Sunday, March 30, 2008

Peristiwa penting pada 13 April!

RAWANG, 30 Mac: Negara akan menerima kejutan sekali lagi pada 13 April ini, kata Pegawai Khas Menteri Besar Selangor, Yahya Sahri.

Beliau berkata demikian ketika berucap mewakili MB Selangor di majlis kesyukuran selepas PKR, PAS dan DAP membentuk kerajaan baru Selangor di Lembah Hijau dekat Bandar Tasik Puteri petang Ahad.

“Apakah kejutan itu, tuan-tuan tunggulah. Paling lewat pun Jun ini,” kata beliau mendapat tepukan gemuruh dari para hadirin yang lebih 500 orang itu.

Yahya yang merupakan Pengarah Pilihan Raya PKR Selangor berkata, selepas pembubaran Parlimen 13 Februari lalu beliau dalam taklimatnya berkata, ketika itu sudah 15 kerusi jatuh ke tangan pembangkang di Selangor.

Sejak itu, kerusi untuk pembangkang bertambah hari ke hari, sehinggalah terbukti kerajaan Selangor jatuh pada jam 7.30 malam 8 Mac walaupun diumumkan SPR pada jam 5.30 pagi 9 Mac.

Turut berucap di majlis kesyukuran anjuran PAS dan PKR Lembah Hijau itu adalah anggota Parlimen Lembah Pantai yang baru, Nurul Izzah Anwar serta datuknya, Datuk Wan Ismail.

Ketibaan mereka telah disambut dengan pasukan bermotor BTP. Orang ramai pula berebut-rebut untuk bergambar dengan Nurul dan suaminya, Shahril.

Adalah difahamkan, PKR menjangkakan, kerajaan Pusat akan berubah tangan dan kerajaan BN yang ada akan jatuh.

Kenapa tarikh 13 April dipilih tidak diketahui namun berita angin bertiup kencang kerajaan BN pimpinan Abdullah akan kecundang selepas itu ekoran masalah dalaman yang semakin menjadi-jadi dalam kerajaan pimpinan beliau itu.

Abdullah dianggap telah hilang kawalan.

Dua calon MB yang dipilih beliau tidak boleh mengangkat sumpah sebagai MB iaitu Datuk Seri Shahidan Kasim di Perlis dan Datuk Seri Idris Jusoh di Terengganu.

Anggota Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah mengesahkan akan bertanding merebut jawatan Presiden Umno melawan Abdullah.

Usaha beberapa pihak yang menyokong kepimpinan Abdullah untuk menangguhkan pemilihan kepimpinan parti ke tahun depan juga gagal dan ditolak oleh Majlis Tertinggi Umno.

Tiga timbalan menteri yang dilantik beliau juga menolak jawatan itu. Yang terakhir adalah Datuk Ghafur Salleh dari Sabah kerana tidak berpuashati dengan layanan Umno Pusat terhadap Sabah.

11 comments:

jebatderhaka said...

Apa agaknya peristiwa penting tu?Kalau robohkan tol pencala bagus gak.
Pack Lah kalau nak blah elok sangatlah..Ku Li pun Ku Li lah...asalkan Pack Lah berundur.Sian dia..dah lama tak cukup tidur.Biar dia tidur puas puas.

asalbayu said...

Kalau Ku Li bertanding tentu banyak yang akan sokong.

Tak Nak Lah! said...

sudah2lah... tak payahlah nak ajak org berangan lagi... buat kerjalah utk jaga 5 negeri dan menghadapi pilihan raya akan datang pulak

dah jelak dah dgn angan2 yg bukan2 ni...

berpijaklah di bumi nyata dan jagalah mereka yang undi kerajaan-kerajaan rakyat

pastikan bencana dalam pilihan raya 2004 tak beulang lagi

1999 kita gembira, tahun 2000 dah mula sejuk...

kerja! kerja!

Cucu Adam said...

Pada tarikh tersebut Dato' Seri Anwar sudah layak untuk bertanding di dalam pilihanraya kecil jika ia diadakan.

Mungkinkah ramai MP UMNO/BN keluar parti dan memilih untuk menganggotai PKR, PAS atau DAP. Tentunya menarik dan tidak mustahil berlaku. Dan jika seramai 30 orang berbuat demikan, BN akan tumbang dan kerajaan Malaysia di pimpin oleh PKR-DAP-PAS dengan Anwar dijangka dilantik Perdana Menteri yang baru, Insya Allah,

DatokSeri said...

Bagoi lah to semua tak kira BN ka BA ka Pas ka atau siapa ka yang penting cuba jangan buat kelakuan Politik Ulat Toik dia mau tenggek dia dan depa mau tengek depa dan akhir2 sekali Ayam Terlepas Tangan Bau Toik Menang Sorak Kampong Tergadai Bersatu Untuk Berpecah..Yang Kaup Untung Siapa..Sisepet dengan Yang Legam lah..

Anonymous said...

..kalau xde angin,masakan tun mahathir bersuara akan perihal tak anwar nk jd pm(tun m takut psl dia taruk dlm tahanan)
tak nak LAH! 'be end'
takbir!!

Luqmanul Hakim Zulkifli said...

Takbir!!
kerajaan msia akan jatuh
pada tarikh ni!

HSN Megat said...

Sedih....Orang melayu akan dijajah kembali..seperti mana jatuh nye kota melaka kerana kaum ini bercakaran sesama sendiri. Bangsa lain telah maju kehadapan..Orang kita masih ketinggalan. (Berpolitik boleh....tapi jangan gila politik)...yang tak faham tuu buat buat faham jee laaa.

My Freedom said...

Tahniah!!!

Azizzul Shariman said...

Kerajaan BN akan jatuh pada 13 april sebagaimana jatuhnya kerajaan firaun dan Pak Lah akan jatuh sebagaiamana jatuhnya Adolf Hitler!

Azizzul Shariman said...

aku rasa pada 13 april kiamat akan berlaku dalam AMNO di mana semua pemimpin akan rebah tersungkur di pintu neraka!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...