Monday, May 12, 2008

Pertembungan tiga penjuru di Terengganu

KUALA TERENGGANU, 12 Mei: Pertembungan tiga penjuru antara kumpulan Umno Datuk Seri Idris Jusoh, Datuk Ahmad Said dan pembangkang yang diketuai PAS nampaknya tidak dapat dielakkan dalam politik Terengganu.

Yang jelas kedua-dua kumpulan dalam Umno itu cuba mendapat sokongan PAS dalam mempastikan agenda masing-masing berjalan dengan baik.

Terkini, Badan Perhubungan Umno yang dipimpin Idris sedang berusaha keras untuk mempastikan royalti minyak yang bernilai kira-kira RM1 bilion setahun kekal dibawah kawalan mereka.

Satu mekanisme sedang dibuat untuk membolehkan ia berjalan dengan lancar.

Kumpulan penyokong Ahmad Said pula dikatakan sedang menggerakkan bahagian-bahagian Umno untuk membawa usul bagi mendesak Perhubungan Umno Terengganu meminta Pusat menyerahkan balik royalti kepada kerajaan negeri.

Ahmad Said mendapat sokongan enam dari lapan bahagian Umno di Terengganu iaitu Kemaman, Dungun, Marang, Kuala Nerus, Hulu Terengganu dan Setiu.

Namun Idris agak kuat kerana mendapat sokongan dari Pemuda, Wanita dan Puteri di samping bahagian Besut dan Kuala Terengganu.

Ahmad Said dalam beberapa kenyataan secara jelas mahukan Kerajaan Pusat menyerahkan royalti minyak itu kepada kerajaan negeri bukan lagi melalui wang ehsan yang ditadbir Pusat.
Beliau juga sedang berusaha untuk membuat temujanji dengan Perdana Menteri bagi membicangkan perkara itu.

PAS pula, secara konsisten mahukan royalti minyak yang dirampas kerajaan Pusat dari pentadbirannya di Terengganu dulu mahukan ianya dikembalikan kepada kerajaan negeri.

Ia bayangkan melalui usulnya di Parlimen dan juga usul di Dewan Undangan Negeri Terengganu baru-baru ini.

Namun usul yang dibawa oleh PAS dalam Dewan Undangan Negeri ditolak oleh Speaker, Datuk Tengku Putra Tengku Awang yang dikira berada dalam kumpulan Ahmad Said. Ia agak menghairankan.

Sementara itu, Majlis Pemuafakatan Rakyat Terengganu (Mampat) akan membuat kempen besar-besaran bagi membolehkan rakyat Terengganu mentadbir kembali royalti minyak.
Menurut Pengerusinya, Mohamad Fauzi Abu Samah yang ditemui di pejabatnya, Mampat akan menganjurkan satu konvensyen bagi membincang secara menyeluruh keperluan royalti ini dikembalikan kepada rakyat negeri Terengganu Jun ini.

Mampat dikatakan akan mendapat kerjasama dari kerajaan negeri, MPPR dan juga PAS sendiri dalam perjuangannya.

"Sudah lapan tahun royalti ditarik dari rakyat Terengganu. Mengikut kiraan kami, sudah RM12.285 bilion hasil royalti tidak diserahkan kepada kerajaan negeri (tertunggak) oleh Petronas sejak tahun 2001 walaupun sudah ada perjanjian yang jelas mengenai hal ini," kata Fauzi kepada Siasah.

Speaker

Dalam perlantikan Speaker juga berlaku lobi melobi antara dua kumpulan Umno ini. Walaupun hanya satu nama sahaja dicalonkan dalam Dewan Undangan Negeri iaitu Tengku Putera Tengku Awang, namun ada cerita disebaliknya.

Kumpulan Idris Jusoh dikatakan mahu Datuk Abdul Rahman Bakar, Ketua Umno Bahagian Marang dilantik sebagai Speaker.

Tidak berapa jelas kenapa tindakan itu diambil sedangkan Abdul Rahman adalah penyokong kumpulan Ahmad Said ekoran rasa tidak senang hati beliau kepada Idris yang tidak memilih beliau sebagai calon dalam pilihan raya lalu.

Untuk memastikan kemenangannya, orang-orang Idris dikatakan melobi Majlis Penasihat Pemangku Raja (MPPR) Terengganu agar Abdul Rahman dilantik, namun MPPR dikatakan telah membuat keputusan untuk menyokong Tengku Putera sebagai calon Speaker.

