Wednesday, April 22, 2009

Kes Norza disebut semula 14 Mei

TEMERLOH, 22 April: Ketua Pemuda Umno Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Datuk Mohamad Norza Zakaria bersama Anggota Jawatankuasa UMNO Maran, Halimi Kamaruzzaman (kanan) ketika hadir di Mahkamah Sesyen di sini, berkaitan dua tuduhan rasuah.

Pada 20 Jan lepas, 6.30 petang di No 38, Pinggiran Tasik, Taman Bandar Temerloh, Norza, 43, didakwa secara rasuah telah memberikan kepada Khadri Musa melalui Halimi suatu suapan wang tunai RM1,500 sebagai dorongan untuk diagihkan kepada anggota-anggota perwakilan yang boleh membantu mengundi beliau untuk memenangi jawatan sebagai anggota Majlis Tertinggi (MT) Umno.

Bagi tuduhan kedua, beliau didakwa memberikan suatu suapan wang tunai RM1,900 kepada Mohammad Anuar Yunus, juga melalui Halimi, untuk tujuan, tempat, waktu dan tarikh yang sama.

Bagaimanapun mahkamah menetapkan 14 Mei untuk menyebut semula kes rasuah itu.

14 comments:

Unknown said...

Kalau rasuah,mesti umno..Umno itu rasuah,rasuah itu umno.Ibarat irama ngan lagu tak dpt dipisahkan.
Dah biasa dah diorg dah tak malu dah.
Lmbat pulak bicara,kalau tang lembu korban siang malam dok canang berita.
Ptuih..

apam taiping said...

biasala mat jalie...

nak malu pe,dah yg plg atas nun dok cover pesalah2 rasuah...(geng dia la)
anak bini jadi hancuss tu dok kedarah duit haram,nak longgok kat syurga kot nnt mampuih...

yg lawaknye,pencacai depa seronok kat bwh..tgk bos pakat mkn duit haram...hahaha bodo...bodo...bodo...

RFC said...

pas 2.....kes hny berakhir dmahkamah....cerita stop smpi situ....almaklumla....semua umno yg punya...pndila drg ttup crita.....hihihih

ada x brita ni dlm tv3,tv1,tv2 semua 2?lama ak xtgk tv....hihihihihihi

Naruto Sensei said...

Yang penting bila kes ini melibatkan UMNO semua pencacai dia berat je nak komen kat dalam pos ni.. ha ha ha

AyAi said...

nk malu apenye..ni duit umno yg pnye..ye x??? hihi..

Naruto Sensei said...

Perbezaan pemerintahan kerajaan PR dan Kerajaan BN dalam setahun ini.

kerajaan BN

pada awal pemerintahan diakui memang meringgankan beban rakyat malaysia am nya.. banyak program yang membantu dilakukan sehinggalah ramai orang Melayu yang berjaya..

Itu pun hak orang Melayu tergadai juga apabila tulisan Jawi di hapuskan dan digantikan dengan tulisan Rumi..

Sedangkan kita sedia maklum melalui tulisan Jawi lah masyarakat Melayu pada masa tu celik kepada Al-Quran..

Malah jika hal2 berkaitan Islam jika tercabar pun orang Melayu akan bangkit bersatu menentangnya

Contoh: apabila perbicaraan Kes Natrah yang di bela oleh keluarga melayu dituntut ole keluarganya di England dan memohon mahkamah mengiystiharkan Natrah keluar dari Islam.. orang melayu masa tu bangkit menentang keputusan itu termasuklah Tuanku Abdul Rahman..

Tetapi malangnya UMNO mengubah tulisan Jawi warisan Melayu ke tulisan rumi kepunyaan orang Rome yang di gunakan penjajah British. sedikit demi sedikit Orang Melayu semakin Buta kepada Al-Quran sehinggalah ke hari ini..
Bukan British yang hapuskan tetapi UMNO!!

Tetapi sehinggalah di zaman pemerintahan Tun mahatahir UMNO berubah daripada membantu rakyat kepada memeras rakyat apabila dasar penswastaan negara di mulakan
pada masa inilah kerosakkan berlaku apabila program bantuan menjadi perniagaan dan banyak hak2 dan tanah orang melayu tergadai antaranya..

Dasar Ekonomi Baru yang menyasarkan 30 peratus penguasaan ekonomi Bumiputra di selewengkan.. Dengan berbagai Projek dan tender kerajaan di berikan kepada Kroni pimpinan UMNO yang menyebabkan pencapaian hanya 18% sahaja yang dapat dicapai sehingga ke hari ini...

Kekayaan negara yang tidak seimbang hanya tertumpu dikalangan Ahli politik dan saudara-mara Bn sahaja sehingga wujud jurang yang besar antara rakyat termiskin dan terkaya..
Sehinggakan yang miskin bertambah miskin dan yang kaya bertambah kaya..

