Monday, July 21, 2008

Rombongan PAS untuk mendengar tawaran BN, kata Khalid Samad

KUALA LUMPUR, 21 Julai: Rombongan PAS menemui Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi sebaik sahaja selesai pilihan raya ke 12, 8 Mac lalu bertujuan untuk mendengar apa tawaran pemimpin Barisan Nasional (BN).

Pemergian mereka juga bertujuan untuk membeli masa (buying time) agar kerajaan Pakatan Rakyat dapat dibentuk dengan selamat di Selangor ekoran masalah yang dihadapi oleh Pakatan ketika itu.

“Kerana itu, ketika kami berunding dan mendengar apa yang dikehendaki dan ditawarkan oleh Pak Lah, Tan Sri Khalid selamat mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Selangor selepas PAS mengeluarkan surat sokongan lepada dia,” kata salah seorang delegasi PAS ke pertemuan itu iaitu anggota Parlimen Shah Alam, Khalid Samad ketika menghubungi Siasah.

Khalid disebut oleh Presiden PAS sebagai salah seorang dari tiga anggota delegasi PAS bertemu dengan Abdullah di Kuala Lumpur selepas pilihan raya umum 8 Mac lalu.

Dua lagi delegasi PAS adalah Timbalan Presiden, Nasharudin Mat Isa dan Pengarah Pilihan Raya PAS, Datuk Mustafa Ali.

Pada asalnya, kata Khalid, Presiden PAS yang akan mengetuai delegasi itu. Namun selepas berbincang, mesyuarat memutuskan Presiden digantikan oleh Datuk Mustafa Ali.

Khalid juga berkata, Datuk Dr Hassan Ali juga dikeluarkan dari senarai delegasi itu kerana kelihatannya perbincangan adalah mengenai Selangor dengan kehadiran Datuk Seri Khir Toyo di sebelah sana.

“Kerana itu saya dimasukkan untuk menggantikan Dr Hassan Ali untuk mengelakkan bertembung kepentingan berlaku,” jelas Khalid yang merupakan timbalan pesuruhjaya PAS Selangor.

Pada peringkat awalnya, beliau sendiri tidak bersetuju dengan pertemuan itu tetapi selepas dibincangkan atas dasar janji telah dibuat, mereka bersetuju untuk bertemu dengan pimpinan BN yang diadakan di sebuah rumah kerajaan berhampiran bangunan Parlimen itu.

“Yang pasti tidak ada langsung dalam perbincangan sesama pimpinan PAS, pergi jumpa dengan pimpinan Umno ini untuk bekerjama dengan mereka. Yang ada untuk memenuhi janji dan mendengar apa mereka nak tawarkan.

“Jadi kami dengar dan kata ya ya…tetapi kami tak boleh buat keputusan, kena bawa kepada parti dahulu,” jelas Khalid. Atas alasan itulah juga, katanya, Presiden tidak pergi ke pertemuan itu kerana tidak mahu sebarang komitment dibuat atas kuasanya sebagai presiden.

“Khir Toyo bukan main tawadhuk dalam perbincangan itu. Kepada saya saja tiga kali dia tolong tuangkan air,” kata Khalid lagi.

Ketika ditanya, apa punca jemputan itu dibuat oleh Umno, Khalid berkata, ia bermula dengan kerisauan Umno selepas DAP banyak menang di Selangor dan nasib orang Melayu selepas itu.

Namun, bagi Khalid, keikhlasan Abdullah untuk membincangkan kepentingan Melayu dan Islam hancur selepas beliau mengumumkan tentang pertemuan ini.

Bagi beliau, Abdullah cuba menimbulkan kesangsian di kalangan anggota Pakatan Rakyat terhadap PAS dengan mendedahkan perkara ini ketika berita angin tersebar kononnya PAS hendak bekerjasama dengan Umno.

Padahal, katanya, delegasi itu tidak ada mandat langsung dari parti untuk berbincang soal kerjasama dengan BN.

“Misi kami adalah fact finding (mendengar) dan engagement (berbincang) dan tidak ada langsung usaha untuk bekerjasama dengan Umno,” kata Khalid.

“Nampak sangat Abdullah berniat jahat untuk sabotaj usaha-usaha untuk membawa masuk anggota Parlimen dari Sabah dan Sarawak untuk menyertai Pakatan. Ini kerana, jika PAS tidak bersama Pakatan buat apa mereka mahu masuk Pakatan,” beritahu Khalid.

Mengulas soalan kononnya PAS dipinggirkan dalam Pakatan Rakyat, Khalid berkata, ia tidak benar sama sekali.

