Tuesday, May 6, 2008

Amy Search: Dari rockers ke pusat tahfiz

KUALA LUMPUR, 6 Mei: Percaya atau tidak, penyanyi rock terkenal Amy Search, akan membuka sebuah maahad tahfiz bernilai RM3 juta di Johor tidak lama lagi?

Tetapi itulah yang sedang dirancangkan oleh Amy sekarang.

Bagi mempastikan ia menjadi kenyataan, Amy telah memberikan penerangan secara sepintas lalu kepada Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang berkunjung ke kedai makannya, Restoran makanan Cina Islam Cheng Ho di Wangsa Maju baru-baru ini.

Amy menunjukkan kepada Nik Aziz model pelan pusat tahfiz yang beliau rancangkan itu.
"Mana masjidnya?" tanya Tok Guru Nik Aziz.

"Ini dia pelannya tok guru," kata Amy memberikan penerangan tentang reka bentuk pusat tahfiz yang bakal dibina melalui yayasan yang beliau tubuhkan itu.

Selepas melihatnya, Nik Aziz membacakan doa, moga-moga cita-cita penghijrahan Amy berjaya.
Amy mula berubah selepas menunaikan umrah tahun lalu. Beliau ke sana selepas berjaya dalam samannya terhadap sebuah syarikat rakaman.

Selepas itu, perlahan-lahan Amy dilihat berubah dan pembukaan kedai makanan Cina Islam Cheng Ho antara titik penting perubahan Amy.

Sebelum ini, Amy berduet dengan kumpulan Rabbani merakamkan lagu ketuhanan.

Kini, perubahan lebih besar sedang dirancang Amy bersama isterinya yang merasakan cinta mereka berdua semakin mantap sepanjang di tanah suci walaupun sudah beranak dua ketika itu.

38 comments:

perhati.pantau said...

Semoga Amy istiqamah sehingga ke akhir hayat serta ikhlas dengan perbuatannya. Diharapkan penyanyi dan penghibur yang lain juga akan berhijrah seperti dia termasuk kita semua.....

irfandina said...

tahniah kepada amy kerana telah melakukan perkara yg sepatutnya dalam hidup...semoga org melayu beragama islam di tanah tumpah darah yg tercinta ini juga akan sama-sama berhijrah kearah yg lebih baik...sudah-sudahlah kita berpecah-belah...jgnlah kita semua terlalu taksub berpolitik...yg berkuasa sama ada sebelum ini ataupun sekarang ini perlulah sedar bahawa di bahu anda terpikul tanggungjawab yg amat berat...kepada kawan-kawan diakar umbi walau apapun ideologi anda sedarlah bahawa kita ini makin hari makin terhimpit.....jgn sampai yg dikejar tak dapat yg dikendong pula berciciran....

abe MIE 'TERJAH' said...

salam..
bagus juga Amy jadi begitu..itupun lepas anaknya kena tangkap khalwat.. dan dia dah tidur dengan beberapa artis indonesia-antaranya NIA XXX...

dia dah insaf baguslah... tapi kenapa karpal singh dan Kit Siang tak pernah insaf? itu yg penting sebab kira PAS berjaya...

apa gunanya jumpa nik aziz? nak jadi calon PAS ke si Amy nie? tak payah sibuk menyanyi income masuk jadi YB pula..

Nik Aziz, berapa orang muamalaf masuk islam kerananya? JAKIM lagi bagus..diam aje...

abe MIE cadang Amy tak perlu buat begitu nak dapat publisiti murahan yang terlalu murah..macam kes khalwat nabila huda...

(http://malaysialoni.blogspot.com)

Admin said...

Alhamdulillah.....tahniah pada Amy.....tapi, ada kurang sikit yang patut amy improve kan sikit....iaitu..
perkemaskan diri supaya nampak lebih ikhlas sikit..macam....pakai songkot tu..biar betui...dan kalau boleh le...buang aje rantai yang tergantung kat leher tu....supaya nampak lebih sopan bila berbicara gan tok guru tu...bolehkan amy ? Anyhow I wish you're happy dengan penghijrahan baru..Amin.....

saidibadri said...