DEB jugalah punca di mana segala Projek yang dianugerahkan kepada pimpinan UMNO di Alibabakan sehingga projek yang sepatutnya diuruskan oleh bumiputra jatuh ketangan bangsa lain..Kerana sifat tamak dan ingin cepat kaya .. Malah kita boleh melihat bagaimana Ketua pemuda bahagian atau cawangan UMNO boleh membina Banglo mewah.. walhal baru setahun memegang jawatan tersebut di sebabkan projek yang mereka terima sebagai imbuhan dan mengalibabakan projek tersebut untuk mendapatkan keuntunggan segara...

Contoh: Bekas MB Selangor Khir Toyo
Mempunyai sebuah banglo yang dalam pembinaan di Shah Alam bernilai Lebih kurang RM29 juta!!! Sedangkan jika dihitung Gaji beliau selama menjadi ahli politik sehinggalah menjadi MB memang tidak mampu memiliki rumah semewah ini...Jadi dimanakah beliau mendapat wang sebanyak ini.??


Memansuhkan biasiswa kepada pelajar IPTA mmenjadi pinjaman PTPTN yang menyebabkan ramai pelajar gagal menjelaskannya walaupun belum mendapat kerja..

walhal ini adalah hak2orang melayu yang terjamin dalam perlembagaan dan di dalam kontrak sosial pun adalah menjadi Tanggungjawab UMNO melalui MARA memberikan biasiswa Percuma!! .. kepada setiap pelajar yang berjaya ke Universiti...

Memberikan tanah rizab Melayu kepada tokey2 yang banyak duit contoh di bukit bintang, menara Tan&Tan dan UniTAR kepunyaan MCA..
Penjualan banyak tanah Rizab melayu ini berlaku di negeri Johor,Melaka,P.Pinang dan perak
dan kebanyakkannya adalah kepada taukeh Cina dari Singapura..

Dan sekarang ini apabila siap Wilayah Iskandar di Johor nanti sebanyak 70% saham di punyai oleh Singapura dan masa tu nanti bolehlah di gelar Singapura kecil di Johor..


Dasar Kerajaan Mahathir ini diterukkan lagi dengan menjadi negara perindustrian apabila banyak kilang2 didirikan.. pada mulanya tokey2 kilang mengambil pekerja tempatan untuk berkerja tetapi untuk menjimatkan kos tokey2ini tadi mula mengambil pekerja asing dan akhirnya pekerja tempatan dipinggirkan..
sehingga kini pekerja asing mencecah 3 juta orang di Malaysia..

Dan akhirnya berlakulah gejala sosial yang parah dalam masyarakat apabila pekerja2 asing yang telah ramai ini mula tidak menghormati undang2 negara dan berlakulah jenayah yang semua sedia maklum..

Dalam Zaman inilah UMNO diharamkan oleh mahkamah kerana perpecahan dalaman dan rasuah, selepas inilah UMNO makin hilang arah perjuangan kepada rakyat yang mana daripada mengurangkan beban kepada menambah beban kepada rakyat dengan dasar2 yang semua sedia maklum...seperti kenaikan harga barang , harga minyak, cukai2 dan tingginya pengganguran dan kerosakkan akhlak di kalangan anak2 melayu...

Hinggalah dalam PRU ke 13 apabila BN kalah di 5 nagari termasuk di wilayah K. Lumpur BN dilihat masih tiada Perubahan dan banyak janji2 dalam manifesto PRU ke 13 langsung tak tepati antara usaha BN tahun ini ialah:

Mewujudkan JKKKP yang mana sepatutnya tidak perlu kerana kerajaan negeri mempunyai JKKK sedia ada tetapi kerana hendak menjatuhkan kerajaan PR dan memecahbelahkan masyarakat maka ditubuhkanlah jawatankuasa itu.

menaikan harga minyak sebanyak 70sen.

menaikan harga Tol

hanya mencari silap2 kerajaan PR sahaja walhal kerajaan BN mempunyai banyak masalah semasa berkuasa di 5 negeri.. kerajaan PR cuba tidak membalas tetapi UMNO makin teruk dengan tuduhan2 yang tak berasas langsung dan akhirnya kerana BN mencabar, kerajaan PR membongkar satu demi satu salahlaku pemimpin2 BN terdahulu termasuk khir toyo

Hanya tahu memfitnah kerajaan negeri PR sahaja tiada usaha2 berbaik dgn kerajaan PR

Merampas kerajaan Perak melalui ADUN lompat yang UMNOBN tuduh sebagai perasuah dan melantik MB sendiri walhal MB pakatan tidak pun Meletak Jawatan.

Memainkan sentimen Agama , Raja dan kebangsaan selepas kekalahan untuk meraih simpati undi melayu yang mana kita tahu semasa UMNO memerintah perkara2 tersebut langsung tidak di ambil peduli''

Membuat tuduhan berasaskan Fitnah kepada kerajaan Pakatan Rakyat dan tidak mahu bekerjasama diantara kerajaan negeri PR dan kerajaan Pusat untuk kepentingan Rakyat..

