Wednesday, March 19, 2008

Abdullah perkuatkan Team B dalam Kabinet

KUALA LUMPUR, 19 Mac: Presiden Umno, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi disifatkan sebagai memperkuatkan kedudukan dalam Umno melalui pembentukan Kabinetnya Selasa lepas bagi menghadapi pemilihan pucuk pimpinan Umno hujung tahun ini.

Langkahnya adalah dengan mengeluarkan menteri yang dikira mempunyai hubungan yang rapat dengan bekas ketua beliau, Tun Dr Mahathir Mohamed atau lebih tepatnya memperkuatkan Team B dan mengeluarkan pemimpin dari Team A dari Kabinetnya.

Untuk itu, sekurang-kurang tiga pemimpin utama Team B mendapat tempat yang baik dalam Kabinet ini iaitu Datuk Seri Rais Yatim, Datuk Ahmad Shabery Cheek dan Datuk Shahril Samad.

Yang mendapat nasib malang adalah pemimpin Team A Umno atau penyokong Tun Dr Mahathir iaitu Datuk Seri Rafidah Aziz, Datuk Seri Tengku Adnan Mansur dan Datuk Seri Jamaludin Jarjis. Ketiga-tiganya dipecat dari Kabinet walaupun menang dalam pilihan raya baru-baru ini.

Baca laporan penuh dalam Siasah Ahad ini.

6 comments:

Cucu Adam said...

Saya lebih cenderong berfikir tidak akan banyak yang UMNO dapat lakukan kerana nasi sudah jadi bubur. Lihat sajalah ramainya pemimpin UMNO yang meletak dari jawatan politik dan negeri yang mereka telah pegang untuk sekian lama.

Saya kira akan lebih ramai lagi pemimpin UMNO/BN yang meletakkan jawatan atau keluar parti masing, dan kemungkinan besar menyertai PKR-DAP-PAS di dalam masa terdekat ini.

Dulu dikatakan ceramah tidak akan meninggalkan apa impact dan mereka itu hanya syok sendiri. Padanlah muka kalian dan tidak akan ada orang yang akan memberikan simpati.

Pertimbangan dan nasihat yang telah diberikan kepada Pak Lah nyata telah salah sasaran dan membawa padah kepada UMNO/BN.

Saya kira rakyat Malaysia tidak akan tertipu lagi dan akan menolak UMNO/BN untuk selama-lamanya.

Tanpa Sabah dan Sarawak, pemerintah UMNO/BN sudah pun berkubur.

Unknown said...

pemimpin sabah menyalahgunakan kuasa. gunakan duit zakat untuk hantar ahli keluarga pergi naik haji. inikah sikap pemimpin yang kita sokong?

gulag33 said...

sekarang masa untuk memikir kehadapan. halakan usaha dan tenaga kedepan. mmg senang utk komen dn kritik. ada byk perkara yg bolih kita buat dan bantu utk kesejahteraan ummah. apa yg telah kita lakukan utk ini?

Utk kaum hawa saya cadangkan adakan kenderaan pengangkutan awam yg mengasingkan wanita dan lelaki pada waktu puncak pejabat iaitu pagi dan petang. sekarang pun dah ada pemandu wanita.

Yang demikian takdelah pak2 indon/ bangla/paki/india/nepal/dll mengganas dlm kesesakn. Bancian menunjukkan ramai kaum hawa yg bekerje. Menyediakan pengangkutan asing bagi mereka menjauhi gejala perbuatan tak sihat. Kita bolih adakan jalan sehala pada waktu puncak tak kan tak lih ada pengangkutan berasingan pada waktu yg sama.

InsyaAllah akan lebih meningkat efficiency kerja.

jebatderhaka said...

Pak Lah berundur aja la..nak tunggu apa lagi?
Sebaik baik kawan,adalah kawan yang boleh ditegur dan menegur.Kalau dah ikut kepala sendiri je dan meminggirkan prinsip Rukun Negara baik buka kedai sendiri.Dimana yang dikatakan Kesetiaan Kepada Raja dan Negara?Kedaulatan undang-undang.Kesopanan dan kesusilaan?
Sebelum orang muntah dengan BN,lebih baik tengah mual ni berundur....

jebatderhaka said...

JALAN PALING BAIK UNTUK ORANG MELAYU KESELURUHANNYA....
YANG KEPALA BATU TU,PACK AND BLAH..PACK AND BLAH..PACK AND BLAH..PAK LAH.........

warongtalk said...

Rata-rata, menteri kabinet atau barisan kabinet yang ada sekarang ni tidak mendapat kehormatan (respek) rakyat. Mereka ada ke, tak de ke, sama saja, all the same. Jadi, tak perlu kita rakyat nak sanjung, junjung atau pentingkan sangat menteri-menteri ni. Kita bawa hal diri kita dan majukan kedudukan bersama pemimpin yang mempunyai kredibiliti dan semangat perjuangan khas untuk rakyat yang tinggi [bukan untuk akaun bank sendiri/keluarga].

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...