Wednesday, April 29, 2009

Siapa ganti Salahudin?

Dengan tiba-tiba nama Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaludin disebut di samping Nasarudin Hassan, Azman Shapawi, Sabky Yusof dan Dr Mujahid Yusof untuk menjadi Ketua Pemuda PAS bagi menggantikan Salahudin Ayub yang tidak bersedia mempertahankan jawatan itu lagi.

Laporan penuh dalam Siasah Jumaat ini.

23 comments:

jaam said...

KALAU PEMUDA TU...BIARLAH ORANG MUDA...

BUKANNYA ORANG TUA...
TAK FAHAM KE???

Anonymous said...

yang kau sebok apesal???
lantak dia org la...

Malaysian-2Day said...

Aku cadangkan Hj Nga Kor Ming. Yeash!!! OPs dia DAP! Sori sori, wrong number.

anjar said...

Aku cadangkan Hj Nga Kor Ming. Yeash!!! OPs dia DAP! Sori sori, wrong number.

.............................

yes!!! sorang lagi pencacai cuba menunjukkan kebodohan diri sendiri

PEMUDA PAS KEMAHANG 1 said...

AFUNDI UST NIK ABDUH - Berani kerana benar.

jaam said...

APA PUNYA UMAT ISLAM LAH LU NARUTO, MENDOAKAN YANG TAK BAIK UNTUK ORANG LAIN.

jaam said...

Semua ini dinamakan strategi dalam politik. Ada orang sebut perang saraf. Ada juga yang kata mainan politik. Ada yang cakap propaganda. Dan tak kurang juga yang anggap sebagai perjuangan.

Naruto Sensei said...

Malaysian-2Day said...

Aku cadangkan Hj Nga Kor Ming. Yeash!!! OPs dia DAP! Sori sori, wrong number.

---------------------------------
Naruto Answer..

Macam ni ker hujah puak Umno yang depa kata baik sangat tu ?? Hai la MelayuUmno kenapa lah semakin tak berotak hujah anda?? kesian korang nih... sama je semua hujah pihak Umno ni langsung tak berilmu dan tak bermaruah.. ayat budak kurang didikan ...

Kalau dah kalah berhujah kang.. mula la main maki hamun pulak kesian2... tercungap2 MelayuUmno ni nak hidup....

Bila bloggers PR berhujah cara baik depa kutuk macam2 tapi sendiri tak reti nak bagi hujah bernas.. malah semakin pihak2 Umno main kan cerita mereka semakin loyalah tekak orang yang membacanye... UMNO UUUWWEEKKK!!

Naruto Sensei said...

am said...

APA PUNYA UMAT ISLAM LAH LU NARUTO, MENDOAKAN YANG TAK BAIK UNTUK ORANG LAIN.

-----------------------------------

Apa punya Islam lah lu Jaam menyesatkan orang dan jadi MUNAFIK!! komen pun ntah apa2 ntah..

jaam said...

SEJAK akhir-akhir ini, nampaknya Umno begitu ghairah dan bersungguh-sungguh (ada udang disebalik batu?) untuk bergabung dengan PAS. Masing-masing (dari Umno) keluarkan kenyataan agar PAS dan Umno bergabung, kononnya demi bangsa dan Islam.

Terbaru adalah gesaan dari Majlis Veteran Umno yang begitu mengharapkan penggabungan ini. Namun begitu, pelbagai persoalan bermain di minda rakyat, khususnya ahli-ahli PAS. Ikhlaskah Umno? Tersepitkah Umno? Dan bermacam persoalan lagi yang tidak perlu kita perdebatkan.

Sejarah telah melakarkan bahawa PAS pernah berjinak (bergabung) dengan Umno dan BN sedikit waktu dahulu, dan pada masa itu penggabungan tersebut direalisasikan PAS setelah mendapat jemputan karpet merah dan desakan yang begitu hebat daripada Umno BN. Dan Umno BN pada waktu itu pula berada dalam keadaan yang cukup lemah dan cukup dibenci rakyat.

