Wednesday, March 19, 2008

PAS, PKR dan DAP bina pakatan erat




KUALA LUMPUR, 19 Mac: PAS, PKR dan DAP mencapai kata sepakat Selasa lalu untuk mempertimbangkan kerjasama yang lebih erat antara mereka, kata kenyataan bersama ketiga-tiga parti itu dalam kenyataan rasmi mereka.

Mereka juga bersetuju mencadangkan Datin Seri Dr Wan Azizah Ismail, Presiden PKR sebagai Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia sehingga Datuk Seri Anwar Ibrahim layak bertanding kerusi Parlimen.

Kenyataan itu ditandatangani oleh Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Laporan penuh dalam Siasah Ahad ini.

1 comment:

Cucu Adam said...

Kepada semua pemimpin PKR-DAP-PAS khususnya dan ahli-ahli ketiga-tiga parti am, berusahalah bersungguh-sungguh dan bekerjasama di dalam mentadbirkan negeri-negeri yang sekarang berada di bawah parti kalian.

Buktikanlah parti kalian boleh memerintah bukan sahaja 5 negeri yang ada sekarang, tapi jika diberikan kepercahayaan oleh rakyat Malaysia, parti kalian boleh memerintah negara ini secara berkesan, makmur dan lebih baik daripada BN/UMNO yang memerintah negara ini sepanjang tempoh 50 tahun yang lalu.

Jangan pula sampai mereka yang mengundi parti kalian dikecewakan dan dan meluwat, sapertimana sikap mereka kepada BN/UMNO sekarang.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...