Tuesday, March 25, 2008

Perkataan 'binatang' penyokong Idris ditujukan kepada Sultan - Salahuddin

KUALA LUMPUR, 25 Mac: Ketua Pemuda PAS, Salahuddin Ayub menyifatkan istilah 'natang' (binatang) yang digunakan oleh penyokong Datuk Idris Jusuh pada satu slogan yang tertera pada kain rentang mereka ketika himpunan dikediaman Idris dekat Kuala Terengganu baru-baru ini ditujukan kepada Sultan negeri itu.

Kata Salahuddin beliau sangat yakin istilah itu merujuk kepada Sultan kerana slogan yang berbunyi 'Kami nak Idris, natang! (kami mahukan Idris, binatang) itu bertujuan membantah perlantikan membantah keputusan pelantikan Adun Kijal, Datuk Ahmad Said sebagai Menteri Besar Terengganu.

“Sultan yang mahukan Ahmad Said menjadi Menteri Besar," kata ketua Pemuda PAS itu dalam sidang akhbar di Pejabat PAS jalan Raja Laut hari ini.

Ditanya kemungkinan istilah binatang itu dituju kepada orang lain, Salahuddin berkata ia tetap akan ditafsirkan oleh orang ramai sebagai dituju kepada Sultan kerana pemilihan Ahmad Said dan penolakan Idris sebagai Menteri Besar merupakan keputusan (perkenan) Sultan.
(Gambar:Salahuddin menunjukkan gambar kain rentang yang tertera slogan 'Kami nok Deris, natang')

Sehubungan itu kata beliau, Pemuda PAS telah mengarahkan pihaknya di Terengganu membuat laporan Polis diseluruh negeri kerana beranggapan isu tersebut sebagai bahaya dan menghasut.

Isu Menteri Besar Terengganu mula menjadi kontraversi apabila Ahmad Said bakal dilantik sebagai Menteri Besar yang baru menggantikan Idris selepas pilihan raya umum yang lalu.

Sedangkan Idris dikatakan telahpun menerima watikah daripada Perdana Menteri untuk dilantik semula sebagai MB Terengganu.

Sehubungan itu, keputusan yang dibuat oleh Majlis Penasihat Pemangku Raja dalam melaksanakan fungsi bagi pihak Pemangku Raja untuk memilih Ahmad itu telah menimbulkan rasa tidak puas hati dikalangan penyokong Idris sehinggalah bertindak mengadakan perhimpunan menunjukkan bantahan mereka di kediaman rumah Menteri Besar yang masih diduduki oleh Idris.

Sementara dalam perkembangan berkaitan, bantahan secara terbuka terhadap perkenan Sultan Terengganu itu turut dinyatakan oleh beberapa pimpinan Umno di peringkat Pusat.
Bahkan Ahmad turut diingatkan berkemungkinan akan dikenakan tindakan disiplin oleh parti dan akan berlaku undi tidak percaya sekiranya beliau tetap mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar.

13 comments:

zainol said...

Kalau tak tahu tanyalah orang yang tahu jangan pakai ikut cara kita berfikir. Carilah jalan kebaikan dan jangan menangguk di air keruh. Amat besar salahnya jika kita jadi batu api. Itulah sebabnya masa anda kecil anda dihalau orang-orang tua bercakap akhirnya banyak yang anda tidak tahu. MENATANG maksudnya 1 (K tr) membawa sesuatu di atas tapak tangan, dulang dsb; menating
2 menghormati dan menyayangi sesuatu; menyanjungi CONTOH : Seluruh keluarga menatang Encik Azmi yang menjadi pegawai daerah di situ. OLEH ITU : NATANG maknanya hormat, sayang atau sanjung. KESIMPULAN : Binatang ejanya B-I-N-A-T-A-N-G. Tak tahulah kalau dia orang nak kata AWAK tu B-I-A-W-A-K. Lainkan ejanya. Ingatlah pesan orang tua-tua kalau makan ikan yang dimakan ialah isi dan bukannya tulang. Wassalam.

Ahmad Hizbullah said...

Menjawab kepada Zainol yang dok tau menau (bukan orang terengganu)
Perkataan NATANG dalam loghat Terengganu memang bermasuk BINATANG. Menatang yang dimaksudkan oleh zainol itu adalah satu perkataan yang memerlukan sambungan ayat: contoh : Abu menatang dulang. Sedarlah saudara jangan membenarkan sesuatu yang pada nyatanya adalah salah kerana ada kepentingan dunia. Semuanya akan dipersoalkan di akhirat kelak. BERKATA BENAR WALUPUN PAHIT

BARISAN RAKYAT said...

SY SOKONG Ahmad Hizbullah .SDR ZAINOL DAH TERTINGGAL KERET API.!!!!

(nANTI DIA INGAT BETUL2 KENA TINGGAL KERETA API)

FAHAM DUDUK PEKARA DULU BARU ULAS.

Mohd Asri said...

Saya ni orang Kelantan tapi bersekolah di Terengganu. Saya tak tahulah Saudara Zainol ni orang mana tapi memang saudara tidak arif tentang dialek terengganu. Ayat itu memang bermaksud binatang kepada seseorang sebagaimana kata ahmad hizbullah. Dan inilah yang difahami oleh semua rakyat terengganu.

MHS said...

kepada zainol,

Saya yang bukan orang terengganu pun saya faham maksud ayat di kain rentang tersebut. Cubalah faham ayat tu betul2 kemudian barulah bagi komen. Nampak sangat anda nya BM fail.

asalbayu said...

