Thursday, June 4, 2009

Siti Zailah timbalan ketua Dewan Muslimat PAS yang baru

SHAH ALAM, 4 Jun: Dewwan Muslimat PAS Pusat menukar timbalan ketuanya, kepada orang baru apabila Siti Zailah Yusof bekas naib ketua menang menewaskan Wan Hasrina Yusof, timbalan ketua sebelum ini.

Siti Zailah mendapat 142 undi iaitu majoriti 52 undi berbanding penyandangnya yang mendapat 90 undi.

Ketua Dewan Muslimat kekal kepada Nuridah Mohd Salleh yang mendapat 136 undi berbanding pencabarnya Dr Asiah Ali yang mendapat 100 undi.

Berikut adalah keputusan penuh untuk Dewan Muslimat yang diumumkan oleh Ketua Jawatankuasa Pemilih untuk Dewan Muslimat Mohame3d Diah Baharun.

Pengerusi Tetap
Noraini Husain - 81 undi
Nor Hashimah Deraman - 154 undi

Timbalan Pengerusi Tetap
Faizah Ismail - 72 undi
Wan Hamidani Wan Ahmad - 162 undi

Ketua DMPP
Nuridah Mohd Salleh - 136 undi
Dr Asiah Ali - 100

Timbalan Ketua DMPP
Siti Zailah Mohd Yusof - 142 undi
Wan Hasrina Wan Hassan - 90 undi

Exco DMPP
1) Wan Ubaidah Omar - 196
2) Dr Halimah Ali - 173
3) Mastura Mohamad - 173
4) Aiman Athirah Al Jundi - 162
5) Dr Najihatul Salihah Ahmad - 158
6) Dr Siti Mariah mahmud - 156
7) Dr Rosni Adam - 155
8) Azizah Khatib Mat - 147
9) Salbiah Abd Wahab - 147
10) Nurul Huda Yusof - 135
11) Wardatul Jannah Sofia - 125
12) Fatimah @ Zainab Ibrahim - 122

9 comments:

abe MIE 'TERJAH' said...

http://pkrpasdap.blogspot.com

dulu PAS kata wanita haram jadi pemimpin dan terlibat dalam politik.....aurat lah kata Nik Aziz,,,

sekarang siap lantik wakil wanita...

Unknown said...

Itu dulu Abe MIE..bukannya Pas kata wanita haram jadi pemimpin dan terlibat dalam politik cuma masa dan keadaan yang tak sesuai..kerana ada gangguan dan fitnah dari pihak lawan..sekarang keadaan mengizinkan dan Pas berubah untuk mengangkat martabat wanita kerana pentingnya peranan wanita.Muslimat Pas lebih sopan dan tidak mendedahkan aurat sepertimana kebanyakan wanita dan puteri umno..Umno je yang tak mahu berubah ubah,asyik dengan perangai lamanya..

AZRI said...

abe MIE 'TERJAH' said...

http://pkrpasdap.blogspot.com

dulu PAS kata wanita haram jadi pemimpin dan terlibat dalam politik.....aurat lah kata Nik Aziz,,,

sekarang siap lantik wakil wanita...
#####################################

hang ni kan tak ikut perubahan zaman la........

dari dulu sampai sekarang telah ada dewan muslimat pas pusat, hang tak tau ko? atau hang asyik nak terjah aje........kalo ada dewan muslimat mesti ada jawatan....apa la hang ni bodoh betul.........

muslimat pas lebih baik dari wanita umno, tutup aurat dan tidak terlibat skandal.......

hang ni macam letak otak kt kepala lutut aje.........insaf la jangan wt tuduhan yang mencemarkan parti umno, yang sekarang sedang menuju kehancuran........

DongfangWuDi said...

cantiknya jawapan si asri nih...tinggi budi bahasanya...pasti mak bapaknya bangga punya anak sperti ni...

Unknown said...

Layari blog www.PemudaGombak.com, ada liputan menarik tentang muktamar Pemuda PAS Pusat yang bertajuk "Pemuda Selangor Mengamuk dan Bernasyid".

cicitHJHASSANu said...

kuatkan lg kerja muslimat...
bukan setakat wanita umno,lelaki
ameno pun boleh terkucil.

detectiveconan said...

DongfangWuDi said...

cantiknya jawapan si asri nih...tinggi budi bahasanya...pasti mak bapaknya bangga punya anak sperti ni...

June 4, 2009 5:39 PM
--------------------------

eja nama pun tak betoi.. azri la bukan asri.. bengong. mak bapa dia memang bangga dengan dia. lu mana sakit??

wansalman said...

Husam: Lupakan sahaja rundingan PAS-Umno


Hafiz Yatim | Jun 5, 09 3:51pm
Naib Presiden PAS, Husam Musa sekali lagi menegaskan bahawa PAS tidak harus sekali-kali berunding dengan Umno 'yang kini dalam keadaan lemah".

"Saya harap mesej ini diterima bahawa parti ini tidak harus sekali-kali berunding dengan Umno yang merupakan musuh politiknya," katanya kepada pemberita di muktamar parti itu di Shah Alam hari ini.

Katanya, selagi ia menguntungkan Umno, PAS tidak sepatutnya bekerjasama dengan parti tersebut.

Jika tidak, tegasnya, PAS akan dilihat seperti membantu Umno yang kini dalam keadaan yang lemah.

Husam bertanding jwatan timbalan presiden, berdepan dengan penyandangnya, Nasharuddin Mat Isa dan seorang lagi pencabar, Mohamad Sabu yang juga naib presiden.

Proses pengundian bermula jam 3.50 petang ini dan sedang berjalan. Ia jangka berlanjutan sehingga ke malam.

Menurut pengerusi pemilihan, Datuk Mustafa Ali, pengiraan akan dijalankan hari ini, tetapi keputusannya akan diumumkan pagi esok.

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Memang patut Pas jangan sekali-kali berunding dengan parti Umno ni,nama Umno inipun makna nyer adalah najis besar,yang hanya boleh di cuci dengan api.Lebih baik berunding dengan komunis dari berunding dengan Umno.Masa dahulu pandang Pas macam parti kurap..Sekarang siapa kah sebenarnya di jangkiti kurap ?

Lanun tetap lanun susah nak tukar kulit.Betul kata Husam tu.Biar kan Umno mati perlahan-lahan.Berunding bererti membantu mereka.

anonymous said...
This comment has been removed by the author.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...