Thursday, March 20, 2008

Ahmad Shabery Cheek yang saya kenal

Oleh Zulkifli Sulong

"Menyesal sungguh ana kahwin lewat. Kalaulah ana tahu seronoknya kahwin, dari tahun satu lagi ana kahwin."

Itulah kata-kata Ahmad Shabery Cheek (kini Datuk) kepada rakan-rakannya tahun 1982 lalu di kampus UM. Ketika itu penggal kampus Universiti Malaya (UM) baru dibuka. Ahmad Shabery, semasa cuti penggal itu telah melangsungkan perkahwinannya dengan teman sekampusnya, Puan Syarifah (hingga kini saya hanya ingat sebagai Kak Pah sahaja).

Kata-kata itu beliau lafazkan di depan isterinya kepada kami para junior beliau di kampus. Ia semacam dorongan kepada kami agar berkahwin cepat-cepat walaupun masih belajar lagi.

Shabery dengan Kak Pah telah kahwin semasa cuti penggal tahun dua untuk masuk tahun tiga (tahun akhir pengajiannya di UM).

Kini, Shabery baru sahaja dilantik menjadi Menteri Penerangan menggantikan Datuk Zainudin Maidin.

Ketika di kampus UM, Shabery adalah aktivis kampus. Yang menariknya, rakan-rakan beliau kini juga mendapat tempat yang baik dalam dunia politik Malaysia. Mungkin hasil dari didikan politik ketika berada di kampus ketika itu.

Anwar sertai Umno

Zaman awal 80an adalah era menarik dalam politik Malaysia. Ketika itulah politik pelajar bangkit kembali dan menghadapi kemelut yang hebat. Ia bergerak sekitar kemasukan Anwar Ibrahim ke dalam Umno. Kini Anwar juga adalah tokoh penting politik tanah air.

Di UM, Shabery, sebelum peristiwa penting itu berlaku adalah Presiden Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya (PMUM). Kumpulan beliau, yang pro pembangkang ketika itu berjaya menubuhkan kerajaan di PMUM hasil gabungan dengan mahasiswa bukan Malayu iaitu India dan Cina.

Saya masin ingat lagi, Setiausaha Agung PMUM ketika itu adalah Muhamad Fuad Zarkashi. Kini Fuad adalah Ketua Penerangan Umno Johor.

Apabila Anwar menyertai Umno, berlaku perpecahan hebat dalam kem Islam di kampus UM. Namun Shabery tidak terlalu menunjukkan sikapnya. Lalu beliau ditolak masuk dalam kumpulan 'tidak jelas'.

Rumah sewa kami adalah di Conchita, rumah sewa yang menjadi markas pergerakan pelajar Islam di UM. Di Conchita inilah berdebatan hari-hari berlaku.

Ketika itu kumpulan pro-Anwar dikenali dengan nama Anwariyyun. Yang paling ketara memimpin kumpulan ini adalah Saifudin Abdullah, Presiden Persatuan Bahasa Melayu (PBMUM) ketika itu. Baru-baru ini Saifudin menjadi calon BN di Pahang dan memenangi kerusi yang ditandinginya itu.

Ketika Shabery tidak menunjukkan sikapnya yang jelas, Muhamad Husin memimpin kumpulan yang menyokong PAS secara langsung. Dalam kumpulannya termasuknya Husam Musa, Taib Ahmad, Mohamad Zainal Abidin Husien, Takiyudin Hassan, Zulkifli Yusof, Azmi Mohamad Ali, Syed Putra Syed Ahmad dan lain-lain lagi.

Husam ketika itu aktif dalam PBMUM di bawah Saifudin. Muhamad Husin kemudiannya menjadi Presiden PMUM. Selepas itu, Takiyudin Hassan pula menjadi Presiden PMUM. Dan seterus selepas itu, Zulkifli Yusof juga menjadi Presiden PMUM.

Mereka berjaya menjadi presiden PMUM kerana kejayaan golongan pro-PAS ketika itu menguasai kampus selepas keluarnya golongan yang lebih liberal dari kampus, termasuk Shabery.

