Monday, March 10, 2008

Tan Sri Khalid akan mengangkat sumpah sebagai MB Selangor esok

Terkini jam 10:20 malam

SHAH ALAM, 10 Mac: Bakal Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim, akan mengangkat sumpah esok (11 Mac) selepas namanya disahkan mendapat sokongan dari PAS dan DAP oleh pihak istana.

Menurut sumber, secara prinsipnya, Tuanku Sultan Selangor telah menerima nama Tan Sri Khalid sebagai MB namun baginda mahu bertemu sendiri dengan wakil PAS dan DAP terlebih dahulu sebelum baginda melantik Khalid.

Khalid dan beberapa pemimpin PKR telah diterima mengadap oleh Sultan Selangor petang tadi.

2 comments:

Anonymous said...

Tahniah kepada Tan Sri Khalid diatas perlantikan sebagai MB Selangor yang baru.

Rakyat Selangor dan WP yang mengundi beliau, PKR dan Pas, berharap agar harga air yang di kuasai oleh Syabas diturunkan segera. Kita melihat ini adalah bebanan kepada kami berpendapatan sederhana. Sudah tiba masanya YAB menunaikan tanggunjawab sosial kepada pengundi dengan segera.
sekian buat masa ini dulu.

davud said...

ini orang banyak bagus punyer....ada kaliber tinggi...harap boleh tolong rakyat selangor...saya sokong MB baru....bukan macam itu doktor gigi....bagi penyapu sama orang....itu gila punya attitude..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...