Friday, March 21, 2008

Exco Selangor PKR-4, DAP-3 dan PAS-3

Kemaskini

SHAH ALAM, 21 Mac: Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim telah menyerahkan 10 nama, empat PKR, tiga DAP dan tiga PAS untuk dilantik sebagai Exco Selangor kepada Sultan Selangor.

Jumlah komposisi kaum pula adalah lima Melayu dan lima lagi bukan Melayu menjadikan komposisi dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor adalah enam Melayu dan lima bukan Melayu.

Dari lima bukan Melayu itu, satu India iaitu dari PKR. Namun, DAP memilih semua Cina sebagai exconya.

Empat dari exco itu pula adalah wanita iaitu dua PKR, satu DAP dan satu PAS.

Menurut sumber, wakil PKR adalah Yaakob Sapari (Kota Angerik), Rodziah Ismail (Batu Tiga), Dr Xavier Jayakumar (Seri Andalas ) dan Elizabeth Wong (Bukit Lanjan)

Wakil DAP adalah Ronnie Liu (Pandamaran), Teresa Kok (Kinrara) dan Ean Yong Hian Hua (Seri Kembangan).

Siasah difahamkan sebelum ini, tiga wakil PAS yang dicalonkan adalah Datuk Dr Hassan Mohd Ali (Gombak Setia), Iskandar Samad (Cempaka) dan Dr Halimah Ali (Selat Klang).

Dalam pilihan raya lalu, PKR memenangi 15 kerusi Dun, DAP 13 dan PAS lapan.
Dengan penyusunan ini bermakna tidak ada satu parti pun yang mempunyai majoriti dan masing-masing saling bergantung antara satu sama lain atau pemuafakatan jelas berlaku.

3 comments:

Cucu Adam said...

Kita mahu melihat PKR-DAP-PAS dapat mentadbir Kedah, Penang, Perak dan Selangor dengan baik dan berkesan untuk menjadi ikutan dan contoh kepada negeri-negeri lain yang masih di bawah BN/UMNO.

Diharap peimipin PKR-DAP-PAS tidak terus bertelingkah di atas isu jawatan Exco Negeri dan lain-lain. Bayangkanlah kalian 2 minggu dulu bertungkus lumus berjuang untuk mendapatkan apa yang kalian sekarang perolehi. Jangan sia-siakan harapan rakyat, dan di dalam senario lain yang lebih teruk daripada BN/UMNO hingga boleh menyebabkan mereka yang mungundi kalian menyesal dan meluwat.

Anonymous said...

tahniah krn dpt mtadbir negeri selangor.Saya amat berharap mandat yg diberi akan digunakn sebaik mgkn utk menjlnkn tugas dgn lebih efisyen.Saya hrp agar rakyat diutamakan.Hargai kmenangan yg dikecapi.Jgn leka dibuai kemenangan.BN pasti akan berusaha merampas kembali.amanah akan dipertanggungjawabkan di akhirat.

dinsalleh iskandar said...

Kemenangan Barisan Rakyat gabungan PKR, DAP dan PAS adalah hasil keyakinan rakyat bahawa kepimpinan ketiga-tiga parti mampu memperlihatkan kematangan dan dapat memberikan perkhidmatan yang baik untuk rakyat pelbagai kaum dinegara ini.
Selain itu faktor Anwar Ibrahim juga turut menyumbang pencapaian kejayaan kita menawan 5 negeri dan 82 kerusi parlimen.
Kelemahan UMNO-BN yang menyebabkan mereka tersungkur harus jadi iktibar agar tidak diulangi. Disamping itu, yang teramat penting adalah amalan mengadakan muzakarah atau pemuafakatan sebelum melaksanakan sesuatu tindakan atau polisi agar ianya benar memberi faedah dan dapat diterima rakyat.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...