Wednesday, April 29, 2009

Mahu bertanding sikap biasa dalam demokrasi

PULAU PINANG,30 April: Exco kerajaan negeri Pulau Pinang, Abdul Malik Abul Kassim menyifatkan cadangan Ketua Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang, Mohd Hafiz Nordin untuk meletakkan calon PAS bagi kerusi Dun Penanti adalah satu sikap biasa dalam negara yang mengamalkan demokrasi.

Beliau juga berkata sebagai sebuah negara yang mengamalkan sistem demokrasi sudah pasti keinginan mana-mana pihak untuk bertanding tidak boleh dihalang.

"Namun begitu kesepakatan telah pun dicapai di peringkat pusat antara kepimpinan tertinggi Pakatan Rakyat (PR) yang menggabungkan PKR, PAS dan DAP bagi menentukan calon yang layak untuk bertanding atas tiket PR," katanya kepada Siasah.

Abdul Malik yang juga Adun Batu Maung berkata, dalam pilihan raya kecil Dun Bukit Selambau baru-baru ini sudah ada 13 calon bebas bertanding dan menempa satu sejarah dalam pilihan raya negara.
"Kita tidak menghalang mana-mana pihak untuk bertanding. Itu hak mereka untuk berbuat demikian. Namun begitu sekiranya ada pertandingan di kalangan PR ini menunjukkan ada kelemahan yang tidak sepatutnya berlaku.

"Ini tidak boleh diteruskan kerana ia dapat menjejaskan kesepaduan dan kesepakatan yang telah lama terjalin sehingga membolehkan PR membentuk kerajaan negeri dalam pilihan raya umum ke-12 yang lalu," katanya.

9 comments:

Unknown said...

Small problem je...
umno x tahu camne nak lawan ke tak...pr calon dah ade..
takyah le...bazir

abe MIE 'TERJAH' said...

http://pkrpasdap.blogspot.com

demokrasi atau demo-mati? (awak mati).

silap haribulan esok nak umum calon, ada calon BN lawan...kan mukhriz kata nak buat 'kejutan'...

Unknown said...

Mukiriz nak calonkan bapak dia kot..

DongfangWuDi said...

pas memang tamak...kata bukan parti melayu...tapi tanding pilih kawasan melayu...pegi mampus pas

Unknown said...

ni pehal pulak dia ni marah sgt ni..mak oi nama dia setan..kih kih kih ..patut le marah sgt ngan pas..takut ngan islam..
tak ade nye tamak2 ni,pas hanya bg cadangan.Woi..kawasan yg bkn melayu ramai pun kita menang la..tgk parlimen titiwangsa dan kota raja blh menang.Skrg takyah pilih tempat dah,org bkn melayu pun dah sokong..umno tu harap undi melayu je.hi hi hi setan dengki le..

Unknown said...

Salam,

...Demokrasi!!,sesiapa yang ada hajat...persilakan....biar pengundi yang tentukan,nak tanding kawasan melayu,china,india,...orang asli lantak lah.
Malaysia akan lambat nak mencapai tahap demokrasi ungul.....kalau rakyatnya berfikiran ..seperti ini!

Pilihanraya sebagai alat ,kita yang menentukannya!!!!

AZRI said...

abg mie terjah............

terima lah hakikat umno sebuah parti rasuah...........jangan lah ko masih lagi melutut kt umno........jap lagi umno akan hilang kuasanya

Alohai said...

Umno ni x abis2 dgn isu pmbangunan....duk bgtau rkyat byk mne bgunan yg diorg duk buat...tp isu rasuah pmimpin diorg ni,xprnah nk dsebut......

Ting said...

Cuba pecah rekod Bukit Selambau. Ajak >15 orang calon untuk bertanding. The more, the merrier!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...