Gagal mengatasi kemerosotan Ekonomi malaysia yang mana rakyat makin terbeban sedangkan bantuan melalui wang rakyat KWSP digunakan untuk Syarikat2 besar sahaja.

Gagal menangani kenaikan harga barang sedangkan harga minyak pun sepatutnya turun75sen tetapi apabila di congak2 berapa kali harga minyak diturunkan hanya 50 sen sahaja yang turun manakala 25sen kekal sehingga ke hari ini ..
Itu pun kerajaan mencanangkan kononnya harga minyak dah diturunkan.. boleh ke dikatakan harga minyak turun sedangkan masih ada baki 25sen yang tak turun lagi??

Tiada tindakan berkesan dalam menghadapi Jenayah yang meningkat, pendakwaan rasuah pilih kasih dan gejala sosial yang semakin parah.

Tidak berjaya mengawal kebanjiran warga asing di malaysia yang mana sekarang ini menjadi penyumbang utama kes2 jenayah di Malaysia.. Sekarang Negro pun dah banyak beb.. Malah kebanjiran ini menyekat peluang kerja untuk rakyat sendiri yang terpaksa bersaing dengan pendatang asing untuk mendapatkan pekerjaan di Malaysia..

Gagal menangani gejala sosial yang makin meruncing dan merisaukan di kalangan anak2 muda,
Malah mengalakkan lagi dengan penganjuran Konsert2, pertunjukkan hiburan, Pesta2an dan rancangan TV yang melalaikan dan tak bermoral.

Supaya rakyat leka dan tidak tahu tentang perkembangan politik di negara ini. Supaya mudah bagi Bn memperbodohkan rakyat untuk mengekalkan kekuasaan mereka..

Gagal melaksanakan perintah Allah dengan memartabatkan hukum Hudud sebagai perundangan tertinggi sedangkan kuasa mutlak terletak di tangan UMNO yang mengaku Islam, walaupun di beri kuasa memerintah negara sehingga ke hari ini..

Dan gagal memberi kefaham yang baik tentang Islam kepada Bukan Islam sebaliknya menakut2kan bukan Islam di negara ini kepada Hukum dan amalan Islam itu sendiri..

Pendek kata hampir tiada janji manifesto yang ditunaikan oleh BN walaupun janji cogankatanya iaitu SELAMAT,AMAN,MAKMUR yang berlaku sebaliknya ialah TAK SELAMAT,TAK AMAN DAN TAK MAKMUR makin corot lagi keadaan Malaysia hari ini dan inilah relitinya..
-----------------------------------


Kerajaan Pakatan Rakyat

Walaupun baru setahun jagung memerintah telah berjaya mengurangkan beban Rakyat seperti:

Mengurniakan 102 ribu lot tanah kepada kg tersusun yang 90% adalah berbangsa Melayu dan 47 ribu kepada kg baru yang 80% adalah bangsa cina..yang mereka ini adalah rakyat miskin di Perak tetapi dilaporkan di Utusan dan Berita harian tanah hanya diberi kepada bangsa cina saja ini satu penipuan dan Fitnah BN

Memberikan hadiah bekalan air bersih percuma 20 meter padu setiap bulan kepada rakyat. yang mana selama 50 tahun Bn memerintah perkara sekecil ini pun tak boleh dihadiahkan kepada rakyat..

Memberikan bantuan RM2.7juta kepada sekolah S.Agama.Rakyat di Pulau Pinang dibawah PR,Juga bantuan RM 25 juta kepada SAR dan SRJK(C)di Selangor..

Menganugerahkan Tanah kepada sekolah Melayu dan Cina di Perak Untuk mendidik Sekolah tersebut supaya tidak mengharapkan bantuan kepada kerajaan,
sebaliknya mendidik mereka mengusahakan tanah tersebut dan bebas menggunakan hasil yang diperolehi sebagai sumber kewangan sekolah.. Dan menaik taraf sekolah Tamil Juga di negeri Perak

Mewujudkan tabung simpanan kepada bayi baru lahir Yang mana apabila mencecah umur 18 tahun simpanan bayi tadi menjadi beribu ringgit dan berbagai tabung warga emas sebagai usaha menjamin masa depan rakyat di bawah naungan Kerajaan PR

Memberi wang bantuan kecemasan kepada setiap warga emas Selangor yang berdaftar dengan takaful Warga emas dan memberi bantuan RM1,500 apabila berlaku kematian dan baki RM1,000 kepada waris selepas pengebumian untuk menampung beban kos2 pengurusan jenazah..

Memberi Ganjaran RM1000 kepada setiap anak Selangor yang berjaya melanjutkan pelajaran di Universiti yang mana dapat mengurangkan sedikit bebanan pelajar untuk membeli berbagai keperluan Pembelajaran..

Menaikkan elaun Guru Kafa Di negeri Selangor, Pulau Pinang dan Perak yang semua gurunya adalah orang Melayu yang selama di zaman BN memerintah tidak pernah dinaikkan..

