BALING, 2 Mac: PAS Baling mengesan kira-kira 1000 nama pengundi di kawasan parlimen mereka telah hilang dari senarai daftar pengundi.
Yang Dipertua PAS Kawasan Baling, Ustaz Taib Azzamuddin berkata, pihaknya menyedari perkara tersebut apabila membuat semakan nama pengundi di dalam buku daftar pemilih dengan saluran tempat mengundi.
Katanya, buku daftar pemilih yang disemak itu adalah dartar pemilih terakhir yang dikeluarkan oleh SPR.
"Dalam buku daftar pemilih sebelum ini nama-nama 1000 pengundi itu masih ada," kata beliau ketika ditemui Siasah.
Kata Ustaz Taib, pihaknya sedang mendapatkan penjelasan SPR berkenaan perkara tersebut.
Manakala dalam tinjaun Siasah di beberapa cawangan PAS dalam parlimen Baling, petugas-petugas di situ turut mengesahkan ada pengundi yang tidak dapat mengundi kerana tiada nama dalam senarai pemilih.
"Orang ini masih ada dan boleh ditemui bila-bila masa, mereka sudah lama menjadi pengundi di sini,' kata seorang petugas PAS dalam DUN Bayu.
1 comment:
Kumpulkan semua orang yang tak dapat ngundi suruh mereka buat repot polis,lantik peguam saman SPR.Tan Sri Rashid cakap besar sangat hari tu.
Hari tu saya dah cabar SPR diKelang.Hamba Allah ni kerja diKL,tinggal diGombak.Tapi kena mengundi diKelang.Dah la mencari sekolah satu hal.Sini kata sana,sana kata sini.Akhirnya saya berjumpa polis yang jaga undi,Saya kata nak buat repot terhadap SPR.Tak ada pulak repot Polis disediakan disitu.Dalam perjalanan balik saya ternampak sekolah yang dimaksudkan dan saya suruh hamba Allah tu mengundi.Calun pembangkang hanya Manoharan yang masih dalam tahanan ISA.So,pangkah sajalah dia...itu ubat paling mujarab untuk kerajaan Pak Lah.Ingat ana hantar orang tu pergi mengundi diKelang naik unta?Tak payah minyak dan tol?
Jadi orang Baling boleh bagi ubat yang mujarab pulak untuk SPR.Yang herannya mana datangnya undi Azeez mamak sampai lebih 20 ribu tu?
Post a Comment