Allahuakbar, syabas & tahniah Amy & Family..teruskan jihad anda! Jgn huraukan apa org kata yg paling penting ALLAH redha....Jihad Fisabilillah.

meon_peon said...

saya doakan spy Mawi & Fiq akan menjadi guru tahfiz di sana suatu hari nanti...

dan saya doakan juga spy mualaf2 masuk Islam krn Allah s.w.t. setelah mendapat hidayah drNYA...

Amin...

perhati.pantau said...


salam..
bagus juga Amy jadi begitu..itupun lepas anaknya kena tangkap khalwat.. dan dia dah tidur dengan beberapa artis indonesia-antaranya NIA XXX...

dia dah insaf baguslah... tapi kenapa karpal singh dan Kit Siang tak pernah insaf? itu yg penting sebab kira PAS berjaya...

apa gunanya jumpa nik aziz? nak jadi calon PAS ke si Amy nie? tak payah sibuk menyanyi income masuk jadi YB pula..

Nik Aziz, berapa orang muamalaf masuk islam kerananya? JAKIM lagi bagus..diam aje...

abe MIE cadang Amy tak perlu buat begitu nak dapat publisiti murahan yang terlalu murah..macam kes khalwat nabila huda...

(http://malaysialoni.blogspot.com)




KOMEN BUSUK HATI....

Unknown said...

Manusia, mmg selalu nampak yang buruk. Tapi jarang sekali nampak yang baik. Paling tidak Amy berasa juga untuk berubah. Dariapada sesetengah orang yang langsusng tak pernah nak fikir untuk berubah.
Buat apa kita nak mengungkit hal-hal yang lama, perhatikan diri kita, betul ke salah, Jangan cuba nak manipulasi cerita hanya kerana kita lulusan dari luar negara.
Sepatutnya kita lebih peka dan terbuka kepada setiap isu. Ini bukan pasal politik. Tapi pasal bangsa melayu yang beragama Islam. Sepatutnya kita lebih bersyukur kerana secara tak langsung cita-cita dia untuk mengembangkan agama itu ada daripada kita yang langsung tak ada cita-cita untuk membangunkan agama sebaliknya cuba mencari kesalahan ulama yang sedia ada. Kita harus sedar, sekiranya kita sedih melihat bangsa kita ditindas oleh bangsa asing, berubahla. Cari jalan penyelesaian untuk masalah itu, bukan menghentam bangsa melayu itu sendiri. Betul lah kata seorang sahabat mualaf, melayu hancur kerana bangsa melayu sendiri. Fikir-fikirkan lah...
Wallahu'alam

Dr Nik-On X-Ray said...

Amy - semoga anda akan berjaya dalam "search" ke arah kemakmuran hidup di dunia dan akhirat. Moga Allah membantu Amy menjadi insan yang berjiwa Mukmin sejati

abumunzir al-jerluni said...

"Sesungguhnya (Muhammad) engkau tidak boleh memberi hidayah kepada sesiapa yang engkau kehendaki, akan tetapi Allah akan memberi hidayah kepada sesiapa yang Dia kehendaki" al-Quran.

Semoga Amy IKHLAS dalam beramal jariyah...

abe MIE 'TERJAH' said...

salam...

mana busuk -antara busuk hati dan busuk babi? perhati pantau boleh jawab?

hadi lagi busuk...pimpin PAS berpeluk dengan Kit Siang...

apa yang Amy search buat dulu adalah benar dan adakah salah perkara ini?...kalau dia bertaubat baguslah tapi takut jadi macam Michal Jacson atau Shah Rukh Khan... sekali jadi Islam, ahad ke gereja.. nak cari publisiti murahan..
(terima kasih kerana menyiarkan kenyataan ini-inilah bukti malaysia sebuah demokrasi)

(http://pkrpasdap.blogspot.com)

My Freedom said...