Atas dasar perpaduan bangsa, dan lebih menjurus kepada kepentingan Islam dan kuasa politik Islam pada waktu itu, PAS merelakan dirinya bergabung dan pinangan dari Umno diterima.

Ditakdirkan beberapa tahun selepas penggabungan itu, Umno BN kembali kuat, kembali mendapat sambutan rakyat, maka hasilnya? Hasilnya ialah PAS ditendang keluar dari rumah Umno BN, turun tidak bertangga, berlantaikan tanah berbumbungkan langit. Itulah tabiat jahat dan bacul Umno BN dan PAS pula ibarat “melepaskan anjing (Umno BN) yang tersepit”. Bila saja terlepas, betis PAS pula yang digigitnya.

Itu dari segi sejarahlah, bagi menjawab beberapa isu rentetan daripada gesaan orang itu dan ini supaya PAS dan Umno bergabung.

Dari segi komitmen pimpinan PAS pula, andai kata gabungan itu atas dasar Kepentingan dan Kedaulatan Islam, usah diragu-ragu lagilah. Suka dinyatakan disini bahawa sudah berbelas tahun Tok Guru Nik Aziz Nik Mat selaku orang nombor wahid dalam Gerakan Islam PAS tegaskan, ANDAIKATA UMNO BUANG DASAR SEKULARNYA, NASIONALISNYA, PERKAUMANNYA, DAN MENGAMBIL ISLAM SEPENUHNYA SEBAGAI PAKSI PEMERINTAHAN, KITABULLAH AL QURAN DAN HADITH RASULULLAH S.A.W SEBAGAI SUMBER RUJUKAN, Tok Guru Nik Aziz sendiri akan membubarkan PAS dan mengarahkan semua Ahli PAS menyertai dan menyokong Umno.

Jadi, sekiranya Umno ikhlas untuk bergabung demi untuk kemantapan, kedaulatan, kemakmuran, dan kemajuan Islam dan penganutnya, dan demi untuk kelangsungan bangsa yang menjadi teras perjuangannya, kenapa tidak terima saja saranan Tok Guru ini? Pilihan untuk bergabung sebenarnya bukan ditangan PAS, tetapi ditangan Umno itu sendiri. Kalau betul-betul ikhlas, bertaubatlah dan terima saja saranan ini.

Tetapi kalau isu penggabungan ini sengaja dimainkan dan sekadar retorik murahan Umno BN untuk menghakis keyakinan orang Melayu terhadap PAS, anda lupakan sahaja hasrat jahat anda itu. Kami dipihak PAS telah dan pernah berkorban kepada agama dan bangsa (semasa mengambil keputusan untuk bergabung dengan Umno BN dahulu), kini giliran kamu dipihak Umno pula buktikan kepada semua bahawa Umno ikhlas untuk bergabung demi agama dan bangsa.


Posted by PEMUDA PAS KEMAHANG

jaam said...

RASUAH TETAP RASUAH BRO, TIADA HALALNYA DI SITU.

KAU PERGILAH PUSING DIMANA2 SEKARANG NIH...MANA RESTAURAN DAN REST HOUSE, KELIHATAN BERKUMPULAN PAK2 ALA LEBAI TENGAH MENTEDARAH MAKAN. ,MAKLUMLAH PERSIDANGAN TENGAH BERJALAN SEKARANG NIH...

ITU DIPANGGIL APA TUH? ITU YANG KITA NAMPAK, YANG TAK NAMPAK? YANG SIAP PEGI UMRAH?, PEGI LAWATAN AMAL KE INDON?

BRO, LETIHLAH KALAU NAK CERITA PANJANG..NANTI KAU KATA INI SEMUA PROVOK...