Memulangkan semula bantuan perkapita kepada sek agama rakyat yang sebelum ini ditarik diZaman Tun Mahathir dengan menaikkan lagi jumlah bantuan..

memberi kebebasan kepada rakyat memilih AJK surau atau Masjid yang selama ini lantikan dilakukan oleh UMNO saja..

Memberi kebebasan melantik Ketua kg mengikut kehendak rakyat sendiri tanpa campur tangan kerajaan

Memakmurkan surau dan Masjid dengan Program2 Keagamaan yang semasa Zaman pemerintahan BN begitu Suram..

Membaiki jalan raya contoh di Sg buluh dan Sabak Bernam tanpa perlu menunggu pilihanraya tiba..walhal jalan tersebut dah terlalu teruk dizaman BN memerintah lagi..Zaman BN dulu nak kena tunggu PRK atau PRU baru nak repair jalanraya tu..

Mengiystiharkan harta Ahli Exco dan MB serta Adunnya yang mana sampai ke hari ini Tiada sorang pun pemimpin BN berani membuat pengiystiharan harta..

Membuat Program Keislaman dengan solat di tempat2 awam supaya rakyat mencontohi dan mengikuti program bina Insan tersebut dengan dipimpin MB PR sendiri yang takkan pernah terjumpa dalam Pimpinan Umno..

Menganjurkan Program2 dan bengkel kemahiran untuk belia2 yang ketinggalan dan tiada pekerjaan sebagai persediaan melahirkan pekerja berkualiti pada masa akan datang.
seterusnya memberi sinar harapan kepada Belia2 yang ketinggalan ini untuk menjadi insan berguna..

Mengiystiharkan Fasa kedua menunaikan janji manifesto PR setelah Fasa 1 telah berjaya dilakukan

Mengaktifkan Lembaga Zakat dengan memberi bantuan kepada yang benar2 miskin... sehingga kini di Sabak Bernam hampir Tiap2 bulan adanya program2 bantuan Zakat diberikan..

Jadi kesimpulannya anda sendirilah menilaikannya perbezaan antara kedua2 kerajaan tersebut Yang mana lebih mementingkan kebajikan dan mengurangkan BEBAN RAKYAT..

fikirlah dengan hati yang ikhlas bukan mengikut emosi kepartian ataupun kekeliruan fikiran..

Ubah Minda Selamatkan Malaysia..

Wassalam

Naruto Sensei said...

Jaam said

ڤاس مڠڠڬڤ ديري مريك لبيه اسلام درڤد
اورڠ اسلام يڠ لاين، تيدق سڬن سيلو ملتقكن دوسا ڤاهلا ك اتس كرتس اوندي دمي ڤركارا-ڤركارا دنياوي. مريك برجهاد ممڤرجواڠكن حق اسلام دڠن چارا بركومڤرومي دان منوڠڬو رستو درڤد دڤ اونتوق ممبنتوق كراجأن اسلام چارا مريك. اخيرڽ ترباچول كڽاتأن "سوكوڠ دڤ-ڤاس داڤت ڤاهلا" دري كتوا اجرن ڤاس سنديري

--------------------------------

Takkan nak menyokong politik UMNO yang terang2an menolak hukum Allah yang menakutkan bukan Islam kepada Islam dengan ungkapan "ramai orang akan cacat bila hukum hudud dijalankan" kemudian "Kalau PAS perintah hukum hudud di jalankan nanti semua orang cina kena sunat tak boleh minum arak dan makan babi" bukan ke ayat2 UMNO ini menunjukkan kekufuran mereka kepada ALLAHswt maka kalau mengundi UMNO malah menyokongnya samalah anda kufur kepada Allahswt maka mana lebih baik Barisan Neraka atau Pembela Risalah (sebab PAs sehingga ke hari ini masih mempertahankan hukum hudud tersebut yang terdapat dalam risalah Allah iaitu Al-Quran..

Kalau UMNO benar2 Islam sepatutnya kamu pun bersama menegak risalah Allah bukan menolak atau memperlekehkannya..


Banyak cerita tak payah la Jaam Islam bukan terletak kepada tulisan Jawi je tetapi pemahaman anda tentang Islam..ooo tulis jawi je Islamiklah ye

setelah buat kenyataan2 yang menunjukkan anda kufur terhadap Allah malah anda memfitnah orang tanpa bukti, berhujah tanpa fakta, adakah ini Islam yang anda katakan??

Macam nilah kalau betul lah UMNO ni Islamik kenapa sampai sekarang UMNO menolak melaksanakan Hukum Hudud?? sebab apa UMNO tolak Hukum Allah ni? takut kat sape pulak??

