Thursday, May 29, 2008

Percepatkan proses bayar balik wang Kifalah

KOTA BHARU, 29 Mei: Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) diminta mempercepatkan proses membayar balik wang pendahuluan skim Kifalah bernilai RM500 yang dibayar kepada warga tua yang meninggal dunia.

Ini kerana, sejak kebelakangan ini, ramai penghulu di negeri itu menghadapi masalah apabila terpaksa mendahulukan wang mereka untuk dibayar kepada keluarga simati yang terlibat dengan skim itu.

Menurut maklumat Siasah, setiap kawasan Parlimen menerima RM5,000 dari PMBK untuk dibayar kepada keluarga simati sebaik sahaja maklumat kematian itu diperolehi oleh petugas Kifalah.

RM5,000 itu hanya cukup untuk 10 kematian sahaja kerana setiap satu kematian dibayar RM500.

Apabila lebih, pihak kawasan khasnya penghulu yang terlibat terpaksa menggunakan wang mereka sendiri sebagai pendahuluan.

"Apabila wang PMBK lambat sampai, ia membebankan kita," kata seorang penghulu kepada Siasah.

Ketika ditanya, adakah ahli Kifalah yang meninggal tidak mendapat bayaran pendahuluan segera RM500 ini, dia tidak tahu kes sebegitu berlaku.

Kifalah akan membayar RM2500 untuk setiap wargatua yang berdaftar dengannya apabila meninggal dunia.

RM500 sepatutnya diberikan pada hari kematian dan selebihnya kira-kira sebulan kemudian.

2 comments:

al mizan - 017 7165890 said...

camana nk mendaftar ni,, kalu bukan ahli pas camana tuh>??

suhaimi said...

salam..

en mizan.daftear je.tak kira ahli umno ke pas ke,yg penting rakyat kelantan.kalau rakyat luar yg dah menetap lebih setahun di kelantan pun layak mendaftar.kerajaan PAS tak memilih bulu.itu hak mereka.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...