Monday, April 13, 2009

Kerajaan BN tidak prihatin kebajikan rakyat


PULAU PINANG, 13 April: Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan kerajaan Pusat yang ada sekarang sebagai sebuah kerajaan yang tidak prihatin terhadap kebajikan rakyat.

Menurut beliau lagi kerajaan yang ada sekarang adalah kerajaan BN dan Umno yang tidak memberi pembelaan kepada rakyat yang memerlukan.

"Adalah menjadi harapan kepada Pakatan Rakyat(PR) untuk memerintah negara bagi memberi pembelaan kepada rakyat.

"Jika dilihat di negeri-negeri yang diperintah oleh PR banyak pembaharuan dan reformasi yang telah dilakukan tetapi tidak mendapat pendedahan daripada media arus perdana yang dikuasai oleh BN dan Umno.

"Pemberian bekalan air percuma di Selangor dan sumbangan warga emas yang meninggal RM2500 tidak dipaparkan oleh mereka walaupun apa yang diaksanakan oleh PR ini tidak pernah dilakukan oleh BN dan Umno semasa mereka memerintah dahulu.

"Mereka takut sekiranya pendedahan maklumat pembaharuan ini akan menggugat mereka..Inilah ketakutan yang sedang menghantui kepimpinan BN dan Umno sekarang ini," katanya.

Menurut Anwar lagi PR akan memastikan dalam pilihan raya umum yang ke 13 nanti penguasaan kerajaan Pusat adalah menjadi agenda utama untuk dijadikan realiti bagi membuat perubahan kepada negara.

Beliau berkata demikian semasa merasmikan penubuhan cawangan baru PKR di kawasan perumahan rakyat Ampang Jajar, Permatang Pauh baru-baru ini.

Dalam majlis tersebut Anwar menerima borang keahlian penubuhan cawangan baru daripada ketua cawangan Larosli Ismail. (gambar atas)

18 comments:

Hamba Miskin said...

Salam ziarah...


"Beza antara akil baligh dan belum akil baligh"

Lawati www.dzulhaqq.blogspot.com

Atuk Banjar Masin said...

PAS prihatin kebajikan kaum cina dan india sahaja.
999 tahun pajakan tanah kepada cina.
Sokong hindraf.
Galak kan kafir persendakan koran untuk kepentingan politik.

Umat Islam harus tolak PAS demi menjaga kepentingan bangsa agama Islam dan negara.

uncle nano said...

Jangan tolak PAS dan jangan tak masuk jadi ahli UMNO..
biar mereka buat pilihan sendiri, kita semua ada hak, aku orang UMNO dan sampai bila2 pun aku tetap orang UMNO..
jangan bercakaran dengan bangsa sendiri,kehancuran yang akan melanda negara kita satu hari nanti..
kita kena tahu..kita sebagai rakyat malaysia ada hak untuk memilih sesiapa yang kita suka.

Yang penting bagi kita Umat Islam Malaysia adalah..tetap dengan pegangan kita dan tidak menyeleweng, yang akan mengakibatkan umat islam dipersendakan dan hancur lebur..

aku sebagai orang UMNO mendoakan agar agama islam akan tetap dihormati oleh semua bangsa di malaysia.

jom masuk UMNO!!
walaupun aku org kelate tp aku tetap dengan semangat UMNO dulu kini dan selamanya.

nak kata UMNO ni rosak.. tidak! setiausaha pemuda aku dilantik menjadi Imam Masjid tempat aku dibesarkan..
pemuda-pemuda aku ramai yang menjadi orang yang dihormati..
tahap akedemik pemuda-pemuda aku memang boleh dibanggakan..
apa2 pun aku tetap berdoa agar parliman aku tidak jatuh ketangan Pakatan Rakyat..sampai sekarang masih berdiri secara solid untuk membela rakyat..syabas Menteri ku..

Naruto Sensei said...

Salam saudaraku

Uncle nano nampak nya anda memang matang sekarang ni.. bagus komen andapun dah berubah 360% harap dapat di teruskan..

