Thursday, March 13, 2008

Kit Siang: Tanniah, anda matang kerana sedia memohon maaf

KUALA LUMPUR, 13 Mac: Langkah Pengerusi DAP, Lim Kit Siang memohon maaf selepas mempertikaikan perlantikan Adun Sungai Panjang, Mohamad Nizar Jamaludin, 51, sebagai Menteri Besar Perak diterima dengan linangan air mata kegembiraan oleh penyokong PAS, PKR bahkan juga DAP.

Mereka menyifatkan langkah ini sebagai melambangkan kedewasaan dan kematangan beliau untuk menerima kesilapan dan pengajaran secara langsung dari rakyat.

Lim Kit Siang menerima kritikan paling hebat, mungkin terhebat dalam sejarahnya sebagai ahli politik, bahkan dari pembaca blognya sendiri selepas beliau membuat kenyataan tidak puas hati dengan pemilihan Mohamad Nizar sebagai MB Perak.

Beliau juga telah mengarahkan kesemua wakil rakyat DAP memboikot majlis mengangkat sumpah MB Perak.

Pada hari berikutnya, 13 Mac, kira-kira jam 11 pagi, beliau membuat kenyataan memohon maaf dan memohon ampun dari Sultan Perak ekoran kenyataannya itu.
Laporan penuh dalam Siasah Ahad ini.

3 comments:

Mujahid said...

kemelut yang berlaku diPerak akan sedikit sebanyak mengecewakan rakyat malaysia apatah lagi rakyat perak.kedengaran suara orng kuat pembangkang"malas nak pikir..serabut..pertama dan terakhir kot..hampa"walaupun ada yang kata ini hanya permainan media Bn...tp perlu juga lihat pada hakikat sebenar..

Mohd Zainuddin Che Ismail said...

Saya tetap tidak puas hati dengan cara Kit Siang memohon maaf kepada Sultan Perak. kenyataannya memang menghinakan Sultan amnya dan orang melayu umumnya. Pemulauan majlis angkat sumpah itu seumpama memulaukan Sultan Melayu Perak.

Kalau nak mintak maaf, biarlah dengan ikhlas..bukannya hanya dengan melalui media. Pergilah mengadap Sultan secara langsung.

Dari : Penyokong PAS tapi bukan DAP

tirath said...

"Pergilah mengadap Sultan secara langsung."

Sama ada ikhlas atau taktik politik, kita tidak mungkin tahu... tetapi untuk penerangan saudara, Kit Siang telahpun memohon maaf ketika menghadap dengan Raja Nazrin di Istana Iskandariah semalam.

http://blog.limkitsiang.com/2008/03/17/royal-audience-with-perak-regent-dr-nazrin-shah/

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...