Anda jawab jangan berbelit bagi hujah lepas tu takde jawapan pun diberi..semua pos anda dalam tulisan jawi langsung tak menjawap persoalan yang anda sendiri timbulkan..Jangan ingat anda seorang je yang reti jawi dalam dunia ni.. nah sekarang jawab..


kalau betul lah UMNO ni Islamik.. kenapa sampai sekarang UMNO menolak melaksanakan Hukum Hudud?? sebab apa UMNO tolak Hukum Allahswt ni?

Takut kat sape pulak??

Saya nak jawapan bukan hujah berbelit2faham!!!

PKR Negeri Sembilan said...

Terbacalah semalam (22 Apr 2009)dalam Harian Metro, Adnan Yaakob ckp ada org ramai sms yg kasihan & perihatin nak bantu dia...tp tak mampu sbb jumlah terlalu tinggi.

Kelakarlah jugak bunyinya tu...mana punya bodoh org ramai yg nak membantu tu??? RM63 juta boleh bangkrap negeri Pahang tu...

RFC said...

huahauhauhauah

'murni'nya hati org yg mo bantu 2....ish3....

apsal xisythihar bankrap c adnan 2?

add said...

Satu kegagalan dan kelemahan ketara Anwar adalah menjaga ‘halaman PKR’ dengan sebaiknya. Dengan sebuah gandingan kerjasama politik asal boleh dan longgar di dalam Pakatan Rakyat, kekacauan politik di dalam PKR adalah sesuatu yang amat merosakkan imej bersih dan ‘reformer unggul’ yang ada pada Anwar. Imejnya rosak, kerana GAGAL menjaga dan memelihara PKR dengan sebaiknya. Maaf, mungkin bukan salah Anwar - tetapi ‘jiwa PKR’ itu sendiri sudah bernanah dan busuk.


Ini bukan kata kita sahaja. Ramai yang dah meninggalkan PKR kerana ‘hilang percaya’ dengan niat dan hasrat PKR sekarang. Anwar sudah lepas dan berada di dalam arus perdana politik. Perjuangan PKR sekarang untuk apa? Mengaut untung atau benar-benar memperjuangkan rakyat? Kalau ikut kes Fairus dan Zahrain, nampaknya sudah tersasar jauh.

Anwar sekarang ada dua masalah baru yang bukan kecil. Masalah baru Anwar - adalah Aminah Abdullah (bekas Ketua Wanita PKR Pulau Pinang) dan Waythamoorthy (HINDRAF). Dua ini. Jangan lupa nama ini, Aminah dan Waythamoorthy.

Aminah, dalah suatu kenyataan yang ditulis di dalam The Star, memaklumkan bahawa dia tidak akan membenarkan PKR menang ‘free’ di Penanti. Sanggup bertanding di atas tiket bebas, Aminah dikatakan mempunyai banyak cerita ‘dalaman’ PKR yang boleh dilambak kepada pengundi di Penanti. Aminah sudah tidak nampak keikhlasan di dalam perjuangan Anwar dan PKR. Ini cakap bekas orang kanan. Ezam mungkin ada kepentingan, tapi Aminah?

Aminah adalah sebahagian daripada banyak cerita ketidakpuasan hati di kalangan warga PKR sendiri. Orang PKR sudah mula sangsi dengan halatuju politik sebenar Anwar. Mereka sendiri khuatir. Mereka sendiri sangsi. Mereka sendiri musykil.

Aminah adalah ‘arus kecil’ di dalam PKR yang tidak mahu terus ‘diperkudakan’ oleh kepentingan politik Anwar Ibrahim. Selepas pembebasan Anwar, tegas Aminah - ‘PKR sudah sesat jalan dan hanya tahu mencari kepentingan diri’. Aduhai, rosak PKR ini sebenarnya!

Masalah kedua kepada Anwar adalah - Waythamoorthy (adik kepada P Uthayakumar). Sekarang ini berada di luar negara. Dalam temuramah dalam The Malaysian Insider, dia memperkatakan bagaimana HINDRAF sebenarnya tidak berpuas hati dengan kaedah Pakatan Rakyat menyelesaikan masalah kaum India. Dengan kuasa yang ada di dalam tangan, HINDRAF mengharapkan PR dapat menjanjikan sesuatu yang lebih baik kepada masyarakat India. Hakikatnya, tidak berlaku.

HINDRAF sudah mula mengesan bahawa mereka juga ‘diperkudakan’ oleh Anwar sebelum pilihanraya lalu. Anwar tidak ikhlas, kata HINDRAF. Anwar tidak bersungguh memperjuangkan kepentingan kaum India. Walaupun mungkin, Anwar ‘visible’ dalam kes Kugan - tapi mereka mahukan ‘tindakan’, bukan janji kosong.

Ketidakpercayaan atau hilang percaya, HINDRAF, Aminah dan ramai lagi ahli PKR di akar umbi terhadap Anwar adalah real dan sangat perlu diambil perhatian. Fokus Anwar sudah tersasar jauh. Prestasi kerajaan PR merosot. Prestasi pimpinan PR (khususnya PKR) merudum teruk. Bagaimana mahu pulihkan?