Biarpun kita berlainan ideologi tetapi bukan kerana itu maka kita nak bercakaran didalam blog ini. kepada blogs Umno yang lain contohilah Uncle Nano kita berubah dari hujah kosong dan provok kepada hujah berilmiah semoga kita akan ditunjukkan jalan yang benar..

semoga Allah merahmati Uncle nano..

Wassalam

Naruto Sensei said...

Salam saudaraku Tok Gajah
Semoga sihat dan Dirahmati Allah

Untuk menjawab soalan provok saudara saya, silalah baca pos saya di bawah..



Perbezaan pemerintahan kerajaan PR dan Kerajaan BN dalam setahun ini.

kerajaan BN

pada awal pemerintahan diakui memang meringgankan beban rakyat malaysia am nya.. banyak program yang membantu dilakukan sehinggalah ramai orang Melayu yang berjaya.. tetapi sehinggalah di zaman pemerintahan Tun mahatahir UMNO berubah daripada membantu rakyat kepada memeras rakyat apabila dasar penswastaan negara di mulakan
pada masa inilah kerosakkan berlaku apabila program bantuan menjadi perniagaan dan banyak hak2 dan tanah orang melayu tergadai antaranya.. memansuhkan biasiswa kepada pelajar IPTA mmenjadi pinjaman PTPTN yang menyebabkan ramai pelajar gagal menjelaskannya walaupun belum mendapat kerja..walhal ini adalah hak orang2melayu yang terjamin dalam perlembagaan...
memberi tanah rizab Melayu kepada tokey2 yang banyak duit contoh di bukit bintang, menara Tan&Tan dan UniTAR kepunyaan MCA..

dasar ini diterukkan lagi dengan menjadi negara perindustrian apabila banyak kilang2 didirikan.. pada mulanya tokey2 kilang mengambil pekerja tempatan untuk berkerja tetapi untuk menjimatkan kos tokey2 ini tadi mula mengambil pekerja asing dan akhirnya pekerja tempatan dipinggirkan..
sehingga kini pekerja asing mencecah 3 juta orang di Malaysia yang mana akhirnya berlakulah gejala sosial yang parah dalam masyarakat apabila pekerja2 asing yang telah ramai ini mula tidak menghormati undang2 negara dan berlakulah jenayah yang semua sedia maklum..

Dalam Zaman inilah UMNO diharamkan oleh mahkamah kerana perpecahan dalaman dan rasuah, selepas inilah UMNO makin hilang arah perjuangan kepada rakyat yang mana daripada mengurangkan beban kepada menambah beban kepada rakyat dengan dasar2 yang semua sedia maklum...seperti kenaikan harga barang , harga minyak, cukai2 dan tingginya pengganguran di kalangan anak2 melayu...

hinggalah dalam PRU ke 13 apabila BN kalah di 5 nagari termasuk di wilayah K. Lumpur BN dilihat masih tiada Perubahan dan banyak janji2 dalam manifesto PRU ke 13 langsung tak tepati antara usaha BN tahun ini ialah:

Mewujudkan JKKKP yang mana sepatutnya tidak perlu kerana kerajaan negeri mempunyai JKKK sedia ada tetapi kerana hendak menjatuhkan kerajaan PR dan memecahbelahkan masyarakat maka ditubuhkanlah jawatankuasa itu.

menaikan harga minyak sebanyak 70sen.

menaikan harga Tol

hanya mencari silap2 kerajaan PR sahaja walhal kerajaan BN mempunyai banyak masalah semasa berkuasa di 5 negeri.. kerajaan PR cuba tidak membalas tetapi UMNO makin teruk dengan tuduhan2 yang tak berasas langsung dan akhirnya kerana BN mencabar, kerajaan PR membongkar satu demi satu salahlaku pemimpin2 BN terdahulu termasuk khir toyo

Hanya tahu memfitnah kerajaan negeri PR sahaja tiada usaha2 berbaik dgn kerajaan PR

merampas kerajaan Perak melalui ADUN lompat dan melantik MB sendiri walhal MB pakatan tidak pun Meletak Jawatan.

