Wednesday, July 9, 2008

Saya akan keluar PAS - Datuk Amir

KUALA LUMPUR, 9 Julai: "Saya orang yang pertama keluar PAS." Demikian reaksi Datuk Amir Yaakub, bekas calon PAS Dun Lendu, Melaka jika PAS bersetuju menerima orang bukan Islam sebagai ahli PAS sepenuhnya.

"Jika begitu, apa beza keahlian saya dengan mereka dalam parti Islam ini," kata Datuk Amir berhujjah.

Datuk Amir, bekas Setiausaha Majlis Keselamatan Negara, menyertai PAS bersama-sama dengan penghijrahan beramai-ramai bekas pegawai tinggi kerajaan khasnya bekas pegawai tinggi angkatan tentera dan polis ke dalam PAS awal tahun 2000an lalu.

Inilah dilema yang dihadapi PAS menjelang Muktamarnya yang ke 54 di Ipoh pertengahan Ogos depan.

Satu pihak mahukan orang bukan Islam diterima sebagai ahli PAS, namun sebahagian pula tidak bersetuju kerana PAS adalah parti Islam.

"Jika kita menerima orang bukan Islam sebagai ahli bersekutu sahaja, ini bermakna kita meletakkan mereka sebagai ahli kelas kedua. Jika begitu, lebih baik tidak payah," kata Datuk Mustafa Ali, Ketua Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat.

Namun, setelah beberapa kali mesyuarat, para pimpinan PAS difahamkan masih belum mencapai kata sepakat dalam soal ini.

Desakan dari orang bukan Islam samada dari kaum India atau Cina semakin banyak sekarang bagi membolehkan mereka menjadi ahli PAS.

Dari segi politik pula, PAS sangat mahukan mereka menyertai parti itu bagi membolehkan PAS disokong oleh semua pihak tanpa ada batasan agama dan bangsa.

Lajnah Perpaduan Nasional PAS yang diketuai anggota Parlimen Parit Buntar, Dr Mujahid Yusof adalah pihak yang banyak mengendalikan hal ehwal mereka.

Mujahid mencadangkan agar Kelab Penyokong PAS, tempat berkumpulnya orang bukan Islam sekarang dijadikan dewan setaraf dengan Dewan Ulamak, Pemuda dan Muslimat yang ada sekarang.

Baru-baru ini, mesyuarat satu unit dalam PAS mencadangkan agar orang bukan Islam diterima sebagai ahli penuh dalam PAS.

Namun, untuk jawatan presiden dan timbalan presiden, hanya orang Islam sahaja yang layak untuk menduduki kerusi itu. Ia perlu ditegaskan dalam perlembagaan parti.
"Ini satu cadangan yang baik," kata Datuk Amir.

"Kalau begitu saya setuju dan akan kekal bersama PAS kerana saya rasa, sebagai orang yang beragama Islam, saya ada kedudukan istimewa sesuai dengan PAS adalah sebuah parti Islam," katanya.

Dengan cara ini, kata beliau, orang bukan Islam tidak akan terasa mereka ahli kelas kedua kerana mereka berhak mengundi dan diundi sebagaimana ahli PAS yang lain.

Cuma tidak boleh menjadi timbalan dan presiden PAS sahaja kerana ia diperuntukkan kepada orang yang beragama Islam sesuai dengan namanya parti Islam.

"Itupun mereka boleh apabila mereka memeluk Islam selepas melihat keadilan yang diberikan Islam dalam PAS," kata Datuk Amir.

37 comments:

abe MIE 'TERJAH' said...

salam...

keluar PAS jadi macam mahathir..tak masuk UMNO atau PKR.

Kalau Datuk Amir keluar PAS, siapa nak ambil tahu. Kalau Nik Aziz atau Hj Hadi, lain lah. Sepatutnya Dato Amir dah lama keluar PAS atau keluar PAS jangan cakap banyak.