“Benar kita menang 83 Dun, DAP 73 dan PKR 40 kerusi lebih. Tetapi dalam masa yang sama kita dapat tiga MB, PKR ada satu dan DAP pun dapat satu sahaja. Takkan PAS nak lebih dari itu. Tak kan nak jadi MB di Selangor juga….itu tamak namanya,”kata Khalid.

43 comments:

suhaimi said...

salam......

poklah dah terdesak...kejap lagi nk melingkuplah....

kayemsee said...

Dollah..dollah...rupanya dah lama perjumpaan tu...baru sekarang nak bangkitkan sebab apa...tentu ada agenda tersembunyi...gunalah taktik lain...nampak sgtlah dia dah terdesak...sudah sudah la tu Dollah...

roh_insan said...

Dari ape yg Khalid Samad ni jelaskn kite dpt lihat betape kelam kabut nye umno selepas berlangsung nye pru12.

Mari lah kite doa kan agar PR mampu menjadi kuase terpenting didlm MENTADBIRKN M'sia kearah sebuah Negara Bertemaddun yg beteraskn Islam sebenar.

Kpd delegasi2 Pas yg diketui olih Khalid Samad sekalung tahniah saye ucapkn atas kebenaran yg diperkatekn.

Agak2 apelah komen org2 umno yek.terutame Utusan M'sia' setelah membace komen ni.Yg pasti biase lah,org umno......

ayubzainy said...

itulah mereka dikalangan orang- orang yang rugi, dalam al-quran dh sebut , kebinasaan dan kehancuran satu kaum / bangsa / negara adalah daripada tangan- tangan mainusia itu sendiri.. sendiri mahu ingat laaa..

bn@umno said...

Pas PATUT bergabung dgn BN barulah kerajaan malaysia yg dipimpin oleh Parti BN akan terus bertahan dan kukuh.Mmg ada dikalangan penyokong Pas tak setuju dgn gabungan ini tapi pemimpin PAS perlu ingat gabungan ini adalah untuk kebaikan bersama dan negara.Kepada pemimpin PAS, lupakanlah sejarah hitam yg telah berlalu semasa bersama umno itu dulu, skg ni tumpukanlah gabungan antara PAS dan BN.

Money4Free said...

Umno nak meminang PAS...kena tgk la kelayakan UMNO tu.Layak ker? Perangai elok ker?Kerja ada ker? Latar belakang bersih ker? Tu semua kena ambil kira.Orang nak meminang, biarla.Setuju atau tidak nak menerima pinangan, itu soal lain.Tapi yg pasti memang Umno sekarang tergila gilakan PAS.Dulu sombong tak terkata.

M.Sulaiman (utohkacil) said...

Anda jangan terlalu ghirah dan bergembira dgn kejayaan Pakatan Rakyat setakat ini.

Tahu kah anda kita akan semakin tunduk dan akan terus di tunduk kan oleh bangsa kafir ini.

Sebagai contoh, mereka telah berani dan terang2 menuntut hak2 yg sama seperti kaum bumiputera.

Mempertikaikan hak2 agama dan bangsa kita.

Kita terpak sa kena menurut kehendak2 mereka ini. Kunun nye kemenangan Pakantan ada lah kerana sokongan mereka.

BN(UMNO) terpaksa menurut kehendak mereka kerana BN(UMNO) telah lemah dan perlu mendapat sokongan dari mereka.

Dengan cara ini mereka telah memperdaya dan memper guna kan melayu. Akhir nye melayu juge yg kerugian.

Melayu harus sedar dan bersatu sebelum terlambat. Kerana tuntutan dan desakan mereka semakin sehari semakin bertambah.

abdrahim kassim said...

Sdr. Pengarang,

Bagus Sdr. Khalid. UMNO ini diibaratkan seperti orang yang kena penyakit kanser yang sudah sampai stage 5. Hanya tunggu masa sahaja nak jalan.

PAS sekarang ini sepatutnya jangan layan apa pun kenyataan UMNO. Cukuplah dengan kenyataan Presiden PAS dan saudara buat ini.

Biar UMNO "mati kering". Apa dia cakap pun sekarang ini orang bukannya nak percaya.

M.Sulaiman (utohkacil) said...

*********************************

Bagus sangat le tu!

Berpakatan dgn kafir!

Bagai mana PAS nak perjuangkan Islam, sedangkan berganding bahu bersama rakan yg "TERANG DAN NYATA ANTI ISLAM - DAP!"

***********************************

abdrahim kassim said...

Saudara Pengarang,

utuhkacil dan bn@umno,
Bila dah nazak, baru tahu nak sebut tolong Melayu. Selama hari ini siapa yang khianat pada bangsa Melayu kalau bukan UMNO.

Siapa yang pandai-pandai ubah perlembagaan kurangkan kuasa raja-raja, bukankah UMNO.