Memainkan sentimen Agama , Raja dan kebangsaan selepas kekalahan untuk meraih simpati undi melayu yang mana kita tahu semasa UMNO memerintah perkara2 tersebut langsung tidak di ambil peduli''

Gagal mengatasi kemerosotan Ekonomi malaysia yang mana rakyat makin terbeban sedangkan bantuan melalui wang rakyat KWSP digunakan untuk Syarikat2 besar sahaja.

Tiada tindakan berkesan dalam menghadapi Jenayah yang meningkat, pendakwaan rasuah pilih kasih dan gejala sosial yang semakin parah.

pendek kata hampir tiada janji manifesto yang ditunaikan oleh BN walaupun janji cogankatanya iaitu SELAMAT,AMAN,MAKMUR yang berlaku sebaliknya ialah TAK SELAMAT,TAK AMAN DAN TAK MAKMUR makin corot lagi keadaan Malaysia hari ini dan inilah relitinya..
-----------------------------------


Kerajaan Pakatan Rakyat

Walaupun baru setahun jagung memerintah telah berjaya mengurangkan beban Rakyat seperti:

Mengurniakan 102 ribu lot tanah kepada kg tersusun yang 90% adalah berbangsa Melayu dan 47 ribu kepada kg baru yang 80% adalah bangsa cina..yang mereka ini adalah rakyat miskin di Perak tetapi dilaporkan di Utusan dan Berita harian tanah hanya diberi kepada bangsa cina saja ini satu penipuan dan Fitnah BN

Memberika bekalan air percuma kepada rakyat miskin.

mewujudkan tabung simpanan kepada bayi baru lahir dan berbagai tabung warga emas sebagai usaha menjamin masa depan rakyat di bawah naungan PR

menaikkan elaun Guru Kafa yang semuanya orang Melayu yang selama 50 tahun BN memerintah tidak pernah dinaikkan..

Memulangkan semula bantuan perkapita kepada sek agama rakyat yang sebelum ini ditarik diZaman Tun Mahathir dengan menaikkan lagi jumlah bantuan..

memberi kebebasan kepada rakyat memilih AJK surau atau Masjid yang selama ini lantikan dilakukan oleh UMNO saja..

memberi kebebasan melantik Ketua kg mengikut kehendak rakyat sendiri tanpa campur tangan kerajaan

memakmurkan surau dan Masjid dengan Program2 Keagamaan yang semasa Zaman pemerintahan BN begitu Suram..

membaiki jalan raya contoh di Sg buluh dan Sabak Bernam tanpa perlu menunggu pilihanraya tiba..walhal jalan tersebut dah terlalu teruk dizaman BN memerintah lagi..nak kena PRK kot baru repair..

mengiystiharkan harta Ahli Exco dan MB serta Adunnya yang mana sampai ke hari ini Tiada sorang pun pemimpin BN berani membuat pengiystiharan harta..

Membuat Program Keislaman dengan solat di tempat2 awam supaya rakyat mencontohi dan mengikuti program bina Insan tersebut dengan dipimpin MB PR sendiri yang takkan pernah terjumpa dalam Pimpinan Umno..

Mengiystiharkan Fasa kedua menunaikan janji manifesto PR setelah Fasa 1 telah berjaya dilakukan

Mengaktifkan Lembaga Zakat dengan memberi bantuan kepada yang benar2 miskin... sehingga kini di Sabak Bernam hampir Tiap2 bulan adanya program2 bantuan Zakat diberikan..

Jadi kesimpulannya anda sendirilah menilaikannya perbezaan antara kedua2 kerajaan tersebut Yang mana lebih mementingkan kebajikan dan mengurangkan BEBAN RAKYAT.. fikirlah dengan hati yang ikhlas bukan mengikut emosi kepartian dan janganlah memfitnah tanpa jawapan kerana hati anda akan hilangnya cahaya kebenaran...
Semoga Anda Sejahtera selalu..


