Sunday, July 22, 2007

Tajudin kali kedua letak jawatan

KUALA LUMPUR, 22 Julai : Perletakan jawatan Ketua Setiausaha Sulit Perdana Menteri, Datuk Tajudin Wahab Jumaat lepas adalah yang kedua selepas perletakan jawatannya sebelum ini ditolak oleh Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Menurut sumber, Tajudin meletakkan jawatan itu dengan meninggalkan surat di atas meja Perdana Menteri kerana PM sekarang sedang bercuti di Australia.

"Kali pertama beliau meletakkan jawatan dulu Pak Lah berjaya memujuknya balik bekerja selepas dua minggu mendiamkan diri," kata sumber itu.

Tajudin adalah seorang pegawai PTD yang paling setia kepada Pak Lah dan telah menjadi Setiausaha Sulitnya sejak Pak Lah menjadi Menteri Luar lagi.

Beliau dikatakan selalu berapa di samping Pak Lah ketika jatuh dan bangun Perdana Menteri Malaysia itu.

"Puncanya, kerana tidak puashati dengan pegawai-pegawai muda di Tingkat 4 yang dikawal oleh menantunya dalam menguruskan urusan rasmi Perdana Menteri," kata sumber itu.

Hari ini, 22 Julai, Pak Lah sekali lagi tidak berada dalam program yang sepatutnya beliau rasmikan kerana dipercayai masih bercuti di Australia.

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Khalid Nordin merasmikan Hari Koperasi peringkat kebangsaan setelah Pak Lah tidak ada walaupun beliau dijadualkan berbuat demikian.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...