Saturday, March 29, 2008

30,000 sambut kepulangan Sultan Terengganu

KUALA TERENGGANU, 29 Mac: Lebih 30,000 rakyat Terengganu berhimpun di Lapangan Terbang Kuala Terengganu bagi menyambut kepulangan DYMM Yang Dipertuan Agung ke negeri ini pagi tadi.

Mereka mula berkumpul sejak jam 9.00 pagi dengan pelbagai jenis banner dan sepanduk menyokong Tuanku Mizan.

Di samping itu, pelbagai jenis pelekat kereta, reben kuning dan juga gambar dibawa ke perkarangan lapangan terbang itu.
Mereka berteriak daulat Tuanku dan sesekali teriakan Takbir berkumandang apabila konvoi baginda bergerak keluar dari lapangan terbang kira-kira jam 10.45 pagi.

Turut serta dalan konvoi adalah anakanda Baginda yang menjadi pemangku Raja di samping anggota Majlis Penasihat Pemangku Raja.

Rombongan Tuanku kemudiannya begerak ke Lembah Bidung.
Di sana, Majlis Pemuafakatan Rakyat Terengganu (Mampat) dan beberapa NGO menyerahkan memorandum sokongan kepada baginda.



4 comments:

Luqmanul Hakim Zulkifli said...

mmg seronok dpt jdi
ank raja ni!huh.
daulat tuanku!

titiankasih said...

Memang seronok. Tapi PAS kena juga berhati-hati. Jangan terlonjak2 kegembiraan dan ambil kesempatan di landasan yang salah nanti bawa padah.

krishna said...

Kadangkala Manusia bila diberi kuasa
sebagai Menteri dalam Kerajaan menyalahgunakan kuasa sehingga Tuhan
Yang Mahakuasa yang melihat keaniyaaan
yang dilakukan oleh seseorang itu dengan menggunakan akalnya sendiri atau dipengaruhi oleh orang yang ketiga akan menghancurkan bukan sahaja riwayat politiknya tetapi juga keluarganya.
Manusia boleh memainkan silap-mata dengan manusia tetapi bukan dengan TUHAN YANG MAHA KUASA. Berhati-hatilah
dan lihat peristiwa-peristiwa aygn sedang berlaku. Dalam Sejarah Negara kita, kami belum melihat suasana seperti yang apa sedang berlaku.
Kami berdoa supaya segala-galanya dalam
Malaysia yang kami cintai ini pulih ke suatu keadaan MUHIBAH ANTARA PARTI-PARTI
POLITIK (BN/BR) demi kebaikan Rakyat.

krishna said...

Dalam Sistem Demokrasi sudah tentu Parti Penyokong dan Parti Pembankang
pasti ujud.

Rakyat melalui Pilihan Raya yang menuntukan pemilihannya dengan menggunakan hak undi yang ada padanya.

Kerajaan yang memerintah, walau pun tidak mempunyai 2/3 majoriti, hendaklah menghormati Ketua Menteri dan Menteri-Menteri Besar dari Parti Pembankang.

Manifesto yang dijanjikan oleh kedua-dua pihak, ia itu Parti Pemerintah dan
Parti Pembankang hendaklah ditunaikan.

Rakyat akan mengikuti dengan rapi, tindakan yang dibuat oleh pihak Kerajaan
Pusat dan Kerajaan Negeri dan sekiranya
rakyat mendapati sesuatu rancangan yang
dicadangkan itu tidak dapat keadilan atau ada unsur-unsur sabotaj oleh pihak-pihak yang tertentu, sudah jelas dalam pilihan raya akan datang Rakyat akan
menunjuk ketidakpuasan mereka melalui
UNIDNYA.

Dari itu, demi kemakmuran Rakyat, sudah sampailah masa untuk kedua-dua pihak memberi Kerjasama yang erat dan ujudkan suatu suasana yang muhibah dan membangunkan negara Malaysia yang kami cintai ini.

Dengan membuat demikian, pelabur asing akan yakin dengan Kerajaan dan melabur dalam Negara kami dan kesan positif akan dinikmati oleh Rakyat.

Sudah sampailah masanya untuk pemimpin-pemimpin Barisan Nasional dan Barisan Rakyat untuk bersatu padu dan membangunkan Negara Malaysia.

Kami semua adalah 'Anak Malaysia'. Tunjukkan kepada Dunia 'Malaysians
are still Beautiful People'.

ANAK MALAYSIA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...