Salam ABE MIE...

Sepatutnya kita harus menyokong seseorang yang nak insaf dan bertaubat...

Terpulanglah dia nak lakukan secara ikhlas atau tidak, sesungguhnya ALLAH MAHA MENGETAHUI...

Kenapa kita harus meceritakan dan mengaibkan keburukan yang dilakukan dahulu...

Apa perasaan abe mie jika keturunan abe mie ataupun abe mie sendiri diaibkan lebih teruk dari ini...

Letakkan diri sendiri di tempat orang yang bakal kita mengata atau mencaci...

Sesungguhnya insaf dan taubat dibuat apabila seseorang itu membuat dosa atau kesalahan...

Abe mie pernah dengar ke "insaf dan taubat jika kamu melakukan pahala atau kebaikan"...

Abe mie dianugerahkan akal fikiran dan lebih baik dari binatang...

so saya "merayu: janganlah letakkan darjat ABE MIE di bawah kaki binatang tersebut...

Salam...

MdEzhar said...

sapa sbnarnya dia ni >>>> Abg Mie

hambaMU said...

assalamualaikum....
rase tertarik nk ba komen...
alhamdulillah segala puji bagi allah kerana telah membuka hati bagi mereka untuk lebih dekat padaNYA.

bagi manusia yg sering lupa dengan nikmat allah. bangkitlah segara menginsafi siapa kita yg sebenarnya. jgn asik mak cari aib org lain tanpa kte sedar ianya telah membuka aib kita sendiri yang jahil dengan nikmat tuhan...

sbgai insan yg lemah ingat mengingati itu penting dari terus leka dan alpa dengan nikmat dunia yg sementara ini...sipa kita nak dibandingkan ngan ulama, siapa kita nak dibangdingkan dgn org yg ingin mencari redha ilahi.... tepuk dada tanya iman...

Usratika said...

pada abg mie...sejarah sunan kalijaga lagi hebat..kehidupannya sebelum mejadi pendakwah :perompak, pembunuh d.l.l.Kuasa Tuhan nak bagi hidayah maka akhirnya menjadi pendakwah terbilang.Dont judge a book by its cover.

Teringat lagu M.Nasir

'curiga di mata orang, bagai mentari rembang, bagaikan aku berdosa, pada siapa sahaja,sedang tuhan tahu sesiapa, UNTUK NERAKA UNTUK SYURGA.....'-di jalan sesat-

meon_peon said...

MASA UTK BERHIJRAH...

TAKBIR...

abg zam said...

assalamualaikum semua,
saya telah banyak membaca komen disini. apa yg abg zam nak nasihat ialah....berilah pendapat dengan ilmu yang di pelajari.........jgn kita berkata perkara yang kita bukan ahli mengenainya.........jangan kita sinis dengan org yang baik dan di gelar dengan gelaran yang baik itu. berbuat baik adalah tuntutan setiap agama terutama agama islam....pandanglah diri kita dahulu apa sumbangan hidup kita kpd agama kita...cukupkah kita solat........bersangka baiklah kpd mereka yg mahu berlaku baik....allahuaklam..Ampun di pinta jika ada yg terkasar...

mahluk Allah said...

sepe abg mie ni? ulama' yang dh cukup pahala nak cakap cam 2? at least amy dh berubah. drpd kite yang sibuk2 ngn hal 'dalam kain' org lain.

Crup Krap said...

abe mie to bingai... aku anggap ibarat macam setan je... dia nak nangis bila umat Muhammad nak mengikut jalan yang betul...

Aku pun bukan pandai sangat hal agama... tapi bila baca komen dia, secara tidak langsung tahula mentaliti 'tong kosong' dia tu...

