Monday, March 24, 2008

Kenapa Abdullah berkeras mahukan Idris?

KUALA TERENGGANU, 24 Mac: Rakyat Terengganu kini tertanya-tanya kenapa Presiden Umno, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi begitu beria-ia benar mahukan Datuk Seri Idris Jusoh kekal sebagai Menteri Besar Terengganu sehingga sanggup kehilangan satu negeri.

Padahal istana Terengganu sudah memberikan beberapa pilihan selain Idris untuk dipilih oleh Abdullah untuk dilantik sebagai MB.

"Kenapa Pak Lah sanggup berkeras sehingga sanggup memperjudikan sebuah kerajaan negeri di bawah Barisan Nasional untuk mempertahankan Idris sebagai MB?" kata seorang pemerhati politik di Terengganu.

BN bakal kehilangan sebuah lagi negeri iaitu Terengganu jika calon MB yang dipilih istana Terengganu, Datuk Ahmad Said berjaya memujuk rakan-rakan Adun BN di Terengganu menyertainya.

Beliau hanya perlukan lapan sahaja lagi dari BN kerana PAS yang mempunyai lapan Adun awal-awal lagi membayangkan sokongan mereka apabila berkata akan memberikan sokongan mereka kepada Sultan Terengganu.

Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang berkata, beliau percaya keputusan Majlis Penasihat Pemangku Raja itu mengambil kira dan menitik-beratkan hasrat dan kehendak sebenar rakyat negeri Terengganu keseluruhannya.

Siasah juga dimaklumkan, Ahmad bakal mendapat sokongan kira-kira 10 Adun BN lain.
Sebelum ini, Timbalan Pengerusi Umno Terengganu, Tengku Putera Tengku Awang berkata, tujuh dari lapan ketua bahagian Umno di Terengganu menyokong Ahmad Said.

Namun, Ketua bahagian Kuala Terengganu, Datuk Wan Farid menafikan beliau menyokong Ahmad.

Timbalan Presiden Umno, Datuk Seri Najib pula berkata, empat ketua bahagian Umno di Terengganu menyokong Idris.

Di KUALA LUMPUR, Hari ini, Adun Kijal Datuk Ahmad Said kelihatan memasuki Istana Terengganu di Kuala Lumpur menghadap Yang Dipertuan Agung, Tuanku Mizan.

Kenderaann Tuanku Mizan pula kelihatan dua kali memasuki bangunan Istana Terengganu di Jalan Tun Razak itu.

Menurut sumber, beberapa pegawai kanan kerajaan turut berada dalam istana berkenaan.

5 comments:

jebatderhaka said...

Masih Tak Sedar Diri

Sedarlah wahai pemimpin BN.ADUN2 yang anda ada sekarang adalah pilihan rakyat.ADUN2 semua pun patut sedar diri.Tanpa undi rakyat anda dimana?
Yang beria2 sangat pertahankan Pak Deris ni kenapa?Dah terlalu banyak habis duitkah?Mengapa semua sanggup menderhaka pada Raja?
Apa bezanya pemimpin UMNO dengan Kit Siang dalam perlantikan MB Perak?
Kehendak ADUN bukan kehendak rakyat.Rakyat tidak pernah menderhaka kepada Raja.Rakyat pilih anda bukan untuk menderhaka.Rakyat pilih anda bukan kerana Pak Lah.Jangan jadi Hang Tuah,taat setia kepada pemimpin konon.Sejarah mengajar kita.Berpuluh tahun saya sokong UMNO.Tapi banyak sangat cacat cela pentadbiran Pak Lah.Kali ini saya memang berkempen habis2an untuk PAS dan pembangkang.Banyak penganiayaan dalam pentadbiran kerajaan.Tak keterlaluan kalau saya katakan kerajaan BN zalim dan diluar batas peri kemanusiaan.Tengoklah sendiri kes2 yang melibatkan mahkamah.Cakap pun tak guna.Pak Lah,kalau rakyat dah tak suka,lepaskan sajalah jawatan..bukan ada apa nak dibanggakan pun...hanya menumpang dalam negeri DAP.Penang pun tak terjaga,macamana nak jaga Terengganu?Pergi balik tebas kebun sendiri dulu baru nak sibuk tebas kebun orang..ini,kebun sendiri semak samun...
Lu ada mata lu orang tengok....
Lu ada telinga,lu orang dengar...
Lu orang ada otak?Lu PKlah sendiri!!!!!!!!

zul said...

wa sokong 200% ngan jebatderhaka tu...

royalsilvery said...