Bagi menguatkan sokongan kepada Abdul Rahman juga, wakil-wakil rakyat PAS ditemui oleh penyokong Abdul Rahman. Antara yang ditemui adalah Muhamad Abdul Wahid Endut, Adun PAS dari Wakaf Mempelam.

Calon Speaker yang lebih dari satu ini telah disahkan sendiri oleh Wahid dalam ucapannya di Dewan Undangan Negeri Terengganu.

13 comments:

My Freedom said...

Salam,

Saya merupakan salah seorang penyokong di balik semak Pakatan Rakyat. Walaubagaimanapun, kebelakangan ini saya agak terkilan dengan Pentadbiran Pakatan di Negeri saya, Selangor.

Tertarik dengan "POST Siasah" tetapi apabila saya membaca artikel di MalaysiaKini
S'gor lulus RM1 juta bantu mangsa di Burma
Jimadie Shah Othman | May 7, 08 9:57pm
Kerajaan negeri Selangor telah meluluskan bantuan RM1 juta untuk membantu mangsa bencana alam di Burma....

MB Terengganu (yang bertopengkan Barisan Nasional, Berhatikan P.A.S)berusaha mendapatkan hak negeri dan membela rakyat...Tetapi MB Selangor...NOTHING!!! Umpama TIN KOSONG...
Persoalan.

Mengapakah diberi bantuan sebanyak itu walhal wang tersebut boleh digunakan untuk menyelesaikan masalah cukai pintu sekaligus dapat menguatkan lagi kepercayaan rakyat kepada Pakatan Rakyat.

Bukankah kerja-kerja bantuan dan tanggungjawab ini dibawah Kerajaan Persekutuan?



Siapakah pengundi dan rakyat bagi Pakatan Rakyat?
Rakyat Burma atau Rakyat Malaysia.

Bukan saya tidak berhati perut untuk melihat kesengsaraan Rakyat Burma, cuma pendapat saya Pakatan Rakyat membuat sesuatu tanpa merancang. Bak kata pepatah "Beruk di hutan disusukan, Anak di rumah MATI kebuluran"

Diharap Pakatan Rakyat sentiasa beringat bahawa Rakyat Cuma Bagi Tempoh Percubaan sahaja, mereka hendak merasa bagaimana Pakatan Rakyat mentadbir. Adakah pentadbiran mereka seperti Barisan atau lebih baik dari itu.

Ini adalah masa untuk membuktikan bahawa Pakatan Rakyat tidak OMONG dan BORAK kosong seperti Barisan.

Saya memohon dan merayu agar PAKATAN RAKYAT tidak "membunuh" kepercayaan rakyat.
dan janganlah PEMIMPIN PAKATAN memBINATANGkan diri sendiri seperti mana PEMIMPIM Barisan...

Sesungguhnya Pakatan bersusah payah untuk Pakatan berjaya, tetapi jangan ianya menjadi sia-sia disebabkan KEBODOHAN, KERAKUSANKUASA, KEJAHILAN dan KETIDAKRELEVANAN.

Kalo Pakatan Rakyat menafikan "MAKKAL SAKTHI"... Tunggulah PRU13 akan datang. Saya bimbang KATA-KATA PAKATAN RAKYAT di Podium Ceramah menjadi ALAS KAKI BINATANT atau TISU JAMBAN...


BERINGATLAH SEBELUM PADAH.

Juraimi Zainal said...

si duta dgn penyamaran nya... biarkan

suhaimi said...

kepada duta,MB Selangor tahulah apa yg dia buat.alhamdulillah,kita di sini tidak di landa bencana.rakyat burma lebih memerlukan bantuan.kalau setakat cukai pintu je yg belum dapat di realisasikan.yg lainkan di tunaikan.tunggu jelah.MB kata dlm kajian.ap yg nak di pertikaikan tentang bantuan tu....

abe MIE 'TERJAH' said...

salam...

abe MIE tengok apa yang berlaku di terengganu tak sama dengan apa yang berlaku di Kelantan walaupun kedua-duanya berbahasa dialeknya yang sama. yang berbeza ialah natang - nate' (maksudnya binatang)... gurau aje

di Kelantan, cas keting boleh menyebabkan parti kalah dan perkara ini berlaku dalam UMNO, tapi dalam PAS pun ada. Mereka diam sebab Tok Guru masih ada. Lihatnya antara penyokong Husam Musa dengan TMB Kelantan pada masa AGM...

Bapa mertua saya ulama juga. dia ada cerita hal ini.

PAsal pertembungan 3 penjuru di terengganu- mereka semuanya nak wang royalti sahaja. ini dah jadi 'politik cina'. tak ada wang tak ada benda nak cakap dan kalau cakap juga memang benda yang dah cakap tak ada guna.

