Kembara Seorang Penulis
Oleh LANH
PETANG 13 Julai lalu saya terlewat keluar daripada sebuah masjid di KualaLumpur selepas solat Jumaat. Ketika mengatur langkah ke tempat kerja, sayamelewati sekumpulan pemimpin sebuah parti politik dan wartawan kanan akhbarsedang menikmati rojak dan cendol mamak yang berjualan menggunakan sebuahvan.
Saya mengangkat tangan, mereka membalasnya. Selepas bersalaman, merekamenyuruh saya duduk. Ingatkan mereka hendak belanja saya makan rojak atauminum cendol, tetapi sebaik saja saya duduk mereka ‘menyembur’ sayaberkenaan isu virus Melaka.
Salah seorang daripadanya, seorang doktor perubatan, berkata apalah sayasebagai orang Melaka kepoh sangat dengan virus Melaka; terlalu tidak sukakannama virus itu digandingkan dengan perkataan Melaka.
Saya menjawab bukan saya yang kecoh tetapi Ketua Menteri Melaka yang begitusensitif sehingga mendesak Kementerian Kesihatan menukar nama virus itu.Malangnya sehingga kini nama virus Melaka itu belum ada gantinya.
Bagi pembaca yang belum faham isunya disiarkan keratan berita Bernama ini.
Virus kelawar lebih sesuai – Mohd Ali
MELAKA: Ketua Menteri Melaka, Dato’ Seri Mohd Ali Rustam mencadangkan virusbaru bawaan kelawar yang ditemui di negeri ini, virus Melaka ditukar viruskelawar kerana ia dibawa oleh mamalia berkenaan.
Tegas beliau, nama itu dianggap sesuai dan tidak perlu menggunakan namatempat untuk menamakan virus berkenaan.
“Tak perlu lagi guna nama tempat di mana virus itu ditemui,” katanya yangmengulas kesediaan Kementerian Kesihatan mencari nama baru kepada virusMelaka setelah mendapat bantahan daripada beliau.
Virus Melaka yang dibawa oleh kelawar, ditemui di Bemban di Melaka, Meilalu.
Virus baru yang menyebabkan penghidapnya mengalami demam panas yang tinggi,selesema dan sukar untuk menelan itu ditemui oleh sekumpulan ahli sains dariMakmal Kesihatan Awam Kebangsaan yang diketuai seorang penyelidik, Dr ChuaKaw Bing.
Mohd Ali berkata, dengan menamakannya sebagai virus kelawar, masyarakat luar secara tidak langsung dapat mempelajari perkataan dalam bahasa Malaysia.
Doktor perubatan itu berkata penolakan nama virus Melaka adalah satukerugian besar kepada kerajaan negeri dan rakyat Melaka kerana penemuan itudan penggunaan nama Melaka adalah satu pengiktirafan besar dalam duniaperubatan.
Katanya, sewajarnya kerajaan negeri mengambil kesempatan daripada peristiwabersejarah itu untuk menubuhkan sebuah institusi penyelidikan termasukmemajukan usaha ke arah merawat penghidap penyakit berkenaan.
Beliau berkata seseorang pemimpin perlu berjiwa besar dan tidak wajarmembuat andaian nama virus Melaka itu akan menjejaskan sektor pelancongan.
Sebaliknya beliau percaya dengan adanya nama Melaka itu, ia akan membuatkan negeri berkenaan semakin terkenal seantero dunia, sekali gus menyemarak kanindustri pelancongannya.
Akibat isu virus Melaka ini, Melaka semakin terkenal. Pencarian di Yahoo mencatatkan ribuan kemasukan (entry). Malah akhbar-akhbar besar dunia turutmemaparkan isu ini selepas agensi berita antarabangsa seperti Reuters danAFP menghebahkannya.
Dalam dunia perubatan kata doktor itu, menjadi kebiasaan untuk sesuatupenemuan dinamakan berdasarkan tempat ia ditemui. Misalnya penyakit untut –Brugia malayi – dinamai demikian kerana ditemui di Malaya (Tanah Melayu) manakala Brugia pahangi kerana ia dikesan di Pahang.
“Parasit Schistosoma japonicum pula dinamai demikian kerana dikesan di Jepun demikian juga JE (Japanese Encephalitis), manakala virus Nipah dikesan di Nipah,” kata doktor itu.
Mereka yang duduk beramai-ramai sambil makan rojak itu terus mengutuk saya.Kata mereka mengapa orang Melaka tidak berpandangan jauh, tidak mahu sesuatuyang kononnya buruk dikaitkan dengan nama negeri Melaka.
Selepas ini, jangan lagi pakai nama ‘buah melaka’, ‘gula melaka’, ‘cilimelaka’ dan sebagainya, kata mereka terus menghentam saya.
Saya terdiam tetapi teringat pencarian saya di laman-laman web dan blogmengenai isu ini. Pendapat di sebuah blog menyatakan alangkah dangkalnyauntuk mendesak Kementerian Kesihatan menamakan virus itu sebagai viruskelawar kerana jika nama itu digunakan, ia tidak spesifik.
Seseorang akan bertanya, kelawar jenis apa, kemudian kelawar dari mana,England ke, Jepun ke atau kelawar Brazil ke? Banyak lagi pertanyaan akantimbul, sekali gus menyusahkan pelbagai pihak terutama mereka yang terbabitdalam dunia perubatan dan penyelidikan.
Dalam Sisuahlai.blogspot.com/ ditulis: “The Malaccan Chief Minister wasn'ttoo happy that the newly-discovered bat virus was to be named after thestate. I didn't think it was too bad to call it Melaka Virus.
“But somehow the Malaccan CM thinks it would be an insult to name itMelaka...his reasoning was that Melaka is a "good state, beautiful andpeaceful, not the birthplace of diseases."
“Birth place of diseases? He…he… That's funny.
“But this is funnier. He claimed that the name was an insult to the state,but he went on to suggest that the Health Ministry should name it after thedoctor or scientist who discovered it.
“Because that would be okay, as it would be an insult to a single person and NOT the whole state. Isn't that correct Mr Chief Minister?”
Seorang guru yang saya temui juga membidas sikap mudah melenting pemimpinyang tidak dapat menerima nama virus Melaka itu. Katanya, penamaan ituadalah satu penghormatan kepada usaha pakar perubatan dan penyelidik yangmengesan virus itu di negeri berkenaan.
Katanya, sebagai anak Melaka, dia bangga kerana penyelidik berusaha gigihdan hasilnya penyakit dan virus berkenaan dapat dikesan di negerinya. “Sayapercaya dengan menggunakan nama virus Melaka, negeri Melaka akan lebihterkenal, sekali gus memajukan lagi industri pelancongannya,” katanya.
Guru itu berkata selain penyelidik dalam dunia perubatan yang menamakansesuatu penemuan berdasarkan tempat ia ditemui, ramai cendekiawanmenggunakan gelaran berdasarkan tempat asal mereka.
“Misalnya, pakar hadis Bukhari, nama sebenarnya adalah Abu Abdullah Muhammadbin Ismail bin Ibrahim bin Al-Mughirah Al-Jafai. Dia dikenali sebagai ImamBukhari kerana berasal dari Bukhara,” katanya.
– lanh14@hotmail.com
No comments:
Post a Comment