Monday, April 20, 2009

Mahkamah arah MB Pahang bayar RM63 juta

KUANTAN, 20 April: Mahkamah Tinggi Kuantan hari ini mengarahkan Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakub agar membayar syarikat pembalakan, Gemilang Makmur, RM63 juta selepas melanggar kontrak dengannya.

(Gambar fail: Pengarah Seruan Gemilang Makmur Sdn Bhd bersama dengan pemimpin Pakatan Rakyat Pahang bergambar selepas memfailkan permohonan pada 30 Julai tahun lepas)

Mahkamah mengarahkan kerajaan negeri menjelaskan bayaran itu dengan kos dalam masa 14 hari mulai hari ini.

Mahkamah Tinggi hari ini membuat arahan itu kepada MB selepas kerajaan negeri gagal dalam permohonannya untuk mengkaji balik keputusan yang telah dibuat oleh Mahkamah Persekutuan berdasarkan perintah mandamus 17 September tahun lalu.

Seruan Gemilang Makmur telah memfailkan tuntutannya di Mahkamah Tinggi 15 Oktober lepas dengan menamakan MB Pahang sebagai respondan dan mendakwa kerajaan negeri Pahang enggan membayar jumlah itu walaupun telah diarahkan berbuat demikian oleh Mahkamah Persekutuan.

Bagaimanapun, pada 20 Mac, kerajaan negeri Pahang mempertikaikan tuntutan itu kerana kerajaan negeri dan Jabatan Perhutanan yang dinamakan dalam tuntutan asal sedangkan MB tidak pernah dinamakan dalam tuntutan itu.

Hakim Abdul Halim Aman dalam keputusan bertulisnya berkata, mandamus adalah arahan yang mengikat sesaorang yang menerima arahan itu untuk dipatuhi.

Seruan Gemilang Makmur telah memfailkan saman kepada kerajaan negeri dan Jabatan Perhutanan Pahang pada 9 Disember 2002 kerana membatalkan konsesi pembalakan yang diberikan kepada syarikat itu.

Mahkamah Tinggi Kuantan pada 25 Mei 2008 telah mengarahkan agar syarikat itu dibayar RM37,127,471.60 dengan interest dari 5 April 2000.

Kerajaan negeri membuat rayuan kepada Mahkamah Rayuan kemudiannya Mahkamah Persekutuan. Keduanya menolak rayuan itu.

Sementara itu, penasihat undang-undang negeri, Datuk Mat Zara'ai Alias berkata, pihaknya akan memohon esok agar arahan itu ditangguhkan.

12 comments:

perunding said...

yang bayar tu nanti duit MBke? aau duit rakyat kerajaan negeri Pahang.
sapa punya salah??
mb pahang ke rakyat pahang?
siapa patut letak jawatan??
mb pahang ke?rakyat pahang??

jaam said...

TAK BOLIH BAYAR HUMBAN DALAM PENJARA, BIAR DIA RASA.

WOUW....!
MESTI ADA PRK KAN!
BAGUSSSS TU.....!

Unknown said...

adnan woi,apa lagi...LETAK JAWATAN lah...memalukan orang pahang aje kamu ni

The Blog Of My Life said...

Mana ada wakil BN berani letak jawatan kecuali dijanjikan sesuatu

http://nmjnh.wordpress.com/2009/04/20/blogger-raja-bahrain-hina-raja-perempuan-kelantan-malaysiakini/

masjid tinggi said...

Bukan MB Pahang je patut letak jawatan, Ketua Menteri Melaka pun kena letak jawatan kerana didapati bersalah oleh lembaga disiplin UMNO kerana politik wang.

Ini juga tak terkecuali dengan Ketua Pemuda UMNO yang baru dengan kesalahan yang sama.

Kalau macam ni, macam mana anak anak muda nak sokong UMNO. Satu Malaysia tahu apa yang berlaku.

Tapi KERAS KEPALA tak mau letak jawatan. Itu yang membuat anak anak muda marah.

Unknown said...

2 tanda nya semua pemimpin umno tak pandai mentadbir dan mengurus kerajaan negeri..........sebab nya semua yang jadi pemimpin berasal dari PIMPIANAN RASUAH......HIDUP DAN MATI HANYA LA RASUAH.........

TABIK DATO NAN.........UMNO DH NAK MAMPUSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSS.....

Islam Hebat said...

salam, Denan ni dasar kaki Rasuah!!! perhabis dan pemeras duit rakyat!!! samseng pulak tu!!!

bertuah kalau Denan yg bayar pakai duit dia!!!

Unknown said...

Ish tak malu ke najisb mughallazah ni mb negeri dia makan rasuah..Dia mesti cover punya..
Macam ali ketam.
Takpe duit kapal selam byk...
Nak tunggu tv3 mereng ada siar ke tak..

moloyue said...

Kawasan balak tu adalah tanah yg diberikan kpd UMNO: begitulah umno lanun merompak hak rakyat. Itulah yg hendak sangat kuasa supaya dapat sapu semua.

shyufi said...

malu nye..
habis la duit mak bapak aku..
aku org pahang!!
malunye..
adnan!!tolong la letak jawatan!!
membazir!!

kikuk kikuk said...

shyufi said...
malu nye..
habis la duit mak bapak aku..
aku org pahang!!
malunye..
adnan!!tolong la letak jawatan!!
membazir!!

,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,

kawe raso c denan ne akey ikuk c ali ketam genjong gok maintain dok jd MB lagi small matter kang najib pong buley cover tu pasal x nork tanding kat PRK Penanti dok g tu ..

PKR Negeri Sembilan said...

Apa lagi Adnan Yaakob ada berani letak jawatan lah!!!

Dah terang mmg bersalah. Mana blogger pencacai balaci umno? Ni bapak menteri besar korang dah bersalah...suruh letak jawatan!

Tang YB Fairus letak jawatan korang gebang itu ini...ni yg terang2 bersalah ni nak umno simpan lagi ker???

Letak jawatan MB n Adun, buat PRK...nak tgk market BN laku ke kat pahang ni....

Ada berani ke???

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...