KUALA LUMPUR, 23 Julai: Selepas dibuat laporan polis oleh Ketua Penerangan Umno, Tan Sri Muhamad Mohd Taib, laman web Malaysia-today tidak lagi boleh dimasuki.
Ketika cuba dimasuki oleh Siasah kira-kira jam 5.30 petang, hanya muka depan laman itu boleh dimasuki tetapi apabila di klik kepada mana-mana kandungan, ia hanya menunjukkan perkataan "Connect Error Could not connect to MySQL database.".
Sedangkan ia masih boleh dimasuki jam lima sebelum itu.
Muhamad Taib bersama 30 penyokongnya membuat laporan polis terhadap pengendali laman itu, Raja Petra Kamarudin di Balai Polis Dang Wangi petang tadi.
Ketika bercakap kepada pemberita selepas itu, Muhamad Taib berkata, laporan itu dibuat ekoran tulisan dalam laman web itu yang tidak menghormati raja dan Islam.
Perkara itu, katanya, disiarkan dalam laman itu pada 11 Julai 2007 lalu.
Tulisan itu, kata Ketua Penerangan Umno itu boleh mengancam keselamatan negara dan mewujudkan rasa tidak selamat di kalangan rakyat negara ini.
Malaysia-today banyak menyiarkan pendedahan yang berlaku dalam kerajaan. Yang terkini adalah lapaoran kononnya Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan dan Ketua Menteri Sabah, Datuk Musa Aman dipanggil PM ke Australia.
Sebelum ini, seorang pengendali laman blog, Nathaniel Tan ditahan oleh polis selama empat hari.
Nathaniel disiasat di bawah Akta Rahsia Rasmi dibebaskan dengan jaminan polis.
1 comment:
mungkin masalah server
Malaysia Web Design
Post a Comment