Friday, March 21, 2008

MB Perak akan temui PM untuk kebaikan rakyat

IPOH, 21 Mac: Menteri Besar Perak, Ir Mohamad Nizar Jamaludin merancang untuk bertemu dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi secepat mungkin bagi memperkemaskan hubungan kerajaan negeri Perak dengan Kerajaan Pusat.
"Ia untuk kebaikan rakyat," kata Nizar dalam wawancara khas beliau dengan Tvpas.com yang sedang disiarkan sekarang.
Wawancara kira-kira 25 minit itu menyentuh pelbagai perkara termasuklah rasional penghapusan kompaun tempat meletak kereta dan saman terhadap penjaja kecil di Perak sehingga perlantikan beliau sebagai MB Perak.

Kunjungi www.tvpas.com untuk menonton wawancara sepenuhnya.


4 comments:

Putera Melayu said...

Disinilah asasnya kemaufakatan. Mementingkan kesejahteraan semua pihak berbanding kepentingan satu pihak sahaja. Ideologi yang fleksibel dalam menjamin kepentingan semua menjadi pendokong kepada agenda melayu. Tahniah kepada Menteri Besar Perak yang mempunyai sensitiviti dalam menjamin keperluan dan kesejahteraan rakyat terbela... TAKBIR!

AnakJati Selama. said...

kecekapan,kebijaksanaan & kejayaan pentadbiran akan mengikis tohmahan dan penipuan yang dibuat oleh kerajaan BN selama ini akan terhakis. Mereka bermegah mengatakan tiada parti lain yang dapat melaksanakan amanah rakyat untuk memerintah negeri & negara kita yang tercinta. Sekaranglah masa untuk kita membuktikan ianya sebagai satu pendustaan. Pastinya sokongan akan terus bertambah seterusnya tiada lagi para pengundi & rakyat teraniaya seperti yang dibalas oleh kerajaan BN kepada kita selama ini tanpa rasa bersalah. Tahniah & semoga tenang memberikan khidmat kepada rakyat Perak khususnya & rakyat Malaysia amnya.Takbir.....

krishna said...

Perdana Menteri seharusnya mempertahankan PRINSIP RUKUNEGARA - KESETIAAN KEPDA RAJA DAN NEGARA dan
bukan mencabar ISTANA dan RAJA.
Anak-anak muda kami sedang melihat
perbuatan Perdana Menteri yang sangat
menyedihkan. Apa bezanya di antara
tindakan Perdana Menteri mencabar perlantikan Menteri Besar Trengganu dan
gulungan HINDRAF.Kedua-dua pihak menjatuhkan nama baik Raja dan Negara serta mengugatkan Keselamatan Negara. Di atas nama keadilan dan kesaksamaan Perdana Menteri hendaklah di tahan dibawah ISA dan menghantar beliau ke Kem Kamunting untuk berehat bersama
dengan anggota HINDRAF.

krishna said...

Perdana Menteri seharusnya mempertahankan PRINSIP RUKUNEGARA - KESETIAAN KEPDA RAJA DAN NEGARA dan
bukan mencabar ISTANA dan RAJA.
Anak-anak muda kami sedang melihat
perbuatan Perdana Menteri yang sangat
menyedihkan. Apa bezanya di antara
tindakan Perdana Menteri mencabar perlantikan Menteri Besar Trengganu dan
gulungan HINDRAF.Kedua-dua pihak menjatuhkan nama baik Raja dan Negara serta mengugatkan Keselamatan Negara. Di atas nama keadilan dan kesaksamaan Perdana Menteri hendaklah di tahan dibawah ISA dan menghantar beliau ke Kem Kamunting untuk berehat bersama
dengan anggota HINDRAF.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...