Siapa yang tindas orang-orang Melayu di Terangganu dan Kelantan kerana mereka sokong PAS, bukankah UMNO.

MCA atau MIC tidak akan berani suruh UMNO rampas wang royalti minyak Terangganu kerana negeri itu majoritinya orang-orang Melayu tetapi UMNO sanggup buat.

MCA dan MIC tidak akan berani suruh tembak orang-orang PAS di Memali tetapi UMNO buat.

Jadi, hiqam jangan bungul sangat....ayuh buqah.. tinggalkan UMNO tu.

M.Sulaiman (utohkacil) said...

Di kala melayu(Islam) di ambang kemusnahan, kita orang2 melayu(Islam) harus berfikir secara fakta logik bukan emosi dan dendam!

Anda lihat dan dengar disekeliling anda, hampir setiap hari kaum cina dan india mengajukan berbagai tuntutan dan ugutan terhadap kuasa pemerintah melayu.

Anda sedarkah berkenaan tuntutan perkataan "Allah" akan di gunakan di gereja dan kitab2 risalah Kristian?

Cina dan india dah mula tunjuk belang, berani mempertikaikan hak2 melayu. Ini belum berkuasa penuh (Kerajan Pakatan Rakyat) Malaysian Malaysia.

Bangsa kafir ni, jangan haraf mereka akan bersifat jujur terhadap Islam. Di serata dunia, bangsa kafir ini berusaha menghapus kan Islam.

YB Karpal Singh dgn terang berkata: "langkah Mayat nye" klu mahu tubuh kan Negara Islam!.

Mengapa anda sebagai orang melayu(Islam) masih mahu menyokong manusia yg "ANTI MELAYU DAN ANTI ISLAM"?

Tidak faham atau tidak mengerti kah anda bahawa sokongan Bangsa Kafir ini hanya dusta dan kepura2an sahaja.

Anda harus baca balik sejarah keruntuhan Kerajaan Islam di Spain.

Islam memerintah lebih 500 tahun, akhir nye runtuh dan musnah kerana pemimpin Islam berpecah dan bermusuhan sesama sendiri.

Jika kita terus berpecah dan bermusuhan seperti ini, tidak mustahil satu hari nanti Melayu(Islam) di Malaysia akan runtuh dan musnah juga!

M.Sulaiman (utohkacil) said...

Untuk pengetahuan anda 'utohkacil' buka penyokong UMNO, PAS atau PKR.
Jauh sekali Parti Kafir Laknat tullah - DAP!

abdrahim kassim said...

Sdr. Pengarang,

utuhkacil,

Kita jangan terikut sangat rentak yang dimainkan oleh UMNO berkenaan dengan bangsa.Inilah modal mereka untuk kekal berkuasa.

Bukankah orang-orang Melayu masih bangsa yang dominan dan majoriti di negara ini.

Jarang sekali berlaku bangsa yang majoriti dalam sesebuah negara, takut kehilangan haknya kecuali orang-orang Melayu UMNO.

Bangsa-bangsa lain itu mendesak kerana mereka merasakan kita tidak berlaku adil kepada mereka. Kita nafikan hak mereka sebagai warganegara.

Kita anggap orang-orang Cina dan India seperti mereka bukan warganegara, sedangkan mereka lahir di sini sejak datuk nenek mereka lagi.

Bukan semua orang-orang Cina dan India itu kaya. Berapa ramai yang sengkek dan papa kedana. Orang-orang ini perlu dibela. Orang-orang inilah yang sekarang ini banyak menyokong Pakatan Rakyat.

Kita jangan lupa, ramai kalangan orang-orang Melayu yang bangga sebagai bumiputera tetapi baru merupakan generasi kedua dan ketiga, sedangkan ramai kalangan orang Cina dan India merupakan generasi kelima dan keenam di negara ini.

Soal mereka meminta dalam hal-hal yang menyentuh agama, perkara ini bukan perkara besar tetapi pemerentah yang lemah menanganinya.

Orang Islam tidak menjadi kafir kerana orang-orang kristian menyebut nama Allah tetapi di Malaysia ramai orang-orang Melayu menjadi murtad kerana pendidikan agama tidak dititik beratkan, sebaliknya masyarakat disumbat dengan fahaman kebendaan.

Allah bukan milik orang-orang Islam sahaja tetapi sebaliknya Allah yang memiliki makhluk di langit dan di bumi.Kenapa kita takut kalau mereka mahu menyebut nama Allah.

Jadi hati-hati, jangan termakan isu-isu bangsa dan agama yang didendangkan oleh UMNO.

Kita jadilah manusia yang bebas berfikir dan bukannya manusia yang dijajah pemikirannya.

M.Sulaiman (utohkacil) said...

