Oleh Mohd Sayuti Omar
Apa yang Kerajaan Pesekutuan lakukan sekarang ini hanya menempel sahaja sebagai menunaikan janji mereka 48 tahun lalu yang bercita-cita hendak membina sebuah jambatan merentangi sungai Kelantan
Ketika rencana ini ditulis mungkin pesawat khas yang membawa Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi bersama isterinya Jeanne Abdullah (mungkin) sudah pun mendarat di Pengkalan Chepa Kelantan. Perdana Menteri itu dalam rangka lawatan kerja ke Kelantan selama dua hari.
Nampaknya kunjungan Abdullah ke Kelantan kali ini membawa dua makna, berkerja sambil untuk memperkenalkan isterinya kepada rakyat Kelantan.
Dalam tempoh 37 jam berada di Kelantan beberapa program atau acara diaturkan khas untuk Abdullah. Antara beberapa acara itu yang paling menarik ialah melakukan pecah tanah untuk pembinaan (sebenarnya memperbesarkan) jambatan kedua Sultan Yahya Petra menghubungkan bandar Kota Bharu ke Tumpat yang bernilai RM 143 juta.
Tentu rakyat Kelantan gembira dengan pembesaran jambatan berkenaan. Sudah pasti mereka yang sering terperangkap dalam kesesakan lalu lintas di jambatan Sultan Yahya Petra dewasa ini akan dapat di atasi. Selepas siapnya pembesaran nanti para pengguna akan dapat melintasi sungai Kelantan itu dalam tempoh dua minit sahaja!
Sekali imbas pembesaran itu memberi kemudahan kepada seluruh pengguna. Ia tidak membawa apa-apa makna dan maksud tersirap di sebalik projek berkenaan. Dalam pada itu juga ia akan dilihat sebagai ketulusan kerajaan BN pimpinan Abdullah hari ini yang tidak mendiskriminasikan pembangunan di Kelantan.
Itupun yang Umno Kelantan harapkan. Sudah ada anjakan pemikiran di kalangan Umno Kelantan kini. Atas keyakinan bahawa sikap pilih kasih yang bertujuan untuk mendenda rakyat Kelantan tidak mengutungkan Umno, maka Umno Kelantan yang bertangungjawab mencadangkan apa-apa projek telah mengubah pendekatan mereka dengan melayani rakyat Kelantan dengan sama rata.
Tetapi sejauh manakah pemimpin Umno khasnya di Kelantan tulus dengan pembesaran jambatan berkenaan? Apakah mereka ikhlas untuk memberi kemudahan kepada rakyat tanpa mengharapkan apa-apa benefit atau political mileage di sebaliknya?
Mungkin ramai yang tidak sedar muslihat Umno di sebalik pembesaran jambatan tersebut. Pihak Kerajaan Kelantan yang kini ditulungi PAS juga tidak menyedari dan dapat membaca motif dan tujuan tersirat di sebalik projek itu. Lebih banyak yang menuduh pembinaan itu sebagai menyediakan bekalan kewangan kepada kroni Umno saja.
Kenapa dan mengapa jambatan itu hanya diperbesarkan atau ‘berjengketan’ dengan jambatan sedia ada dan tidak membina yang baru? Kenapa jambatan itu tidak dibina di tempat lain? Atau jambatan itu diasingkan daripada laman jambatan Sultan Yahya sekarang?
Sebelum ini sebuah syarikat dari Pulau Pinang yang melabor di Kelantan pernah menyediakan proposal untuk membina sebuah jambatan merentangi sungai Kelantan antara Kampung Laut dengan Tambatan di-Raja di Kota Bharu. Jarak tempat itu dari jambatan sekarang kira-kira 3 km sahaja.
Jadi kenapa sebuah jambatan baru tidak dibina di tempat itu? Kenapa ia hanya memperbesarkan jambatan sekarang? Untuk memahami hakikat ini elok kalau kita menoleh kepada sejarah 48 tahun lalu bagaimana pembinaan jambatan Sultan Yahya itu bermula.
Kerajaan Perikatan (Umno, MCA dan MIC) telah pun bercadang untuk membina jambatan yang merentangi sungai Kelantan antara Kota Bharu dengan Pasir Pekan. Namun cadangan itu ditarik balik apabila parti itu kalah dalam pilihan raya umum 1959. PAS yang membentuk kerajaan Kelantan selepas itu meminta supaya kerajaan Pusat (Perikatan) meneruskan pembinaan jambatan berkenaan, tetapi ditolak.
