KUALA LUMPUR, 2 Ogos: Setiausaha Agung PAS, Datuk Kamarudin Jaffar berkata Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi tidak perlu menunggu rakyat memberikan mesej mereka melalui pilihan raya baru mahu memaksa beberapa menteri dan pegawai kanan kerajaan yang memberikan masalah meletakkan jawatan.
Bahkan, Perdana Menteri diminta belajar dari apa yang berlaku di Jepun sekarang dengan meminta beberapa menteri dan pegawai kanan kerajaan yang terlibat dengan rasuah agar meletakkan jawatan sebelum rakyat menghukum mereka dalam pilihan raya akan datang.
Ia selaras dengan pandangan Raja Muda Perak, Raja Nazrin Shah (foto) agar kerajaan tidak mengekalkan menteri yang rasuah dan memberikan masalah kepada rakyat.
1 Ogos lepas, Menteri Pertanian Jepun, Norihiko Akagi mengumumkan perletakan jawatannya selepas bertemu dengan Perdana Menteri, Shinzo Abe.
Langkah ini diambil selepas parti pimpinan Abe Liberal Democrats kalah teruk dalam pilihan raya Senat Jepun yang menyebabkan parti pembangkang, Democrat menjadi parti yang majoriti dalam Senat.
Ini adalah kekelahan terbesar yang pernah dialami Liberal Democrats selepas mendominasikan Jepun selama 50 tahun.
Menteri Pertanian itu di persalahkan oleh rakyat dalam beberapa isu yang menyerang parti Abe. Bagaimanapun langkah memaksa Akagi meletakkan jawatan selepas kalah dalam pilihan raya dikira tidak mencukupi untuk memulihkan imej parti pemerintah itu.
Di BRAZIL, Presidennya, Luiz Inacio Lula da Silva memecat Menteri Pertahanannya, Waldir Pires, yang menguruskan keselamatan udara ekoran kemalangan sebuah kapal terbang yang menyebabkan kematian 200 orang minggu lalu.

Nelsom Jobim, bekas hakim Mahkamah Persekutuan dilantik menggantikan beliau untuk menjadikannya pegawai tertinggi mengawal system keselamatan udara Negara itu.
Di Jordan Dua menterinya meletakkan jawatan Ahad, 29 Julai lepas sehari selepas merebaknya wabak akibat dari pencemaran air dengan parasit di utara Jordan.Raja Jordan, King Abdullah telah menerima perletakan jawatan Menteri Air, Mohamed Thafer al-Alem dan Menteri Kesihatan, Saad al-Kharabsheh.

Agensi berita Petra yang melaporkan perletakan jawatan ini tidak menyebut puncanya tetapi ia berlaku selepas suruhanjaya yang dibentuk kerajaan mendapati wabak ini berlaku selepas nonfatal parasit telah menyebabkan 700 penduduk kampong dekat Mafraq sakit.
Menurut Kamarudin, tuduhan yang dihadapi oleh Ketua Polis Negara dan dibersihkan oleh Peguam Negara selepas satu siasatan yang paling singkat adalah antara contoh kemarahan rakyat.
Selain itu, kes komisyen kepada kroni dalam pembelian jet Sukhoi dan kapal selam Scopean, kes jatuhnya helicopter Nuri yang sudah lama yang melibatkan Menteri Pertahanan dan juga Timbalan Perdana Menteri serta kes penjualan AP oleh Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri perlu diselesaikan sebelum pilihan raya.
No comments:
Post a Comment