Kemenangan PAS & PKR hanya sementara!
*************************************

PAS, PKR & DAP memenangi banyak kerusi pada PRU12 yg lalu hanya di sebabkan rakyat memberi isyarat kpd DSAAB untuk berundur sahaja.

Pada PRU13 nanti Pakatan Rakyat tidak akan dapat memperolehi sokongan seperti PRU12.

Dewasa ini orang2 melayu sudah sedar kesilapan mereka kerana mengundi Pakatan Rakyat.

Pakatan Rakyat memperjuangkan 'Malaysian Malaysia'. Menyama rata kan semua kaum, melayu cina dan india.

Apa yg saya tekan kan ialah perpaduan ummah. Melayu(Islam) mesti bersatu.

Bangsa cina memang sudah di akui kemantapan ekonomi nye, sekarang di tambah pula kekuatan politik nyr melalui Pakatan Rakyat.

Sekarang bangsa makan babi ini telah mula berkuasa politik pula.

Anda akan lihat, 100 tahun lagi pun belum tetentu P.Pinang boleh dapat di kuasai oleh Melayu.

Cina, bila dah dapat kuasa mereka tidak akan lepaskan walaupun mati di kerat!

cuba anda lihat, di P.Pinang PAS tidak di beri apa2 jawatan dlm kerajaan DAP P.Pinang. Ini kah yg di namakan Pakatan Rakyat?

Pas penah memerintah Terengganu pada PRU10 yg lalu, mengapa hanya boleh bertahan satu penggal sahaja?

Kemenangan PAS itu bukan atas dasar parti PAS kuat. Tetapi kerana rakyat Terengganu tidak suka MB nye sahaja. Setelah MB itu gugur PAS pun gugur juge.

Sekarang anda tunggu PRU13 nanti, PAS & PKR akan hangus. Hanya DAP akan terus kekal berkuasa di P.Pinang.

Sebenar nye cina sudah tahu mereka tidak boleh berkuasa di mana2 negeri kecuawali P.Pinang. Cina telah mengunakan PAS & PKR untuk menakluki P.Pinang.

Di Perak dan Selangor pula cina telah berjaya menubuh kan kerajaan 'boneka', PAS & PKR.

PAS & PKR telah banyak berjasa kepada cina.

M.Sulaiman (utohkacil) said...

sdr abdrahim,

perkataan 'Allah" yg di perjuangkan oleh gereja itu se mata2 untuk mengelirukan umat Islam. Terutama nye gulungan muda yg cetek dan lemah pengetahuan agama Islam nye.

M.Sulaiman (utohkacil) said...

Kemenangan PAS & PKR hanya sementara!
*************************************

PAS, PKR & DAP memenangi banyak kerusi pada PRU12 yg lalu hanya di sebabkan rakyat memberi isyarat kpd DSAAB untuk berundur sahaja.

Pada PRU13 nanti Pakatan Rakyat tidak akan dapat memperolehi sokongan seperti PRU12.

Dewasa ini orang2 melayu sudah sedar kesilapan mereka kerana mengundi Pakatan Rakyat.

Pakatan Rakyat memperjuangkan 'Malaysian Malaysia'. Menyama rata kan semua kaum, melayu cina dan india.

Apa yg saya tekan kan ialah perpaduan ummah. Melayu(Islam) mesti bersatu.

Bangsa cina memang sudah di akui kemantapan ekonomi nye, sekarang di tambah pula kekuatan politik nyr melalui Pakatan Rakyat.

Sekarang bangsa makan babi ini telah mula berkuasa politik pula.

Anda akan lihat, 100 tahun lagi pun belum tetentu P.Pinang boleh dapat di kuasai oleh Melayu.

Cina, bila dah dapat kuasa mereka tidak akan lepaskan walaupun mati di kerat!

cuba anda lihat, di P.Pinang PAS tidak di beri apa2 jawatan dlm kerajaan DAP P.Pinang. Ini kah yg di namakan Pakatan Rakyat?

Pas penah memerintah Terengganu pada PRU10 yg lalu, mengapa hanya boleh bertahan satu penggal sahaja?

Kemenangan PAS itu bukan atas dasar parti PAS kuat. Tetapi kerana rakyat Terengganu tidak suka MB nye sahaja. Setelah MB itu gugur PAS pun gugur juge.

Sekarang anda tunggu PRU13 nanti, PAS & PKR akan hangus. Hanya DAP akan terus kekal berkuasa di P.Pinang.

Sebenar nye cina sudah tahu mereka tidak boleh berkuasa di mana2 negeri kecuawali P.Pinang. Cina telah mengunakan PAS & PKR untuk menakluki P.Pinang.

Di Perak dan Selangor pula cina telah berjaya menubuh kan kerajaan 'boneka', PAS & PKR.