TETAPI HAKIKATNYA!?

azmi alkelantani said...

salam perjuangan....
siapa yang memimpin bukan soal utama....
apakah kita yang mendokong perjuangan ini sanggup di belakang pemimpin bukan sahaja memberi sokongan dan boleh memperbetulkan peminpin...pemimpin juga hendaklah di kalangan yang boleh menerima teguran serta memikul wadah dan dasar Islam yang didokong...ketelusan konsep demokrasi dan syura yang diamalkan dalam Pas memang mematangkan pemikiran pimpinan PAS teutama dalam usaha meletakkan Islam di tempat yang tertinggi....

Naruto Sensei said...

Hakikat nya memang kau ni pemfitnah besar... kalau ko nak buat tuduhan mesti ada hujah dan sandaran bukti yang kukuh... ni orang makan ko kata rasuah, PergiUmrah pun rasuah.. jangan main sedap mulut nanti mendapat cash bro!!

Kalau Umno ,memang lah kita nampak semua perbuatan dia bukan Ahli jer yang adu pasal Rasuah SPRM dan Jwtankuasa Disiplin Umno sendiri mengesahkan .. kalau nak menuduh pun biarlah berpandukan hujah yang kukuh samaada laporan orang ke SPRM ke barulah boleh nak percaya brokk!!apalah ko ni Jaam.. pandangan ko kabur kerana kesesatan UMNO yang ko ikut..

AMK RASAH said...

Petikan Perlembagaan Umno, Fasal 3, Perkara 3.3;
3.3 Menegak, mempertahan dan mengembangkan Islam, agama rasmi negara serta menghormati prinsip kebebasan beragama.

Ceh...pencacai2 Umno...ada ke korang hayati Perlembagaan Umno di atas tu???

Jangan korang nak pertikaikan PAS ke, PKR ker & DAP...

Fasal 3 Perkara 3.3 kat atas tu pun korang takleh ikut...apalah sgt korang nak kecam PR nak mendaulatkan Islam dan kesejahteraan rakyat...

jaam said...

Apabila Nik Abduh mencoret sekali lagi dalam blognya perihal musang-musang yang berbulu ayam di dalam gerakan Islam PAS, semakin kuatlah gerombolan berkenaan bertempik dan bersorak. Perkara yang dinyatakannya amat melukakan hati sesetengah mereka terutama apabila dia menyentuh perihal Kuasa Rakyat, Makkal Shakti dan sebagainya.

Kalau tulisan sebelum itu, dia telah diserang bertubi-tubi oleh para pendokong musang-musang berbulu ayam sehinggakan ada yang mempersoalkan kedudukannya di sisi Nik Aziz Nik Mat selaku seorang anak. Pastinya tulisan kali ini yang dianggap lebih ringan demi menjernihkan keruh yang dimulakan sebelum muktamar agung, tetap tidak menyenangkan mereka kerana tulisan Nik Abduh lebih ampuh berbanding tulisan orang yang tidak seberanda dengan Nik Aziz anak beranak.

Bagaimanapun, kali ini Nik Abduh telah menyentuh musang-musang berkenaan secara khusus biarpun tidak menamakan mereka. Terutama apabila ditulis ayat-ayat berikut:

Selang beberapa jam, belum pun saya mula menulis, saya diberitahu bahawa sekumpulan insan sedang bergembira kerana hal Nik Abduh telah selesai. Ayahandanya telah mengarahnya berhenti buat cerita! Saya tersentak lagi. Wah, ada insan yang begitu teliti pekerjaannya sehingga dia tahu isi perbualan saya dengan ayahanda!

Dari situ, bagi mereka yang peka, akan mengenali siapakah yang dimaksudkan oleh Nik Abduh tanpa perlu memecahkan kepala memikirkan bagaimana rupa mereka dan corak tutur kata mereka.