Semua peralatan untuk membina jambatan berkenaan telah pun di bawa, tetapi di pindah ke Temerloh, Pahang untuk membina jambatan Temerloh. PAS mengambil inisiatif untuk membinanya juga demi kepentingan rakyat.
Usaha PAS ini diejek oleh orang Umno sehingga ada yang bernazar akan telanjang melalui jambatan itu jika PAS mampu membinanya.
Mula Kerajaan PAS meminta kerjasama dengan Kerajaan Persekutuan untuk membuat pinjaman dalam negeri, tetapi tidak dilayan ini menyebabkan PAS terpaksa berikhtiar dan mencari sumber kewangan sendiri.
Berkat kesungguhan dan kegigihan akhirnya jambatan berkenaan yang mulai dibina tahun 1963 siap sepenuhnya dua tahun kemudian (1965) dengan jumlah keseluruhannya sebanyak RM6.7 juta.
Sejarah dan kenangan itu cukup indah dan nostalgik bagi PAS dan seluruh rakyat Kelantan. Jambatan Sultan Yahya menjadi lambang kekuatan dan kegigihan PAS di Kelantan. Walaupun hari ini ia sebuah jambatan kecil dan lama berbanding dengan jambatan seperti Pulau Pinang atau plan Jambatan Bengkok yang tidak jadi dibina, namun jambatan Sultan Yahya tetap menjadi simbol kekuatan semangat juang PAS.
Umno menyedari dan membaca sejarah itu. Generasi muda Umno mengakui dan mengikhtiraf akan keulitan semangat juang PAS dalam membina jambatan berkenaan untuk kemudahan rakyat. Umno tahu selamanya selagi rakyat Kelantan menggunakan jambatan berkenaan, mereka akan berterima kasih kepada kerajaan PAS dan pemimpin terdahulu.
Justeru sesuatu harus dilakukan bagi melupuskan segala kemenangan itu, lambang dan simbolik ketulusan dan keazaman itu perlu dilempar jauh. Ia harus dipadamkan dan satu lambang baru perlu dipacakkan berhampiran dengannya. Jadi wajah dan keaslian jambatan Sultan Yahya itu perlu dirubah atau imej lamanya dilupuskan. Untuk tujuan itu perubahan itu perlu dibuat atas nama pembesaran jambatan itu dengan menambah empat lorong lagi.
Apakah rahsia atau motif ini disedari oleh rakyat Kelantan? Apakah pihak kerajaan Kelantan PAS sendiri tahu akan pekara ini? Mungkin pemimpin PAS Kelantan menyedari dan sedar akan motif pihak tertentu itu, namun demi untuk kemudahan rakyat mereka sanggup memejamkan mata membiarkan Umno memacakkan simbol mereka di kiri kanan jambatan mereka.
Tetapi mungkin juga pemimpin PAS Kelantan tidak menyedari politik Umno di sebalik kesediaan mereka membesarkan jambatan itu? Kerana sampai kini tidak terdengar apa-apa bantahan ataupun cadangan oleh Kerajaan Kelantan berhubung pembesaran jambatan berkenaan.
Dua tahun lagi setelah pembesaran jambatan itu siap, secara tidak langsung jambatan itu akan menjadi perbandingan dan sebutan umum. Setiap mereka yang lalu lalang di jambatan itu akan memuji jambatan ‘baru’ itu dengan mengatakan ianya lebih canggih dan lebih modern. Dalam pujian itu pasti mereka akan teringat kepada siapa yang membesarkannya.
Tidak mustahil juga sebaik saja projek pembesaran itu siap dilaksanakan, Umno akan memasang papa tanda besar di kepala kiri kanan jambatan berkenaan yang berbunyi, “Jambatan Sultan Yahya Petra, Satu Lagi Projek Kerajaan Persekutuan”.
Bagaimana pun kepada setiap pengguna perlu menyedari hakikat adanya yang baru itu kerana ada yang lama. Dalam konteks ini jambatan Sultan Yahya yang lama itu tetap unggul dan merupakan penghubung rakyat yang tulen dan sebenarnya kerana ia wujud lebih lama daripada apa yang sedang dalam proses pembinaan sekarang.

No comments:
Post a Comment