KUALA LUMPUR, 31 Julai: Semua warga kolej di Universiti Putra Malaysia (UPM) diwajibkan menyertai majlis perasmian Karnival Kerjaya Peringkat Kebangsaan yang akan dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Arahan mengenainya dibuat melalui satu pengumuman yang dibuat di kolej-kolej universiti berkenaan baru-baru ini.
Sementara itu, Gerakan Mahasiswa Prihatin Semenanjung (GMPS) memandang serius kerahan ini.
Pengerusinya, Abdul Halim B. Abdullah bimbang kalau-kalau kerahan ini membayangkan Timbalan Perdana Menteri itu sudah hilang pengaruhnya sehingga terpaksa dikerah mahasiswa agar datang ke majlisnya.
Ini kerana, pelbagai isu menimpa beliau sejak kebelakangan ini.
“Tidak cukupkah sekadar membuat poster hebahan dan makluman jemputan kepada mahasiswa kampus untuk menghadiri perasmian itu tanpa perlu diwajibkan. Beri kebebasan kepada mahasiswa untuk memilih. Lagipun hari majlis tersebut berlangsung, Jumaat adalah hari kuliah para pelajar,” katanya dalam satu kenyataan.
No comments:
Post a Comment