah melantik ketua ketua dalam perkhidmatan awam seperti PDRM,Peguam Negara dan BPR.

Saya terpanggil untuk menyatakan ini bila menonton berita diTV yangmana Polis akan mengambil tindakan terhadap bloggers kerana menghasut dan sebagainya.
Setakat yang kita baca dalam SIASAH tiada pun unsur unsur hasutan,malah rata rata bloggers membela Raja.Apa yang dikatakan mengenai BN adalah benar belaka.
Kita baru saja melalui PU.Untuk apa?Bukankah untuk meujudkan sebuah negara demokrasi berperlembagaan?Demokrasi apa?Berperlembagaan apa?Lembaga NEK NAK?
Selama ni rakyat langsung tidak boleh bersuara.Jalan penyelesaiannya,dipeti undi.Akibatnya,tengoklah sendiri.

Kes TA ni memang pelik.Dia dalam proses disaman oleh kerajaan Malaysia,tapi dilantik pula memegang jawatan penting dalam kerajaan.
Siapa sebenarnya Pack Lah ni?Ini sangat sangat menjadi tanda tanya.Adakah dia dipengaruhi oleh agen perisikan asing?SB kena siasat.Kita tengok kehancuran beberapa buah negara Islam.Agen agen perisikan asing akan memperalatkan ketua negara islam yang berpengaruh.Apa dah jadi dengan Iraq,Pakistan dan Afghanistan?Contohnya diIraq,dia menggunakan puak Kurdis dan orang orang yang rapat dengan Saddam.Akhirnya-hancur!

Dinegara kita,kita boleh tengok berbagai bagai perkara yang pelik pelik.Contohnya,bekas bekas ketua hakim,bekas PM yang kebanyakannya bergelar Tun diseret dikandang saksi.Mereka anak bangsa kebanggaan kita!

Apa yang akan saya ceritakan ini adalah perkara benar.

Mengapa Pack Lah sambung kontrak Musa terus 2 tahun?Sedangkan Musa sedang disiasat oleh BPR.Dengan perlantikan itu BPR menghentikan siasatan terhadap Musa.Yang jadi tanda tanya,kenapa rumah yang diubahsuai oleh Goh Cheng Poh@Tengku dilot 3751 Mukim Tangkak dirobohkan sedangkan kos mengubahsuai sekitar RM600,000.Rumah siapa ni?

Untuk calun BN dalam PU.TA satu hal,Azeez Putra UMNO banyak kes menipu.Lihat saja bagaimana hubungannya dengan KJ dalam antikhairy@blogspot.com.Betapa akrabnya dia dengan KJ?Kalau Dato'Ramli menjadi KPN bermakna hasrat Pack Lah untuk mencalunkan individu pilihannya tak kesampaian.Tambahan pula KJ boleh berbisik kepada 'BABAnya'.Tengoklah kes Dato'Ramli.Cuma sammon kes,tapi siseret keMahkamah.Digembar gemburkan dengan rasuah dan aset RM27juta.Dalam pertuduhan diMahkamah,langsung tak disebut pasal tu.Apa ni?
Begitu juga dengan 3 pegawainya yang dituduh memalsukan dokumen.Walhal dokumen itu dibawah Akta Rahsia Resmi.Hukumannya dibawah ISA.Ekoran dari ststement itu Goh Cheng Poh@Tengku yang terlibat dalam berbagai kes jenayah,dibuang daerah keJeli,Kelantan.Sepatutnya kalau dia nak bebas dari hukuman itu,dia kenalah melantik peguam dan mencabar Polis dan KDN diMahkamah.
Tapi GaniPatail mintadokumen yang RAHSIA itu dari salah seorang pegawai Polis terlibat dan serahkan pada BPR untuk diambil tindakan.
Apa ada kena mengena BPR dalam kes ini.Seolah olah Polis buang batu sembunyi tangan.Kenapa Polis sendiri tidak tuduh 3 pegawai tersebut?Belumpun 3 pegawai Polis ini dibicarakan kerana memalsukan dokumen,GCP@Tengku telahpun dibebaskan dengan alasan 'statement yang dibuat untuk buang daerah GCP@Tngku itu palsu'.
Apa akan jadi jika 3 peg POlis itu dibebaskan dari tuduhan itu?Siapa nak gantikan tempat GCP@Tengku?Dimana yang disebutkan KEDAULATAN UNDANG UNDANG dalam 5 prinsip Rukun Negara?Sebelum kes ini,Gani dikatakan berjumpa adik CGP@Tengku diGenting Highland.Apa hal?

Kesimpulannya,rasuah lebih bisa dari penyengat tanah.Orang yang tak bersalah,boleh jadi salah.Orang yang bersalah buat muka pokker-macam tak salahhhhh jer....kitapinjam kata kata Nabil-

Lu org ada mata,lu orang tengok...
Lu orang ada telinga,lu orang dengar..
Lu orang ada otak?Lu PKlah sendiri!

Cucu Adam said...

Jelas UMNO/BN tidak mempunyai prinsip dan tidak pelek dan menghairankan orang seperti Adnan Mansur dilantik sebagai Setiausaha Agung. Di atas sebab itulah berbagai karenah berlaku, dan mereka yang bermasalah seperti Adnan Mansur dilantik sebagai Menteri dan kini sebagai Setiausaha Agung UMNO/BN.

Jika Adnan Mansur terus kekal pegang jawatan sebagai Setiausaha Agung UMNO/BN ini akan memudahkan lebih banyak negeri dan Insya Allah Parliament Malaysia akan dikuasai secara majority oleh PKR-DAP-PAS.

Kalau PRU 12 kekalahan besar disebabkan oleh Khairy, kekalahan UMNO/BN di dalam PRU 13 akan disebabkan oleh orang seperti Adnan Mansur.

Ghaib said...

Sukurlah Kepada Yang Maha Pencipta Alam Sejagat Ini Al-Hamdulillah. Wahai Semua rakyat Malaysia ubah nasib-nasib kamu dengan tangan kamu sendiri. Tuhan tidak akan mengubah nasib kamu jika kamu tidak akan ubah nasib kamu sendiri.Apa yang berlaku pada tanggal 8 Feb 2008 lalu ada langkah bijak kamua segelintir sahaja berkerja keras dan tunggu pada tahun 2013 nanti baru kamu akan tahu nanti siapa itu BN ada siapa itu Perikatan Rakyat InsAllah sama-sama kita menunggu dan Men'Doa kan yang Benar akan wujud dan yang munkar akan kalah dan terhapus dari memerintah..Hidup Malaysia..Hidup Asean

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...