Tuesday, August 28, 2007

Demokrasi Thai lebih terbuka


KUALA LUMPUR, 28 Ogos: Rakyat Thailand jauh bernasib baik berbanding dengan Malaysia dalam konteks demokrasi apabila mereka sudah mengetahui bahawa mereka akan mengundi pada 25 Disember 2007 nanti.

Tetapi di Malaysia, mereka perlu menunggu ilham Perdana Menteri, kata AJK PAS Pusat, Dr Lo’ Lo’ Mohd Ghazali.

“Apalah malangnya nasib rakyat Msia tarikh mengundi pun jadi rahsia besar dan kena tunggu ilham PM. Ini kerana demokrasi Malaysia adalah demokrasi pincang.

“Perkara yang jadi amalan antara bangsa di MSIA rakyat dilayan macam tidak berpelajaran dan tidak cerdik,” kata beliau dalam satu kenyataan medianya.

Beliau mengulas ketidaktentuan hari mengundi di Malaysia. Padahal di negara-negara lain hari mengundi telah diketahui lebih awal lagi.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Thailand mengumumkan pilihan raya umum akan diadakan di Thailand pada 23 Disember depan.

Mengulas lanjut, Dr Lo’ Lo’ berpendapat, cirri-ciri wakil rakyat yang baik hendaklah mesra rakyat berbilang kaum, mengambil tahu kebajikan rakyat dan BERPERANAN DALAM PARLIMEN atau DUN.

"Kita juga tidak mahu wakil rakyat yang boleh mandi mayat tapi dlm DEWAN diam membisu memanaskan kerusi sahaja atau datang cuma nak nama ada dan boleh collect elaun,” katanya.



Bagi beliau, yang paling penting wakil rakyat mesti BERTAQWA yakni Takutkan Tuhan / God fearing.



“Wakil rakyat yang bertaqwa akan sentiasa ingat bahawa walaupun rakyat / pengundi tidak nampak tapi ALLAH nampak apayang dia buat dan apa yang dia tak buat sedangkan itu tanggung jawab dia,” katanya.

Anwar, berat mata memandang tetapi....


KUALA LUMPUR, 28 Ogos: Walaupun masih sakit belakang dan sentiasa sengal-sengal pada urat sarafnya, bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim masil cekal dengan semangatnya.

Petang semalam, beliau kelihatan meringis kesakitan ketika melangkah kaki menaiki anak-anak tangga bangunan PAS di Jalan Raja Laut untuk bertemu dengan para pemimpin PAS.

Ketika disapa penulis, “masih sakit ke Datuk Seri,” Anwar cuba mengelak tetapi akhirnya berkata, “Sakitlah jika berjalan jauh naik kereta, terasa sakit. Tambah pula kena naik tangga macam ni, kena hati-hati sikit,” kata Anwar kepada penulis.

Untuk mengatakan itu lakunan Anwar, tidak ada orang lain di situ melainkan Azmin Ali dan penulis yang kebetulan berada di tangga pejabat PAS ketika itu.

Itulah Anwar Ibrahim. Kekentalan semangatnya masih jelas kelihatan walaupun kerutan wajahnya tidak dapat menutup kesakitan belakang yang dihadapinya.

Anwar mengambil masa lebih dua jam di pejabat PAS Isnin lepas. Beliau kelihatan berbincang panjang dengan para pemimpin PAS. Mungkin persiapan menghadapi pilihan raya.

“Ini kali kedua saya ke sini selepas majlis perasmian bangunan. Biasanya, mereka yang datang, ini kali saya pula yang datang,” kata Anwar berceloteh.

Masih ada pihak menganggap Anwar pura-pura sakit untuk menarik simpati. Tetapi melihat dengan mata kepala sendiri menampakkan Anwar memang masih merasa kesan tumbukan bekas Ketua Polis Negara ketika di tahan di lokap dahulu yang menghasilkan fenomena mata lebam Anwar.

Kini sudah hampir 10 tahun berlalu tetapi kesannya masih dirasai Anwar.

Ada yang kata “berat mata memandang” dan terbukti dalam kes Anwar jelas kelihatan “berat lagi bahu yang memikulnya.”

(Dapatkan cerita penuh dalam Siasah Ahad ini)

Monday, August 27, 2007

Selepas tarik memo, Pemuda PAS dialog dengan Makkal Osai


KUALA LUMPUR, 26 Ogos: Pemuda PAS akan mengadakan dialog dengan Pengarang akhbar Tamil Makkal Osai 28 Ogos ini selepas menarik balik memorandum mereka kepada Kementerian Keselamatan Dalam Negeri bagi membantah penyiaran gambar Nabi Isa sedang memegang botol arak dan memegang rokok.

Dialog itu akan diadakan di pejabat akbar berkenaan di Batu Complek, Jalan Ipoh tengahari 28 Ogos dengan Pemuda PAS diketuai sendiri oleh ketuanya, Salahudin Ayub.

Pada 24 Ogos lepas, Pemuda PAS dijadualkan menyerahkan memorandum bagi membantah akhbar Makkal Osai itu kepada Menteri KDN yang juga Perdana Menteri.

Namun, pada hari itu juga Pemuda PAS, melalui Setiausahanya, Ahmad Sabky Yusof, menghantar surat kepada KDN, memaklumkan cadangan itu dibatalkan.


“Dengan segala hormatnya dimaklumkan bahawa Dewan Pemuda PAS Pusat (DPP Pusat) setelah mengambil kira permohonan maaf dari pihak Akhbar Makkal Osai, maka DPP Pusat mengambil keputusan menarik kembali penyerahan memorandum yang telah dijadualkan pada hari ini,” bunyi surat itu kepada pejabat KDN.


Makkal Osai dibantah oleh pelbagai pihak selepas menyiarkan gambar Nabi Isa itu. Namun, pihak yang paling ketara marah dengan langkah itu adalah Pemuda MIC sendiri.


Adalah difahamkan, Pemuda MIC tidak senang dengan Makkal Osai kerana ia dikuasai oleh bekas Timbalan Presiden MIC, Datuk S Subramaniam.

Tun Dr M diminta beri pandangan dalam isu PKFZ


KUALA LUMPUR, 26 Ogos: Setelah dikaitkan, Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamed diminta memberikan penjelasan setakat mana Kabinet yang dipimpin beliau terlibat dalam pembangunan Perlabuhan Klang Free Trade Zone (PKFZ) sehingga menyebabkan kerajaan terpaksa menanggung bebanan bernilai RM4.6 bilion.

Ini ekoran dari kenyataan bekas Menteri Pengangkutan, Tun Dr Ling Leong Sik bahawa Kabinet yang dipimpin Tun Dr Mahathir meluluskan projek itu.

PKFZ terpaksa dibail –out oleh kerajaan ekoran kegagalan projek itu manakala rakan kongsi dari Dubai, Jebel Ali Free Zone (Jafza), terpaksa mengundur diri selepas tidak tahan dengan masalah yang berlaku dalamnya.


Jafza adalah pemaju Jebel Ali Free Zone di Dubai yang menempatkan 4,500 kilang yang menjadi pembekal kepada pelbagai jenis barangan di Timur Tengah.

Jafza sepatutnya mempunyai kontrak selama 15 tahun untuk mengurus dan bertindak sebagai konsultan kepada PKFZ.

Hari ini, usul Ketua Pembangkang, Lim Kit Siang mengenainya telah ditolak oleh Dewan Rakyat dari dibincangkan.

Menurut Lim, Perbendaharaan telah mencadangkan tanah di situ dibeli dengan harga RM10 sekaki persegi tetapi telah diminta oleh Ling kepada Kabinet agar ianya dibeli dengan harga RM25 sekaki persegi dengan andaian ia berdaya maju dan tidak akan memerlukan seringgit pun dari wang rakyat untuk membantunya.

“Linglah menteri yang paling kuat mencadang dan menyokong agar Kabinet membeli tanah 1,000 untuk PKFZ dengan harga RM1.8 bilion bila tanah itu yang sudah dibeli oleh Kuala Dimensi Sdn Bhd hanya dengan harga RM95 milion atau RM3 sekaki persegi pada tahun 1999,” kata Lim Kit Siang dalam kenyataannya.

Pengerusi Kuala Dimensi Sdn Bhd adalah Bendahari Umno, Azim Zabidi. Syarikat ini juga mendapat kontrak untuk melaksanakan projek ini secara turnkey.

Pasar raya Tesco di Kota Bharu


PENGKALAN CHEPA, 26 Ogos: Kepesatan ekonomi dan kuasa membeli rakyat Kelantan menarik minat pemilik gedung perniagaan bertaraf antarabangsa seperti Tesco melabur di negeri ini.


Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Sains dan Teknologi Negeri, Mohd Amar Abdullah berkata, faktor kuasa beli yang tinggi menarik minat gedung perniagaan antarabangsa datang ke sini.


Ketika berucap pada majlis penyampaian skim Takaful Kifaalah kepada 42 wasi di kawasan Parlimen Pengkalan Chepa baru-baru ini, katanya pasar raya Tesco kini dalam proses pembinaan di tepi Sungai Kelantan, dijangka beroperasi tahun hadapan.


“Jadi jangan sekali-kali kita terpedaya dengan hasutan pihak tertentu yang mengatakan negeri ini mundur dan rakyatnya miskin,” ujarnya.


Menurutnya gedung-gedung perniagaan lain khususnya dalam bidang tekstil tumbuh bagai cendawan selepas hujan di negeri ini.

Apa 70 lelaki Burma ini buat di JPN Kota Bharu?


KOTA BHARU, 26 Ogos: Siapakah wajah-wajah lelaki keturunan Myanmar ini dan apakah yang mereka buat di Jabatan Pendaftaran Negara Kota Bharu 16 Ogos lepas.

Inilah persoalannya sehingga kehadiran kira-kira 70 warga Burma ini dilaporkan kepada BPR.

Ini kerana, mereka dipercayai sedang membuat kad pengenalan dan dipercayai untuk membolehkan mereka mengundi dalam pilihan raya nanti.

Gambar:

(Atas) Lelaki dari Burma yang dikatakan sedang dalam proses membuat kad pengenalan di JPN Kota Bharu.
(Sebelah) Lelaki tempatan yang dikatakan membawa mereka ke JPN.

PAS letak 40% muka baru di Terengganu


KUALA LUMPUR, 26 Ogos: PAS akan meletakkan tidak kurang dari 40 peratus muka baru sebagai calon parti itu di Terengganu dalam pilihan raya umum akan datang, kata Pesuruhjayanya, Datuk Mustafa Ali.


Katanya, calon-calon ini pula akan terdiri dari orang-orang yang lebih muda dari calon-calon parti itu sebelum ini.


Beliau berkata demikian dalam wawancara khas dengan akhbar Siasah yang disiarkan dalam versi cetak akhbar itu yang berada di pasaran kini.


Mustafa juga melahirkan keyakinan PAS akan memerintah semula Terengganu selepas pilihan raya umum akan datang.


