Wednesday, August 1, 2007

2 menteri Jordan letak jawatan bila air tercemar


AMMAN, Jordan 1 Ogos: Dua menteri Jordan meletakkan jawatan Ahad lepas sehari selepas merebaknya wabak akibat dari pencemaran air dengan parasit di utara Jordan.

Raja Jordan, King Abdullah telah menerima perletakan jawatan Menteri Air, Mohamed Thafer al-Alem dan Menteri Kesihatan, Saad al-Kharabsheh.

Agensi berita Petra yang melaporkan perletakan jawatan ini tidak menyebut puncanya tetapi ia berlaku selepas suruhanjaya yang dibentuk kerajaan mendapati wabak ini berlaku selepas nonfatal parasit telah menyebabkan 700 penduduk kampong dekat Mafraq sakit.

Selepas wabak itu, Menteri Kesihatan berkata, ia disebabkan oleh air paip yang tercemar oleh najis binatang.

Beliau berkata, ramai penduduk dimasukkan ke hospital selepas menderita demam dan muntah-muntah. Bagaimana pun mereka telah dibenarkan pulang selepas menerima rawatan.

Sementara itu, di KUALA LUMPUR, Setiausaha Agung PAS, Datuk Kamarudin Jaffar sekali lagi melahirkan rasa kagum beliau dengan rasa tanggung jawab menteri di negara asing.

Sebelum ini, Menteri Pertahanan Brazil dipecat oleh Presidennya selepas sebuah kapalterbang tergelincir di landasan yang licin dan menyebabkan 200 terbunuh.

“Di negara kita, bukan sahaja menterinya tidak letak jawatan, bahkan menyalahkan cuaca bila helikopter jatuh dan mengakibatkan enam wira negara mati.

“Perdana Menteri pula rileks je bercuti di luar negara dengan keluarga,” kata Kamarudin kesal.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...