Kesemua nama yang disebut diatas kini menjadi orang penting. Husam Naib Presiden PAS dan juga Exco kerajaan negeri Kelantan. Begitu juga Takiyudin, Exco Kelantan. Muhamad Husin baru menang parlimen Pasir Puteh di Kelantan.

Angkatan Perpaduan Ummah

Walaupun liberal, Shabery tetap masih dalam lingkungan kumpulan aktivis Islam pro PAS dalam kampus menghadapi golongan nasionalis yang menjadi proksi Umno di kampus UM. Ketika itu, golongan ini tidak boleh angkat muka dan sentiasa tewas dalam pilihan raya kampus.

Selepas tamat belajar, Shabery pulang ke negeri asalnya Terengganu dan bergiat aktif dalam PAS. Tapaknya adalah Institut Berakan. Beliau aktif di Terengganu dan cuba menerapkan beberapa elemen baru dalam politik PAS di Terengganu. Namun, setelah beberapa tahun mencuba, Shabery gagal untuk menyesuaikan dirinya, lalu menyambungkan pelajaran dan seterusnya menjadi pensyarah Sains Politik di kampus asalnya iaitu UM.

Dari situlah, Shabery kelihatan mula mendekati politik Umno, namun masih bukan mainstream Umno. Beliau bersama dengan kumpulan Tengku Razaleigh Hamzah. Apabila Ku Li menubuhkan Semangat 46, beliau bersama Ku Li dalamnya.

Shabery mempunyai saham yang besar dalam mencantumkan PAS dan Semangat 46. Ia berlaku dalam pilihan raya kecil Teluk Pasu pada tahun 1989. PAS dan S46 yang bersatu atas banner Angkatan Perpaduan Ummah melalui calon mereka Harun Taib (kini Datuk) menang dalam pilihan raya itu mengalahkan calon Umno, Abdul Rahman Mohamad.

Isu calon PAS tidak mahu bersalam dengan calon Umno sebagaimana berlaku di Marang baru-baru ini sudah berlaku dalam pilihan raya kecil Teluk Pasu ini. Media BN melaporkan calon PAS tak mahu bersalam dengan calon BN. Tidak sebagaimana di Marang, gambar gelagat calon PAS tidak mahu bersalam itu disiarkan sekali.

Namun, di edisi Kuala Lumpur, akhbar The Star telah menyiarkan gambar calon PAS bersalam dengan calon Umno ini. Apa yang berlaku adalah calon PAS tidak mahu berlakun sekali lagi bersalam dengan calon Umno apabila diminta wartawan berbuat demikian.

Inilah isu yang dimainkan Shabery dengan baik. Beliau mengeluarkan satu poster bertajuk "Siakap senohong gelama ikan duri, Cakap bohong lama-lama mencuri". Beserta dengan simpulan bahasa itu, beliau meletakkan gambar calon PAS dan Umno bersalam yang disiarkan akhbar The Star itu.

Hasilnya, di samping lain-lain faktor, calon PAS menang dalam pilihan raya kecil Teluk Pasu itu dan kemudiannya membolehkan PAS bergabung dengan Semangat 46 secara rasminya, walaupun agak sukar sebelumnya.

Kini Shabery Cheek adalah Menteri Penerangan. Janji awal beliau adalah untuk membolehkan media kerajaan yang dipimpinnya lebih berwibawa berbanding dengan sekarang.

Beliau akan diperhatikan secara 'close-up' oleh rakan-rakannya seperti Husam, Takiyudin dan Mohamad Husin dan juga tenaga media PAS yang menjadi rakan beliau dahulu.

10 comments:

relongcbg6054 said...

Nostalgia, nostalgia....
Tahniah En Zulkifli kerana mencuit rasa nostalgia Shabry Cheek. Semoga nostalgia itu mengingat kembali akar umbi semangat Islam di kampus UM dahulu. Di iringi doa agar datok Shabery akan berpegang kepada prinsip perjuangan Islam. Jangan jadi macam Zam yang kehilangan hala tuju semata-mata kerana membodek. harap Datok tidak begitu.

chua habag mai said...