"Insya Allah kita yakin, kita boleh menawan semula negeri Terengganu. Dalam hal ini kita telah menetapkan sasaran kita melepasi angka kemenangan di negeri Terengganu," katanya dalam wawancara khas itu.


Dalam wawancara itu, Mustafa berkata, sasaran 40 kerusi yang ditetapkan oleh Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa dalam pilihan raya umum nanti adalah wajar dan berdasarkan kajian PAS sendiri.


"PAS sendiri akan bertanding lebih dari 70 kerusi Parlimen dalam pilihan raya umum akan datang dan kurang sedikit berbanding tahun 2004," kata Mustafa.


Beliau juga berpendapat jika PAS menang 40 kerusi itu, teras politik Malaysia akan beralih kepada PAS berbanding kepada Umno sebelum ini.

Thursday, August 23, 2007

Pintu dibuka seluas-luasnya untuk BPR siasat AKSB - MB Kelantan


KOTA BHARU, 23 Ogos: Menteri Besar, Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, kerajaan negeri sedia memberi kerjasama kepada BPR untuk menyiasat dakwaan penyelewengan dalam Air Kelantan Sdn Bhb (AKSB) tetapi anggota Parlimen Tumpat mempertikaikan bagaimana BPR boleh dedahkannya dalam media sebelum selesai disiasat.


“Selaku ketua kerajaan saya memberi jaminan akan memberi kerjasama dan ruang sepenuhnya kepada BPR untuk menjalankan siasatan terhadap dakwaan ke atas AKSB.


"Sebelum ini saya telah tegaskan bersedia membuka pintu kepada BPR untuk siasat mana-mana agensi kerajaan negeri,” kata Nik Aziz kepada pemberita selepas meraikan rombongan masyarakat Cina dari Bandar Ipoh, Perak di JKR10.


Kenapa dedah


Datuk Kamarudin Jaffar yang juga Setiausaha Agung PAS berkata, dalam Dewan Rakyat, menteri yang menjaga urusan BPR mencari pelbagai alasan ketika ditanya siasatan BPR terhadap sesuatu kes.


"Saya berasa sangat hairan bagaimana BPR boleh membuat penjelasan secara terperinci dalam media sedangkan sebelum ini di Parlimen, apabila persoalan mengenai kes-kes siasatan BPR dikemukakan maka jawapan yang akan diberikan adalah maklumat itu sulit atau ia masih berada dalam siasatan," ujarnya.


Menurutnya, menteri yang berkaitan berdolak dalih dengan pelbagai alasan seolah-olah ingin menutup aib pihak tertentu.


"Tetapi kenapa kali ini dalam membicarakan kes pengurusan air Kelantan, ia diumumkan kepada khalayak tidak seperti kes-kes sebelum ini?" Kamaruddin mempersoalkan tindakan BPR dalam kes ini apabila sebuah akhbar melaporkan siasatan BPR berkaitan dengan AKSB.


Sementara itu, Exco kerajaan negeri Kelantan yang menjaga urusan air menjelaskan kesemua projek meningkatkan prasarana bekalan air di negeri ini mendapat kelulusan daripada Kementerian Kewangan sebelum pembayaran dibuat kepada kontraktor terlibat.


Ikut prosedur


Pengerusi Jawatankuasa Kerjaraya, Infrastruktur dan Alam Sekitar, Mejar (B) Md Anizam Abdul Rahman berkata, setiap projek yang dijalankan di Kelantan di bawah pengawasan bersama kerajaan negeri dan kerajaan Pusat.


“Sebelum pembayaran dibuat kepada kontraktor terbabit, perbincangan wakil daripada perunding, kontraktor, Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) dan Kementerian Kewangan dibuat terlebih dahulu.


“Setelah segala masalah termasuk berkaitan aspek teknikal selesai barulah pembayaran dibuat kepada kontraktor terlibat,” katanya di sini.


Md Anizam juga berkata, siasatan sepatutnya turut dilakukan terhadap kontraktor yang gagal menyiapkan pembinaan loji skim bekalan air Kampung Puteh, Kota Bharu.


Pembinaan loji tersebut melibatkan kos RM29.8 juta pada awalnya diberi kepada UB Usahabina Sdn Bhd. Projek itu yang dimulakan pada April 2002 sepatutnya siap pada Oktober 2003.


Ekoran masalah yang berlaku kontraktor lain pula dilantik kerajaan bagi meneruskan kerja-kerja dilaksanakan syarikat pertama.


Siasat tiga jambatan


Sementara itu, orang ramai pula menggesa BPR menyiasat pembinaan tiga jambatan iaitu di Tendong dan berhampiran Bukit Panau di Pasir Mas serta Ketereh yang gagal disiapkan sehingga sekarang.


“Sepatutnya BPR menyiasat projek tersebut kerana ia ternyata menyusahkan rakyat yang terpaksa melalui jambatan sementara dalam tempoh begitu lama. Tanpa perlu laporan pun, BPR patut menyiasat kerana ia boleh dilihat dengan mata.


“Sedangkan syarikat yang mengendalikan projek bekalan air di Kelantan dilantik kerajaan Pusat. Agensi kerajaan negeri hanya menyelia kerja-kerja yang dijalankan,” kata Ahmad Abdullah, 56 dari Pulau Chondong.


Pada persidangan Dewan Undangan Negeri Kelantan sebelum ini, pemimpin pembangkang cuba menggamatkan dewan dengan isu air, namun gagal. Kali ini isu tersebut diketengahkan lagi yang dilihat lebih bermotifkan politik.

Kelantan kekal di tangan PAS - Dr Mahathir


KUALA LUMPUR, 23 Ogos: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamed yakin, PAS akan terus menguasai Kelantan dalam pilihan raya umum akan datang di samping Umno dan BN akan terus menguasai lain-lain negeri.


Dr Mahathir berkata demikian dalam wawancara khas dengan Siasah baru-baru ini.

Kata Tun, orang-orang Melayu PAS akan terus memberikan undi kepada PAS dalam pilihan raya akan datang.


Beliau meramalkan, PAS akan menambah bilangan kerusi yang diperolehinya di Terengganu tetapi untuk mengatakan PAS akan menawan kembali negeri itu, ia sukar diramalkan.


Ketika ini BN menguasai 28 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan kesemua lapan kerusi Parlimen di Terengganu.


PAS pula hanya tinggal empat kerusi DUN, iaitu di Batu Burok, Manir, Rhu Rendang dan Wakaf Mempelam.


Ia masing-masing diwakili Datuk Wan Abdul Muttalib Embong, Datuk Harun Taib, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Mohd Abdul Wahid Endut.


Sebelum itu, beberapa pemimpin PAS termasuk Abdul Hadi, Pesuruhjaya PAS negeri, Datuk Mustafa Ali dan Ketua Pemuda PAS negeri, Azman Shapawi Abdul Rani menyuarakan keyakinan masing-masing bahawa partinya akan membuat kejutan dalam pilihan raya nanti.


PAS Terengganu disifatkan oleh pemimpin BN Terengganu bermimpi di siang hari apabila berhasrat merampas semula pemerintahan negeri itu daripada Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum akan datang.


Sebaliknya, empat kerusi milik parti itu sekarang didakwa tidak selamat dan bakal ditawan BN.
Sementara itu, kata Tun Dr Mahathir, Para penyokong Umno pula, katanya, akan terus memberikan sokongan kepada Umno walaupun calonnya adalah tunggul kayu sahaja.


Beliau juga berkata, jika berlakupun kekurangan undi yang diperolehi oleh Umno ianya adalah kerana kekecewaan peribadi kerana tidak mendapat sesuatu yang dikehendaki.


Wawancara penuh dengan Tun Dr Mahathir dalam Siasah versi cetak Ahad ini.

Terengganu roboh resort di Pulau Redang


KUALA TERENGGANU, 23 Ogos: Pelbagai usaha awal telah dilakukan oleh kerajaan negeri bagi mencapai matlamat Tahun Melawat Terengganu (TMT) 2008 seperti menyertai misi-misi dan ekspo promosi pelancongan dalam dan luar negara.

Selain itu, sebanyak 11 buah hotel dan resort akan dibina menjelang tahun depan sebagaimana jawapan bertulis Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Industri dan Pelancongan negeri, Datuk Mohamed Awang Tera kepada soalan bertulis wakil Kemasik, Datuk Mohamad @ Abu Bakar Ali di persidangan Dewan Undangan Negeri pada 9 April lalu.

Namun begitu, nasib malang menimpa Redang Beach Resort (RBR) yang dirobohkan oleh Majlis Perbandaran Kuala Terengganu (MPKT) pada 15 Ogos lalu.

Kira-kira 50 anggota penguatkuasa MPKT yang dilengkapi jengkaut dan jentolak bertindak kasar merobohkan bangunan tersebut tanpa mempedulikan rayuan untuk membawa keluar barang-barang termasuk memindahkan pelanggan.

RBR adalah antara 16 buah resort yang terdapat di Pulau Redang dan telah beroperasi sejak 17 tahun lalu di atas tanah milik Angsana Redang Sdn Bhd seluas empat ekar.

Pengurus Besarnya, Encik Vincent Liew, 50, kesal serta dukacita dengan tindakan kasar pegawai serta kakitangan MPKT yang bertindak seperti ‘samseng’ ketika merobohkan satu blok bangunan baru dua tingkat itu.

Pelancong terkejut


Ketika itu, katanya terdapat seorang pelancong wanita dari Taiwan, Yvvone Toh yang sedang berada di bilik air terkejut apabila para petugas MPKT bertindak agresif dengan menendang pintu bilik air tersebut.

Tambahnya, pelancong itu telah pergi ke kaunter resort dan memberitahu mengenai perkara itu kerana disangka ada perompak mahu merompaknya.

Katanya lagi, ramai di kalangan pelancong dari Eropah turut ke kaunter untuk bertanya mengenai kejadian itu dan ingin tahu sama ada resort itu beroperasi secara haram.

“Saya cukup kesal, sedih, malu dan dukacita dengan cara pihak pegawai MPKT dan kerajaan yang bertindak kasar, agresif, tidak bertolak ansur dengan kami.

“Inikah kerajaan yang baik tidak boleh tangguh beberapa jam untuk kami pindah barang dan pelanggan kami ke bilik lain termasuk menendang pintu ketika orang ada di bilik air?” tanya beliau pada sidang media di pejabatnya, di sini, baru-baru ini.


Ambil masa satu jam

Menurutnya, pihak MPKT tiba di resortnya pada jam 11.30 pagi dan memulakan kerja-kerja meroboh pada 12.30 petang serta tidak sempat memindahkan keluar barang-barang.


Menurutnya, banyak harta benda musnah termasuk aircond, tilam, perabot dan lain-lain yang dianggarkan kerugian sebanyak RM3 juta.

“Kami anggar kerugian RM3 juta dengan kemusnahankan seluruh bangunan baru itu yang mempunyai 35 bilik,” ujarnya.

Menurutnya, laporan polis telah dibuat di Balai Polis Pulau Redang pada jam 5.45 petang hari kejadian.

