Sunday, April 5, 2009

Esok, keputusannya 2 - 1?

Pensyarah Sains Politik dari Universiti John Hopkins, Amerika Syarikat, Bridget Welsh menjangkakan 2-1 dalam pilihan raya yang akan berlangsung esok.

Welsh, pakar dalam politik Asia Tenggara, memberikan Pakatan Rakyat dua iaitu Bukit Gantang dan Bukit Selambau dan memberikan BN satu iaitu Batang Ai.

"Saya rasa pembangkang akan menang di Bukit Gantang dan Bukit Selambau dan BN akan menang Batang Ai," kata beliau kepada Siasah.

Penganalisa politik Ong Kian Ming dalam tulisannya di Malaysiakini pula menjangkakan PAS akan menang dengan majoriti 3,000 undi di Bukit Gantang dan sebelum ini dia menjangkakan PKR akan menang dengan majoriti 1,500 undi di Bukit Selambau.

Zulkifli Sulong, kolumnis Malaysiainsider pula menjangkakan PAS akan menang 2,000 ke 3,000 undi di Bukit Gantang walaupun para penjudi di sana menjangkakan PAS akan menang sehingga 5,000 undi di situ.

7 comments:

minda tenang said...

Saya pula menjangkakan PAS akan menang Mojoriti lebih dari 10,000 di Bukit Gantang.

Firdaus AMK PKR said...

Kesimpulan dari pandanngan sendiri..

Bkt Gantang- jikalau Nizar(PAS) menang..ia akan memberi kesan pada umNO bahkan Sultan Perak sekali..Ditempelak oleh kuasa dan hak rakyat..diharap PAS menang..

Bkt Selambau- Pilihanraya kecil yang akan menguji PKR disini,berdepan dengan umNO@bE End dan 13 Calon Bebas! Jikalau PKR menang,maka ia memberi kemenangan moral pada PKR sebagai penyandang Bkt Selambau dan membuktikan calon bukan melayu menang! dan diterima pengundi Bkt Selambau walaupun calon yang masih lagi baru didalam dunia politik!

Batang Ai- jikalau PkR menang!
ia akan memberi kesan dan menyedarkan Seorang Ketua MEnteri Sarawak yang tua dan tidak sedar diri untuk memegang jawatan yang begitu lama untuk menyara kroni2 nya,bahkan membuktikan PKR mampu dan memnembusi kubu kuat Be End di Sarawak!

p/s:jikalau PR menang,pasti akan memberi impak yang besar terhadap PM Baru kita NajibAltantuya....

Naruto Sensei said...

InsyaAllah Menang besar.. Mod pengundi kat sini pun dah nampak dah memihak kepada kita Alhamdulillah!!!

Petugas PR kita tingkatkan lagi usaha kita Malam ni bagi memenangkan calon kita TAKBIR!!! ALLAHUAKBAR!!

Unknown said...

ko kasutlama, biskut, dewata berapi and the gang kt mne ar........jangan la takut, tunjukkan lah KEJANTANAN MU..

HIDUP PR

Bersyukur said...

Keputusan mungkin BN-PKR 50-50 peluang dan sya agak PKR ada chances utk menang. Walaubagaimana pun BN turun sebagai underdog dan kemungkinan untuk menang masih ada harapan. Cuma BN perlu bekerja keras dan cuba betulkan imejnya. Insyaallah tak semua orang BN sebagaimana yang digambarkan oleh pembangkang. Yang penting niat untuk membawa, mentadbir Malaysia kearah cemerlang, gemilang dan terbilang akan tercapai. Jangan takut terhadap tohmahan dan fitnah mengatakan UMNO BN perasuah dan makan Rasuah..yang mana sekarang ini.. inilah cerita dan berita yang di canangkan kepada pengundi.. Ayuh pemimpin UMNO buktikan kamu tidak terlibat dengan RASUAH.. Teruskan berkempen dan berkhidmat untuk rakyat. Insyaallah BN & UMNO akan menang

Unknown said...

Saya tetap menjangka kemenang 3-0. Saya menggagak PKR menang di N29 Batang Ai kerana calonnya cukup berpengalaman. 5 penggal sebagai MP

kemenangan PKR di batang Ai akan menjadi pemangkin semangat rakyat Sarawak menjalang pilihan raya umum ke 10 DUN sarawak.

RFC said...

nampaknya...stelah kptsn rasmi kluar..ramaln trsebut tepat.....

hbt2....pndduk batang ai 2 mmg buta la...drg mmg jnis hati gelap....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...