Kan PAS itu Islam, PAS itu pemerintahan ularmak. PAS itu kebajikan. PAS majukan Islam. PAS lawan orang kafir macam MCA dan MIC bukan DAP tau. PAS majukan melayu Kelantan..macam abe MIE... perasan pula lebih.

Kenapa nak keluar PAS. Dok aje dalam PAS. Pejam celik, kubur kata mai lah. Rumah kata, pi lah (bukan pi tengok jom heboh)...tapi pi jumpa Tuhan..

PAS adalah PArti selamat... betul kan??? kan kan kan kan

pkrpasdap.blogspot.com

slyderrose said...

Remain status quo. Let non-muslim be members of Kelab Penyokong PAS.

suhaimi said...

salam...

kenyataan yg di tunggu2 oleh mie al-jubury untuk menghentam pas.manusia sakit jiwa dan hati.hidup dia hanya utk menentang gerakan islam.esok 'mampos' dia tahulah......

bn@umno said...

Aku dah cakap, mmg terbukti pemimpin PAS ini bangang, bodoh, pentingkan diri sendiri.Hey penyokong PR, inikah yg dikatakan semangat pakatan rakyat yg dilaung-laungkan selama ini?Islam merupakan satu agama yg adil dan tidak bersikap perkauman tapi malangnya pemimpin PAS pula yg bersikap perkauman.Yg peliknya PAS melaung-laungkan perjuangan mereka berasaskan islam tapi malangnya indah khabar dari rupa.PAS mmg satu parti yg tidak sehaluan dgn PR, jadi dgn sikap angkuh PAS ini maka ia akan mengukuhkan lagi Parti BN.Aku percaya orang cina dan india takkan undi PAS lagi lepas ini dan akhirnya akan membawa kpd kehancuran PR.

abe MIE 'TERJAH' said...

salam...

BN@UMNO tak baik hina PAS.. PAS kan sekarang dah suka konseprt al-buntut pakai seluar merah...

PAS kan dah jadikan hudud liwatnya sebagai hudud Islam..

PAS berjaya tegakkan negara perindustrian Islam- kandang babi, protes minyak, buat ceramah hentam orang,...

PAS berjaya mengatasi masalah jenayah, masalah sosial, pelacuran sahaja (liwat kira makhruh), perjudian, arak...

PAS kan Islam, mana boleh kerjasama dengan kafir UMNO...

PAS kan semua elok,, diam aje lah...

kan gitu

pkrpasdap.blogspot.com

M.Sulaiman (utohkacil) said...

Si GILA BABI - 'abe mie' dah mula meracau kat sini pula.

Jangan di layan si gila babi ni.

Klu tengok gaye nye dah tentu 'natang ni beribu kan beruk betina gila dan berbapakan babi sawan.

esohor said...

abe mie dan umno

nak tanya - kenapa tiba2 dok bertepuk tangan benda yang tak jadi lagi...

datuk amir kata dia akan keluar kalu PAS terima bukan islam. PAS ada terima ke srkg ni? tak lagi...... PAS akan bermuzakarah dulu benda ni......

ni lah - lebih sudu dari kuah...... org2 PAS relax wat tak tau jer.... yg dok perati dari luar ni terlompat2 lebih dari org PAS sendiri.....

++++++++++++++

agak2 bila UMNO nak buka keahlian kat cina dan india pulak - org dayak, kadazan dusun dah ramai dah join umno hehehe

++++++++++++=

org siam mcm abe mie pun dah join umno rasanya :) :) :)

ilham_sufi said...

to abg mie,

apa bezanya pas dgn umno

1.Org pas bla bbcara dlm blog nih ader tatasusila.umno mcaci n mmaki

2.org pas x fitnah org,umno ska mfitnah

3.pas bpandukan al-quran n hadith,umno btuhankan undang2 yahudi

4.pas kta judi tuh haram (ikut islam),bn kta judi tuh halal bla ader lesen

5.pas ptingkan kselamatan rkyat sbb tuh stuju pusat pternakan babi sec moden,umno x stuju(wlau sblm nih stuju)sbb x dpt komisyen n umno lbh ska sec bselerak spya rkyat tseksa.(jemput abg mie n bnumno k sepang,tgk sdiri)

6.pas kta arak haram (ikut agama),umno kta x blh haram sbb sumber ckai utama (utk pgetahuan malaysia ant 10 pgeluar arak tbesar dunia n ant 5 ngara pguna arak tbesar d dunia).org umno byk yg togok.