Bina masa PAS


Katanya, pembinaan bangunan tersebut telah mendapat kelulusan Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Terengganu pada 15 April 2003 ketika pemerintahan PAS.

Menurutnya, pihak resort menerima notis pada 9 Ogos lalu dan rayuan telah dibuat kepada Menteri Besar, Datuk Seri Idris Jusoh dan Yang Dipertua MPKT, Husain Embong melalui surat yang bertarikh 11 Ogos bagi ditangguhkan perobohan tersebut yang ditandatangani oleh Pengarah Angsana Redang Sdn Bhd, Datuk Mohamed Salleh Ahmad.

Di dalam kedua-dua surat rayuan itu, Mohamed Salleh dengan rendah hati merayu di atas keputusan MPKT untuk merobohkan bangunan berkenaan dan memberikan kepada pihaknya tempoh tiga hari untuk merobohkan satu blok 35 bilik bangunan di pusat pelancongan itu.

“Kami mengambil tindakan mendirikan bangunan tersebut pada penghujung tahun 2006 adalah bagi mengejar masa bagi menyediakan tempat penginapan bagi pelancong-pelancong tempatan dan asing di tempat.

“Dalam tahun 2006, kami telah menjalankan kempen bagi menarik lebih ramai pelancong ke Terengganu sempena menyambut usaha kerajaan menjayakan Tahun Melawat Malaysia 2007 dan Tahun Melawat Terengganu 2008. Hasil dari kempen itu, bilangan tempahan penginapan telah meningkat,” ujarnya dalam surat rayuan itu.

Tambahnya, bagi mengatasi masalah kekurangan bilik penginapan, pihaknya meneruskan usaha untuk membina satu blok bangunan di atas tanah mereka sendiri dan mematuhi undang-undang kecil bangunan.

Lagipun, katanya rancangan pembangunan itu telah mendapat kelulusan jabatan Perancangan Bandar dan Desa negeri Terengganu pada 15 April 2003.

Oleh itu, ujarnya masalah kadar tampungan Pulau Redang melebihi had seperti mana dibangkitkan oleh Jabatan Perancang Bandar MPKT melalui surat bertarikh 30 Mei 2006 adalah tidak tepat.

Menurutnya, rayuan itu dibuat atas alasan pihaknya telah membelanjakan RM3 juta bangi pembinaan bangunan penginapan tersebut dan adalah merugikan kiranya ia dirobohkan.


Katanya, dengan pembinaan bangunan itu, MPKT dapat menambah pendapatan melalui tambahan cukai taksiran di samping pihaknya dapat menampung pertambahan pelanggan.


Ini, jelasnya kerana bagi tempoh Mac hingga Julai, bilangan pelanggan ke tempatnya itu telah meningkat dari 11,293 orang dalam tempoh 2006 kepada 16,290 pada 2007.

Dengan pembinaan satu blok penginapan itu, pihaknya telah menyambut seruan dan usaha kerajaan negeri untuk menambah bilangan tempat penginapan bagi para pelancong terutama sempen TMT 2008.

Menurutnya, semua pelan berkaitan dengan pembangunan di pusat pelancongan itu yang telah dikemukakan kepada MPKT.

Pihaknya telah menghubungi pejabat-pejabat Perbadanan Kemajuan Pelancongan Malaysia di luar negara bagi mempromosikan Pulau Redang sebagai pusat pelancongan pantai yang terbaik di Malaysia.


Medan dan Tokyo


Buat ketika ini, pejabat TDC di Medan dan Tokyo telah memaklumkan bahawa pihak mereka telah menghubungi agensi-agensi pelancongan di Medan dan Tokyo tentang pusat pelancongan kami. Pejabat-pejabat TDC itu juga bersedia mempamerkan brosur di pejabat-pejabat mereka.

“Kami sedang berunding dengan sebuah syarikat Iran untuk membawa pelancong-pelancong Timur Tengah ke Terengganu. Sekiranya usaha ini berjaya, tempat penginapan yang mencukupi adalah penting.

“Sekiranya bangunan 35 bilik itu dirobohkan, kami terpaksa membatalkan tempahan dan bayaran penginapan yang telah diterima. Kami bimbang pihak-pihak yang tempahannya dibatalkan akan menyaman kami di mahkamah. Jika ini berlaku, bukan sahaja imej kami tercemar bahkan imej Negeri Terengganu juga akan tercemar, lebih-lebih lagi kiranya perkara ini disiarkan di akhbar.

Dengan itu, usaha kami dan Kerajaan Negeri Terengganu untuk menarik pelancong-pelancong ke Terengganu akan menjadi sia-sia,” ujarnya lagi.

Namun begitu, rayuan tersebut tidak dijawab tetapi dibalas dengan tindakan agresif pihak penguatkuasa MPKT merobohkan keseluruhan bangunan itu pada 15 Ogos lalu.

Thursday, August 16, 2007

Dakwat untuk pengundi: Bersih akan temui SPR lagi


KUALA LUMPUR, 16 Ogos: Badan bagi mempastikan pilihanraya bersih dan adil (Bersih) akan mengadakan pertemuan dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi mempastikan cadangan untuk menggunakan dakwat yang tidak boleh padam bagi pengundi dilaksanakan dengan baik.


"Bersih menyambut baik penerimaan SPR terhadap cadangan kami, tetapi kami akan jumpa SPR lagi bagi memastikan pelaksanaannya benar-benar mencapai hasrat untuk mempastikan tidak berlaku pengundiaan berganda dalam pilihan raya umum akan datang."


Demikian kata anggota Jawatankuasa Pemandu Bersih dari DAP, Ronnie Liu kepada Siasah.
Menurut Ronnie, Bersih akan memastikan dakwat yang digunakan nanti benar-benar tidak boleh padam sehingga beberapa hari.


"Ada orang kata, bila dakwat letak atas kuku, ia boleh dipadamkan dengan mengikisnya. Kita juga dengar, dakwat ini, jenis Mysore memang akan meresat dalam kuku dan tidak akan boleh padam. Jadi kita kena jumpa SPR dulu baru tahu macamana sebenarnya," kata Ronnie.


Walaupun menerima baik penerimaan SPR itu, Ronnie berkata, Bersih juga terus mendesak SPR melaksanakan cadangan agar sistem undi pos dimansuhkan atau dikaji balik pelaksanaannya.


"Sekarang ini sistem undi pos tidak telus dimana wakil-wakil parti politik yang bertanding tidak boleh melihat pelaksanaannya. Oleh itu, ia tidak telus dan terdedah kepada penyelewengan," kata Ronnie.

Gapena mahu adakan demonstrasi

Oleh RAZALI ENDUN

JOHOR BHARU, 16 Ogos: Simposium Budaya Darul Ta’zim 2007 di Johor Bahru pada minggu lepas meluluskan resolusi supaya Gapena mengambil inisiatif mengumpulkan kesemua ahli-ahli kerabat Gapena termasuk NGO-NGO Melayu dan Islam dalam satu perhimpunan raksaksa dan berarak beramai-ramai ke Parlimen untuk menyatakan keresahan dan kebimbangan bangsa Melayu terhadap nasib bahasa, budaya dan sastera Melayu yang semakin terpinggir sekarang ini.

Keseluruhan wakil kerabat Gapena yang menghadiri simposium ini telah melahirkan rasa kesal mereka kerana Gapena hanya berani bercakap di dalam bilik-bilik seminar dan simposium seperti ini. Di luar bilik ini, mereka tidak ada keberanian, apa lagi mengambil tindakan yang agak agresif.

Dr. Noriah Mohamad telah mencetuskan idea ini apabila mengsyorkan supaya Gapena mengambil tindakan lebih agresif lagi untuk menarik perhatian kerajaan. Katanya,

“Gapena sudah mengambil pelbagai pendekatan yang lunak sebelum ini, namun kerajaan semacam tidak mengambil endah desakan dan rintihan kita. Sudah sampai masanya kita mengambil tindakan yang agresif untuk menyatakan gelodak rasa serta kebimbangan kita terhadap masa depan bahasa Melayu.”

Datuk Borhan Md. Yaman, veteran Umno dan pejuang bahasa bersetuju dengan cadangan Dr. Noriah itu.

Katanya, beliau yang menjadi ahli Umno dan taasub dengan parti itu, tidak faham dengan tindakan pemimpin-pemimpin Umno sekarang yang sedikit pun tidak ada perasaan kebangsaan di dalam hati dan sanubari mereka.

Beliau mempertahankan bahawa Umno tidak boleh disalahkan dalam perkara ini, yang tidak betul ialah segelinter pemimpin Umno yang sudah hilang jiwa kebangsaan dan jati diri mereka.
Ketua Satu Persatuan Penulis Johor (PPJ) sdra. Amiruddin Ali dengan lantang mencabar kepimpinan Gapena supaya melaksanakan hasrat kerabat-kerabatnya.

“Kita mahu Gapena mengambil inisiatif. Kita juga mahu Tan Sri Ismail Hussein mengepalai demonstrasi ini. Jangan berani dalam dewan ini sahaja, tapi di luar, untuk mempertahankan hak kita, kita jadi penakut.

“Apa yang kita lakukan ialah menegak dan mempertahankan perlembagaan. Bukan hasrat kita mahu melanggar perlembagaan. Salahkah kita mempertahankan perlembagaan kita?” katanya penuh emosi dan disahut dengan tepukan gemuruh.

Wakil Kemudi dari Selangor, Ismas Saring bersetuju supaya Gapena sebagai badan induk dan berstatus nasional mengambil inisiatif ini.

Kami hanya persatuan-persatuan yang bersifat kedaerahan dan kenegerian, maka yang wajar mengepalai demonstrasi ini ialah Gapena.

Wakil Pena, Dr. Ibrahim Ghaffar, di samping menyokong ucapan YAB Menteri Besar Johor, Datuk Abd. Ghani Othman malam sebelumnya, menyatakan Pena menyokong apa juga keputusan dan resolusi yang diambil dalam simposium ini.

Paul Naggang, dari Miri Sarawak mewakili Persatuan Penulis Utara Sarawak (Putra) juga berasa kesal dengan sikap yang ditunjukkan oleh kerajaan pusat.

Katanya, beliau sebagai pribumi Sarawak dan tidak 100 peratus Melayu, akan tetapi jiwa dan sanubarinya tetap Melayu.

“Saya sayangkan bahasa Melayu kerana saya telah dididik sejak kecil lagi di sekolah Melayu.” ujar beliau Wakil Badan Peminat Bahasa dan Sastera Muar, cikgu Aziz Mohamad, mencadangkan sekiranya Umno tidak ambil peduli dan tidak mahu terlibat dalam perarakan itu, Gapena akan mengajak parti-parti pembangkang seperti Pas dan Keadilan untuk turut sama dalam perarakan ini.

Sementara itu wakil dari Dewan Persuratan Melayu Pahang (DPMP), Tengku Alaudin mempersoalkan relevansi Umno kepada perjuangan orang Melayu.

Katanya, “Umno sudah tidak relevan lagi kepada orang Melayu sekarang. Umno tidak lagi memperjuangkan kepentingan dan maruah orang Melayu.

