KUALA LUMPUR, 23 Julai - Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa mendakwa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), tidak akan membuat pilihan raya sebelum bulan Ogos ekoran dakwaan Umno negeri itu, Kelantan mempunyai 200,000 pengundi tidak berdaftar
Lagipun sebelum ini, SPR menyatakan, pihaknya hanya bersedia mengadakan pilihan raya selepas September nanti.
Ini bermakna, pilihan raya secepatnya akan diadakan Oktober dan sebaik-baiknya November hingga Mac tahun depan.
Bagi Husam, kenyataan Umno ini menandakan kegagalan Umno dan jentera Barisan Nasional (BN) Kelantan dalam rancangan asalnya untuk memindahkan pengundi dari luar kelantan mengundi di negeri tersebut.
Oleh itu, pilihan raya tidak boleh diadakan sehingga rancangan itu berjaya.
Sebelum ini, PAS Kelantan pernah membuat bantahan dan kenyataan mengenai usaha Umno Kelantan untuk membawa pengundi luar mengundi di Kelantan yang boleh disifatkan sebagai pendaftaran pengundi hantu secara terancang, kata Husam.
PAS melihat kegagalan Umno Kelantan yang masih bergolak antara satu pimpinan dengan pimpinan lain di negeri itu menyebabkan ketidaksediaan mereka (BN) berhadapan dengan pilihan raya umum, ujarnya.
Malam tadi AJK Umno Bahagian Ketereh, Abdul Manaf Abdullah menyerah borang menyertai PAS kepada Husam pada satu program ceramah yang diadakan di Kedai Kok Lanas.
Beliau mula menyertai Umno pada 1976. Pernah dilantik sebagai Ketua Penerangan Umno Bahagian Kok Lanas. Pernah juga memegang jawatan Naib Ketua Pemuda Bahagian Kok Lanas.
Jawatan lain yang pernah disandangnya termasuk Ketua Cawangan Umno Kok Lanas, Ketua Penerangan Dun Kok Lanas dan Penyelaras Zon Peti Undi Kok Lanas dan Kem Desa Pahlawan.
Abdul Manaf berkata, beliau secara sukarela meninggalkan parti itu kerana perjuangan yang dilaungkan untuk bangsa, agama dan negara ternyata tidak berjaya dilaksanakan sehingga sekarang.
“Jangka masa 50 tahun memerintah merupakan satu masa yang panjang bagi sesebuah kerajaan. Namun agenda untuk mendaulatkan agama, bangsa dan negara tidak menjadi kenyataan,” katanya ketika ditemui di majlis tersebut.
No comments:
Post a Comment