Wassalam

Naruto Sensei said...

Salam Saudaraku Uncle Nano!!

Semoga saudara sejahtera hendaknya..

InsyaAllah saya akan menyertai UMNO jika UMNO menggubal Udang2nya dan menjadikan Al-Quran dan Sunnah sebagai hukum tertinggi dalam perundangan Negara ... kerana, apa perlu lagi kami menentang UMNO jika apa yang kami perjuangkan selama ini telah dimaktubkan didalam perlembagaan UMNO dan Negara, Dan bukan saya sahaja akan menyertai UMNO, Saya Yakin Ramai lagi Ahli PAS termasuk Tuan Guru akan menyertai UMNO jika AL-Quran dan Sunnah menjadi sumber perundangan tertinggi UMNO dan saya yakin ramai Ahli2 Pas bersetuju dalam hal ini..
Dan Tuan Guru Nik Aziz pernah berkata PAS akan dibubarkan jika UMNO ikut hukum AL-QURAN dan sunnah?? jadi apalagi kerajaan UMNOBN sanggupkah anda menyahut cabaran Tuan Guru Nik Aziz??...

wassalam

apam taiping said...

tok_gajah said...
PAS prihatin kebajikan kaum cina dan india sahaja.
999 tahun pajakan tanah kepada cina.
Sokong hindraf.
Galak kan kafir persendakan koran untuk kepentingan politik.
....................................
apakah kalangan pas kbanyakan dari kaum cina dan india?apakah bukti tuduhan tok wan tu?

999 tahun pajakan tanah kpd cina..apakah ini fakta benar?tok boleh huraikan?memajak dan menjual tanah melayu kpd bangsa cina,yg mna lbh baik?

india adalah bangsa minoriti sahaja di bumi MALAYSIA ni,apa slhnya dgr dulu luahan diorg ni dan debatla di parlimen,bknke bn mengamalkan demokrasi terpimpin...

siapa yg menggalakkan org kafir persendakan Al-Quran?bkn koran taw tok..kepentingan politik adalah penting utk mencari jln penyelesaian dgn merujuk kembali pada Kitab Allah Al-Quran.

mengapa umat Islam perlu tolak pas amnya demi menjaga bangsa dahulu?baru agama dan negara?
apakah bagi tok bangsa lbh penting sehingga agama dan negara dijadikan yg kedua dan ketiga?
apakah kedudukan cina,india dan lain2 yg memeluk islam?

jgn taksub sgt dgn bangsa...agama perlu didahulukan,camna nak dakwah org bkn islam masuk islam ni tok...

Naruto Sensei said...

Saudaraku Apam Taiping...

Saya setuju dengan komen2 anda.. Islam takkan bersatu-padu seperti yang UMNO ajak apabila Setip kali kalah pilihanraya (maaf jika pihak UMNO terasa)..Selagi penganut Islam sedunia masih mengamalkan kefahaman Kebangsaan iaitu fahaman Kaum Melayu untuk melayu.. kaum cina untuk cina bangsa arab untuk Arab walaupun mereka memeluk Islam Tetap takkan bersatu kerana kefahaman ini yang dah yahudi dan barat serapkan kedalam pemikiran kita beratus tahun dahulu. Kefahaman inilah yang sehingga kehari ini Palestine tidak bebas dari cengkaman Yahudi..
memang kefahaman inilah yang menjadi senjata utama Yahudi untuk mengekang kemaraan Islam setelah mereka kalah di tangan Salahuddin Al-Ayubi yang mengempur mereka dengan berbagai bangsa yang memeluk Islam bersatu di Bawah panji2 Allah...

Wallahualam

Wassalam

Atuk Banjar Masin said...

Kaum cina dan india semasa berada di bawah BN masih 'terkawal'.
Itu sebab mereka tinggalkan BN, kerana BN bejaya 'mengawal' mereka.

