Wednesday, August 1, 2007

Lagu buat Altantuya - Ashes In The Wind


KUALA LUMPUR, 1 Ogos: Kisah pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Sharibuu dan perbicaraan yang sedang berlangsung, telah memberi ilham kepada seorang penggubah lagu untuk mencipta lagu khas untuknya.

Lagu itu diberi judul Ashes In The Wind yang boleh diakses melalui internet di laman web www.ricecooker.kerbau.com/.

Lagu yang dinyanyikan oleh kugiran baru, The Pips yang diketuai oleh Alak, telah dipersembahkan buat pertama kalinya pada 7 Julai baru-baru ini di persembahan akaustik Folk The System di Central Market Annexe, Kuala Lumpur.

“Lagu ini menarik, bukan sesuatu yang kita jangkakan daripada Alak, dan korusnya boleh terpahat dalam ingatan,” tulis Joe Kidd ketika mengulas lagu ini.

“Agak menghantui. Korusnya sentiasa bermain dalam kepala saya dan terasa pelik memandangkan subjeknya seorang wanita yang mati bersepai,” tambahnya.

Respon kepada Ashes In The Wind yang dimuatkan dalam www.ricecooker.kerbau.com/ menggambarkan bahawa lagu ini akan dimainkan oleh pendengar dari jauh dan dekat serta menghantui banyak telinga.

“Saya ulang, ulang dan ulang sebanyak enam kali hanya untuk lagu ini,” tulis Larm.

“Aduh... lagu terbaik 2007! Alamak nak kena beli laa CD ini,” catat Dude.

“Memang nak kena beli CD ini,” tulis Vox. Lagu Ashes sahaja lebih dari nilainya. Lagu ini berirama blues, soul dan juga, agak seksi!”

Ashes In The Wind adalah trak pertama dalam CDR split-demo oleh Pusher dan The Pips. Ia boleh didapati di The Rice Cooker Shop di Pasar Seni, Kuala Lumpur.

1 comment:

Fynn Jamal said...

go to this link, kalau mahu dengar lagunya ya!

here

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...