"Kita tidak boleh bergantung harap lagi kepada parti ini. Umno tidak relevan lagi untuk orang Melayu,” tegasnya.

Simposium yang bertemakan, ‘Bahasa dan Tamadun Melayu Dalam Konteks Cita-Cita Kebangsaan,’ diselenggarakan oleh Yayasan Warisan Johor dengan kerjasama Gapena dan PPJ.
Ianya diadakan sempena Anugerah Sastera Negeri Johor 2007 dan menyambut kemerdekaan negara yang ke-50.

Dalam pada itu, ramai yang bersungut bahawa simposium setengah hari itu sangat terhad masanya kerana tidak cukup masa untuk kerabat Gapena membincangkan perkara sepenting itu.

Ianya macam melepas batuk di tangga. Ada juga yang berbisik, ‘hangat di sini sahaja, Gapena tidak akan berani melaksanakan desakan dan resolusi kerabatnya.’ Dan ini terbukti dalam ucapan pengulungannya, Tan Sri Ismail Hussein masih mempertahankan pendekatan berhemah dan berlembut yang diambil oleh Gapena.

Katanya Gapena cuba mengelak sebarang tindakan agresif dan tidak akan berkonfrantasi dengan kerajaan. Dan terdengar keluhan dari beberapa wakil kerabat, “Itulah Gapena, pi mai pi mai tang tu jugak!”

Sertakan laungan kemerdekaan dengan ingati kebesaran Allah – Nik Aziz


KOTA BHARU, 16 Ogos: Kemeriahan dan kegembiraan melaungkan perkataan merdeka hendaklah disertakan dengan mengingati kebesaran Allah kata Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.


(Foto: Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yaakub melekatkan Jalur Gemilang di kenderaan salah seorang ketua jajahan di Kelantan.)


Beliau berkata, Islam tidak menghalang merayakan sambutan kemerdekaan negara, sebaliknya jangan lalai terhadap seruan agama.


“Malah dalam sejarah awal kebangkitan Islam, bendera menjadi elemen yang cukup penting. Ketika tentera Islam berdepan dengan tentera Rom, sahabat yang diberi tanggungjawab menjaga bendera memegang erat sehingga akhirnya dia mati dibunuh.


“Ini menjelaskan Islam tidak menghalang acara kibar bendera seperti yang diadakan sekarang, sempena sambutan ulangtahun kemerdekaan negara,” katanya pada pelancaran perayaan Bulan Kemerdekaan ke-50 dan Kempen Kibar Jalur Gemilang peringkat negeri di Padang Merdeka, 16 Ogos lalu.


Teks ucapannya dibaca Timbalan Menteri Besar, Dato’ Ahmad Yakob. Hadir sama Speaker Dewan Undangan Negeri, Dato’ Wan Abdul Rahim Wan Abdullah, anggota-anggota Exco dan pegawai kerajaan negeri serta Pusat.


Pelbagai acara menarik diadakan termasuk penyerahan Jalur Gemilang kepada anggota pasukan tentera, ketua-ketua jabatan dan badan bukan kerajaan. Timbalan Menteri Besar juga melekatkan Jalur Gemilang di kenderaan rasmi ketua-ketua jajahan dan jabatan kerajaan negeri serta Pusat.


Selain itu diadakan perarakan motosikal klasik dan vespa yang didahului kereta berkuda. Persembahan kebudayaan dan pancaragam pasukan anggota tentera turut diadakan.


Nik Abdul Aziz berkata, kemerdekaan sebenar dalam konteks Islam iaitu merdeka dari sudut fizikal dan rohani.


“Islam juga tidak benarkan menjajah orang lain. Islam lebih mementingkan keluhuran, berdisiplin, tepati masa, pemurah dan mengharamkan perbuatan keji serta buruk.


“Kemerdekaan yang ditakrifkan di sini iaitu merdeka daripada kekangan sesama manusia. Sebab itu Islam berbeza berbanding dengan ideologi-ideologi lain,” ujarnya.

Pahamin Rejab gagal sertai G7 Umno Pasir Puteh

Oleh RAMLI HUSSIN

PASIR PUTEH, 16 Ogos: Sebelum ini ramai mengenali bekas Presiden Persatuan Wartawan Melayu (PWM), Yazid Othman lebih rapat dengan PAS kerana ramai keluarganya pendokong perjuangan Islam.

Malah keluarga terdekatnya merupakan bekas anggota Exco kerajaan negeri. Namun, Yazid yang dikenali dahulu bukan lagi seperti kelihatan sekarang. Beliau juga cuba nasib dalam Umno.

Malah ura-uranya beliau dikatakan cuba mengintai kerusi di Dun Selising, sehingga menimbulkan rasa tidak senang wakil rakyat Barisan Nasional (BN) sekarang, Amran Mohd Noor.

Namun, pendakian pertama Yazid agak cemerlang apabila memenang sebagai tujuh perwakilan (G7) Umno Bahagian Pasir Puteh ke Perhimpunan Agung Umno tahun ini.

Beliau bersama enam lagi calon iaitu Datuk Che Min Che Ahmad, Amran Mohd Noor, Datuk Wan Najib Muhamad, Tuan Mustafa Tuan Hassan, Rujhan Salleh dan Zainal Abidin termasuk dalam senarai G-7.

Namun lebih malang apabila bekas Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Datuk Pahamin Rejab yang juga mencuba nasib gagal mendapat tempat.

Tokoh veteran lain yang juga kecundang termasuk Jailani Jaafar, Zamri Awang (Zamri Bas), Mohd Agil Awang, Ismail Awang, Datuk Zukri dan Aziz Bukit Abal.

Menurut seorang perwakilan, ramai golongan veteran yang mencuba nasib semula gagal mendapat tempat kali ini kerana kurang popular dan jentera kempen tidak kuat.

“Biar pun Datuk Pahamin tokoh besar di Kuala Lumpur, namun di kampung sendiri dia kurang dikenali penduduk tempatan,” katanya.

Persidangan perwakilan itu diadakan pada 10 Ogos lalu, dirasmikan Ketua Pergerakan Pemuda Umno Malaysia, Datuk Hishamuddin Hussien.

Mesyuarat tersebut juga dikejutkan apabila banyak cawangan Umno gagal menghantar perwakilan. Sedangkan mengikut senarai bahagian itu terdapat 210 cawangan.

Perwakilan yang hadir hanya seramai 525 orang.

Tuesday, August 14, 2007

Mana satu polis, mana satu penjenayah Tun Hanif?

Oleh Husam Musa

POINT OF VIEW
By TUN HANIF OMAR, The Star

The police force and the Anti-Corruption Agency – two crucial institutions leading the fight against malpractices and corruption. Yet they are sadly disappointing in their inability to even clean up their own backyards. The first we all know because among the first things that this government did after the last general election was to convene a Royal Commission from February 2004 to enquire why that institution had gone so far down the road of self-destruct and to make recommendations as to how to enhance again its operations and management. That was our Polis Diraja Malaysia (PDRM). I briefed the Royal Commission that police corruption was so extensive that a very senior ACA officer had confided in me and another top retired police officer that 40% of the senior officers could be arrested without further investigations – strictly on the basis of their lifestyles. One state police chief had a net worth of RM18mil. My friend and I had watched the force getting deeper and deeper into the morass of corruption."

Petikan tulisan bekas Ketua Polis Negara, Tun Hanif Omar dalam Sunday Star semalam, adalah satu tamparan terbuka.Sebagai bekas Ketua Polis, bercakap mengenai polis, tentulah menjadi penumbuk yang cukup berat 'weight'nya. Ia ada authoritative appeal. Kerajaan Abdullah mesti memberikan respon segera terhadap beberapa isu yang dibangkitkan.

a. Rasuah di kalangan anggota polis termasuk berpangkat tinggi adalah berleluasa. 40% pegawai tinggi polis boleh ditangkap tanpa penyiasatan panjang kerana kehidupan mewah melebihi pendapatan boleh dijadikan ukuran.
b. PDRM masih tidak dapat memulihkan imejnya walaupun Laporan Suruhanjaya Diraja telah dikeluarkan lebih dua tahun setengah yang lalu.

Cadangan Suruhanjaya Diraja itu sia-sia.

"The Royal Commission Report was made public two-and-a quarter years ago, yet PDRM has still not burnished its image. It is still mired in controversy.""By not letting the IPCMC see the light of day after such a long study by the AG speaks volumes of the AG’s understanding of the seriousness of the problem and its effect on the criminal justice system."

c. Pegawai atasan polis terbelah dua. Satu pihak menahan apa yang dikatakan penjenayah dan satu pihak lagi dengan kerjasama BPR menyiasat pihak yang menahan apa yang dikatakan penjenayah.
" It is so clearly divided into at least two groups at the top and, consequently, affects the officers below. That is why one group carries out arrests of alleged crime kingpins and the other group and the ACA have allegedly interrogated the arresting officers in the belief that the first group is eliminating the informants of the other group. "Whom can we believe when one group is headed by the IGP and the other by a police director backed by the Deputy Minister of Internal Security? They are at opposite poles."

d. Sejauh mana benarnya kenyataan Peguam Negara bahawa kedua-dua Ketua Polis dan Timbalan Menteri Dalam Negeri bersih dari tuduhan rasuah terhadap mereka tidak dapat dipastikan.

"Both the IGP and the Deputy Minister of Internal Security have allegations of corruption thrown at them but both have been investigated by the ACA, the content of the reports to the AG we do not know. What we know is that the AG has absolved both of them. So, between the two, whom are we to believe?"

e. Peguam Negara hilang kredibiliti "The AG himself has lost his credibility for this recalcitrance and for his “defeats” in recent high profile cases as well as for some high profile cases not seeing the light of day after so long in his hands: and this is disastrous because his Chambers is the second other vital institution in the criminal justice system."

f. BPR telah gagal sepenuhnya bertindak terhadap ikan jerung"The ACA is another vital institution. It is its abject failure to act hard against the highly corrupt at the very top levels all these years that has allowed this pervasive corruption culture to thrive and grow within the public sector."

Tulisan ini memuatkan dakwaan-dakwaan yang berat. Fenomena serius yang dibangkitkan oleh Tun Hanif ini boleh meruntuhkan negara.Dakwaan ini tentunya tidak boleh dibiarkan berlalu. Kerajaan perlu memberikan respon.
Jangan sekadar secepat kilat memberikan respon tentang '40 kerusi BN hilang' tetapi membisu dalam isu kritikal seperti ini.

Laporan akhbar The New Straits Time hari ini, memperkukuhkan lagi dakwaan Tun Hanif dan buah mulut rakyat jelata yang keliru mana satu polis mana satu penjenayah. Mana satu polis yang jujur dan amanah dan mana satu penjenayah beruniform polis.

By : Lee Shi-Ian

New Straits TimesThe Anti- Corruption Agency (ACA) is investigating whether the arrest of a Johor-based businessman was an "abuse of power" by the police. The businessman was banished to Jeli, Kelantan, last Wednesday.