7.pas kta hukum hudud plg ssuai(sbb d dunia dh dhukum,d akhirat tlepas dr seksa allah),umno kta x ssuai (tkt rmai pmimpin dia kudung,mklum ler byk mkn duit rkyat)

8.org pas bdoa agr abg mie n bnumno
insaf jd org yg lbh beriman (wlau kta mcm2 pd pas),org umno doakan abg mie n bnumno mati tseksa (skiranya dia org ktuk umno)

byk lg beza dia.tp xlarat nk taip.

aku dulu umno totok,tp skrg bjuang mdaulahkan islam.

kamal farhan said...

bn@umo dan abg mie...

yg mahathir DAH KLUAR UMNO dai xmau bising dan bagi komen..yg datuk amir baru ckp jer,yg tue dia dok sibuk komen..

pemimpin2 pas tau lah apa diorang buat..

haih..

suhaimi said...

salam....

puak2 ni memang juara sorak.mcm red indian......

Anonymous said...

Salam....
apa sangat yang abg mie n bn@umno nak kecohnya...
itu hak dia la... PAS ada majlis syura sendiri...
baik buruk akan bergantung kepada kebijaksanaan pemimpin dalam masjlis tu...
mereka akan membuat keputusan.... sama ada menerima atau tidak itu terpulang kepada keputusan sebulat suara mesyuarat...
memang setiap pandangan akan diambil kira... baik buruk akan dikaji...
mereka adalah pemimpin-pemimpin yang bertunjang Islam...
Allah Maha Adil.... InsyaAllah mereka akan diberi petunjuk dalam hal ni...
Allah Maha Mendegar keluhan hambanya yang beriman dalam kesusahan...
biasanya yang aku tengok dan dengar, setiap keputusan mereka ini dalam situasi menang-menang.
Menguntungkan kedua-dua pihak...

TokBatin X said...

Tok Batin: ‘Seme ni kuda kayu, almaklumlah otak seme dah seme gantung dan salai, mungkin dah na’ hanghuh. Seme tanya sikit bolih ke?’Deme yang melalak2 di blog Siasah ni sape ye?

Tuhan: ‘ Deme2 ni macam patriotik, tapi sebenornye kude2 kayu tunggangan orang2 politik jer’

Hamzali said...

Yang Datuk Amir sibuk sebelum muktamar ni kenapa? Nak publisiti ke? Orang bukan islam masuk parti PAS pun apa salahnya? Islam tunjuk contoh terbaik, mereka lama-lama akan ikut kalau kita baik le. Tapi kalau yang beragama islam perangai macam syaitan tu yang dia orang dok gelak tuuu. Kata islam! perangai teruk, memalukan islam je. Ni kat blog ni sama le. Masing masing dok mengutuk antara satu sama lain. Cuba cuba lah tahan sikit emosi tu!!!!!!!

M.Sulaiman (utohkacil) said...

PAS boleh kasi masuk cina dan india.
Tapi PAS mesti ingat, pada PRU12 yg lepas kita lihat cina dan india bertempiyaran lari tinggal kan BN(UMNO). Apa sebab?

Ada banyak sebab:

1.Pemimpin UMNO semua dah jadi BUSUK.
2. Ini bangsa tak boleh haraf dan tak boleh di percayai.

bn@umno said...

