Friday, May 16, 2008

Royalti Terengganu: MB tidak tahu ke mana diberikan

KUALA TERENGGANU, 16 Mei: Apa sudah jadi? Siapa betul? Ke mana wang itu? Begitulah pertanyaan yang berlegar di kalangan rakyat negeri ini berhubung peruntukan daripada Dana Khas Kerajaan Persekutuan (DKPP) yang diterima kerajaan negeri sejak 2004.

Ini berikutan kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk Amirsham A Aziz semasa menjawab soalan Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail (PKR-Permatang Pauh) pada persidangan Dewan Rakyat, 13 Mei lalu.

Katanya, dalam tempoh tiga tahun bermula 2004, Petronas telah membayar sejumlah RM26.8391 bilion sebagai royalti kepada Kerajaan Persekutuan, Terengganu, Sabah dan Sarawak.

Daripada jumlah itu, sebanyak RM13.419 bilion dibayar kepada Kerajaan Persekutuan, Terengganu (RM7.364 bilion), Sabah (1.234 bilion) dan Sarawak (4.821 bilion).

Walaupun begitu, Menteri Besar, Datuk Ahmad Said, sebagaimana laporan sebuah akhbar harian Khamis lalu, berkata kerajaan negeri hanya menerima RM4.3 bilion peruntukan daripada DKPP yang dimasukkan ke dalam bajet negeri selama empat tahun sejak 2004.

Ini kerana baki RM3 bilion daripada RM7.3 bilion yang dilaporkan dibayar Petronas, tidak diterima dan tidak pernah dimasukkan dalam bajet negeri yang dibentangkan selepas Barisan Nasional (BN) memerintah semula negeri ini.

Ahmad yang juga Adun Kijal bertanya perkara itu kepada Pegawai Kewangan Negeri, Datuk Mazlan Ngah yang memberitahu kerajaan negeri hanya menerima RM4.3 bilion.

Menurutnya, kerajaan negeri tidak tahu ke mana perbelanjaan RM3 bilion lagi dan ada kemungkinan ia digunakan untuk membiayai kos pembinaan projek Persekutuan yang dilaksanakan di negeri ini.

Sehubungan itu, beliau akan mendapatkan maklumat lanjut berhubung baki duit royalti petroleum atau dana khas itu yang sepatutnya boleh digunakan untuk pembangunan rakyat negeri ini.

Laporan lengkap dalam Siasah Ahad ini.

13 comments:

mat terab said...

Inilah musibah rakyat trgnu sokong BN kaki rasuah dan pecah amanah memerintah... Duit begitu banyak 3 Bilion pun tak tahu kemana pegi selama ni....Sampai begitu senang rakyat trgnu ni di tipu oleh puak-puak Peminpin Umno...rosak..rosak

irfandina said...

semoga mb terengganu yg baru akan dapat mencari jalan yg terbaik bagi menuntut kembali wang royalti...rasanya dalam soal wang royalti ini pemimpin atasan perlu lebih bersifat terbuka...kembalikanlah apa yg sepatutnyta menjadi hak kerajaan negeri...

khairuni said...

mana peginya abe MIE..tak nak bagi komen ke???mungkin awak salah seorang yang cilok duit tu...sebab orang kuat umno...

kulatlapok said...

salam untuk rakyat Terengganu.

Nampaknya pendedahan kerajaan pusat seperti terdesak mendakwa wang royalti telah disalurkan kepada kerajaan Terengganu. Tapi dinafikan pulak oleh MBnya bakinya telah hilang.

Rasanya wang itu telah terbang bersama "Angin Monsun" yang lalu. Wahai rakyat Terengganu lihatlah sekali lagi sandiwara kerajaan persekutuan.

Kalau kerajaan negeri yang ada sekarang boleh diperkotak katikkan malah kerajaan Pas dahulu lagi teruk dikenakannya.