Hakikatnya, Anwar sudah makin banyak masalah. PKR ini ada masalah ‘managing success’ - terutamanya bila dikelilingi kaki ‘korup’ dan makan suap. Masalah besar kepada Anwar.

p/s: PKR ini kena ‘ber-istinjak’ nampaknya….bersihkan dari najis korupsi dan penting diri.

sumber - gelagat anwar

dipetik dari AIDC

Naruto Sensei said...

Naruto sensei said...
FITNAH UMNO DAN BAHAYANYA KEPADA MASYARAKAT DI MALAYSIA

Tajuk di atas adalah suatu usaha saya menunjukkan betapa bahayanya UMNO dengan agendanya menyesatkan dan mengelirukan masyarakat Malaysia yang berbilang kaum. Umum mengetahui bagaimana UMNO yang ditubuhkan atas kesedaran Melayu melawan penjajah British, maka usaha tersebut pun berjaya dengan tercapainya kemerdekaan Negara Malaysia yang kita cintai ini. Malangnya dalam mengekalkan kuasa ,UMNO
telah menggunakan berbagai tipu helah dan cara yang kotor dan jijik semata2 ingin terus berkuasa dengan meniupkan api perkauman,memfitnah, mengelirukan fikiran malah memperbodohkan rakyat. Di bawah in saya huraikan satu persatu tentang bahaya nya agenda fitnah dan menyesatkan UMNO. semoga fikirkan dengan teliti:

UMNO PARTI PERKAUMAN DAN PEMECAH-BELAH NEGARA MALAYSIA.!!

Setelah mendapat kuasa dari British, Umno masih meneruskan segala dasar2 British
Malah tiada perubahan yang dilakukan sebaliknya meninggalkan terus corak2 pemerintahan kerajaan Melayu Islam dahulu dan mengikut terus corak pentadbiran sekular British. Rakyat masa tu memang tidak mengambil tahu kerana bagi mereka yang penting memerdekakan pemerintahan negara dari penjajah British ke Melayu sudah cukup. Walhal corak pimpinannya masih sama dengan kerajaan British yang menjajah dahulu, sikit pun tak berubah buktinya kebanyakkan Akta2 Perundangan di Malaysia sekarang ada yang digubal di zaman British lagi jadi di manakah perubahannya.?

Sebab itulah kerajaan BN silih berganti Pemimpin tetapi corak pimpinannya masih sama yang berubah hanyalah Retorik dan Cogankata sahaja. Inikah yang dinamakan kita bebas dari cengkaman British sedangkan masih mengikut segala taik2 yang ditinggalkan oleh British dulu??

Menderhaka terhadap budaya dan Agama Sendiri adalah perbuatan UMNO yang terang2an sekarang..setelah berjaya menyesatkan Melayu Islam dahulu secara perlahan2.
Mereka memfitnah Parti PAS yang tak bersetuju dengan corak pemerintahan UMNO yang melalaikan Umat Islam, Menolak hukum Islam dan membiak kan kemaksiatan di Malaysia Ini.
Pada Mulanya mereka menghasut Orang Melayu dengan Ugutan2 Pas adalah pelampau yang ganas , Parti Lebai kampong dan Parti Kampung.. Malah mereka menakutkan bukan Islam dengan berkata Jika PAS perintah ramailah orang cina yang akan kena sunat dan Cacat kerana hukum Hudud dijalankan..
Inilah bahayanya Umno kerana kuasa mereka sangup memperlekehkan Hukum Agama sendiri dengan Fitnah yang memburukkan Imej Islam di mata bukan Islam dan Islam.. Apakah ini bukannya kerja buruk Umno mengkufurkan hukum Allah.?

Menghasut pergaduhan Kaum dalam tragedi 13 Mei, di mana pada waktu itu UMNO kalah teruk dibeberapa buah negeri di Perak , Pulau Pinang dan Selangor.. mereka menghasut orang Melayu pada waktu itu dengan mengatakan Cina sudah biadap merampas negeri melayu,, kini cubaan tersebut cuba diulang apabila DAP berjaya menawan Kerajaan Pulau Pinang mereka berhimpun dan memainkan Isu kaum kembali
Dengan berkata” Tengok Lim Guan Eng Cina dah perintah Pulau Pinang,” Walhal mereka memang bodoh kerana sebelum itu pun Koh Su kun menjadi KM P.Pinang, Bukan kah Koh su kun itu adalah berbangsa Cina yang sama dengan Lim Guan Eng??
Inilah bahayanya Umno kerana semangat perkauman bodohnya malah nyaris2 menyebabkan tragedi 13 mei berulang kembali..
Umno juga selepas itu banyak kali mengeluarkan kenyataan yang mengundang pergaduhan kaum seperti Ketika Najib menjadi ketua Pemuda Umno dahulu semasa mereka berbalah dengan MCA dengan berkata” Basahkan keris dengan darah orang Cina” Yang hampir2 menimbulkan keresahan dikalangan rakyat jelata.

