Sunday, March 2, 2008

Ketua Putera Umno salah strategi kempen di Baling

BALING, 2 Mac: Cara Ketua Kutera Umno, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim menjalankan kempen pilihan rayanya semakin tidak popular di kalangan penduduk Baling.

(Gambar : Papan tanda Sedia Gempur di salah sebuah bilik gerakan BN)

Tinjauan Siasah ke daerah itu mendapati penduduk Baling terutamanya golongan muda lebih cenderung mendekai PAS berbanding Barisan Nasional.

Antara dua sebab utama menjadikan 'penolakan penduduk Baling' terhadap Aziz ekoran beliau membawa masuk orang luar sebagai jentera pilihan rayanya sehingga mengenepikan orang tempatan.

Cara dan gelagat orang luar yang kebanyakannya golongan muda itu sepanjang menjalankan kempen untuk Aziz melahirkan rasa kurang senang penduduk tempatan.


Menurut sumber BN, Aziz sedang berusaha membawa masuk lebik ramai lagi pemuda dari luar iaitu dari Johor untuk membantunya bagi mempertingkatkan lagi kempen menjelang pilihan raya yang semakin hampir.

Faktor kedua, Aziz telah menggunakan slogan yang dianggap kasar oleh penduduk tempatan iaitu 'Sedia Gempur'.

"Beliau seperti mahu menyanggah budaya susila keharmonian di Baling,' kata seorang peniaga makanan di pekan Kupang.

Manakala calon PAS bagi kerusi Parlimen Baling, Uztaz Taib Azzamuddin ketika diminta komennya berkata, "orang-orang Baling tidak boleh menerima slogan yang tercium bau samseng".

1 comment:

jebatderhaka said...

Memang patut rakyat Baling tolak Azeez

Syabas rakyat Baling kerana menolak penipu sekor ni.Harapkan songkok je mencacak tinggi,tapi penipu ya amat!
Yang peliknya kenapa tiada rekod jenayah Azeez?Siapa yang padamkan rekod jenayah Azeez?Saya dah beberapa kali buat repot terhadap penipu sekor ni.Terbaru tahun lepas.Apa dah jadi dengan repot tu?Pegawai penyiasat dah buat tisu tandas ke?Kebal sangat ke mamak sekor ni?Apa dah jadi dengan kes dia acukan pistol pada orang diMahkamah Mejistret Petaling Jaya?Sekolah pun tak seberapa,sampai tingkatan lima je diLassale PJ.Agaknya sekolah Lassale ada keluarkan Ijazah..pelik..pelik..bila masalah Azeez yang dulunya kawan rapat Kalimuthu,masuk U.Asik menipu,menipu,menipu...terlibat dalam dadah pulak tu!Kalau tak caya tanya penyanyi Nash,Hattan,Malik Reduan...ada juga yang kata dia ni 'tokan'.Mungkin juga.Kalau tak mana dia dapat duit?Setakat jual kereta buruk tu berapa sangat...
Pada pak pak Polis tu,bukak semula kes kes Azeez dan cas diMahkamah kerana menipu.Janganlah nak tutup tutup kes..ingatlah sama..kerajaan Pack Lah pun dah nak tumbang,kalau repot-repot masih macam 'tahun gajah' dulu jugak tak diambil tindakan kami serahkan pada Guan Eng spaya bawa ke Parlimen.Tak kan Tan Sri Khalid pulak nak siasat..dia banyak kerja.....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...