PAS & PKR telah banyak berjasa kepada cina.

bn@umno said...

Utohkacil,

Wah nampaknya kau dah beralih menyokong BN.sebelum ni bukan main lagi kau kutuk, caci dan sindirkan BN.Kepada Utohkacil, bukankah sebelum ni aku dah cakap dgn kau bahawa PR mmg tak boleh dipercayai dan mmg banyak kelemahan.Skg baguslah kau dah insaf dan dah balik kepangkal jalan.Kepada penyokong PR yg lain marilah sama-sama kita menegakkan dan mengukuhkan lagi Parti BN di malaysia.

M.Sulaiman (utohkacil) said...

sdr bn@umno,

saya tidak pernah menyokong UMNO yg dah jadi BUSUK dan akan bertambah busuk itu!

Sudah berkali2 saya katakan,saya juga bukan penyokong PAS atau PKR.

Apa yg sedang saya fikirkan ialah semata2 untuk kepentingan melayu dan umat Islam sahaja.

UMNO tidak akan pulih, selagi masih ada ramai pecacai2 yg tamak, gila kuasa dan tidak jujur.

Anda teruskan lah sokong UMNO yg dah BUSUK dan akan BERTAMBAH BUSUK.

M.Sulaiman (utohkacil) said...

Kemenangan PAS,PKR & DAP pada PRU12 yg lepas se mata2 berpunca dari KEBURUKAN UMNO.

Di sebabkan dari keburukan UMNO ini maka melayu(Islam) yg terpaksa menanggung azab sensara.

Dari keburukan UMNO ini juga kaum cina telah mengambil kesempatan untuk membena kuasa.

Ternyata cina telah dapat menguasai 3 buah negeri, dgn memperalatkan PAS dan PKR.

Sekarang melayu(Islam) sudah tiada pilihan lain, kecewali bersatu untuk mengembali kan kuasa.

PAS terpaksa bersama dgn UMNO yg BUSUK. Tetapi adalah lebih baik dari DAP yg terang dan nyata anti melayu dan anti Islam.

bn@umno said...

utohkacil,

apa yg nak dimalukan?kalau ko nak menyokong BN ape salahnya?terus-terang jelah.aku dpt rasakan cara penulisan ko tu mmg comfirmed ko dah sokong BN.nampaknya perjuangan aku selama ini kat sini mmg tak sia-sia sekurang-kurangnya perjuangan aku telah diterima oleh ko.Aku akan teruskan perjuangan untuk memperkukuhkan BN walaupun penuh dgn onak dan duri. teruskanlah perjuangan menyokong BN.

M.Sulaiman (utohkacil) said...

sde bn@umno,

manusia seperti anda memang tida reti bahasa, anda lebih suka melayu(Islam) musnah daripada menyelamatkan nye.

Anda lebih pentingkan UMNO dari bangsa melayu(Islam).

UMNO sebenar nye tidak pernah pentingkan bangsa melayu(Islam)Itu sebab nye bangsa melayu(Islam) berkeadaan begini

Tujuan PAS digabung kan dgn UMNO tidak bermakna PAS menyokong UMNO. Pengabongan ada lah semata2 bertujuan untuk perpaduan melayu(Islam) kerana UMNO sudah gagal selama lebih 50 tahun memerintah.

M.Sulaiman (utohkacil) said...

sdr bn@umno,

MELAYU BODOH,

MELAYU SENTIASA DI PERBODOH KAN,

SEHINGGA MELAYU TELAH MENJADI 'BODOH SOMBONG'

bn@umno said...

utohkacil said,

Tujuan PAS digabung kan dgn UMNO tidak bermakna PAS menyokong UMNO. Pengabongan ada lah semata2 bertujuan untuk perpaduan melayu(Islam) kerana UMNO sudah gagal selama lebih 50 tahun memerintah.


Hey utohkacil, kenyataan yg ko buat seperti di atas mmg menunjukkan ko tu mmg cetek pemikiran dan masih kebudak-budakkan.kalaulah Pas bergabung dgn Umno bermakna Pas menyokong BN.kalau Pas tak sokong BN ape kejadahnya Pas mahu gabung dgn BN.Gunakanlah akal ko yg dikurniakan oleh tuhan tu untuk berfikir jgn pulak komen ikut sedap hati ko je.kenapa ko kata Umno tak pernah mementingkan org melayu?ape buktinya?Bukankah Umno sedang mempertahankan ketuanan melayu?pemikiran ko ni mmg terbukti masih belum matang dan perlu diasah lagilah.Aku cukup malulah Malaysia mempunyai org seperti ko.

malinja bonzer said...