Apabila Datuk Amir keluar drpd PAS nanti jg lupa menyertai UMNO seperti yg berlaku kpd Ezam(Keadilan->Umno).Kalu Datuk Amir keluar PAS nanti, Datuk Amir jgn lupa mendedahkan segala salah laku pemimpin PAS spt mana Ezam yg mendedahkan segala salah laku pemimpin Keadilan.Kerana malaysia perlukan seorg pemimpin yg berani mendedahkan segala salahlaku pemimpin.Tindakkan Ezam mendedahkan segala salah laku pemimpin Keadilan patut dipuji dan dicontohi.

M.Sulaiman (utohkacil) said...

sdr bn@umno,

Datuk Amir seorang yg dihormati, hidup berprinsif teguh, serta tebal iman nye,

bukan seperti Ezam, Dari UMNO lompat PKR dari PKR lompat balik UMNO, macam beruk jantan sundal gila ter lompat2 dari dahan ke dahan mencari makanan!

Orang PAS jangan di sama kan dgn orang UMNO yg gila kuasa gila tamak mencari harta kekayaan menibai duit rakyat.

Lihat sahaja ketua2 beruk UMNO hingga kini asyik ter lompat2 kesana kemari cari makan!

umisa said...

salam,
Orang PAS jangan di sama kan dgn orang UMNO yg gila kuasa gila tamak mencari harta kekayaan merogol duit rakyat tak ingat nak mati, org pas dia berpandu pada islam & ingat pada kematian akan sampai bila bila tu dia tak melonpat sana sini

Aku Insan Biasa said...

hahahah.. lawak.. lawak.. wtf u old man think about?!! tolong ar.. letih ar.. mende2 mcm ni pon nk kecoh.. kuar pas la.. kuar bn la.. nk kuar.. kuar je la.. x yah la gune statement yg poyo tuh!

mm.. btw.. u r too paranoid.. "ape?! bukn islam nk masok pas!!.." "... baik aku kuar dr PAS"

tolongla.. jgn la jadik mcm dak2 kecik.. pk la +ve skit..

ello pakcik!! pakcik ingat.. kalo pakcik kuar pas..or whatever.. anak cucu pakcik hidup seng ke mase depan.. pakcik2.. sedih la tgk orng2 mcm ni.. kate dh idup lame..matang ke tindakan tu?

ape la sangat ngn "keahlian" pak cik tu dgn perjuangan.. yg sepatutnye pakcik utamakan...

ok.. msti ade yg akn ckp mcm ni.. "PAS utk perjuangkan nasib orng islam ye" ok.. kalo pas jadi kerajaan.. abes tu.. cine india.. nk letak mane..?? pk la sikit.. so.. x salah la kalo keahlian tu di buka kat orng bukan islam kan...

ape2 la pakcik.. letih la sy tgk isu2 skrng ni.. x larat... skrng sy dok pk.. mcm mne la mase depan orng2 mude skrng ni.. yg tua.. sbok nk kejar jawatan.. nk kumpul harte katenya..

yang belia.. katenye x nk memperjuangkan n x faham erti perjuangan.. ok.. ape2 je la.. kalo sume orng2 tua nk bolot.. belia ni.. kene join rakan muda je la.. jadi jentera angkat turun poster parti je la.. pastu.. g kutub utara.. terjun.. ape la sangat mende2 tu...

letih la... cbe ar pk skit.. kate perjuangan pas suci dan murni.. so.. prove it la.. wat pe nk mencang cite yg tah ape2 ni..

let say la.. kalo non muslim jd ahli pas.. mane la tahu kan.. Allah maha besar.. buka hati diorng ni.. utk peluk islam.. subhannallah.. pakcik2 sume ni.. pn dapat saham jugak.. ade la pahala.. masya'allah...

x pernh ke nk pk pasal mende tu.. ni dok pk pasal keahlian.. watever!!

sy tau.. ramai yg xkan faham ape yg sy tulis ni.. x kesah pon.. sy bukan anti kerajaan.. n bukan penyokong pembangkang...tapi.. saya pencari kebenaran...