The suspect was earlier cleared of any involvement in illegal gambling, prostitution or drug activities by the ACA and the secret society, vice and gaming division of Bukit Aman federal police headquarters in June.

ACA sources said the allegation of abuse of power was one of the factors the ACA was looking into as it probes the circumstances of the suspect’s arrest.

Thestar Online tidak updatekan tulisan Haniff


KUALA LUMPUR, 14 Ogos: Sehingga jam 1.00 tengahari 14 Ogos (hari ini), tulisan Tun Haniff Omar yang menyebut pasukan polis kini berpecah kepada dua kem tidak dimasukkan ke dalam versi online akhbar The Star walaupun ia telah disiarkan dalam akhbar itu Ahad lalu.

Kunjungan Siasahdaily ke laman itu pada jam 1.00 tengahari 14 Ogos masih belum menampakkan tulisan bekas Ketua Polis Negara disiarkan.

Padahal semua tulisan kolumnis lain yang turut tersiar dalam Sunday Star 12 Ogos sudah disiarkan dalam portal online itu termasuklah tulisan Joceline Tan mengenai Generation X yang terletak di atas tulisan Tun Haniff.

Sunday Star baru-baru ini menyiarkan tulisan Tun Haniff yang dikira paling keras terhadap polis dan Kementerian Keselamatan Dalam Negeri.

Antaranya beliau menulis, pasukan polis sekarang berpecah kepada dua iaitu pasukan IGP dan pasukan Timbalan Menteri. Seorang pengarah polis pula dikira orang kanan pasukan Timbalan Menteri dalam pasukan polis.

Tun Hanif juga menulis, 40 peratus anggota polis sekarang boleh didakwa begitu sahaja tanpa perlu siasatan rapi berdasarkan cara hidup dan harta mereka.

Beliau yang menulis melalui kolum Point of View melahirkan kebimbangan yang amat sangat mengenainya.

Akhbar NST semalam (11 Ogos) menyiarkan secara jelas bagaimana kes Kumpulan Kongsi Gelap di Johor, yang tindakannya membayangkan polis berpecah kepada dua pasukan.

Berita muka depannya bertajuk “Split in the force” melaporkan bagaimana Bahagian Kongsi Gelap, Maksiat dan Judi membebaskan taiko kongsi gelap itu manakala bahagian Jenayah Perdagangan pula menahannya di bawah Akta Kediaman Terhad di Jeli, Kelantan.

Hasilnya, Badan Pencegah Rasuah mahu tahu kenapa, lapor NST.

Batalkan konsert hiburan sempena kemerdekaan - PMIUPM


KUALA LUMPUR, 14 Ogos: Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Putra Malaysia (PMIUPM) memohon kerajaan mempertimbangkan untuk membatalkan sambutan Merdeka dengan konsert-konsert hiburan.

Hal ini amat perlu bagi menjaga sensitiviti umat Islam dimana sambutan itu akan berlaku pada malam Jumaat dan juga bulan Sya'aban, kata Presidennya, Mohd Hassan B. Sukiman dalam satu kenyataan media.

“Menghampiri tarikh keramat kemerdekaan negara, kita semakin melihat banyak sekali elemen hiburan mendominasi sambutan kemerdekaan sehingga agak menenggelamkan sambutan cara ritual seperti membuat majlis kesyukuran dan bacaan Yasin.

“Fenomena ini seolah-olah menjadi satu sub- budaya kepada masyarakat Malaysia dalam usaha menyambut kemerdekaan. Apabila sebut sahaja merdeka maka ada yang tergambar konsert malam merdeka,” kata beliau dalam kenyataannya.

Pemuda PAS cadang 4 cara banteras laman lucah dan rosakkan akidah


KUALA LUMPUR, 14 Ogos: Pemuda PAS Pusat mencadangkan empat pendekatan bagi membanteras laman web lucah dan merosakkan akidah kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

Cadangan itu dibuat dalam bentuk memorendum yang dihantar kepada SKMM oleh Riduan Mohd Nor, Pengerusi Lajnah Dakwah dan Pembelaan Islam Pemuda PAS Pusat baru-baru ini.

Tindakan yang dicadangkan oleh Pemuda PAS adalah:

1. Menubuhkan Jawatankuasa khas yang memantau dan menyekat mana-mana laman web berunsur lucah dan merosakkan akidah umat Islam dari Malaysia.


2. Menyiasat dan mengenalpasti pemilik laman-laman web tersebut serta mengambil tindakan tegas terhadap mereka.


3. Mengadakan kerjasama dengan mana-mana parti politik, badan bukan kerajaan (NGO), atau persatuan-persatuan bagi mengekang gejala negatif tersebut.


4. Kempen memerangi laman web lucah dan Menghina Islam besar-besaran.

Saturday, August 11, 2007

Pak Lah diminta elakkan krisis dengan Majlis Raja-raja


KUALA LUMPUR, 11 Ogos: Perdana Menteri diminta berfikir dua kali sebelum melaksanakan haknya mengikut Perlembagaan untuk melantik Hakim Besar Malaya tanpa mendapat restu Majlis Raja-raja.

Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa berkata, jika Perdana Menteri berbuat demikian sebagaimana kenyataan Ketua Hakim Negara bahawa PM mempunyai kuasa untuk melantiknya, ia akan menimbulkan krisis.

Bagi Husam, “Ini tidak sepatutnya berlaku.”
Akhbar Strait Times Singapura melaporkan, Majlis Raja-raja telah menolak calon Hakim Besar Malaya yang dikemukakan Perdana Menteri.
Bagaimanapun, Utusan Malaysia hari ini (11 Ogos) melaporkan, Ketua Hakim Negara berkata, Perdana Menteri berhak melantik Hakim Besar Malaya itu walaupun tidak mendapat restu Majlis Raja-raja kerana itu hak PM dari segi Perlembagaan.

Sekalipun mungkin Perdana Menteri boleh berbuat demikian dari segi Perlembagaan, pelbagai aspek lain mesti ditimbangkan, tulis beliau dalam blognya cetusan-hati.blogspot.com.

Beliau memberikan empat hujjah iaitu:

1. Langkah seperti itu hanya akan mengundang krisis.


2. Ia boleh dianggap Raja-Raja Melayu pada pandangan Perdana Menteri boleh diketepikan begitu sahaja


3. Ia akan meletakkan seolah-olah Raja-Raja Melayu memberi pandangan yang tidak mempunyai asas yang kuat untuk Perdana Menteri mempertimbangkan semula pandangan beliau yang terdahulu


4.Membelakangkan prinsip perundingan dan akan meletakkan precedent pandangan Raja-Raja Melayu tidak penting untuk dipertimbangkan. Ia akan membawa pelbagai implikasi serius terhadap perimbangan kuasa politik di negara ini pada masa akan datang dan keadaan itu seharusnya dielakkan.


"Berfikir dua kali, Pak Lah!” tegas Husam dalam blognya.

Friday, August 10, 2007

Sasaran PAS untuk dapat 40 kerusi Parlimen realistik, penonton TV3

KUALA LUMPUR, 10 Ogos: 60 peratus peserta poll TV3 tidak bersetuju cadangan poll bertajuk “Sasaran PAS untuk menawan 40 kerusi Parlimen sebagai angan-angan mat jenin”.

Ini bermakna, 60 peratus peserta setuju bahawa cadangan PAS untuk mendapat 40 kerusi Parlimen dalam pilihanraya akan datang ini sebagai realistik.

Poll itu dibuat oleh TV3 semasa slot Buletin Utama jam 8.00 hingga 9.00 malam yang disiarkan malam ini (10 Ogos).

Peserta diberikan pilihan samada setuju atau tidak dengan cadangan soalannya. Peserta membuat undi mereka menerusi SMS yang dikenakan 50 sen oleh TV3 bagi setiap SMS.

Sasaran untuk mendapatkan 40 kerusi Parlimen diumumkan oleh Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa di Kota Bharu semalam.

Beberapa media menyiarkan berita yang dibuat oleh Bernama itu termasuk Utusan Malaysia di muka depannya.

Exco Kelantan pernah jadi mangsa nahas Nuri


Oleh M FAQIH


KOTA BHARU, 10 Ogos: Seorang anggota Exco pernah menjadi mangsa nahas pesawat Nuri.
Ia cukup mengejutkan. Namun inilah cerita benar yang pernah berlaku ke atas Mejar (B) Md Anizam Abdul Rahman.

(Foto: Anizam menunjukkan gambar Nuri yang dinaiki yang terhempas pada tahun 1975 lalu)

“Saya hanya sempat mengucap berkali-kali selepas mendengar helicopter berbunyi kot..kot. tidak sampai seminit selepas itu terus menjunam ke bawah.

“Saya ingat sudah mati. Suasana cukup kelam kabut sekali selepas endengar ijin Nuri bunyi seperti rosak. Ketika itu, seorang rakan Lef Muda Razak sudah berada di tali untuk terjun ke bawah.

“Ketika itu saya ingat ada 10 atau 13 anggota yang mengikuti latihan terjun menggunakan tali daripada helikopter itu di hutan tidak jauh Kem Latihan Komando Sungai Udang, Melaka,” katanya masih panjang umur biar pun banyak kejadian nahas Nuri, mangsanya tidak selamat.

Menurutnya kejadian ngeri itu berlaku pada 10 Oktober 1975 ketika beliau yang berpangkat Lef Muda dan rakan-rakan dari pasukan 7 Melayu Diraja berpangkalan di Kuala Kubu Baru menjalani latihan terjunan menggunakan tali.

Ketika kejadian Nuri berada kira-kira 200 hingga 300 meter di udara. Nuri dipandu Kapten Lim dan Kapten Isnin dari Tentera Udara Diraja Malaysia. Bagaimanapun bagi Md Anizam peristiwa itu sebagai ‘mati hidup balik’ kerana Nuri yang terhempas ke dalam belukar tidak terbakar.

“Selepas jatuh ke tanah, kami bertindan-tindan di antara satu sama lain. Alhamudulillah Nuri tidak terbakar dan kami bangkit segera biar pun terasa agak sakit untuk menyelamatkan diri.

“Ada yang keluar melalui tingkat, ada melalui pintu kerana begitu takut Nuri akan terbakar kerana terhempas dari kedudukan tinggi,” katanya.

Bagaimanapun beliau bersyukur diselamatkan daripada kejadian malang tersebut dan tidak lama kemudian pasukan Bomba dan penyelamat lain tiba memberi bantuan segera.

Namun katanya, Lef Muda Razak putus kaki sebelah mungkin kerana dia terjun lebih awal kerana ketika itu dia sudah berada di tali untuk turun ke bawah.

Beliau dan rakan-rakan lain tidak mengalami apa-apa kecederaaan cuma terkejut dengan kejadian itu.

Md Anizam yang kini Pengerusi Jawatankuasa Kerjaraya, Infrastruktur dan Alam Sekitar Negeri agak terkilan kerana peristiwa itu tidak dimasukkan ke dalam kronologi 18 tragedi kejadian Nuri terhempas sebelum ini.