Walaupun Pas adalah lelaki yang tidak kaya namun ramai gadis-gadis yang tergila-gilakannya.Maklumlah Pas lelaki yang warak, bersopan santun, budi pekerti tinggi,jujur, dan semua kebaikan ada padanya. Kadang-kadang agak sukar untuk memilih gadis-gadis untuk dijadikan pasangan hidup.Dalam ramai gadis-gadis ada seorang gadis bernama AMNO.Sigadis ini orang berada tetapi perangainya yaallah punyalah teruk. Ada hati nak ajak Pas kahwin.Bukan saja perangainya teruk semua keburukkan ada pada gadis ini.Rupa gadis ini taklah berapa cantik. Mukanya penuh dengan kudis, Bukan itu saja ,tangannya penuh dengan kurap hasil dari mengambil dan mencuri harta .Mulutnya rabit hasil daripada bercakap dusta dan membuat fitnah.Hidungnya penyet.Matanya juling.Telinganya tuli dari ayat al quran Seluruh tubuhnya penuh dengan kebusukkan umpama taik dalam tandas.Tidak ada satu tempat pada tubuh gadis ini nampak elok.Itupun teringin nak mengajak PAS kahwin.Anunya entah pada siapa yang diserahkannya.Hari ini dia merayu-rayu minta Si jejaka yang tampan ini meminangnya. Dia sanggup buat apa saja asalkan hajatnya tercapai.

Kepada
Semua jejaka di Malaysia
BERHATI-HATI DENGAN GADIS INI.

Unknown said...

pokoknya ialah PAS terlalu naive, tidak belajar dari pengalaman. tidakkah PAS terfikir di dalam pertemuan ini siapa yang untung, UMNO ikhlas atau tidak? itu sebabnya PAS selalu dikenakan. di dalam PR PAS rasa dipinggirkan dan semasa di dalam BN dulu dipergunakan dan ditendang macam anjing buruk kepala. masih tidak serik-serik lagi!

hah tengok sekarang kan sudah merah muka! abdullah mengaut keuntungan political mileage bagi pihak UMNO. PAS pula terkial-kial mencari alasan mewajarkan pertemuan itu. Nah sekarang baru terasa yang abdullah cuba memecah-belahkan PR. jadi bukankah PAS tersalah baca apa yang tersirat?

saya nak kata padan muka nanti orang PAS marah pula! tapi itulah hakikatnya.

M.Sulaiman (utohkacil) said...

Era kepimpinan melayu(UMNO) sudah nyata nampak sampai kepenghujung nye.

KEJATUHAN KEPIMPINAN MELAYU(UMNO) INI DI SEBAB KAN KEBODOHAN PEMIMPIN UMNO ITU SENDIRI.

Gila kuasa, hasad dengki,tamak mengumpul harta kekayaan tanpa peduli untuk membangunkan melayu.

Apabila ada parti yg bersimpati terhadap melayu(Islam), dikatakan parti itu hendak mengukuhkan UMNO. Bodo punya umno!

Memang benar, PAS jangan melepaskan anjing tersepit!

Belum di lepaskan pun dah mula nampak tunjuk kan garang hendak mengigit.

Adalah lebih baik di biarkan UMNO itu runtuh dan tumbang. Pada masa itu melayu dlm UMNO itu dgn sendiri nye akan berhijrah ke sebuah parti melayu yg berteraskan Islam.

Hamzali said...

Membaca kisah PAS dan UMNO ni macam baca buku sejarah melayu. Dulu masa PAS join UMNO, emak saya pejuang PAS yang sanggup kehilangan tanah, rumah dan perniagaan kerana melawan kerajaan UMNO Trengganu. Sebaik saja PAS join UMNO dia menangis kerana pemimpin PAS sanggup merendahkan diri dan mertabat kerana fikirkan jawatan menteri. Mak aku duduk diam. Selepas revolusi dalam PAS dan kembali kepada landas perjuangan asal, Mak aku pun aktif balik dan sekali lagi kena buli oleh kerajaan UMNO Trengganu melalui pegawai kerajaan seperti DO dan sebagainya. Mak aku tak minta apa-apa dari PAS dia Muslimah yang paling lama jadi ahli PAS diMalaysia ni. Dua hari lepas aku bawak dia kat KL ni dan beritau dia tentang perjumpaan ini. Dia kata kalu lah PAS ni join dengan UMNO aku akan sembahyang hajat agar pemimpin PAS yang cuba-cuba nak jual maruah ni hidup susah dunia akhirat. Jadi nak ingatkan pemimpin PAS yang cuba-cuba nak berkompromi dengan UMNO ingat-ingat lah pengikut yang macam MAk aku kerana nereka ni ramai dan mereka berjuang untuk AGAMA ISLAM bukan je kerana BANGSA. Melayu tu penting tapi tak sepenting AGAMA. Kekalkan landasan perjuangan seperti mana diasaskan oleh pemimpin dahulu. Buangkan sifat tamak, haloba, keduniaan yang bukan-bukan jadi pemimpin MELAYU yang benar-benar ISLAM. INGAT INGAT INGAT jangan sampai MAK aku sembahyang hajat, kerana orang yang dianiayai doanya makbul. Wasallam