Malah mereka juga pada hari ini berbalah juga dengan Orang India berhubung Isu Hindraf. Akhirnya apabila kedua2 kaum ini tidak lagi menyokong UmnoBN mereka memfitnah pula Pakatan Rakyat dengan berkata PAS kuda DAP pula, Dan DAP pula adalah komunis .. Inilah fitnah bahaya Umno disaat2 ditolak rakyat kerana sikap perkaumannya yang mementingkan kuasa dan kedudukan semata2.

Menyekat rakyat dari mengenali Islam sebenar malah menganjurkan pula program2 yang melalaikan umat Islam sendiri. Walhal Umno yang di beri Mandat Berkuasa Penuh adalah berbangsa Melayu dan Islam langsung tidak mengambil Berat akan keadaan Umat Islam Malah menuduh pula PAS berpolitik menggunakan Agama.. Sedangkan beban menjaga Umat Islam diletakkan terus kebahu PAS malah membiarkan Pas pula terkapai2 sendirian dalam menjalankan dakwahnya..

Apabila PAS menguasai kerajaan Kelantan dan mahu membentangkan Hukum Hudud mereka mengugut pula mahu mengambil tindakan kepada kerajaan PAS, dengan mengunakan kuasa pusat yang dikuasai , tidak cukup dengan itu Umno memperlekehkan pula hukum Hudud dan memfitnah, kononnya hukum berkenaan hanyalah Hudud PAS. Makah keluarlah perkataan yang menkufurkan Allah dari pimpinan Umno seperti Kalau nak makan Sup Tangan silalah ke Kelantan, “Umat Islam akan Mundur jika Hudud dilaksanakan kerana ramailah orang Islam yang akan cacat dan tidak boleh bersaing untuk mencapai kemajuan” Juga keluar pula suara dari MIC yang mengatakan “Itu Quran boleh bikin Jalanraya kah” maka disokong pula pimpinan Umno sendiri.


Mereka juga mempermainkan ayat2 Al-Quran untuk menarik sokongan apabila Tun Mahathir mengatakan dalam Al-Quran ada ayat yang menyokong Umno. Lantas beliau membacanya seperti berikut: “Ya AI YUHALLAZI NA AMANU” Kemudian Mahathir berkata,” tengok dalam Quran AMANU tu UMNO lah” ini Perbuatan munafik dan kufur yang terang2an dan di sokong pula ahli2 Umno . Perbuatan yang membahayakan dan merosakkan akidah umat Islam yang sangat mendukacitakan.


Maka apabila Pas mengatakan dalam Al-Quran menolak hukum Allah adalah kafir maka difitnah pula Pas mengkafirkan Umno sesukahati sedangkan merekalah yang menjerumus diri mereka ke lembah kekafiran.. Isu ini juga lah yang di mainkan di setiap Kali Pilihanraya sehinggalah sekarang Isu ini pun sudah tidak mendapat sambutan lagi setelah rakyat melihat buruknya perangai sebenar Umno apabila mendapat kuasa..

Umno juga selepas itu mengubah Islam, dengan Islam Hadhari yang baru samata2 mahu mengelirukan Umat Islam dengan menonjolkan PM Pak Lah menjadi Imam. Permainan politik yang berjaya apabila Umno mendapat majoriti yang banyak dalam PRU ke 11 . Tetapi semuanya tak lama seperti yang kita maklum. Umno akan lupa diri bila berkuasa dan kembali merayu simpati bila di tolak rakyat.. Di saat perlaksanaan Islam Hadhari tulah rakyat dapat melihat watak sebenar Pak Lah apabila boleh menjadi Imam dan di hari lainnya boleh pula bertepuk tampar dan berpeluk pula dengan wanita bukan muhrim.. Dalam masa yang sama, mereka juga bertindak merobohkan beberapa masjid dan surau dengan alasan pembangunan. Mereka juga mengunakan Ustaz upahan untuk mengupas tentang Islam Hadari yang mana lebih mengelirukan Umat Islam itu sendiri Inilah munafiknya Umno yang kita kenal .. mempermainkan agama untuk mendapat kuasa. dan simpati undi.

Menindas bangsa sendiri yang tidak sehaluan dengan mereka atau yang tidak menyokong dengan mereka . Sedangkan menjadi tanggungjawab mana2 kerajaan di dunia ini wajib membantu rakyat tidak mengira apa fahaman politik yang dianuti contoh : Apabila kerajaan Pas mengambil alih kerajaan Terngganu Umno menyekat wang royalti dan mengantikan dengan Wang Ehsan yang itu pun disalurkan kepada Ahli Politik Umno sahaja bukan kah Zalim perbuatan sedemikian.. Malah sehingga sekarang pun tidak dipulangkan lagi malah berhutang lagi dengan kerajaan negeri Terengganu sebanyak lebih kurang RM860juta.