“Saya tidak lihat dalam pada kronologi itu dicatat apa yang kami alami biar pun tiada kemalangan jiwa yang berlaku,” ujarnya.

Katanya juga sudah sampai masanya kerajaan menukar Nuri kepada pesawat baru memandangkan risikonya begitu tinggi biar pun mempunyai banyak jasa kepada
negara.

Pada kejadian terbaru pada 13 Julai lalu enam anggota tentera menjadi mangsa apabila Nuri terhempas di Genting Sempah.

Md Anizam yang masih menyimpan gambar bangkai Nuri yang terhempas sedia menyerahkan kepada Muzium Angkatan Tentera sekiranya pihak terbabit berminat mendapatkan gambar tersebut.

Beli heli baru dengan cara yang telus - PAS

KUALA LUMPUR, 10 Ogos: PAS meminta kerajaan membeli helikopter baru bagi mengganti Nuri dengan cara telus dan bukan mengulangi kesilapan membeli kapal selam sebelum ini yang dibuat melalui agen yang terpaksa dibayar sehingga RM500 juta kepada kroni Menteri Pertahanan.

Ketua Penerangannya, Mahfuz Omar dalam kenyataannya berkata, PAS pada asasnya sangat bersetuju supaya pesawat usang ini diganti, tetapi malangnya Kabinet terlalu lambat bertindak sehingga dikatakan 95 orang telah terbunuh akibat kemalangan pesawat ini.


Beliau juga berkata, rundingan dan pembukaan tender mesti dibuat mengikut kaedah biasa yang telus dalam pembelian pesawat baru ini supaya ia tidak menjejaskan sistem pertahanan kita.


“Kemalangan pesawat bukan hanya melibatkan kerugian kerana kerosakan jentera sahaja, tetapi juga sumber manusia kerana ia mengorbankan tenaga-tenaga terlatih. Kerana itu, PAS mencadangkan supaya satu Jawatankuasa Bebas di bawah Parlimen ditubuhkan oleh kerajaan untuk memantau proses tender dan pembelian pesawat ini.


“Perkara ini diamalkan di Britain di mana Jawatankuasa Khas Parlimen ditubuhkan untuk memastikan pembelian jentera pertahanan tidak berlaku penyelewengan,” kata beliau dalam kenyataannya itu.

Umno labur RM1 juta sebar propanda melalui akhbar lokal?


KOTA BHARU, 10 Ogos: Umno membayar RM1 juta kepada sebuah akhbar harian! Ini sesuatu yang mengejutkan. Ia difahamkan sebagai upah bagi membolehkan rencana iklan tajaan Umno disiarkan akhbar itu setiap hari.


Biar pun baru beroperasi sejak setahun lalu, kini akhbar harian bersifat lokal terbabit menyediakan gelanggang khas kepada Umno, seakan-akan menjadi buletin kepada parti itu.
Kalau sebelum ini dua halaman disediakan dan sejak seminggu lalu telah meningkat kepada empat halaman. Di bahagian atas halaman tersebut ditulis perkataan advertorial (rencana iklan).


Muka surat tajaan Umno itu disediakan di halaman K11, K12, K17 dan K18. Di halaman K11 dimuatkan rencana pengarangnya yang diberi tajuk Serambi Mekah.


Empat halaman tersebut diisi sepenuhnya kegiatan wakil-wakil rakyat Umno dan analisis yang memperlekehkan PAS serta kerajaan negeri.


Pasukan editorial khas itu difahamkan diketuai seorang perunding media yang pernah berkhidmat di Berita Harian dan RTM, juga anak tempatan.


Difahamkan pasukan editorial tersebut kini mempengaruhi sepenuhnya akhbar lokal berkenaan sehingga pernah menerbitkan berita yang kontroversi sehingga Menteri Besar,
Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat tidak lagi membenarkan akhbar berkenaan dibawa masuk ke pejabatnya.


Menurut sumber, Umno dikatakan membayar sebanyak RM1 juta kepada pihak pengurusan akhbar berkenaan kerana membantu memprojekkan parti itu.


Akhbar lokal ini kini secara tidak langsung telah mengambil alih peranan Buletin Perhubungan Umno Kelantan, Al Haq yang dikatakan tidak dapat diedar secara meluas kerana kurang sambutan.


Bagi anggota Exco kerajaan negeri, Mejar (B) Md Anizam Abdul Rahman, Umno Kelantan benar-benar terdesak sehingga terpaksa menggunakan sebuah akhbar lokal bagi menjaja propagandanya kepada rakyat.


“Kita percaya menjelang pilihan raya nanti lebih banyak lagi halaman disediakan kepada Umno oleh akhbar berkenaan yang secara tidak langsung bagi membantu misi parti itu.


“Sikap yang diambil akhbar terbabit biar pun baru beroperasi telah menampakkan tujuan sebenarnya. Ia dilihat tidak lagi mendokong motonya cakna dan dinamik yang diuar uarkan sebelum ini,” katanya.


Adun Chetok, Abdul Halim Abdul Rahman berkata, akhbar itu sudah memperlihatkan dirinya seperti menjadi ‘tali barut’ kepada Umno yang tidak sesuai lagi disokong rakyat Kelantan.


Katanya, tujuan asal akhbar itu sudah jauh menyimpang kerana hari ini mereka bukan lagi sekadar menyalur maklumat kepada rakyat sebaliknya menjadi alat proganda parti politik tertentu.


“Sudah sampai masanya orang ramai menilai kembali akhbar seperti itu. Sekarang ia tidak sesuai lagi menjadi wadah rakyat kepada kerana ada mesej besar yang diselit bagi kepentingan politik jangka pendek,” katanya.


Bekas penceramah agama terkenal Umno, Abdul Hamid Derani akhbar tersebut begitu cepat memperlihatkan diri yang sebenar biar pun baru setahun jagung berada di pasaran.”


Oleh itu beliau mencadangkan wakil-wakil rakyat PAS dan kerajaan negeri tidak lagi melibatkan media terbabit dalam program rasmi kerana sudah memadai peranan dimainkan akhbar lain yang lebih berwibawa.


“Saya juga cadangkan tindakan dilakukan Menteri Besar memboikot akhbar terbabit diikuti semua pihak bagi memastikan agenda Umno tidak kesampaian,” ujarnya.


Seorang pegawai kerajaan, Roslan Mohd Noor berpendapat akhbar seperti itu tidak mampu bertahan lama kerana motif asalnya bagi menyebarkan maklumat kepada rakyat sudah bertukar kepada menjadi alaf propaganda parti politik.

Thursday, August 9, 2007

Tolak calon Hakim Besar Malaya: Krisis antara PM, Raja dan Hakim


KUALA LUMPUR, 9 Ogos: Pakar Perlembagaan dan Institusi Raja-raja Melayu, Profesor Dr Aziz Bari berpendapat, langkah Majlis Raja-raja menolak nama calon Hakim Besar Malaya yang dikemukakan oleh Perdana Menteri membayangkan "ada masalah antara Perdana Menteri dan Majlis Raja-raja dan dalam Institusi Kehakiman sendiri'.


Beliau mengulas berita akhbar Straits Times Singapura yang melapurkan, Majlis Raja-raja Melayu yang bermesyuarat sebelum ini menolak nama calon Ketua Hakim Besar Malaya yang dikemukakan Perdana Menteri.


Abdul Aziz Bari, Penyarah Undang-undang Universiti Islam Antarabangsa (UIA) berkata, dari segi undang-undang sebenarnya ia jelas di mana Perlembagaan Persekutuan dalam Perkara 122B(1) menyebut antara bahawa perlantikan itu "hendaklah (dibuat) oleh Yang di-Pertuan Agong, yang bertindak atas nasihat Perdana Menteri, selepas berunding dengan Majlis Raja-Raja".


Maknanya jelas beliau, secara harfiah kuasa Majlis hanya hak dirundingi dan kata putus di tangan Perdana Menteri.


Bagaimanapun beliau menambah, ada keadaan tertentu di mana Perdana Menteri tidak dapat menekankan autoritinya.


"Secara teori kita boleh mengagak bahawa sekiranya calon yang dikemukakan oleh Perdana Menteri itu mempunyai masalah beliau logiknya tidak akan dapat memaksa.


"Atau sekiranya ada calon yang lebih layak yang dilangkahi atau diketepikan, Majlis Raja-Raja boleh membangkitkan hal-hal itu," jelas beliau.


Pensyarah undang-undang itu turut menyimpulkan bahawa perkembangan itu sebenarnya selari dengan apa yang dihasratkan oleh perlembagaan; yakni supaya Majlis Raja-Raja memainkan peranan semak dan imbang (checks and balances).


Katanya, peranan Majlis Raja-Raja itu diperkukuh oleh perlembagaan, melalui Perkara 38(2), yang menyatakan bahawa ia "boleh menimbang teliti soal-soal mengenai dasar negara....dan apa-apa perkara yang difikirkannya patut". Ini jelas cukup luas dan majlis bolehmembangkitkan apa sahaja.


Mengulas dari aspek politik, Dr Aziz barkata situasi itu akan menyebabkan Perdana Menteri diletakkan di dalam keadaan yang memaksanya memberi penjelasan.


Dalam masa yang sama kata beliau, Parlimen mempunyai hak untuk bertanya dan meminta penjelasan.


"Kita tahu bahawa kerajaan perlu bertanggung jawab kepada Parlimen di bawah prinsip kabinet," ujarnya.


Beliau menambah, ini secara implisit memberi hak kepada rakyat untuk tahu dan meminta penjelasan.


Beliau juga menegaskan situasi seperti itu tidak akan berlaku jika perlantikan dibuat mengikut senioriti dan amalan biasa.


"Masalah timbul bila berlaku cantas mencantas dan calon yang layak diketepikan kerana tidak disenangi atau tidak sebulu dengan kepemimpinan yang ada," katanya sambil mengakui apa yang berlaku itu sebenarnya memberi isyarat bahawa masalah imej di pihak badan kehakiman itu ada kebenarannya.


"Ini bukan masalah Perdana Menteri semata-mata; ia semacam ada kaitan dengan badan kehakiman itu sendiri," tambah beliau lagi.


Justeru kata Dr Aziz, rakyat berhak untuk tahu kerana badan kehakiman adalah cabang penting dalam doktrin pengasingan kuasa.


Kehakiman penting dalam mempastikan supaya eksekutif (kabinet dan kerajaan) dan badan perundangan (parlimen) tidak menyalahgunakan kuasa mereka.


"Rakyat mahukan sebuah badan kehakiman yang bebas kerana tanpa ini bagaimana keadilan boleh dijamin?," soalnya.


Sementara itu, Ketika ditemui pemberita, Ketua Hakim Negara, Tun Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim enggan mengulas mengenai perkembangan tersebut.


Katanya, semua pelantikan dalam badan kehakiman adalah sulit dan tertakluk kepada Akta Rahsia Rasmi (OSA).


Beliau hanya berkata, kekosongan jawatan tersebut akan diisi sebelum hujung tahun ini.