Nostalgia..aku teringat ketika tahun pertama di FEP UM hujung tahun 1980an, mengambil subjek Pengantar Pentadbiran Awam dan Politik, pensyarah yang membuat aku terpegun di dalam mengikuti kuliah tersebut adalah En. Ahmad Shabery Cheek selain dari Prof. Dr. Firadus Abdullah silih berganti dengan seorang Prof. berbangsa China yang telah aku lupa namanya.
..Politik, kuasa, negara, haluan kiri, keabsahan politik,kedailatan, teori Harold Masswell adalah antara topik yang pernah aku lalui bersama rakan-rakan sekuliah melalui En. ahmad Shaberry.
..kebetulan sampai di tajuk pembetukan BN, UMNO diharamkan melalui tindakan kumpulan 11 di bawah Ku Li, masa itu terdengar istilah UMNO mAMAK dirujuk kpd UMNO(baru)...muridnya masih kekal di FEP UM Nawawi dan seorang kelihatan di akhbar Harakah, seorang lagi masih menjadi pensyarah di UM, itulah batch aku..
...petah berbicara sdr. Ahmad Shaberry mengendalikan forum di DTC UM tenggelam kehebatan 'Azwan Ali" yang pada masa itu berjinak dengan bidang pengacara...
..Harap Datok Ahmad Shaberry tidak menjadi spt. Mamak Cendol dari Merbok yang mengharubirukan RTM

Putra IJ80 said...

Tahniah untuk Saudara Dato'Shabry Cheek,cuma saya ingin mengingatkan kata kata hikmat yang tertulis dihadapan sekretariat PMIUM berbuyni "ESOK BUKAN SATU KEPASTIAN ,IA HANYA SATU KEMUNGKINAN".
Ada betulnya kata kata itu , kerana lain yang dirancang lain pula jadinya.
Kalau ta pecaya tanya Pak Sheikh(DSAI).

MUZ said...

TAHNIAH KEPADA MENTERI PENERANGAN BARU,NAMUN DIHARAP PELANTIKANNYA MEMBERI PERUBAHAN DALAM MENJADIKAN RTM LEBIH TELUS.RAKYAT SUDAH MUAK DENGAN BERITA YANG TERLALU BERAT SEBELAH.JANGAN INGAT RAKYAT BEBAL HANYA TERMAKAN DENGAN BERITA YANG TIDAK ADIL.RAKYAT JUGA TAHU KEHEBATAN SHABERY CHIK BERPIDATO SEMASA DI UM MEWAKILI UMNO MENENTANG WAKIL PAS MAHFUZ OMAR DAN KEADILAN RUSLAN KASSIM.NAMUN APA PULA CERITA RUSLAN KASSIM???

Bundel said...

Muz, Untuk pengetahuan awak, Ruslan Kassim dah masuk UMNO balik. Beberapa hari sebelum pulihanraya ke-12 ni dia dah masuk UMNO dah.

Arif Pahang said...

Saya rasa terpanggil untuk membetulkan fakta bahawa YB Muhammad Hussin tidak pernah menjadi Presiden PMUM tetapi beliau pernah menjadi MPP sesi 1982/83 dan ketika itu yang menjadi presiden ialah Datuk Ismail Sabri bin Yaacub (kini Menteri Belia dan Sukan).

Saya juga merupakan MPP masa itu menjawat EXCO Penerbitan yang menerbitkan Suara Siswa ketika itu.

Apa yang dikatakan oleh saudara Zulkifli itu benar tentang Ahmad Shabry Cheek kerana saya juga mengenali beliau.

katakhijau said...

ruslan kassim masuk umno sebab dah tak larat lagi nak jual sheklee.dia ingat masuk umno dapat kerusi yb boleh kumpul wang dan harta.tapi tak dapat.kesian dia.dia kata ....kalau ku tahu jadi begini baik aku kekal dengan anwar ibrahim dan rakan bersama pkr.mungkin kini aku jadi mp/yb.

BARISAN RAKYAT said...