Kalau kita dah jahil, jangan kita cemburu tengok orang lain hijrah..

cubala bagi komen yang membina sikit...

Gadis Reformasi said...

OH MASYALLAH!
satu perubahan!!
TAKBIR!
:)
moga AMY akn trus istqamah
;)
amin!

Anonymous said...

Alhamdullillah, subhanallah...Allah maha luas RahmatNya...sama2 lah kita mohon agar mendapat hidayah yg berterusan, selamat di dunia dan di akhirat, dijauhkan dari fitnah manusia, syaitan dan iblis, mati dlm husnul khatimah dan dijauhkan dari azab kubur...AMIN

amirul said...

salam

buat Abg Mie
anda nie ada keistimewaan/kupayaan utk melihat keikhlasan seseorg ker?kalo org dh nak buat baik tu,xyah la komen bnda2 yg melemahkan semangat dia.kan elok bg galakan..ikhlas ke x,tu keje Allah.kita xdpt menentukan keikhlasan seseorg itu.Nabi SAW pun pernah dlm satu peperangan menegur Khalid Al-Walid yg telah membunuh musuh Islam di satu peperangan krn musuh itu sblm ditetak telah mengucap dua kalimah syahadah,tp Khalid Al-Walid membunuh juga krn yakin bhw pengucapan itu disebabkan ketakutan dibunuh.jd,kta jgn pandai2 ckp seseorg tu ikhlas ke x...

khairuni said...

abe mie....lu memang x boleh pakai punya olang la...kalau lu islam,lu tarak itu macam cakap..

kulatlapok said...

Sedara 'abe me'
Ko nie betul-betullah bukan DILAHIRKAN untuk memperbetulkan sesama umat. orang nak jadi baik sikit ko dah menghentam orang.

Aku dah perhatikan beberapa komen ko. Tak satupun yang membina.

Patutnya bagilah semangat. Supaya si Emy tu berjaya tak kira maju dari segi agama mahupun dari segi ekonominya. Kalau dia berjaya dari segi ekonomi nanti sekurang-kurangnya bolehlah dia membantu meningkat umat islam lain yang memerlukan.

Dia nak jumpa sape ke ape kena mengena dengan ko. Ohh kau irihati dengan kejayaan orang ye. Kalu ko dah bagus sangat patutnya ko bantu majukan lagi umat islam di negara kita ini.

Apa le jenis agama ko nie? Itulah sebab ada pepatah mengatakan "Kalau kita berkawan orang yang wangi badannya dapatlah sikit kita wangiannya tu" tapi "kalu kita berkawan manusia hati yang busuk macam ko tu maka dapatlah sikit saham yang hatinya sama macam ko" -
wallahhualambissawab.

Teruskan Emy semoga anda berjaya dunia dan akhirat.

rezwanrazali said...

Assalamualaikum Buat insan yang gelarkan dirinya 'abg' Mie..
Andainya kita tutup keburukan orang, maka Allah akan tutup keburukan kita di Akhirat nanti.. Mung ada belajar agama ke tidak.. macam manusia sakit jiwanya aku tengok mung ni... suka sangat buka keburukan orang. Jangan pandang sinis keburukan orang. Pandang positif. Baca sejarah Saidina Umar sebelum dan selepas masuk Islam. Ambik pengajaran. Aku rasa mung ni cetek ilmu agama... paling tidak si Amy tu sahut seruan Rasulullah tentang 3 perkara yang jadi talian hayat masuk kubur. Mung apa cerita?.. dah buat talian hayat nak masuk kubur.. aku rasa mung bagi can dengan mungkar dan nakir hentam kau lagi kuat adala... sokong orang buat kebaikan la... mulut tu jangan selalu sangat sebut babi... nanti Allah bagi bauan tu kat mulut kau baru tau.. Aku aminkan je..

tajul said...

Allhamdulillah, amy dah berhijrah, semoga amy murah rezeki dan dipanjangkan umur. Buat Abg Mie...ko ni memang berhati busuk, mentaliti kosong

malimputih said...

