Wednesday, March 5, 2008

Kenapa Awang Adek berhenti dari Bank Negara?


KUALA LUMPUR, 5 Mac: "Encik nak ke mana? Di sini kawasan larangan, encik tak boleh masuk. Kalau nak masuk kena dapatkan kebenaran dahulu dahulu dari penghuni dalam kawasan ini."

Inilah dialog biasa yang boleh di dengar di pintu masuk utama kawasan perumahan elit Tropicana yang terletak berhampiran Bandar Utama, Damansara.

Bukan sebarangan orang yang dapat masuk ke sini. Hanya mereka yang disahkan sebagai penghuni sahaja boleh masuk. Yang lain akan mendapat sekatan dari pengawal keselamatan yang bertugas 24 jam dipintu masuknya.

Di sinilah juga terletaknya banglo mewah bernombor 78, Jalan Tropicana Utama, 47410 Petaling Jaya, Selangor. Rumah ini dimiliki oleh bakal Menteri Besar Kelantan, Datuk Aweng Adek Hussin.

Usaha kami sendiri untuk masuk ke kawasan ini amat sukar. Yang kami mampu adalah membuat pelbagai helah untuk masuk. Itupun akhirnya tertangkap dan dihalau keluar oleh pengawal keselamatan berbadan sasa yang sentiasa melilau di kawasan ini.

Tidak dapat kami bayangkan bagaimana penduduk Perupok, Tawang atau Jelawat yang datang ke Kuala Lumpur dan mahu menziarahi wakil rakyat mereka. Tentu lagi sukar.

Awang Adek Hussin mula membeli rumah ini pada tahun 1996. Yang terlebih menarik adalah cara beliau membeli rumahnya ini. Ia mungkin menjadi salah satu sebab kenapa beliau terpaksa keluar awal dari Bank Negara.

Ikuti bagaimana Awang Adek dapat rumah ini dalam Siasah Khamis ini.

2 comments:

hati said...

lu org nak tgk ke rupa umah Awang Adek tu??? klu nak wa blh usahakan amik pic nyer tu.. wa biasa jer kuar masuk kawasan tu. tp lewat sikit la..

gajusboy said...

Aku pun pnh g mase mjlis dgn bakal MB ni..xsilap mase tu 2004/2005 mcm tu ar..mase tu majlis wat kat dewan utama yg aku pun dah xigt dah...tapi aku tau rumah nawang adek kat situ coz member aku yg ckp kat aku nsiap tunjuk lagi mase kitorang nak balik..kalau nak detail blh tny geng anak2 bachok.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...