Sekarang kaum ini mencuba 'ugut' BN dengan bersengkokol pula dgn PAS dan PKR. Mereka mungkin bejaya di kawasan majority bukan melayu seperti P Pinang.

PAS dan PKR jangan lupa bahawa cina dan india yang menyokong anda adalah yang sama juga pernah menyokong BN.

Mereka tidak puas hati dengan BN walaupun telah dapat hidup mewah, bebas dan menguasai segala ekonomi Malaysia. Mereka masih tidak berpuas hati.

Kaum ini juga kesudahan nya akan memperdayakan PAS dan PKR juga, kerana sifat mereka yang tamak - sudah kaya-raya mahu berkuasa pula.

apam taiping said...

maksud tok?dap?

ok la tok,mngapa kaum ni b'paling tadah dgn bn?kalau dalam bn dorg ni kuasai smua,knape nak berpaling tadah dgn menyertai pembangkang?bkn kah itu tindakan yg bodoh?

pas dan pkr blm pon dpt ambil alih kerajaan pusat,apakah bn sudah nampak akan naiknya kerajaan pr kelak?dan kaum ini nmpk ape yg akan terjadi kelak?insyaallah...
doa2 la ye tok...

bn sendri pon memerlukan skongan org2 bkn melayu utk mng undi plhnrya,apakah org bkn melayu dlm bn tdk tamakkan kuasa?berkhidmat penuh jujur dan ikhlas?bersih dari rasuah?sedangkan umno sendri pon msh xbersih,ape tah lagi mic?mca?dan lain2?

kaum cina dan india di malaysia ni cuma lah minoriti,wlupun perpecahan dlm parti berlaku dlm bgsa melayu..namun dlm soal hak keistimewaan melayu dlm perlembagaan msh utuh wlupun pas memerintah nnt...

waktu tu kite xperlu lg correct3x..xperlu lg jd anjing kurap kpd tokey judi(cina)...apakah itu contoh kawalan yg ada dlm bn?

tok...knape tok benci sgt kaum lain ni?apakah kaum melayu terlalu hebat utk tok?mencium keris menjunjung tengkolok?apakah golongan cina dan india di malaysia ni terlalu hina utk tok?sentimen perkauman inilah yg menjatuh dan merendahkan martabat sendiri...

soalan2 tu bermain kat fikiran sy ni tok..leh tok jelaskan 1 persatu?

unanjaga said...

Islam itu adalah ugama kebenaran yang membawa keadilan pada semua manusia tanpa mengira sempadan ugama dan warna kulit(bangsa).Setiap yang hidup itu ada hak pada batasan yang tertentu dalam hidup nya,dan sudah semestinya setiap pemimpin itu akan rasa bertanggung jawab memberikan keadilan pada rakyat yang ada dibawah pentadbiran nya.Mengulas mengenai tajuk "kerajaan BN tidak perhatin kebajikan rakyat",tanggapan itu masih lagi pada persangka secara umum,diakui secara baik sememang nya kerajaan BN telah ada membuat kebajikan terhadap rakyat,namun ia tidak menyampai pada kehendak rakyat yang sebenarnya.Banyak sebab yang jadi soal kehendak itu,seperti rasuah(masih membarah dalam umno),malah yang terang jelas,cara pemerintahan mereka masih jauh dari pertunjuk Allah.

apam taiping said...

tok_gajah said...

Kesian juga tengok PR ni, kunun dapat sokongan padu dari cina dan india.

DS Najib PM kita dah bebaskan hindraf, kuta tengok besok kaum in akan datang beramai2 cium b...t PM tanda terima kasih dan sokongan terhadap BN/UMNO pula.

Lepas ni ada lagi kejutan lagi pada PR yang menyebabkan kaum cina pula akan menyokong BN/UMNO.

