Saturday, April 11, 2009

Bubarkan Dun Terengganu

KUALA TERENGGANU, 13 April: Ekoran desas desus yang semakin kencang usul tidak percaya akan dikemukakan kepada Menteri Besar Terengganu oleh Adun BN sendiri, Adun PAS mencadangkan agar MB Terengganu itu, Datuk Ahmad Said membubarkan Dun bagi membolehkan pilihan raya semula diadakan.

Adun PAS Batu Burok, Dr Syed Azman Ahmad Nawawi dalam kenyataannya berkata, langkah itu adalah yang terbaik untuk negeri Terengganu agar krisis perlembagaan tidak berlaku sebagaimana berlaku di Perak.

Difahamkan, empat pemimpin Umno Terengganu sedang berusaha untuk mendapatkan lampu hijau dari Putrajaya terhadap usaha mereka itu.

Hari ini, sidang Dun Terengganu bermula denga majlis perasmian oleh Yang Dipertua Majlis Penasihat Pemangku Raja (MPPR), Tengku Sri Panglima Raja Tengku Baderulzaman.

6 comments:

uncle nano said...

bubar dun??
uih aku rasa syok gak nih..leh le orang2 BN & PR enjoy g wat kempen ngundi..
pilih le mana yang patut..aku rasa sama saja,PR ke BN ke x da yang banyak beza..aku tak kisah pun, janji aku leh cari makan kat trengganu..takyah cam puak2 BN & PR nih..takda keyakinan diri dalam urusniaga,nak gak pertolongan orang politik bagi isi kantong mereka.
cepat sikit pilihanraya..wat le undi tak percaya tu cepat2 sikit..
yahoo...

dianawijdan said...

uncle,

molek la tu. semoga beralih kepada kepimpinan yang lebih baik. semoga pembubaran dun menjadi kenyataan. lepas tu kisah rasuah yg dibangkitkan dulu oleh pak deris akan dirungkai kembali...

apam taiping said...

uncle nona,

berpolitik adalah kewajipan setiap individu tambahan plak islam.

kalo bn dan pr sama ja,pak cik lehla sokong parti basikal racing...

Naruto Sensei said...

Salam saudaraku

Uncle nano nampak nya anda memang matang sekarang ni.. bagus komen andapun dah berubah 360% harap dapat di teruskan..

Biarpun kita berlainan ideologi tetapi bukan kerana itu maka kita nak bercakaran didalam blog ini. kepada blogs Umno yang lain contohilah Uncle Nano kita berubah dari hujah kosong dan provok kepada hujah berilmiah semoga kita akan ditunjukkan jalan yang benar..

semoga Allah merahmati Uncle nano..

Wassalam

Naruto Sensei said...

Salam saudaraku semua

Memang eloklah sesebuah kerajaan yang tidak kukuh ataupun yang kurang di percayai rakyat dibubarkan supaya rakyat dapat memilih kerajaan yang disukai mereka tak kira BN atau PR.
Ini kerana kita tidak mahu kerajaan yang kurang berwibawa memerintah , kelak akan merosakkan masyarakat itu sendiri.. didalam hal ini saya menyokong saranan bubarkan DUN bukan sahaja di Terengganu malah di Perak juga kerana kerajaan Perak juga di lihat kurang stabil.. jadi bagaimanakah nak memerintah jika tidak stabil dan tak mendapat sokongan??
Kerajaan BN hendaklah mengambil langkah yang wajar supaya mandat yang di perolehi adalah kukuh dan memudahkan untuk memerintah tak kira samaada BN atau PR yang menang kerana itulah prinsip demokrasi yang selama ini kita pertahankan..
perlu buangkan sikap kesombongan kita dengan memberikan kerjasama walau partimana pun yang memerintah..
andaikata BN menang kita hendaklah hormati dan berikan kerjasama semasa pemerintahannya dan begitu jugalah apabila PR menang kerajaan BN hendaklah Hormat dan beri kerjasama dalam pemarintahannya itulah demokrasi yang sebenarnya...
Dan mestilah syarat demokrasi itu dijalankan dengan Adil dan tiada tindakan ataupun penipuan selama demokrasi itu diljalankan..

hendaklah Pilihanraya dijalankan secara Adil dengan semua parti2 bertanding di benarkan menggunakan Jentera dan Media kerajaan kerana ianya milik rakyat dan bukan hak milik parti yang memerintah sahaja..

Andaikata kerajaan dapat mengamalkan kebebasan sebegini saya yakin masyarakat amat berpuas hati walaupun Parti yang mereka sokong kalah dalam pilihanraya..

Wassalam

Hisham Sekretariat said...

Bubar DUN molek sgt tu. Tak sabar nk balik kempen & ngundi

Pengundi Luar KT

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...