Semoga Amy akan terus istiqamah ke arah kebaikan dan dalam rahmah Allah .

golden sand said...

kepad abg mie jangan nak bandingkan JAKIM dengan TOK GURU pulak...ko ingat perihal masuk islam ni JAKIM la yang hebat?Kalau JAKIM berjaya mengislamkan orang kafir tetapi berapa banyak JAKIM berjaya menjadi orng yang masuk islam tu jadi benar2 ISLAM...Dengan cara hidup Islam dan sebaginya...sedarlah abg mie apo yang mung cakap

ingatyou2 said...

Jangan dengar comment tak beradab.
orang nak jadi baik patut kita bersyukur lah. Ulama pun ada yang kutuk. Macam diri tu (yg comment kutuk)baik sangat.
AMY teruskan cita2 mu.

naqib said...

Ramai penyayi nak berubah. Nor kumalasari, ogy, rahimah rahim dan dah beribu lagi artis dan kini amy search. Baguslah kalau ianya berlaku! tetapi mengikut faktor sejarah artis yang berubah " Hanya hangat2 tahi ayam" Hanya nak dapat publicity. Lepas tu terjerumus balik macam ogy ahmad daud dan rahimah rahim. Malah semakin teruk dari artis yang ada dan yang tak berubah. Tengoklah artis sekarang, pergi umrah satu budaya. Pergi haji tak mau langsung. Sebab Umrah ni boleh shopping dan bersantai. Haji kena mujahadah. Saya tak kata amy. tapi majoriti artis. Nasihat saya, kalau nak berubah dan kembali kepada Islam kenatinggalkan dunia hiburan yang dilaknati Allah tu selamanya dan jangan kembali ke dunia najis tu, barulah bertaubat namanya. Kalau macam Ogy Ahmad Daud, kirim salam ajelah!

naqib said...

Ramai penyayi nak berubah. Nor kumalasari, ogy, rahimah rahim dan dah beribu lagi artis dan kini amy search. Baguslah kalau ianya berlaku! tetapi mengikut faktor sejarah artis yang berubah " Hanya hangat2 tahi ayam" Hanya nak dapat publicity. Lepas tu terjerumus balik macam ogy ahmad daud dan rahimah rahim. Malah semakin teruk dari artis yang ada dan yang tak berubah. Tengoklah artis sekarang, pergi umrah satu budaya. Pergi haji tak mau langsung. Sebab Umrah ni boleh shopping dan bersantai. Haji kena mujahadah. Saya tak kata amy. tapi majoriti artis. Nasihat saya, kalau nak berubah dan kembali kepada Islam kenatinggalkan dunia hiburan yang dilaknati Allah tu selamanya dan jangan kembali ke dunia najis tu, barulah bertaubat namanya. Kalau macam Ogy Ahmad Daud, kirim salam ajelah!

Anonymous said...

Salam.
Terdetik juga di hati utk komen.

alhamdulillah, akan kisah hijrahnya.

moga kita semua diberi hidayahNya.

bersangka baiklah kita sesama manusia.

kerana kita tak tahu, ke mana akhirnya kita, di kampung akhirat nanti, kan?

bersangka baiklah kita sesama manusia.

kerana bukankah ia satu sikap mahmudah yang menyenangkan, lagi menghasilkan pahala.

bersangka baiklah kita sesama manusia.

moga kita semua dapat perbaiki akhlak kita.

moga kita semua peroleh hidayahNya.

ameen.

daniels iman said...