Ada banyak lagi suprise yang akan dipersembahkan kepada PR oleh UMNO.
April 3, 2009 8:32 AM
...................................
WAHAI PEMBACA SEMUA...LIHATLAH BETAPA MUDAH LUPA NYA ATOK...CEK POST SEBELOM NI PASTU COMPARE NGAN POST TOK JIJAH YG AKU COPY KAT ATAS...

ADESSS...

TOK APA SUDA JADI...???

apam taiping said...

tok_gajah said...

Kesian juga tengok PR ni, kunun dapat sokongan padu dari cina dan india.

DS Najib PM kita dah bebaskan hindraf, kuta tengok besok kaum in akan datang beramai2 cium b...t PM tanda terima kasih dan sokongan terhadap BN/UMNO pula.

Lepas ni ada lagi kejutan lagi pada PR yang menyebabkan kaum cina pula akan menyokong BN/UMNO.

Ada banyak lagi suprise yang akan dipersembahkan kepada PR oleh UMNO.
April 3, 2009 8:32 AM
...................................
Blogger tok_gajah said...

Kaum cina dan india semasa berada di bawah BN masih 'terkawal'.
Itu sebab mereka tinggalkan BN, kerana BN bejaya 'mengawal' mereka.

Sekarang kaum ini mencuba 'ugut' BN dengan bersengkokol pula dgn PAS dan PKR. Mereka mungkin bejaya di kawasan majority bukan melayu seperti P Pinang.

PAS dan PKR jangan lupa bahawa cina dan india yang menyokong anda adalah yang sama juga pernah menyokong BN.

Mereka tidak puas hati dengan BN walaupun telah dapat hidup mewah, bebas dan menguasai segala ekonomi Malaysia. Mereka masih tidak berpuas hati.

Kaum ini juga kesudahan nya akan memperdayakan PAS dan PKR juga, kerana sifat mereka yang tamak - sudah kaya-raya mahu berkuasa pula.

April 12, 2009 11:33 PM
..................................

tok....gajah pon xpelupa camnih....adesss...

Naruto Sensei said...

Salam Saudaraku Tok Gajah!!

Yang dihormati dan dimuliakan Tok Gajah..Semoga sejahtera hendaknya...

Mengenai persoalan yang Tuan kemukan suka saya disini untuk menerangkan dan menjelaskan persoalan yang bermain di fikiran Tuan..

Berkenaan dengan dakwaan bahawa kaum cina dan India semasa menyokong Bn adalah terkawal sememangnya saya tidak bersetuju sama sekali...

Andaikata BN boleh mengawal mereka kenapakan tanah dan hak Orang Melayu gadaikan ke kedua2 kaum tersebut.. saya bagi contoh bagaimana tanah rizab melayu diberikan kepada MCA untuk membina UniversitiTAR Yang kita lihat majoriti pelajarnya adalah bangsa Cina.. kenapakah kerajaan tidak mengenakan syarat supaya pengambilian pelajar2 mestilah sama rata tak kira bangsa.. sudahlah tanah melayu diambil hak melayu nak belajar di universiti tersebut pun dinafikan..

Jika BN boleh mengawal mereka bagaimana pula mereka
dalam perniagaan sehingga banyak perniagaan di monopoli oleh mereka sedangkan orang 2 melayu pulalah seperti melukut di tepi gantang apabila berniaga lihatlah keluasan kawasan2 perniagaan mereka adakah ini yang dikatakan kawalan sehinggakan mereka bebas menetapkan mahu menggunakan bahasa mandarin dalam mengambil pekerja, dimanakah tindakan kerajaan.. ?

Sebenarnya Tuan masyarakat cina lah yang mengajar kita supaya berpegang teguh dengan budaya contoh.. bagaimana kita lihat mereka mempertahankan Tulisan mereka sahinggakan kita keliru dimanakah kita berada, sedangkan Pemimpin yang kita sokong membakulsampahkan Agama,bahasa dan budaya sendiri dalam kehidupan seharian...contoh dimanakah tulisan jawi.. yang kita lihat akhir2ini barulah UMNO gunakan didalam PRK Bkt Gantang baru2 ini... Adakah bila kalah pilihanraya barulah UMNOBN ingat pada budaya semula.. nampaknya ada hikmah juga jika UMNO kalah dalam Pilihanraya, barulah mereka patah balik gunakan budaya yang selama ini mereka tinggalkan..