Bahayanya Umno sebagai penderhaka kepada Raja2. Menabalkan sesuka hati seorang Raja Baru di Kelantan yang bukan menjadi Hak Umno berbuat biadap kepada Sultan Kelantan. Menggubal undang2 yang meruntuhkan kekebalan dan kemuliaan kuasa Raja2 pada tahun 1990 malah tidak cukup dengan itu mereka menghina dan menghentam Raja2 dalam media2 milik mereka sehingga mengaibkan Raja2 Melayu.bangsa mereka sendiri.. Mereka hanya mebodek Raja2 jika ada kepentingan sendiri malah tidak segan silu pula memaki hamun Raja2 jika apa yang mereka hajatkan tidak di perkenankan seperti yang Berlaku Di Terengganu semasa krisis perlantikan MBnya . Mereka mengelar Sultan dengan penggilan “NATANG” begitu juga krisis yang sama di Perlis apabila Pak Lah mengatakan Sultan tidak mengikut Prosuder yang telah dibuat sebelum ini. Dan kesannya walaupun mereka satu parti iaitu Umno mereka masih bercakaran sesama sendiri hingga sekarang..

Maka apabila mereka mendapat sokongan Sultan Perak pula di mainkanlah Isu kononnya mereka mempertahankan Raja2 malah mengatakan pula PR diketuai DatoSeri Nizar sebagai penderhaka hanya kerana ucapan Sembah Derhaka. Sedangkan itulah Umno yang membuang Kemelayuannya lama dahulu sehingga apa yang dibelajar tentang perbahasaan dalam Istana pun mereka menjadi bodoh sebodohnya. Inilah watak parti Munafik ini yang tak sudah2 mengunakan Fitnah untuk menjatuhkan lawannya..

Dan yang paling teruk sekali Umno adalah berbahaya sekali kerana telah terlibat dalam berbagai2 jenayah seperti pembunuhan, penculikan, perogolan malah merompak bukan hanya hasil Negara malah harta rakyat sekali. Contoh kes pembunuhan Altantuya yang mana boleh mengugat ketenteraman Negara di mana hubungan dengan Negara Mongolia menjadi semakin buruk sejak kejadian ini. Bahayanya kalaulah Negara Mongolia tidak berpuashati dengan kes ini kemungkinan perbalahan antara Negara ini akan menyebabkan berlakunya perperangan ataupun tindakan2 yang tidak diduga yang kita tidak boleh nafikan .

Merampas kampung2 dan tanah rizab Melayu atas alasan untuk pembangunan hanya berniat meminggirkan dan mengecilkan kedudukan Melayu itu sendiri. Seperti Isu Kampung Baru, Kampung Berembang dan Kampung Plentong di Johor yang dirampas malah ditipu pula oleh Umno semasa berlaku perampasan tanah tersebut.

Terlibat dalam kes2 pencabulan terhadap Wanita seperti kes Dato Jamaluddin Jarjis meraba, kes Rahim Thamby Chik merogol seorang budak bawah umur, Kes Norhayati Onn yang besekedudukkan dengan bekas MP Gombak dan banyak lagi tak tertulis disini, malah sehingga ke hari ini mereka berselindung disebalik kuasa dari diambil tindakan bayangkan lah jika adik, kakak atau saudara perempuan kita yang terkena apakah kita akan menerima sahaja sedangkan nak mengambil tindakan pun mereka seolah2 dilindungi pula. oleh pihak berkuasa.

Dan akhir sekali memggunakan Media2 termasuk blogger milik mereka menabur fitnah dan memutar belitkan fakta supaya segala kerosakkan yang di bawa oleh Umno disembunyi tetapi menghentam pula pihak 2 yang menuntut keadilan. untuk rakyat jelata.. Malah untuk melalaikan rakyat mereka mengumpan cara hidup yang melalaikan dan lebih bahaya lagi mereka lebih suka jika rakyat juga rosak minda dan fikiran dan mengamalkan cara hidup yang sesat dan tamak seperti mereka Umno yang berbahaya..
Jadi anda renungkanlah andaikata ada kuasa yang lebih tinggi selain Umno memerintah Malaysia nanti memang layaklah Umno di ISAkan kerana setip permainan politik Umno mengundang bahaya dan menggugat ketenteraman awam malah boleh mengakibatkan peperangan di antara rakyat Malaysia yang cintakan kedamaian di bumi bertuah ini.



“UMNO DENGAN MAKSIAT”
IBARAT TAIK DENGAN KENTUT

From
Naruto sensei

keris panjang said...

Nasib ko norza..xde ke org nk tolong..

hijau mata hitamku said...

RASUAH FOR 1M'SIA...WA PUN MANYAK LAPAQ...SUDAH LAMA TARA MAKAN ITU LUIT HALAM...WA NANTI LU ALL DI PENANTI...WA MAU MAKAN DI SANA..MANYAK ITU LUIT MAU TULUN LG

meon_peon said...

BELIA
BENCI
BN

RASUAH MEMBAWA PADAH !!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...