SHADAN HJ OTHMAN said...

sdr hamzali, aku rasa lebih baik mak ko sembahyang hajat buka hati mb perak...dia lg pulak sanggup menandatangani perjanjian PANKOR11.itu lg rosak..sekarang ni sekurang-kurangnya melayu dpt bersatu balik dari kita menyokong DAP yg pernah mengatakan pada PAS yg "PAS JGN MIMPI DAPAT MEMBINA NEGARA ISLAM"...

M.Sulaiman (utohkacil) said...

sdr shadan,

Jika benar PAS ada menandatangani P.P 11, ia nye tidak seburuk seperti UMNO dah lakukan terhadap bangsa dan negara.

Mengapa anda tidak pernah pertikaikan keburukan UMNO yg telah menyerahkan Singapura kepada bangsa cina?

Mengapa anda tidak pernah pertikaikan UMNO membiarkan P.Batu Putih di rampas Singapura?

Di saat ini sedang berlaku pula penjualan hartanah kepada cina Singapura :'Pembangunan Wilayah Seri Iskandar' di selatan Johor!

Ribuan hektar tanah melayu di Johor telah di kuasai oleh cina Singapura, ini tidak termasuk 'kawasan tadahan air' Singapura di Johor.

Kawasan tadahan air ini, menurut perjanjian yg di buat oleh UMNO ada lah untuk se lama2 nye, 'selagi ada bulan dan matahari'

Andakcarey said...

Jelas sekali umno telah cuba menipu pas utk kali kedua,nampaknya selepas pada tiga perjumpaan,ternyata pas kena tipu lagi bila isu ini digemburkan dalam media massa pro kerajaan. tujuannya hanyalah untuk memberitahu pakatan rakyat yang pas telah menikam pakatan rakyat dari belakang.cerdik cerdik org pas rupa-rupanya org umno lagi cerdik.

suhaimi said...

salam.....

umno bukannya cerdik,tp pembelit........

labulabi said...

sembang bab UMNO ni
aku kadang kesian juga
tengok-baca-dengar, ahli dan penyokong UMNO dok pulun sakan sokong UMNO/BN.
bukan apa, depa pulun sakan bagi menang, tapi bila menang, depapun kena taram macam orang yang menentang UMNO/BN juga.
mana tidaknya, harga minyak naik, harga barang naik, cukai- semua jenis cukai naik - depa yang "naik minyak" sama - puak atasan UMNO senang lenang. itu baru sikit contoh. Contoh lain, kat KL/Selangor banyak le, masa khir toyo perentah selangor dulu - sampaikan puak yang sokong UMNO/BN menangis marahkan UMNO/Bn sebab kena sepak terajang/ dihalau dari kampong yang mereka teroka.Banyak lagi le kezaliman UMNO/BN.
Tapi yang paling zalimnya UMNO/BN ni ialah selagi ada "tanah melayu" semua bagi kat orang lain atas nama pembangunan, melayu dihalau/disepakterajang macam anjing kurap - entah kemana nak pegi tak tau. Yang kedua, kezaliman UMNO/BN ialah kawasan undi melayu dipecah dijadikan kawasan undi bercampur, untuk tumbangkan melayu/Islam, kawasan majoriti melayu macam Grik, bukit gantang dan banyak lagi le kat perak tu(termasuk negeri lain juga), bagi kat MCA, MIC, Gerakan dan lain lain. akhirnya melayu hilang majoriti. Negeri melayu dinafikan pertambahan kawasan pilihanraya. bila DAP dan PKR menang, baru terkejut berok, kalu depa masih menang lagi, rasanya 5/6 malaysia diberikan kepada MIC,MCA, gerakan dan seumpamanya, UMNO-PAS dapat "sekolit tet", pasai banyak lagi kawasan melayu majoriti pecah bagi jadi minoriti, lepas tu selagi ada "tanah melayu" bagi kat orang lain, habih depa jadi mejoriti leee - tau tak wahai pencacai UMNO/BN, itu sebabnya orang lain menang besaq, dah UMNO/BN hanya makan persen, semua tanah dan kawasan pilihanraya bagi kat MIC,MCA, gerakan dan sealiran dengannya, oleh itu jangan marah dan terkejut berok, kalu DAP menjadi dominan, dah UMNO/BN buka selaus luasnya kat depa.
Faham tak wahai pencacai UMNO/BN. Hangpa bunuh melayu-islam, hangpa pulak marah kat PAS-DAP-PKR. PIIIII marah kat UMNO/BN sebab terlalu banyak makan persen sampai melayu-islam lingkup.

hafiz said...