Kasihan Tuan Guru Hj. Hadi dahulu. Dengan perit jerih duit (royalti)hak kerajaan negeri tidak dapat digunakan untuk rakyat terengganu sendiri.

RakyatTerengganu kini ditipu lagi.!
Korang fikirlah sendiri. Usahakanlah untuk dapatkan Hak (royalti) kerajaan Negeri Terengganu.

Syabas MB Mohd. Said berani memohon balik Hak Terengganu.Kalau diserahkan balik nanti, satu kejayaan untuk Mohd Said untuk rakyat Terengganu.

Tapi bangaimana pulak Hak semasa pemerintahan PAS dulu...??????? Diaorang jawab le di Akhirat nanti. Wallahhualambisawab.

arief haikal said...

umno ke pas ke ...sama je..sama-sama islam dan melayu, nape nak gaduh-gaduh?

suhaimi said...

mana ada sama,UMNO dasar dia kebangsaan,PAS, dasar dia AL-QURAN & SUNAH.tu belum cerita yg lain lagi.

kulatlapok said...

betulah kata suhaimi tu,

kalau same cuba lihat, masa perhimpunan UMNO dia ada nyanyi, Perhimpunan Pas tak ade nyanyi.

Pemimpin Pas boleh buat ape yang pemimpin UMNO tak pernah buat. Contoh MB Perak tu pernah mandikan jenazah untuk rakannya. Walaupunkelulusan jurutera tapi bab agama jangan dicabar.

tak dapt ke jebatpendekar bezakan?

Kreatif Edukids - Mommy Happy said...

UMNO dan PAS tak sama..
UMNO berjuang untuk melayu
PAS berjuang untuk islam

Melayu tidak boleh masuk syurga
Islam saja boleh masuk syurga

rezwanrazali said...

sesungguhnya yanng hak tetap akan menang. Rasulullah ambik masa 13 tahun untuk berdakwah di Makkah, 10 tahun di Madinah ; campur lagi dengan cabaran dan dugaan yang tiada manusia biasa yang sanggup terima.. akhirnya Rasulullah berjaya. Buka hati, buka minda, akui dengan ikhlas.. buat penilaian sendiri.. Allah berikan akal untuk menilai.. yang betul, katalah betul. yang salah dan korupsi.. akuilah salah dan korupsi. jangan tegakkan yang salah.. nanti Allah 'gelap'kan hati kita baru tau.. jangan sayangkan kesenangan yang sementara. hidup di akhirat nanti tiada penghujung. jadi... berani lagi kata yang berlandaskan Islam tu salah? Soal bangsa tidak timbul. Jangan bangga sangat dengan bangsa sendiri. Orang Cina peluk Islam masa orang nusantara masih jahil lagi tau...

suhaimyarif said...

nasib la jadi rakyat terengganu.....dah la duk di tangga ke 2 termiskin MB dan kuncu-kuncu palk rompak hasil bumi negeri....tahniah kpd rakyat terengganu yang "terlalu pandai" pilih pemimpin, seolah-olah pemimpin yang jujur, bersih mereka tak mau, tapi pilih perompak jadi pemimpin....

Unknown said...

Sedih aku...dek kerana kebodohan pemimpin UMNO macam babi blakang rumah ABE MIE,royalti negeri trganu habis di kebas pada era PAS 1999 dulu...alih2 2004 n 2008 trganu dapat kat UMNO balik,baru la nak melolong,melalak,menjerit,tak tahu malu mahu royalti di kmbalikan...apa kejadah pembesar terdahulu sanggup gadai jual maruah meminda prjanjian antara state n petronas???...sambil aku menaip ni rasa mcm nak gugur jantung,terketar ketar tangan memikirkan apa yang BARUAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAA sangat algojo trdahulu buat kat negeri trganu ni...rakyat marhaen begitu ramai di trganu...tapi dgn duit royalti kalau di bahagi 1000 ringgit sorang tak luak pun duit tu...ya Allah,tlg sejukkan hati dan amarahku ini,ameen.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...