Sesuatu yang paling menarik apabila pewaris ulama yang masih muda ini menyingkap perihal tanggungjawab sebagai ummat Islam dalam mengendalikan seseorang pemimpin;

Justeru saya tidak akan fana dan luluh dalam gelombang kuasa rakyat atau kemarahan dan ridha rakyat. Rakyat hanyalah mainan pemimpin. Pemimpin adalah angin. Pemimpinlah yang mencetuskan kuasa rakyat dan mengemudi halanya. Dalam kebangunan dan kejatuhan sesebuah negara, pemimpin digunakan Allah untuk menentukan kejayaan dan kehancurannya.
Allah mengarahkan pemuka - pemuka negara melakukan kebaikan dan keadilan. Jika mereka melakukannya, Allah perteguhkan negara tersebut dengan keadilan dan keamanan. Jika pemuka - pemuka itu engkar, malah melakukan kefasiqan dan kezaliman, Allah pasti menghancurkan negara itu sehancurnya. Ia berpindah dari gelap menuju gelap atau lebih gelap lagi.

Para pemimpin PAS sepatutnya bersyukur, di dalam keghairahan meraikan kemenangan dan mula bercakap besar dan menyombongkan diri, Allah Taala bagaikan mengutus seorang pemberi amaran kepada mereka supaya kembali memperkemas dan memperkukuhkan saf, sekaligus bermuhasabah dan merendahkan diri.

Sedangkan apa yang berlaku ialah, semakin ramai yang bersuara galak dan mula meninggalkan ajaran sebenar Islam dalam meraikan kemenangan dan meraih sokongan besar, sehinggakan diberitakan seorang pemimpin PAS Negeri Sembilan berasa sungguh bangga kerana kaum kafir turut sama melaungkan takbir dalam ceramah politik mereka. Perbuatan itu dianggap sebagai kejayaan usaha dakwah PAS. Apa yang pasti ialah, perasaan gembira itu sebenarnya datang daripada kedangkalan dan kecetekan ilmu biarpun kepalanya berat dengan serban dan mukanya terhias sejemput janggut.

Apa yang ditekankan oleh Nik Abduh ialah Islam dan umatnya sentiasa berada di atas dan tidak sesekali direndahkan demi mencapai matlamat politik. Islam tidak dikacukkan dengan agama-agama atau nilai-nilai lain kerana redha Allah Taala telah dianugerahkan kepada Islam menerusi wahyu terakhir kepada Rasulullah s.a.w.

Sekaligus memberitahu bahawa umat Islam dan negara ini sedang dicengkam oleh masalah liberalisasi pragmatik dengan membiarkan umat Islam bergantung harap kepada bukan Islam sehinggakan prinsip-prinsip asas kesatuan ummah diperjudikan menerusi 'pembantu-pembantu ayahanda' yang sentiasa melihat peluang untuk menonjolkan nama dan bapa musang mereka. Dan 'pembantu-pembantu ayahanda' pula pastinya bergantung kepada taktik dan kelicikan bapa musang yang cuba menonjolkan diri sebagai pemimpin serba tahu biarpun dia tidak menganggotai mana-mana parti melainkan hanyalah Mursyidul Am yang benar-benar am.

RFC said...

ok apa ketua pemuda yg tua???

kalau ketua pemuda, jiwa pun muda, xmatang mcm samseng. bt pa....2 bukan ketua pemuda, tapi ketua samseng....

Wak Labu Farm said...

Perjuangan PAS terhadap Islam sudah semakin pudar.

Kini PAS cuma memperjuangkan jawatan dan kedudukan pemimpin2 dalam parti sahaja. PAS sudah menjadi parti yang hampir sama dengan UMNO.

Ada jawatan, ada kuasa, ada kuasa boleh tambah harta. Penyokong2 PAS setiap hari dibuai dan di
dendang kan dengan lagu yang sama disetiap ceramah2 dan usrah oleh pemimpin 2 PAS.

Dendangan lagu yang memburukan UMNO, membenci UMNO, bermusuhan dengan UMNO dan hancurkan UMNO.

