Tuesday, July 31, 2007

Negara Islam: Pemuda PAS sahut cabaran debat dari Pemuda Umno


KUALA LUMPUR, 31 Julai: Pemuda PAS Pusat menyahut cabaran Naib Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaludin Abu Bakar untuk berdebat berkaitan dengan isu Negara Islam.

Timbalan ketuanya, Nasrudin bin Hassan dalam sidang medianya berkata, beliau sendiri bersetuju menyahut cabaran Khairy itu dan sedia untuk membincangkan format debat itu.

Ekoran itu, beliau telah menghantar satu surat rasmi kepada Khairy bagi memaklumkan perkara itu.

“Saya mewakili Dewan Pemuda PAS Pusat dengan ini menyata pendirian saya untuk menyahut kesediaan saudara bagi memperdebatkan isu Malaysia sebuah Negara Islam.

“Saya mengharapkan saudara bersetuju dan terhadap persetujuan itu kelak Dewan Pemuda PAS Pusat bersedia untuk membincangkan bersama format perlaksanaan debat tersebut,” tulis Nasrudin dalam suratnya kepada Khairy.

Salinan surat bertarikh 31 Julai itu ditunjukkan dalam sidang medianya di Pejabat Agung PAS hari ini.

1 comment:

kekalkan kepimpinan islam said...

silap tajuk tu... sepatutnya Pemuda PAS sahut cabaran debat dari 'Pemuda UMNO'..... bukannya dari Khairi shj, ni nmpk sgtlah si monyet khiri ni kuat sgt... sampaikan satu jentera pemuda (krn mengunakan perkataan Pemuda PAS) nak lawan dia seorg... harap betulkan.

Sham Ghaz

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...