Ezam akan umum nama menteri rasuah di Kepala Batas


KUALA LUMPUR, 9 Ogos: Pengerusi Gerakan Demokrasi dan Anti Korupsi (GERAK), Ezam Mohd Nor akan mendedahkan nama seorang menteri kanan yang terlibat dalam rasuah dan pecah amanah dalam satu perhimpunan di parlimen Kepala Batas tidak lama lagi.


Kata Ezam, beliau hanya menunggu masa yang sesuai dan memilih kepala Batas sebagai tempat mengumumkan pendedahan itu sebagai satu mesej kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.Kepala Batas merupakan kerusi parlimen yang diwakili Abdullah.


"Saya telah memberi tempoh yang lama kepada beliau (Abdullah) dan saya akan mendedahkan nama itu di tempat beliau sendiri," kata Ezam dalam satu ceramah bersama Naib Presiden PAS, Mohammad Sabu di Taman Datuk Senu baru-baru ini.


Penghujung Jun lalu Ezam telah menyerahkan kepada Abdullah dokumen setebal lebih 600 muka surat yang mengandungi dua laporan pois, invois, resit dan segala bukti berkaitan perlakuan rasuah seorang menteri.


Bagaimanapun Ezam mengambil keputusan untuk tidak mendedahkan nama menteri terbabit untuk melihat sejauh mana komitmen Abdullah menangani kes rasuah yang berlaku terutamanya dikalangan menterinya.


Bagaimanapun sehingga hari ini, belum ada sebarang tindakan atau pendedahan berhubung kes itu diumumkan oleh Perdana Menteri.


"Saya masih memberi peluang kepada Perdana Menteri untuk mengambil tindakan, tetapi jika tiba tempoh tersebut tanpa ada sebarang tindakan saya sendiri akan mendedahkan nama itu," kata bekas Ketua Angkatan Muda Parti keadilan Rakyat yang pernah dipenjara di bawah Akta Rahsia Rasmi kerana mendedahkan rasuah melibatkan Datuk seri Rafidah Aziz beberapa tahun lalu.


Tambah Ezam lagi, kes rasuah itu suatu yang amat serius kerana melibatkan seorang menteri yang masih memegang jawatan dan berada dalam kabinet Abdullah pada waktu ini.


"Ia bukan melibatkan orang yang telah bersara, Mustahil Abdullah tidak tahu" tegasnya.


Kata beliau juga, Abdullah tidak perlu m,eneliti terlalu lama dokumen itu untuk mengetahui nama menteri terbababit kerana nama itu tertera di muka surat pertama dokumen tersebut.


Sebelum ini, Abdullah dalam satu kenyataanya berkata, beliau akan meneliti terlebih dahulu memorandum yang diserahkan oleh Ezam."Saya akan baca, saya telah diberitahu mengenai memorandum itu,” kata Perdana Menteri.


Manakala dalam perkembangan lain pula, Ezam turut mendakwa wujudnya 12 kes penyelewengan kewangan dan 15 kes salah guna kuasa melibatkan pelantikan dan kenaikan pangkat dalam Kementerian Pertanian dan Asas Tani.


Beliau turut menyerahkan laporan tentang penyelewengan tersebut kepada Menteri Pertanian dan Asas Tani di Putrajaya 8 Julai lalu. Laporan penyelewengan setebal 20 muka surat itu menjurus kepada salah guna kuasa yang berlaku dalam Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA).

Tuesday, August 7, 2007

Bekas Ketua Pengarang NSTP jumpa pemimpin PAS


KUALA LUMPUR, 7 Ogos: Bekas Ketua Pengarang Kumpulan NSTP, Tan Sri Abdullah Ahmad mengunjungi Pejabat Agung PAS di Jalan Raja Laut hari ini.

Beliau menghabiskan masa lebih tiga jam berbincang dengan para pemimpin PAS dengan diketuai oleh Timbalan Presidennya, Nasharudin Mat Isa.

Turut serta adalah Setiausaha Agung, Dato’ Kamarudin Jaffar dan AJK PAS Pusat, Dr Syed Azman Ahmad Nawawi.

Abdullah ketika ditemui wartawan berkata, beliau datang ke Pejabat PAS itu sebagai seorang pengkaji politik.

“Selepas saya dipecat dari NSTP, saya telah menubuhkan Intitut Kajian Politik dan Ekonomi. Ini membawa saya kepada bertemu dengan pemimpin parti-parti politik di negara ini termasuk Umno, MCA, PKR dan hari dengan para pemimpin PAS,” kata beliau kepada wartawan.

Nasharudin pula ketika ditemui berkata, "Ini adalah pertemuan biasa antara pemimpin PAS dengan pelbagai pihak di negara ini atas dasar keterbukaan PAS dan PAS sedia bertemu dengan sesiapa sahaja yang sudi.”

Sunday, August 5, 2007

Jambatan baru: Kronisma dan tidak tahu adab


Oleh Husam Musa


Berita Harian, Rabu, menyelak sedikit tentang apa agenda di belakang projek pembangunan di Kelantan ( dan juga di Malaysia).


Redland laksana projek RM1.3bOleh Ismail MatKerajaan Pusat beri tender maju pelbagai infrastruktur awam di KelantanKUMPULAN Syarikat Redland diberi tanggungjawab melaksanakan pelbagai projek Kerajaan Pusat dan agensinya bernilai kira-kira RM1.3 bilion di Kelantan.


Pengerusi Eksekutifnya, Datuk Ismail Saari, berkata antara projek yang diperoleh secara rundingan terus dan tender terpilih itu termasuk pembinaan jambatan kedua Sultan Yahya Petra bernilai RM151 juta dan Jalan Simpang Pulai-Gua Musang-Kuala Berang sejauh 230 kilometer bernilai RM230 juta.


Jambatan Ibrahim Ali merentasi sungai Kelantan di Tendong dengan empat laluan, kosnya RM 90 juta. Jambatan dua laluan sebagai tambahan dua laluan sedia ada, kosnya RM 151 juta?Dan ia diperolehi melalui runding terus.


PM dulu kata semua projek di bawah RMK 9 diberi tender? Itu harga permulaan. Kosnya mungkin meningkat.


Lama sebelum batu asas laluan tambahan ini dilakukan oleh PM baru-baru ini, desas desus telah lama bertiup di negeri ini tentang cerita di belakang projek jambatan ini.


Saya hanya kata desas desus. Saya tak tau ia benar atau tidak. Terpulang kepada Kerajaan menyiasat.Saya sampaikan desas desus itu.


Projek ini telah diberikan award kepada Ketua Pemuda Kota Bharu, melalui campurtangan Khairy. Ia kemudian dijual kepada Redland dengan keuntungan dan sumbangan tertentu kepada Ketua Pemuda Kota Bharu, UMNO Negeri dan kepada juru campur yang sememangnya berkuasa.


Saya tak boleh pastikan sejauh mana cerita ini tidak benar.Tetapi itulah akibatnya bila projek ini diberikan secara runding terus.Rakyat ingin tahu, adakah cerita komisyen berpuluh juta ringgit setiap satu kepada tiga peringkat berkenaan betul atau tidak.


Kedua, apakah kos jambatan RM 151 juta itu adalah kos yang wajar atau sudah dimasuk kira kos-kos yang lain? Tidakkah kosnya akan meningkat lagi pada masa depan kerana cara runding terus projek ini diberikan?


Ketiga, di mana janji PM untuk memberikan projek RMK 9 secara tender?


Ke empat, jika dilakukan secara tender, kosnya akan menjadi lebih rendah? Mengapa pula tidak di tender?Sudah tentu rakyat Kelantan seperti rakyat negeri lain juga, mahukan kemudahan seperti itu.Tetapi amalan kronisma yang datang bersamanya harus dibenteraskan.


Itu tugas rakyat Malaysia seluruhnya.




PM berada di Kelantan selama dua hari dengan pelbagai acara 'besar'.Pagi Khamis, acara perletakan batu asas Jambatan Kedua Sultan Yahya Petra, setengah kilometer dari Kota Darulnaim, Pejabat MB Kelantan.


Sayang, PM tidak sudi menyambung jambatan kasih. Tuan rumah tidak dijemput. Pak Lah masuk Kelantan tanpa salam, tanpa jenguk muka bertanya khabar. Melangkah masuk ke tengah laman tanpa susila Melayu turun temurun, tidak terlintas untuk menghormati tuan rumah.


Apa status sekalipun si tuan rumah, salam sepatah tanda berbudi.Mungkin Pak Lah merasa UMNO sudah terlalu kuat. Sapa menyapa membuang masa. Tuan rumah boleh dinyahkan bila-bila masa dengan 'power' yang UMNO ada.


Khemah besar lagi panjang di tapak projek pagi itu diberitakan kosong. (Lihat foto di Harakahdaily) Puas diseru orang ramai memenuhi khemah, khemah tak terpenuhkan.


Rakyat Kelantan sudah tentu mahukan jambatan. Tetapi jambatan per se adalah perkara biasa yang tak perlu dikerumuni. Ia akan siap jika Kerajaan Pusat ada wang dan kemahuan. Itu acara biasa yang tak perlu kepada keriuhan.


Yang boleh meriuhkan ialah bila Perdana Menteri bertemu dengan tokoh ulama' di atas kepala jambatan. Seperti apa Tun Dr. M lakukan sedikit masa lalu. Jambatan Pasir Mas dirasmikan oleh Tun M sebagai PM pada waktu itu. Sebuah sofa untuk Tok Guru Nik Aziz disediakan bersebelahan beliau. Rakyat berderu keluar kerana ia boleh dianggap menarik.


Jambatan konkrit itu tidak carik kerana kehadhiran Tok Guru.Event Khamis lepas tak ada tarikan itu.


Tun M nampaknya lebih cekap menghitung mood rakyat Kelantan.


Pertama teluk kedua pantai
Ketiga dengan jamban di hulu
Pertama elok kedua pandai
Ketiga baik perangai penghulu


Anak Cina ketimbang madat
Dari Melaka berakit ke Deli
Hidup ketua biar beradat
Budi bahasa tak dijual beli


Baik baik mengail tenggiri
Jangan terkena jambatan larang
baik baik menyombong diri
jangan sampai tak disukai Tuhan


Adat Melayu menyambut tetamu
Hamparkan tikar lebarkan pintu
Tetamu datang tak sudi bertemu
Usahkan salam sapa pun tak mau

Yang berdiri berikan salam pada yang duduk
Yang seorang berikan salam pada yang ramai
Yang datang berikan salam pada yang menunggu

WPI DAN PULAU BATU PUTIH BAKAL TERGADAI?

Oleh Husam Musa
Kes Pulau Batu Putih akan diputuskan oleh ICJ November depan. Desas desus sudah bertiup, kita mungkin kecundang dan Pulau Batu Putih yang strategik akan menjadi milik Singapura selama-lamanya.

Jika itu berlaku, Singapura sentiasa mengasak kita dan mereka lebih bersedia dari segala sudut untuk menjadikan kita sentiasa terundur.Dalam keadaan Singapura sentiasa bersedia dengan pelbagai agenda 'Singapore Win', kita pula mudah lalai dan alpa.