Saya berasal dari Baling (Kampung Rambong, Kawasan DUN Bayu). Dialek kampung kami yang boleh dikatakan semua penduduk yang nenek moyang kami itu berasal dari Patani (Thailand) nak sama dengan Kelantan dan Terengganu. Menantu saya juga asal Terngganu. Kami juga sebut BINATANG dengan sebutan NATANG atau MENATANG. Tak percaya tanyalah Datuk Taib Azamuddeen, Ahli Parlimen Baling yang ada pertalian darah dengan saya. Jadi zainol kalau jahil dengan istilah tu tak usahlah pandai-pandai nak komen. Anda tak tahu apa.

asalbayu said...

Saya berasal dari Baling (Kampung Rambong, Kawasan DUN Bayu). Dialek kampung kami yang boleh dikatakan semua penduduk yang nenek moyang kami itu berasal dari Patani (Thailand) nak sama dengan Kelantan dan Terengganu. Menantu saya juga asal Terngganu. Kami juga sebut BINATANG dengan sebutan NATANG atau MENATANG. Tak percaya tanyalah Datuk Taib Azamuddeen, Ahli Parlimen Baling yang ada pertalian darah dengan saya. Jadi zainol kalau jahil dengan istilah tu tak usahlah pandai-pandai nak komen. Anda tak tahu apa.

Binhamzah said...

Dictionary Dialek Trengganu untuk Zainol:
NATANG maknenye BINATANG
MENATANG pong maknenye BINATANG.
Orang Trengganu tak gune perkataang MENATANG untuk TATANG. Hanya gune perkataang TATANG je weh, contoh... Bodohnye pengikut UMNO dok tatang si Derih tuu. Kalu dok tahu toksoh dok tebeng nok komeng ahhh.

krishna said...

Gunakanlah ISA di atas Idris dan bebaskan 5 orang HINDRAF bagi memberi
ruang di Bilik Tahanan Kamunting untuk dia rasai. Perbuatan Idris atau penyokongnya dalah suatu perbuatan yang
lebih teruk daripada tindakan HINDRAF.

2. Tak Perlu kita menyiasat dan mengesahkan siapa yang membuat Kain Rentang dan kepada siapa yang ia ditujukan. Punca perbuatan berasaskan
daripada Idris. Tangkap sahajalah dan hantar beliau ke Kamuanting.

HINDRAF KELUAR IDRIS MASUK. RAKYAT MESTI
SOKONG!

Faizal said...

saya nak usik sikit je komen cik zainol kita tu.. nampak nya cik zainol ni dah rujuk kamus dewan kot.. tetapi "natang" di kain rentang tu merujuk kepada perkataan binatang bukan "menatang" yakni menjaga dgn sepenuh hati klu kita kata dgn bahasa mudah. mengikut loghat terenganu ia adalah binatang. klu di kelantan sebutan hujung tu lembut sket ada "ea" kat ujung dia, natea dgn ada dengung sket kat ujung tu.sama bunyi dia dgn sebutan hujung kelate.kita kena kaji loghat negeri sbb org di trenganu tak kecek serupo ore di kualo lumpo. klu tak faham jgn menyampuk tkt tak pasal2 dapat malu,jadi sebelum kita mengkritik org lain kita nilai dulu ilmu kita tu cukup ke tak. dulu kecik2 mak saya slalu marah klu saya menyampuk ckp org2 tua, kerana fahaman budak tak sama dgn org tua.. tapi ada jugak org tua yg tak jauh pemahamannya.Ingatlah pesan orang tua-tua kalau makan ikan yang dimakan ialah isi dan bukannya tulang. ko guano??

nfl-worldtoday said...

KEPADA EN. ZAINOL... JGN LA BUAT KENYATAAN YANG BODOH LAGI MEMBODOHKAN... BUDAK-BUDAK PUN PAHAM!!! MALU LA WEI!!!

MdEzhar said...

EN ZAINOL...., BANGSA MELAYU YANG BETUL-BETUL MANDUL MEMPERKAYAKAN BAHASA...UMUM DAN BLOGGER MENGETAHUI MENATANG ATAU TATANG ADA DITERBITKAN DALAM DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA. TIDAK SEMUA MASYARAKAT UMUM MENGETAHUI DIALEK BAHASA-BAHASA SETIAP NEGERI KERANA TIDAK DITERBIT DALAM DEWAN BAHASA ATAU PUN SEWAKTU PEMBELAJARAN DI SEKOLAH. ZAINOL USAHLAH KERUHKAN LAGI AIR YANG TELAH KERUH DAN BERBAU BUSUK, SEKIRA ZAINOL SENDIRI BERADA DITEMPAT KEJADIAN DAN CUBA MEMPERTAHANKAN MAKSUD PERKATAAN NATANG SUDAH TENTU ORANG-ORANG TERENGGANU MENGANGKAT DAN MENJULANG ZAINOL SEPERTI ANAK EMAS, AKAN TETAPI SELURUH RAKYAT MALAYSIA PULA AKAN MENJULANG ZAINOL KE DALAM LUBANG YANG KERUH DAN JIJIK SELARAS DENGAN PERBUATAN YANG MEREKA LAKUKAN. ZAINOL..., MINTA TOLONG JAUHKAN PENDAPAT ATAU HURAIAN SEBENAR DAN JANGANLAH JADI PENDIDIK KALAU ILMU DIDADA TAK PENUH DENGAN KEILMUAN, KELAK IA AKAN MEROSAKAN ANAK-ANAK BANGSA...

LeeZ said...

saya ni bukan orang terengganu (org KL), tapi memang tahu pun 'natang' tu maksudnya BINATANG dalam loghat terengganu!!!!

apa kes si zainol ni???

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...