Selama ini, penyokong2 PAS ini hidup senang lenang, aman damai se mata2 dibawah perintah UMNO yang di katakan zalim, tidak adil dan rasuah.

Penyokong PAS harus sedar bahawa kesenangan yang anda kecapi ini semua dari hasil pemerintahan UMNO yang diberkati ALLAH.

PKR berhak menentang UMNO kerana mereka kecewa kerana telah disingkir kan dari UMNO. Penyokong2 PKR semua terdiri dari bekas ahli2 UMNO yang kecewa kerana pemimpin mereka disingkirkan keluar dari UMNO.

DAP memang anti-kerajaan sejak dari mula ditubuhkan. Walaupun semua pemimpin2 dan ahli2 DAP ini sudah hidup senang kaya raya, tetapi mereka sekarang mahukan kuasa memerintah pula.

Mengapa PAS sangat bodoh mahu menyokong DAP untuk mendapat kuasa memerintah?

jaam said...

Selama ni Pas lantang perjuang Islam,rupa-rupanya ada ahli-ahlinya yang dua kali lima jugak. Inilah akibatnya penularan anasir-anasir liberal di dalam PAS yang didalangi tak lain tak bukan Sheikh Anwar Al-juburi( gelaran Mat Sabu untuk Anwar.Puak Erdogan liberal di dalam Pas ini akan menghancurkan Pas sedikit masa lagi..Oleh sebab itu ayuhlah Tuan Guru Hadi Awang berganding bahu bersama UMNO bersatu demi kepentingan umat Islam Malaysia dan sejagat.

jaam said...

Politik hari ini ialah politik hukum. Tiada lagi politik balas budi. Pemimpin atau parti yang salah di mata pengundi akan dihukum melalui undi. Jasa dan sumbangan parti atau peribadi jangan harap untuk dibalas. Jauh sekali untuk dijadikan habuan kempen.


Sistem politik kini sudah terbalik. Pengundi telah 'berperangai' seperti ahli politik. Manakala ahli politik telah 'berperangai' seperti pengundi. Pengundi hari ini akan berjanji untuk memangkah calon mereka. Namun, belum tentu mereka tunaikan janji mereka.
Pengundi akan 'berkempen' untuk menyakinkan ahli politik agar bertanding di kawasan mereka. Jika ahli politik termakan kempen pengundi, mereka akan dikuburkan di situ juga. Dan jika ahli politik terpesona dengan layanan pengundi, mereka ada harapan dirompak hingga papa kedana.


Akhirnya, akan sampai satu masa di mana pengundi akan merayu kepada ahli politik agar masuk bertanding. Dan ahli politik pula akan mencari seribu satu helah untuk elak dari bertanding. Inilah politik baru!

Unknown said...

Salam Wak labu!!!

Kenyataan wak:
"Kini PAS cuma memperjuangkan jawatan dan kedudukan pemimpin2 dalam parti sahaja. PAS sudah menjadi parti yang hampir sama dengan UMNO."
---------------------------------
Kenyataan ini seperti memerangkap diri sendiri kedalam apa yang cuba diperkatakan!!....cuba wak ulang ulang ungkapan tersebut!
ianya mengiakan yang umno parti "perjuangan untuk jawatan dan kedudukan"...tak gitu
.....wak?

faizalzainol said...

Saya cadangkan Ust. Dr. Mujahid Yusuf Rawa, beliau calon yang paling layak dan ideal untuk memikul amanah ini. Kepimpinan beliau telah teruji dengan kejayaan menjadi Ahli Parlimen Parit Buntar dan memimpin Lujnah Perpaduan Nasional..

Insya Allah, PEMUDA PAS akan semakin mantap dibawah kepemimpinan beliau..

kp cht ibol said...

ana bekenan YB Zaki jadi ketua DPP Pusat

ALI MAIDIN said...

Jangan orang mukabalah dah le...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...