Untuk pengetahuan Tuan bangsa cina ini orang yang majoriti berniaga, orang berniaga ni memang cepat sumber2 maklumatnya disamping mereka ingin keselamatan dalam kehidupan dan keselamatan perniagaan mereka,

Mereka sebenarnya tidak berpuas hati apabila terlalu banyaknya kes2jenayah yang gagal ditangani oleh polis yang adalah Jentera kerajaan.. lihatlah kes rompakan, cabul ,rogol, bunuh ,samseng dan mcm2 lagi yang tak tertulis disini dimana mereka bimbang jika menimpa keluarga atau perniagaan mereka.. dan ada juga kes2 jenayah inipun polis terlibat sama jadi dimanakah keyakinan kita kepada POLIS!!

Jadi Tuan, apabila berlaku sedemikian kaum2 cina ini telah pun membuat himpunan dan menghantar Memorandum berkenaan isu jenayah ini malangnya Kerajaan BN langsung tak ambil perhatian malah Polis kitapun masih lagi menggunakan pendekatan yang sama lebih sibuk menjaga politik PR daripada menjaga Negara ini dari ancaman jenayah yang semakin teruk..lihatlah tindakan polis lebih keras keatas PR dalam program ceramahnya..

Maka atas sebab itulah Kaum2 cina yang mempunyai berbagai2 persatuan telah berpakat untk menolak menyokong BN, yang selama ini merekalah juga penyokong BN...

Malah mereka sendiri melawat kerajaan Kelantan dan melihat sendiri corak pentadbiran Tuan Guru Nik Aziz yang adil kepada semua kaum bukan seperti yang di fitnahkan selama ini yang mereka dengar dari UMNOBN .. jadi minda mereka telah terbuka menyokong PAS dan PR..


Bagi kaum India pula semasa Mereka menyokong BN adalah penyokong tegar dan fanatik BN sampaikan pernah di sesebuah peti undi PR mendapat 0 undi akibat pukulan Kaum ini memang fanatik...

Tetapi pada tahun 2006 apabila kerajaan BN merobohkan kuil mereka di Bukit Kemuning Shah Alam malah polis membelasah beberapa Aktivis hindu sehingga parah dan pecah kepala barulah kaum India nampak bagaimana MIC tak boleh lagi mempertahankan kebajikan orang India malah melihat MIC lebih menjaga kepentingannya dalam BN dan mengabaikan orang India contoh .. bagaimanakah saham orang India dalam Maika holding yang pengerusinya Dato S Samy Vello lesap entah kemana...Walhal saham itu kepunyaan Orang2 India yang miskin yang kebanyakkannya tinggal di Estet2 yang kita sedia maklum, betapa Dhaifnya kehidupan mereka ini..dimasa yang sama mereka juga menghantar wakil2 sebelum itu melawat Kelantan dan Melihat sendiri keadilan Pentadbiran Tuan Guru Nik Aziz..

Maka selepas kejadian itulah maka mereka menubuhkan Hindraf untuk mrengambil alih dalam mempertahankan hak2 orang India...Maka kita sebagai Orang melayu Islam patut mencontohi orang India dalam mempertahankan agama mereka Tengok bila kuil dirobohkan dan bandingkan bila Masjid kita pula dirobohkan dulu di Kijal terengganu pada suatu ketika dahulu apa tindakan UMNO ??...

Kemuncak kemarahan mereka kepada kerajaan adalah apabila mengadakan himpunan Hindraf di Kuala Lumpur. Yang mana mereka menghantar memorandum ke kedutaan British dan menyaman British kerana mengabaikan kebajikan mereka setelah British membawa mereka secara paksa ke Tanah Melayu..