"ORANG TUA KERAS KEPALA"

Kalau sudah dasar tak tau malu, gila kuasa, gila harta dan hilang perimbangan semua yang diluar dugaan..luar pertimbangan akal waras akan dilakukan tanpa mengira akibat & tanggungjawab yang dipikul. Pada PRU11, Pak Lah boleh dabik dada kerana BN menang besar. Waktu itu mesyarakat mengharapkan beliau melakukan sesuatu atas kapasitinya sebagai PM bersandarkan background keluarga & agamanya kerana kononnya akan dapat membanteras penyelewengan & salah guna kuasa zaman Tun Mahathir. Namun harapan itu hanya tinggal kenangan terindah yang bertukar menjadi mimpi ngeri sehinggalah tanggal 8 Mac 2008. Rakyat telah sedar dan celik bahawa "pagar yang diharapkan rupanya pagar berkarat" yang "2+2 sama juga jawapannya 2x2". Pak Lah & Tun Mahathir tiada beza malah semakin parah. Kepimpinan Pak Lah telah ditolak dan dihumban bulat2 malah lebih sadis daripada "nangka busuk". Tuduhan pemimpin BN kepada Lim Kit Siang dgn menyatakan beliau durhaka kpd Sultan Perak kerana memulau majlis angkat sumpah MB Perak drp PAS umpama menjilat kahak sendiri bila dilihat senario di Terengganu lebih kurang ajar dan biadap serta memalukan bangsa Melayu sendiri kerana bangsa Melayu sendiri derhaka kepada Raja Melayu. Demi menjaga kepentingan tembolok peribadi, pemimpin2 BN akan melakukan segala yang difikirkan perlu bg mempertahankan kepentingan mereka. Kedaulatan Raja Negeri diperlekeh dan dipanggil "NATANG" tidak dapat diterima bangsa Melayu. Mana perginya kesopanan & budi bahasa yang dipegang Melayu selama ini. Mana perginya kesetiaan kpd Raja..mana perginya kedaulatan undang2..mana dilempar kepercayaan kpd agama. Setelah Kedaulatan Kesultanan Tanah Melayu dinafikan di zaman Tun Mahathir, tidak mustahil Raja2 Melayu menuntutnya kembali. Kepada KJ a.k.a menantu kesayangan Pak Lah...cukup2lah memburukkan para ulama & agama sendiri malah sendiri sudah rasa akibatnya hingga memakan diri sendiri. Ke mana perginya sepanduk "PERGI JAHANAM NIK AZIZ & ISLAMNYA" dan sekarang siapa sebenarnya yang JAHANAM. Kalau iye pun bencikan Tok Guru jangan jahanamkan ISLAM bro..walau satu Malaya wa'ima seluruh Nusantara sudah tau lu hanya terima ISLAM HADHARI...tak payah tunggu lama balasan sudah mari. Kalau dizaman Tanggang rasanya sudah lama KJ jadi tugu peringatan sambil menggengam penumbuk lagak samseng Melayu. Rakyat sudah muak dengan Pak Lah & KJ. Baru2 ini ketika saya ke kedai mamak, dtg seorang lelaki tua separuh umur. Dengan lantang bernada kesal dia menyatakan "Sia2 umur aku selama ini menyokong & mengagungkan perjuangan kau tapi kau hanya perjuangkan tembolok suku sakat kamu & sekarang muka kau pun aku sudah benci.."ORG TUA KERAS KEPALA!" sambil mengangkat sebelah tangan lagak Karam Singh Walia pada TV yang menayangkan Pak Lah sedang mengulas kemelut di Terengganu.

tuabak said...

BERSETUJU 100% DENGAN KOMEN ROYALSIVERY.. jawapan kepada soalan cepumas iatu, "Kenapa Abdullah berkeras mahukan Idris" dan "Kenapa Abdullah masih mempertahankan kedudukannya sebagai PM" sudah jelas terjawab. Ternyata bahawa jawapan SEBENAR2NYA hanya ada pada dada pak lah sendiri. Insiden2 yang berlaku di Perlis dan Terengganu adalah pointers yang digunakan oleh rakyat jelata untuk membaca NIAAAT B*R*K pentadbiran sekarang - gila kuasa demi untuk kepentingan sendiri. Kenapa desperate sangat?? Takut apa..?? Ala, kita dah tahu jawapan pun...

warongtalk said...

Kepada Jebatderhaka, dll.
Kita memerlukan Pak Lah. Tak perlu beliau undur...agar empat lagi negeri tumbang ke tangan BR pada PRU 2012/13. "Hidup Pak Lah!!!".

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...