Wednesday, March 26, 2008

Idris, Rosol dan Din Adam ditarik gelaran datuk

KUALA TERENGGANU, 26 Mac: Tiga pemimpin Umno Terengganu, Datuk Seri Idris Jusoh, Datuk Rosol Wahid dan Datuk Din Adam telah ditarik balik gelaran mereka oleh istana Terengganu.

Menurut sumber yang rapat dengan istana, penarikan gelaran ketiga-tiag mereka itu berkuatkuasa serta merta.

Dalam pada itu, Datuk Muhamad Awang Tera (Chukai) telah dilantik sebagai Timbalan Menteri Besar Terengganu, satu jawatan yang tidak pernah wujud sebelum ini.

Sebuah NGO, Majlis Pemesyuaratan Rakyat Terengganu (Mampat) dan beberapa NGO lagi akan menganjurkan solat hajat di masjid Terapung, Kuala Ibai malam esok untuk memohon kepada Allah untuk keselamatan baginda Sultan Terengganu dan anakanda baginda yang menjadi Pemangku Raja.

Ia akan diadakan bermula sembahyang Isya secara berjamaah di masjid berkenaan dan bakal diimami oleh Iman Masjid Negara, Sheikh Ismail Al Hafiz.

27 comments:

jebatderhaka said...

Kami turut doakan kesejahteraan Baginda berdua.
Pada yang ditarik balik gelaran Dato' tu bawak bawaklah sedar diri.UMNO dan BN ni baru aja..sedangkan sistem beraja telah beratus ujud.Cuma tocang mereka aja tak naik dan kadok kadok mereka tak pula naik junjung...
Kuatnya melayu kerana Raja.
Lu PKlah sendiri!!!!!!!!!!!!!!!

Anonymous said...

Apa kata kalau di gantikan dengan Natang?

Pak Sheikh said...

Ya Rabb....Rahmatilah,Berkatilah dan Lindungilah Raja kami.Beri lah Banginda kekuatan dan petunjukmu dalam menjalankan perintah mu terhadap golongan golongan mungkar dan zalim ini.......Kebawah Duli Yang Dipertuan Agong kami tetap berdiri bersama Tuanku dalam menegakkan amanah ALLAH swt ini.....Insyallah...ALLAHU AKBAR...ALLAHU AKBAR....ALLAHU AKBAR..

yan said...

padan muka! elok saja di buang negeri

rasaBijak said...

molek benar cadangan alhusseyn tu

nanti lepas ni akan jadi
Natang Seri Idris Jusoh
Natang Rosol Wahid
Natang Din Adam

Daulat Tuanku..

Tapi rasanya lagi HOT kalu Natang Seri Idris Jusoh tunjuk kesamsengannya dengan menabalkan Sultan lain macam yang Natang Annuar Musa buat dulu..

Gopeng said...

Siasah.. berita betul ke?.. Bila kebenaran terbongkar nanti, lebih elok dipanggil SESATdaily

Cik Lee said...

Elok lah tu.. Sepatutnya kena buang negeri ke Pulau Bidong sana tu puok-puok nih... kurang ajor sangat.. Ingat negeri Teganu nih bapok dia orang yang punye.

Lepas nih, kita tengok next drama. Pelik al-ajaib. Kesemua 22 Adun yg beria2 menentang Ahmad Said tiba-tiba sebulat suara menyokongnya. Tak pelik, pasal itu memang budaya mereka.

KEJAWEN said...

Allahu Akbar!!.. buang daerah aje... dan BEKUKAN semua asset mereka... baru padan muka mereka... Inilah akibat makan wang ihsan rakyat.....

Mohd Asri said...

Walau apa pun kebenaranya, sememangnya puak-puak ni tidak harus dibiarkan begitu sahaja. Janganlah dengan ucapan ampun dan maaf selesaikan penderhakaan yang paling ketara abad ini di Malaysia. Rakyat juga perlu fikir.. kenapalah mereka ni nak sangat kat Idris Jusoh ni sampai menderhaka kepada Tuanku yang begitu tulus pekertinya. Mesti ada apa-apa ni... tak nampak lagi ke wahai rakyat Malaysia....terutama sekali Melayu Ameno dan Be End...tak tah nak cakap la aku macam mana lagi nak bagi tahu kat puak ni...

Abinurin said...

Aku ni memang orang UMNO. Tapi sejak kes ni malu nak mengaku sbg orang UMNO dah. Bodoh bengong betul diorang ni. Raja nak dilawan. Bagi aku mmg patut sangat2 la gelaran tu ditarik balik. Bukan tu saja, yang sepatutnya semua pingat yg diorang dapat pun tarik balik. Termasuklah PJK. Baru padan muka diorang. Yang paling penting Pak Lah... letaklah jawatan.

Maskinah said...

Allah Ya Karim! Lindungilah Tuanku Al-Mizan sekeluarga & diberi seluas kelapangan dlm segala urusan Baginda dgn penuh keberkatan. Yg si Pak Kaduk2 naik junjung, junjung dah jatuh ... camna citer, berundurlah & taubatlah sebelum tanduk tu makin tinggi timbulkat kepala dan menusuk perut sendiri!

Sang Pemantau said...

Istana Terengganu ada keluarkan kenyataan tak??or cuma khabar angin je???inginkan kepastian....

sangpemantau.blogspot.com

RedArmy said...

Elok sangat la tu. Dah banyak sangat kemusnahan yang dibuat oleh 3 ekor natang tu di Terengganu. Baginda Sultan lebih memahami situasi terkini dan tindakan yang diambil Baginda amat bijak demi kebaikan rakyat Terengganu

ummisara said...