Tetapi apakah tindakan Kerajaan BN ialah membelasah mereka2 ini sehingga ada yang pengsan dan pecah kepala di pukul oleh Polis walhal bukannya mereka menyaman kerajaan pun..

Malah kerajaan menangkap pula Pimpinan Hindraf dan mengenakan Akta ISA pula kepada mereka, dengan dakwaan2 mereka ini pemberontak Tamil Elam dan mempunyai senjata satu kontena yang sehingga ini tidak dibuktikan. Inilah kesilapan2 kerajaan yang terlalu menjaga kepentingan British sehinggakan Kaum india sehingga ini membenci Kerajaan Lebih2 lagi UMNO sendiri..

Dan setelah itu jugalah mereka bersepakat untuk mengundi Pakatan Rakyat sebelum PRU ke 12 dengan tidak mengira siapakah parti yang bertanding asalkan bukan calon dari Kerajaan BN...

Dan kemuncak dari sokongan itu jugalah mereka beramai2 menyertai kelab Penyokong PAS yang Sehingga kini apabila ditanya, mereka begitu Yakin dengan Perjuangan PAS dan bertambah yakin lagi apabila PAS mencalonkan S KUMUTA dari kaum India sendiri sebagai calon dalam PRU 12 yang lalu...

Dan seperti yang kita baca dalam AL-Quran.. Jika Allah mengkehendaki sesuatu tidak mustahil baginya berlaku walaupun tidak lojik dari fikiran akal manusia...

semoga Anda Dirahmati hidayah Allah


Wassalam

dianawijdan said...

uncle,

aku harap umno berubah menjadi yg bukan lagi haprak. umno terkenal dengan rasuah. sehingga kini masih dipenuhi rasuah. buktinya? masih ada yg jadi mb, ketua pemuda, adun, dan yg pegang lain2 jawatan dlm umno.

umno tidak lagi haprak andai umno berjuang menegakkan hukum alquran, menjadikan alquran pegangan tertinggi. mengamalkan 100% ajaran islam. tiada lagi rasuah (tukar istilah politik wang jadi rasuah), kezaliman, maksiat, mendekati zina, dan sebagainya.

nik aziz dengan rendah diri pernah berkata:
1. umno terima alquran dan assunah sbg pegangan maka pas akan dibubarkan
2. bubar pas dan umno tubuh parti baru berteraskan islam yg berpandukan alquran dan sunah

selagi itu tidak terjadi, maka selamanya umno bagi aku sangatlah haprak.

Hamba Miskin said...

Alhamdulillah...


Hujjah beginilah yang kita suka. Tiada caci mencaci.Teruskan usaha anda para penghujjah PR. Jaga adab dalam berbual. Hormati orang yang lebih tua dari kita.

Insya Allah,jika kita beri lebih banyak hujjah dan fakta,insya Alah mereka akan hormatkan kita.

Harapan saya satu..

SEmoga bloggers siasah di kagumi oleh lawan kerana budi dan adabnya yang baik ketika berhujjah.

Beginilah cara kita berkomunikasi.

Malaysian-2Day said...

Tak perihatin... kita sejak di lahirkan mendapat kebajikan dari kerajaan BN. Hospital, sekolah, universiti, bantuan kebajikan, melambak2 kalau nak di senaraikan bukan 2 je seperti yg pak nuar cakap tu. Jangan lah kita hanya nampak apa yg PR buat je, sedangkan beribu2 perkara yang baik di buat oleh kerajaan bn tidak di ambil kira.

Janganlah kerana seorang dua pemimpin atasan BN yang membuat kesilapan maka anda cop semua pemimpin BN bermasaalah. Ada juga pemimpin PR yang buat salah kan?

pelempangjepon said...

Salam seronok saya membaca komen2 dari uncle nano, naruto dan apam taiping dan lain2. Terima kasih saya ucapkan ^_^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...