Saya hairan PAS dah lupa pasal hukum hudud. Lama tak dengar dan hukum hudud dah tak relevan lagi kot.

p/s- hudud PAS vs hudud Islam...

http://pkrpasdap.blogspot.com

Unknown said...

Bila harga barang2 dah naik, baru nak tetapkan harga ceiling. Ini bukannya pekara baru tetapi dah lama berlaku. Yang keparatnya ketua2 union mintak naik gaji Kakitangan Awam. Bila gaji naik harga barang naik. Satu juta lebih penjawat awam tertipu dengan kenaikankan gaji. Dapat 1 sen naik barang 20 sen dengan, yang teruk 26 juta ra'yat.BN!BN1BN!

Adli Haziq said...

Burma tu jiran kite bro, apa salahnye tolong menolong, pahala tu!!!!

abumunzir al-jerluni said...

salam..menilai sesuatu biarlah menggunakan ilmu dan akal pemikiran yang waras. Jangan terlalu ikut perasaan da emosi...

My Freedom said...

Kepada Juraimi Zainal,

Maksud aku "Penyokong di Balik Semak" adalah aku penyokong yang tidak EXPOSE & FANATIK. Saya bukan BANNED Pakatan Rakyat.
Aku cuma nak bagi persoalan dan kemusykilan je bro.
p/s: baca komen sampai abis bro.

Kepada Suhaimi..
Terima kasih kerana Baca Komen sampai habis....

Kepada abe Mie...
Terima kasih atas komen-komen yang dah semakin lembut....Tahniah...
Jadikan AMALAN..

meon_peon said...

Seorang bapa dlm sebuah kluarga,
Tidak miskin dan tidak kaya,
Cuma hnya golongan sederhana,
Tgjwb tetap akan dilaksanakan...

Jiran anda ditimpa bencana,
Melibatkan kematian dlm kluarga,
Apalah salah berikan derma,
Takkan hnya melihat saja...

ANDA MAMPU MNGUBAHNYA...

irfandina said...

sdr duta,

kiranya sdr seorang penyokong pr...maka saya ucapkan tahniah kepada anda...tahniah kerana masih terdapat lagi penyokong pr yg mampu berfikir dengan rasional..sememangnya kita semua perlu berfikiran seperti anda...kita semua perlu bersatu dalam satu suara terutama sekali apabila timbulnya perkara2 yg melibatkan kepentingan rakyat diperingkat akar umbi...bagi saya bukan kita tidak boleh membantu rakyat dinegara lain tp bukankah dinegara kita sendiri terdapat begitu ramai golongan miskin yg masih memerlukan bantuan...seharusnya bantuan kepada negara luar diuruskan oleh federal government bukan state...soalan saya apakah motif selangor state government berbuat demikian???apakah hanya untuk publisiti???

suhaimyarif said...

kenapa nk bising pasal 1 juta tu, lagi pun duit untuk royalti terenganu lagi banyak. bukan 1 juta tapi 7bilion yang terenganu dapat unuk royati minyak. mane pergi nya diut tu.. cuba lah banding kan mane kerajaan pusat buang duit 7 bilion tu....ataupun duit tu masuk poket idris jusuh kot....
kesian kat rakyat teengganu, dapat tok wakil yang tak leh nk berjuang utuk kepentingan rakyat tapi tok wakil teganu lbih pentingkan parti Amno daripada kepentingan rakyat, rendah tul mentaliti wakil rakyat teganu. kalu dah memang patut dapat bagi je lah hak rakyat teganu tu. kalau sabah & serawak dapat royalti minyak, kenapa plak teganu dapat plak duit Ehsan dahtu bagi orang lain plak ururs duit tu...sepatutnya kerajaan teganu la kena urus sediri duit tu...takkan MB teganu dah leh pegang duit banyak-banyak kot....

Jupiter said...

salam abe mie..
pasal hudud ni bukan mainan sesebuah parti.bukan senang nk laksana.bg sy lah hudud bukan persoalan yang hati kita nk kan islam tak.Islam kan syumul.merangkumi semua apsek kehidupan.maner ada hudud pas.sy bukanlah pandai sangat bab-bab hukum-hakam ni.cuma kita kena pikir sebelum bercakap.cuba abe mi cari, tgk n faham pasal hudud pas yang abe mi katakan tu...kl bercanggah dgn ISLAM br boleh kata tu HUDUD PAS.

suhaimi said...

saya setuju dgn 'fakrullah'.suruh abe mie mengaji lebih sikit.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...