Wednesday, March 5, 2008

Abdullah Badawi di boo di Kerinchi


KUALA LUMPUR, 5 Mac: Perdana Menteri yang juga Presiden Umno, Datuk Seri Abdullah Badawi menerima tamparan hebat dari pengundi apabila beliau diboo oleh penduduk Lembah Pantai ketika berceramah di situ 4 Mac lepas.

Abdullah ke sana untuk membantu calon BN Sharizal Jalil yang semakin hinag sokongan rakyat akibat populariti calon PKR, Nurul Izzah Anwar untuk kerusi parlimen kawasan itu.

Bagi menarik sokongan orang ramai, selain Abdullah dan Shahrizat, BN menjemput beberapa penyanyi termasuk Mawi dan kumpulan muzik Rabbani dalam ceramah yang diadakan pada sebelah malam di tapak Pasar Tani Bukit Angkasa itu.

Bebarapa saksi menyatakan Abdullah di boo oleh sebahgaian yang hadir di situ sebaik beliau memulakan ucapan menyebabkan beliau terpaksa memendekkan ucapan dan pulang awal. Ini bukanlah kejadian pertama pemimpin BN dimalukan oleh pengundi.

Sebelum ini, sekutu Abdullah yang juga Presiden MIC, Samy Vellu dimalukan apabila 2000 warga India menghalang beliau dari menghadiri majlis jamuan makan malam anjuran BN di Lunas, Kedah.

Di Pasar Siti Khadijah, Kota Bharu, Datuk Seri Annuar Musa turut diboo orang ramai apabila beliau cuba singgah di pasar itu petang Selasa lepas.

Pemerhati berpendapat, senario ini adalah ekoran sentimen anti-BN yang menular di seluruh negara sekarang.

3 comments:

pak sheikh said...

Sepatutnya lebih dari itu...Ini satu2 nya pemimpin yg paling tak guna dalam sejarah perdana menteri malaysia.Ngabiskan beras aje pooorah.

jebatderhaka said...

Betul tu Pak Sheikh..kat rumah naik lencun dah kaca TV pasal selalu sangat siarkan gambar dia...kah3

bintun said...

ha3..setuju ngan pak sheikh..tp hairan la kenapa masih ramai tak sedar2 ngan bahayanya parasit sekor ni??

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...