Untuk membangunkan WPI, kita terpaksa menjemput Singapura duduk dalam Jawatankuasa Bersama Peringkat Menteri dua negara berdaulat untuk memajukan wilayah kita. 2,217 sq km tanah Johor akan 'diurus' bersama dengan Singapura, melalui Jawatankuasa Bersama.

Hikayat Munshi Abdullah mencatitkan, format seakan Jawatankuasa Bersama ini pernah ditubuhkan oleh Raffles. Rakyat Melayu diurus oleh Temenggong Husin, rakyat bukan Melayu diurus oleh Orang Putih.Pelbagai konsekuen politik akan muncul kemudian. Pada waktu itu, kita sudah terlambat.

Sama seperti isu penguasaan Singapura ke atas bekalan air yang membelit kita sekarang.Mengapa tidak Pak Lah belajar dari Tun M yang telah melaksanakan program strategik Pelabuhan Tanjung Pelepas?Pelabuhan Tanjung Pelepas adalah ancaman kepada Singapura.

Ia bertujuan mengecilkan peranan Singapura dan negara kita mengambilalih sebahagian peranan dan kekuatan yang selama ini menjadi monopoli SIngapura selama beberapa abad.Ia berjaya. Tanpa kerjasama Singapura.

PTP telah menerima kapal pertama pada 10 Oktober 1999 untuk operasi percubaan selama tiga bulan, ia telah memecah rekod menjadi pelabuhan yang paling pantas berkembang. Ia menguruskan 1 juta TEUs (Twenty-Foot Equivalent Units) kontena selama 571 hari operasi.

Dari hanya 20,696 TEUs pada akhir 1999, telah berkembang kepada 2.05 juta TEUs pada 2001, 2.66 juta tahun 2002, 3.87 juta TEUs pada 2003 untuk mengatasi kedudukan Pelabuhan Kelang. Port Tanjung Pelepas dengan itu menjadi pelabuhan terbesar negara kita.

Pada tahun 2004, ia meningkat 15.2 % lagi, menjadikannya pelabuhan yang ke 16 tersibuk di dunia.

Pada 2006, ia menguruskan 4.7 juta TEUs.Ia meletakkan dirinya sebagai pilihan kepada Pelabuhan Singapura.Maersk Sealand, operator kapal kontena terbesar dunia, memindahkan semua operasi perkapalannya di Singapura ke Pelabuhan Tanjung Pelepas pada tahun 2000. Singapura menyaksikan kejatuhan 10% perniagaan pelabuhannya kerana tindakan itu.

Pada 2002, Evergreen Marine Corporation, pada waktu itu, syarikat perkapalan kedua besar dunia pula, memindahkan operasinya dari Singapura.

Sekilas fakta ini, membuktikan bahawa, pembangunan sehebat Tanjung Pelepas boleh dilakukan tanpa Jawatankuasa Bersama Peringkat Menteri dengan mana-mana negara asing yang memungkin pengaruh dan penentuan terma-terma yang boleh merugikan kita boleh berlaku.

Apa perlunya Jawatankuasa Bersama Peringkat Menteri dengan Singapura untuk WPI?

Apakah kita tidak mempunyai keupayaan merancang sendiri, seperti telah kita buktikan dalam kes Tanjung Pelepas?

Apa lagi jika bentuknya hanya untuk menjual tanah kepada Singapura?

Friday, August 3, 2007

Selepas 20 tahun, hanya dapat tapak masjid sahaja


SUNGAI BULUH, Selangor, 3 Ogos: Penduduk beragama Islam di Kampung Melayu Sungai Buluh hanya mampu mendapat masjid sahaja, tetapi selepas 20 tahun berlalu tapak itu kekal tapak sahaja tanpa bayangan masjidnya hingga kini.

(Foto: Baharudin menunjukkan tapak masjid yang sudah naik semak)

Setiap hari Jumaat mereka terpaksa bertempiaran ke masjid-masjid di kawasan bersebelahan dengan kampong mereka untuk bersembahyang Jumaat.


Baharudin bin Belian, 55 tahun, seorang penduduk kampong berkenaan berkata, sejak 20 tahun lalu lagi tapak itu sudah ada tetapi sehingga kini bayang masjidnya pun belum ada.


“Adalah pihak Jabatan Ukur yang datang mengukur tapaknya untuk dibuat masjid tetapi sehingga kini kami terpaksa berkejar ke sana ke mari untuk solat Jumaat,” katanya.


Terdapat kira-kira 3,000 penduduk beragama Islam di kampong Melayu Sungai Buluh kini. Tiga tahun lalu, sudah ada jug ura-ura mahu membina masjid di tapak itu.


“Kami terpaksa pergi ke Masjid Bandar Baru atau ke kampong Masjid Sungai Buluh untuk solat Jumaat,” kata Baharudin lagi.


Sehubungan dengan itu, menjelang pilihan raya akan datang, mereka merayu agar sebuah masjid dibina di kampong mereka.

Selepas pejabat Exco, Kriss pula digeledah


KOTA BHARU 3 Ogos: Pejabat kepunyaan pemimpin PAS terus menjadi mangsa apabila kegiatan menceroboh semakin menjadi-jadi.

(Foto:Seorang pegawai Kriss memerhati pemegang mangga yang terbuka akibat dikumpil penceroboh)

Selang seminggu lepas pejabat anggota Exco, Dato’ Takiyuddin Hassan diceroboh, malam 31 Julai lalu pejabat Pusat Kajian Strategik dan Penyelidikan Kelantan (Kriss) pula digeledah orang.

Apa dah nak jadi sekarang. Mungkin modus operandinya dilakukan pihak yang sama memandangkan pengeledahan dilakukan seperti bagi mencari sesuatu maklumat.

Sebelum itu, pada malam 21 Julai lalu pejabat Adun Bunut Payong di Jalan Kuala Krai juga milik Takiyuddin diceroboh dan empat komputer serta barangan berharga lain didapati hilang.

Pada 19 Mei lalu, lima pejabat Exco di Kota Darulnaim juga diceroboh masuk sehingga menyebabkan kehilangan beberapa dokumen penting dan wang.

Pengurus Media dan Komunikasi Kriss, Ibrahim Mamat berkata, kejadian ceroboh masuk pejabatnya disedari kira-kira jam 9 pagi tadi, apabila seorang kakitangan mendapati mangga pintu besar dikerat.Katanya, dokumen, fail dan barangan lain didapati berselerak di atas lantai.

“Berdasar kepada penelitian awal setakat ini hanya didapati modem internet yang didapati hilang. Pada pandangan kasar mungkin penceroboh mencari maklumat atau sesuatu data.

“Tetapi komputer tidak hilang. Ini tambah meragukan mengapa pula modem yang diambil,” katanya di sini.

Menurutnya Pegawai Unit IT Kriss, Ahmad Riduwan Husein telah membuat laporan polis mengenai pencerobohan itu kira-kira jam 10 pagi tadi di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Bharu.Pejabat Kriss terletak di Jalan Raja Dewa Hilir tidak jauh dari Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Naim Lilbanat.

Ibrahim berkata, berdasar kepada modus operandi di mana pejabat milik pemimpin PAS sahaja yang menjadi sasaran, kemungkinan ia ada kaitan dengan unsur politik.Kemungkinan besar ada lagi pejabat milik pemimpin PAS lain digeledah lagi selepas ini kerana kes serupa berulang beberapa kali.

Ambil berat pandangan Raja Muda Perak


RENCANA PENGARANG
SIASAH

Peringatan atau pandangan Raja Muda Perak, Raja Dr Nazrin Shah supaya pemimpin atau pihak berkuasa dipilih berdasarkan integritinya dan bukan diukur kepada kelayakan perlu diberi perhatian dan tidak dipandang ringan oleh semua pihak.

Begitu juga ingatan baginda agar tidak ada tolak ansur dalam masalah rendah moral dan rasuah hendaklah diberikan perhatian serta dijadikan kayu ukur oleh pihak berwajib dalam membuat perlantikan atau pemilihan pemimpin.

Ternyata hasrat baginda itu menggambarkan betapa perlunya mereka yang mempunyai integriti ataupun akhlak yang tinggi dan mulia bagi menjamin sesutau organisasi, jabatan maupun kerajaan yang dipikul oleh individu atau kelompok bernama pemimpin berjaya dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab mereka.

Keperihatinan baginda itu juga bermakna masalah rasuah dan prilaku rendah moral di negara kini berada ditahap membimbangkan kerana kalau keadaan itu tidak parah masakan baginda turut menyinggung masalah itu.

Sudah pasti maklumat dan juga keluhan umum mengenai masalah rendah moral; rasuah, penyalahguaan kuasa, penyelewengan yang berlaku dalam kerajaan atau institusi masyarakat hari ini sampai ke pengetahun baginda dan ia dipandang serius sehingga bainda mengeluarkan titih demikian.

Memang keraguan dan kebimbangan Raja Muda Perak itu tidak boleh ditolak. Sekiranya pegawai kerajaan atau pemimpin yang menjadi harapan rakyat terlibat degan skandal, rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa, tentulah harapan murni rakyat yang diletakkan atas bahu mereka akan musnah.

Di tangan merekalah terletaknya nasib bangsa dan negara. Jika mereka yang menjadi harapan rakyat juga turut sama melakukan perbuatan rendah moral maka sikap mereka itu tidak ubah seperti mengharapkan pagar, pagar yang makan padi.

Sehubungan dengan titah baginda itu, kita tahu tidak lama lagi pilihan raya umum akan diadakan. Saat itulah nanti mereka yang bakal menjadi calon akan dipilih. Seandainya parti mereka menguasai parlimen maka antara mereka itulah kelak bakal dinobatkan sebagai pemimpin kerajaan. justeru menjadi tanggungjawab parti-parti politik untuk membuat penilaian dan membuat pemilihan yang tepat ke atas calon-calon itu serta mengambil kira apa yang disarankan oleh Raja Muda berkenaan.

Parti politik terutamanya yang dilihat berpeluang untuk memerintah, kena meneliti sebaik mungkin saranan Raja Muda itu. Bakal-bakal calon yang hendak dipertaruhkan nanti sebaiknya mereka yang tidak pernah tersangkut dengan apa-apa skandal, rasuah dan melakukan penyelewengan baik kecil dan besar. Begitu juga mereka yang berpotensi untuk terjelepak dalam kancah rendah moral perlu disingkirkan awal-awal lagi.

Kita bimbang sekiranya parti politik tetap juga memilih mereka yang mempunyai rekod buruk, bermasalah dan terlibat dengan sebarang penyelewengan dan rasuah sekiranya mereka menang nanti, parti berkenaan tidak ada pilihan melainkan melantik mereka.

Apabila orang-orang bermasalah ini terus dipilih dan dilantik maka hasrat dan saranan seperti mana disebut Raja Dr Nazrin tadi tidak sampai ke mana. Ini bermakna badan-badan, institusi atau kerajaan bakal dibentuk kelak tentulah terdiri daripada mereka yang rendah moral ataupun tidak mempunyai integriti yang tinggi.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...