Khalid & gang...ini jerat umno... kalau teruskan jugak... pas tiada lagi dihatiku!!!! Pakatan Rakyat Pakatan Keramat!

ikan said...

Utohkacil,

Kau kata PR pun tidak BN pun tidak, aku ingat kau ni penyokong parti komunis melayu la.. parti komunis yg memperjuangkan melayu..

M.Sulaiman (utohkacil) said...

Suka ati kau le 'ikan'

nak cakap ape pun cakap le!

itu hak kau becakap - macam ikan

bn@umno said...

cukup tepat sekali Utohkacil ni hanya penyokong parti komunis je malah tak layak pun mengundi atau memberi komen tentang hal-hal yg berkaitan dgn politik negara.

bn@umno said...

Utohkacil,

Aku dah cakap dgn ko, kalu ko cakap ko tu penyokong BN taklah orang kutuk ko, skg ni 'ikan' dah tuduh ko penyokong Parti komunis pula, mmg padan muka kolah dah kena sebijik.

M.Sulaiman (utohkacil) said...

utohkacil ni keturunan panglima perang, semasa peperangan banjar dgn cina di Sungai Manik selepas kekalahan Jepun.

Pada masa itu ramai manusia seperti 'bn@umno' di timpas mati oleh datok saya kerana jadi tali barut cina.

Rupe nye masih ada lagi keturunan nye yg masih hidup.

peon pencen said...

Sah! si bn@umno ni 'batu api' yg sangat aktif bergiat dlm UMNO untuk memecah belah kan orang2 melayu.

Celak punya batu api!
Pi mampus le kau, di panah linto'

bn@umno said...

peon pencen,

apakah bukti yg menunjukkan aku ni hendak memecah belahkan melayu?Aku mmg cukup sokong PAS dan Umno bergabung bagi menjaga kebajikan orang melayu tapi masalahnya yg ko menentang gabungan PAS dan Umno tu buat ape?bukankah dgn cara ko dan 'kroni' ko tu maka boleh memecah-belahkan lagi orang melayu?kalau nak mengata orang tu cermin-cerminlah diri sendiri dulu jangan dok rembat sesuka hati je.akhirnya memakan diri sendiri.Tindakan Ko dan penyokong PAS yg menentang gabungan PAS dan Umno ternyata dan jelas akan memecah-belahkan lagi org melayu.

Unknown said...

Ngape baru sekarang ada yang nak menyokong umno dan PAS bergabung. Ngape baru sekarang nak sibuk pasal nak menyatukan melayu. Ngape baru sekarang nak mendekatkan diri dengan rakyat. Ngape tak dari dulu lagi buat semua tu.. bila dah nazak baru ingat melayu. bila dah nazak baru ingat islam. Kalau tidak, masa sihat dulu pulun semua yang ada. Kawasan yang diwakili pembangkang jangan mimpilah nak dapat pembangunan. Kalau ada pun macam melepas batuk ditangga. Sampai nak mohon rumah murahke, rumah rakyatke, kalau tak jadi ahli umno .. pi main jauh2. Melayu apa macam tu. Islam apa macam tu. Tak payahlah nak bersandiwara.. kuasa melayu hapus konon. Islam terpinggir konon. Siapa punya kerja semua ni kalau bukan umno. Siapa yang tarik balik bantuan SAR, kalau bukan umno. Siapa roboh masjid dan surau kalau bukan umno. Siapa yang roboh rumah bangsa sendiri yang telah lama meneroka di Bandaraya KL, kalau bukan umno. Siapa yang pecat MUFTI kalau bukan umno.

peon pencen said...

Sian nye si beruk 'bn@umno'!
Bila dah terasa pokok yg di tenggek nye dah nak tumbang, baru le memekek lolong minta tolong!

ilham_sufi said...

UMNO KINI NAZAK.

PAS MAKIN KUAT.

YANG NAZAK TENTULAH MCARI YG KUAT UTK TRUS BNYAWA.

TAPI INGAT,PAS MPERJUANGKAN ISLAM

UMNO MJUAL KPENTINGAN ORG MELAYU N MPERLEKEHKAN ISLAM

IBARAT AIR N MINYAK TAKKAN BCAMPUR.

SELAMAT TINGGAL UMNO

MAAF KERANA TPAKSA DIKEBUMIKAN AWAL MESKIPUN KAU BLUM MNINGGAL

KERANA HIDUPMU IBARAT SAMPAH N NAJIS KPADA RKYAT MALAYSIA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...