Dah kalah debat,
Apa yang perlu tunaikan janji.LETAK JAWATAN.Ada berani ke...?/?

Rsabah said...

Bukan dia jer yang ngidam YB. Ezam juga berliur lihat wang rasuah dalam umno. Auta punya ezam!!! dalam Pakatan Rakyat tak ada wang! Tak ada rasuah!

Rsabah said...

Rakyat Sabah sedang menunggu!
Kami rakyat Sabah sedang menunggu menghukum umno RASUAH!!! Orang-orang umno jangan mimpi lagi dengan undi rakyat sabah. Siapa pun pemimpin umno, kami rakyat Sabah tidak akan tertipu lagi. Dah 50 kita bagi dia berkuasa untuk membela rakyat. Apa yang dia buat!? Buat rasuah! Menipu rakyat! Berlagak sebagai pejuang bangsa!!! Autalah umno!!!!!!!! BN = Barang Naik. Minyak dah turun tapi barang keperluan tambah naik!!!! Apa buta ke umno ni!!!??? Penipu!!!!!! Palui!!!!!!!! Hanya orang bodoh yang mengundi BN/umno!!! Kami dah sedar umno ni cakap jer lebih!!! Pejuang Melayu konon!!!!! Ooiii!!! rakyat Malaysia, buka mata! Kita mahu perubahan!!!!
Lihat apa umno buat:-
1. Dahulu dia naikkan harga minyak. Dia kata masalah global. Sekarang minyak dah turun, harga barang tak turun. Inilah BN/umno!!!
2. umno kata jangan main perkauman!!!! Tapi dia yang terang-terang meniupkan sentimen perkauman!!!!
3. umno kata dia pejuang Melayu, tapi majukan bahasa Melayu tak mahu!!! Kata umno, kita mundur kalau pakai bahasa Melayu!!! Bahasa Melayu tidak standard!!!! Tiada kelas!!! Ketinggalan zaman!!!!! Bahasa Melayu tiada daya saing!!!! Siapa nak tingkatkan daya saing bahasa Melayu!!!??? Bush ke!!? Orang putih tu ke!!!???
4. umno kaki RASUAH!!!!!!!!!!!!!!!!!umno kaki RASUAH!!!!!!!!!!!!!!!!!umno kaki RASUAH!!!!!!!!!!!!!!!!!
5. umno tukang fitnah!!!!!!!!!umno tukang fitnah!!!!!!!!!umno tukang fitnah!!!!!!!!!
6. umno pembuli rakyat!!!!!!!!umno pembuli rakyat!!!!!!!!umno pembuli rakyat!!!!!!!!
7. umno dah 5o tahun perintah Malaysia. Negara semakin parah!!! jangan tunggu sampai negara kita hangus oleh umno. Apa yang dia buat di Sabah!!!???? Memperkaya diri memperdaya rakyat!!!!!
8. umno guna Polis untuk kekalkan kuasa!!!!!!!!umno guna Polis untuk kekalkan kuasa!!!!!!!!umno guna Polis untuk kekalkan kuasa!!!!!!!!
9. umno guna SPR untuk menang pilihanraya!!!!!!!umno guna SPR untuk menang pilihanraya!!!!!!!umno guna SPR untuk menang pilihanraya!!!!!!!
10. umno guna semua harta rakyat untuk mengekalkan kekuasaannya!!!!!

KAMI DAH SEDAR!!!!!!!! KAMI MAHU PERUBAHAN!!!!!!!!!!SIAPAPUN YANG MEMIMPIN UMNO/BN IA TETAP UMNO/BN YANG DAH TERTUTUP MATA HATINYA DENGAN KEMEWAHAN SELAMA 50 BERKUASA!!!!!!! KAMI MAHU HARAPAN BARU UNTUK MALAYSIA!!!!!!!! KAMI MAHU PERUBAHAN!!!!!!!!! PAKATAN RAKYAT JADI PILIHAN!!!!! HARAPAN BARU UNTUK RAKYAT MALAYSIA!!!! aaammmiinnn!!!!!!!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...