syabas amy...beliau merupakan idola saya di zaman sekolah..saya juga merupakan seorang rocker dan mampu bermain semua lagu nyanyian amy bersama search termasuk album terbaru mereka "gothic malam edan".saya menyertai PAS pada tahun 1998 setelah melihat ketulusan perjuangan mereka..kini saya menetap di Dublin Ireland dan telah pun mendirikan rumhtangga dengan seorang warga ireland.manusia bukanlah sempurna dan tidak akan dapat lari dari kesalahan namun masih belum terlambat dalam mencari keredhaan Allah s.w.t..semoga kehidupan anda siredhai Allah dan diberkati selalu..Allah melihat kita pada hati dan keikhlasan kita berbakti pada agama Nya..

one citi no rainy said...

bang amy.. bila nak kuar 3 hari sama??

hafszach said...
This comment has been removed by the author.
hafszach said...
This comment has been removed by the author.
hafszach said...
This comment has been removed by the author.
hafszach said...

Betapa Jahilnya manusia bila hati telah hitam dari cahaya agama kerana banyak sangat makan dan bergelumangan dgn hasil serta pencarian yang haram dan menganut fahaman kebangsaan .Dibawah ini aku titipkan antara natijahnya hasil yang haram jika telah menjadi sebati dgn darah daging kita dan berakidahkan semangat kebangsaan ( Assobiyah ).

Semua tu alasan org2 yang berfahaman serta berakidahkan semangat Assobyiah..Kononnya tak nak masuk PAS sebab PAS bergabung dgn DAP..Selama ni UMNO bergabung dgn Komponen2 dari sabah yg terang2 bukan islam dan UMNO melantik Jafry Ketingan sbg ketua menteri tak pe pulak.. Sedangkan Jafri ketingan itu adalah Ketua gerakan Kristian Asia tenggara.. Beliaulah yg merancang dan telah memurtadkan beribu umat islam diseluruh nusantara.. beliau di iktiraf sebagai wakil misioneries oleh ketua padri dari vertican city malah berjuta2 dollar disalurkan kepada beliau bagi membeli akidah umat islam nusantara termasuik malaysia..

Sedangkan DAP rata2nya bangsa cina yg beragama budha dan ada yg tidak berpegang kepada agama.. Sejarah telah membuktikan penganut agama budha tidak pernah menjajah mana2 negara umat islam berbanding dgn Yahudi dan nasara ( kristian ) dan lupa ker dgn Perang salib atau mmg tak tahu tentang sejarah agama islam dan tak minat dgn agama islam..

UMNO menuduh DAP sebagai kaffir harbi... bila pulak para ulamak UMNO memfatwakan DAP sebagai kaffir Harbi.. kalau benar DAP kaffir harbi sila desak mufti UMNO keluarkan fatwa tersebut secepat mungkin..

justeru tu ramai dari kalangan melayu terpelajar tak hormat dgn puak2 UMNO ni sebab BODOH serta malas belajar dan membuat kajian ada tu sampai malas berfikir sebab semuanya UMNO sumbat dalam tembolok mereka sampai mereka mati akal serta daya pemikiran..

Mintak maaf kpd penyokong UMNO..sebenarnya zaman melayu menjadi LEMBU telah berakhir..( cuma ada sebahagian daripadanya yg masih lagi kekal bodoh macam LEMBU mungkin berpegang kepada slogan dulu kini dan selamanya tetap sebagai LEMBU ) melayu kini lebih ke hadapan dalam menilai setiap peristiwa dan apa yg berlaku dihadapan mata, melayu sekarang ni lebih kritis memperjuangkan agama, nasib dan ekonomi bangsanya..

Melayu sekarang lebih berani bersaing dgn bangsa lain tanpa mengharapkan kerajaan kerana selama ini pun mereka berdiri atas kaki sendiri. Bukannya seperti LEMBU2 perliharaan UMNO yang senantiasa disuap dgn segala projek dan peruntukan yg tidak seberapa tu..Melayu kini juga sudah tidak mengharapkan kepada rajanya lagi bagi membela mereka semua kerana melayu kini telah mengeri bahawa raja2 mereka juga telah dipasung dan dimandulkan kuasa pemerintahannya oleh anak didik penjajah British..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...