Ya Allah, hanya pada MU kami memohon. Pelihara dan berkatilah Al-Sultan dan Raja-Raja kami yang berada di landasan yang benar.

Engkau laknatkanlah mereka yang telah menggadaikan maruah dan agama demi kepentingan peribadi sendiri.

KerisKontot said...

DAULAT TUANKU.

Menjunjung Kasih Duli Tuanku. Terima Kasih kerana keperihatinan terhadap kami rakyat Terengganu.

Patik sangat bersetuju dengan Tuanku untuk tidak melantik semula Idris Jusoh sebagai Menteri Besar. Idris Jusoh adalah pengkhianat bukan sahaja kepada rakyat Terengganu malah pengkhianat kepada Kebawah Duli Tuanku. Wajar sahaja dihukum bunuh.

Walaupun Ahmad Said bukanlah satu pilihan yang terbaik tetapi buat masa sekarang hanya dia yang lebih baik dari Idris Jusoh.

Mungkin pada masa hadapan Rakyat Terengganu akan sekali lagi memilih PAS untuk menerajui Terengganu.

DAULAT TUANKU! DAULAT TUANKU! DAULAT TUANKU!

caked said...

natang seri iblis jusoh

Jurufoto said...

saya sokong..
x nk ulas..
member semua dh ulas panjang lebar
deris derhaka

BeyMaga said...

Biar betul cerita ni. Ni bukan main2 punya cita - ini melibatkan sultan tau.

Din Adam dah nafi Datuk dia di tarik pun. Pi tengok Malaysiakini

http://www1.malaysiakini.com/news/80527

Macam Sunnyneh kata - kalau kebenaran terbongkar - eloklah nama blog ni ditukar

SESATSIASAH DAILY..

Gopeng said...

Nampaknya dah sesat.. 3 hari tak update pun?. itulah lainkali checklah kesahihan berita dulu.. don't simply spread and give blogging a bad name

all about food said...

isu-isu berita seperti ini mesti ada kesahihan sebelum di sebarkan kepada semua. sebab la ni rakyat malaysia depends on the blog and newspaper. so kalau blog pon cite tak betui takut nanti jadi macam newspaper pulak.

for me. kalau sikap greedy idris and team memang patut di tarik balik gelaran and also dibuang negeri. buat apa dok lagi kat ganu kalau sultan sendiri pon kita tak hormat. pi la negeri lain kot kot melaka yang bagi gelaran kat jeanne boleh terima orang "ganu" kita tu.

curasimanjakini said...

Kuasa Mu ya Rabb.

Aku menangis
mengintai kekuasaan Mu
Berendam air mata
mengucup kalimah-kalimah Mu
Aku dakap seroja subuh
yang menikam kalbu
lalu setitis air menitis
di telapak ini
menjadi geliga embun
sejernih mutiara

Sepintal tasbih
berkilauan adanya
lalu ku lihat mimbar langit
turun cahaya
Para solehin riang wajahnya
Syurga menanti pada mereka
yang taat setia.

Aku pohon pada Mu
yang Esa tetapkan iman
dan dipelihara senantiasa
Jika nafas ku terhenti selamanya
Tempatkan aku
disisi kekasih-kekasihMu
Jauhkan aku
dari siksa
neraka.

SELAMATKAN BAGINDA TUANKU MIZAN
SELAMATKAN SELURUH UMAT ISLAM...

amin...

curasimanjakini.esasterawan.net

Cucu Adam said...

Sewajar geleran datuk daripada tiga pemimpin UMNO/BN tersebut ditarik balik kerana 'derhaka' mereka kepada Sultan Trengganu.Malahan kalau Abdullah Badawi dan Patil Gani ada menerima kurnia bintang daripada Sultan Trengganu, geleran datuk (atau apa juga bintang kebesaran negeri) yang telah dianugerahkan kepada mereka wajar ditarik semula berkuatkuasa serta merta.

Ketiga pemimpin ini telah berlebih-lebih menghina dan tidak menunjukkan taat setia kepada Sultan Trengganu, dan tentunya arahan tersebut datang daripada Puterajaya. Mereka bertiga ini tidak wajar diberikan pengampunan daripada Sultan Trengganu.

Ini suatu pengajaran kepada sesiapa juga, dan sewajarnya Raja Perlis mengambil tindakan yang sama kepada Sharidan Kasim yang menghina dan tidak tunjukkan taatsetia kepada Raja Perlis.

Luqmanul Hakim Zulkifli said...

Booo Idris!
aku mmg beci lame doh dekat mung!
padang muke.!!

kashsul said...

nak try nih

Jeli-Semenyihdaily said...

kalu betul okla...baru raja kita ada kreadibeliti..ni kan mcm malaysia ni umno je yang punya segala harta-harta rakyat milik umno...patut tukarla umno tu dah lama memerintah negara...sejarah parti kalu dah lama perintah negara macam-macam harta negara di rembat mereka...umno dah tak wajar ada lagi kat malaysia...
www.paceroh.blogspot.com

Pemerhati said...

Sampai sekarang ni gelaran dato masih ada pada 3 badigol tersebut. Ni berita betul ke berita tipu? Siasah ke soseh soseh? Kalau setakat khabar angin tak payah la tulis. Buang masa je kitorang nak baca.

Anonymous said...

Adusssss..penat jer baca. Berita tak confirm pong!!
Harap Siasah lebih teliti sebab kami guna maklumat di sini untuk berbual dengan kenkawan... udah kami pulak dilabel penyebar berita palsu!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...