Aku Insan Biasa said...

ok.. aku baru bace komen2 orng yg paranoid.. hahahahaha...

korng mmg clown yg suke buat orng2 tergelak.. dah la tu.. komen x membina langsung..

untuk bn@umno.. ko tau x.. kalo ade bdak kecik terjatuh kan barang.. pastu ade bdak lain yg akn ckp mcm ni.. "ha.. ha.. x tau.. sape buat.." "... repot kat cikgu.. ko jatuhkan pencil box aku..."

hahahaha... ko la bdak kecik tu.. budak yg akn bergembira bila orng lain buat kesilapan... n dlm mase yg same.. menonjolkan keburukan diri sendiri..
hahahahaha..

teringat aku kt zaman2 tu.. ape2 la.. asalkan.. korng byk bil api n internet korang sendiri...

hahahahaha...

SHADAN HJ OTHMAN said...

sebenarnya dtk amir ni dah balik kat pangkal jalan...dia dah nampak yg PAS dan penyokongnya hari ni dah lari dari perjuangan...last year nak masukkan cina dlm pas, tahun ni lak nak buang pemimpin islam kat Perak..dtk amir dah perasan yg pas ni dah dayus...

Ibn Q said...

Assalamualaikum tuan-tuan budiman yang menghargai PAS...

PAS dibentuk untuk apa sebenarnya?
Adakah pemimpin2 PAS selain Dato Amir materialistik dan gila pangkat? atau ingin mencari populariti?

Saya tak lihat macam itu, malahan perjuangan mereka adalah kerana Allah semata-mata untuk Islam.

Adakah Islam untuk orang Melayu saje? Islam itu universal, sepatutnya untuk sesiapa saja yang sukakan Islam. Baguslah Orang Cina nak sokong PAS. Mereka suka Islam la tu.

Ttapi yang berlaku nampaknya D. Amir tidak ikhlas dalm perjuangan Islam. Saya rasa dia tiada ilmu ukrhawi yang mendalam, yang dia ada ilmu duniawi sahaja.

Tercatat dalam sejarah Islam tentang kaum munafik yang cuba memecahbelahkan umat Islam di Zaman Rasulullah dan Sahabat.

Fikir sejenak kerana Akhirat...

taipingmali said...

'PAS FOR ALL'maka tak mustahil boleh. dah ada pun orang Cina jadi ahli Pas biasa bukan bersekutu.

Cina mesti Islam lah kata pemimpin PAS dan boleh jadi PM...

ebe mie!! maaf yer aku pun tumpang menyebuk kat sini..

abe mie....Pas kata "lawan tetap lawan" maka kita pun kena kata " kacau tetap kacau"

tadi aku jumpa ada mamat sokong anwar dia kata anwar betul dan tak salah, dia tu sahabat anwar masa kecil dan remaja kah..yang dok bela anwar tu....

anakanda said...

wahai HAMZALI dan BN@UMNO,

pertama sekali, pendapat hanyalah sekadar pendapat. itu dimiliki oleh
setiap individu. dan keputusannya 100% terletak pada individu tersebut. saya tidak nampak ciri2 datuk amir cuba untuk mencari publisiti. cuba anda specify di mana nya yg datuk amir ini cuba nak cari publisiti. dia telah menjadi seorang pegawai diplomatik yg sangat disayangi perdana menteri
yg lepas. anda sanggup nak mencaci seorang yg tidak pernah mengamalkan
rasuah selama dia bertugas? cermin
diri anda dahulu dan bandingkanlah anda dengannya. layakkah anda bercakap kasar tentang statement di atas.

2. datuk amir TIDAK MUNGKIN akan masuk UMNO. tun razak sendiri telah
mempelawa beliau tetapi beliau menolak dgn baiknya kerana hatinya sudah dimiliki pas. jadi, tidak perlulah anda semua risau datuk amir akan condemn pemimpin2 pas kalau benar pun dia akan keluar drpd pas. do i make myself clear?

ilham_sufi said...

to semua:

baca btul2 komen datuk amir tuh.kalu x dpt tgkap bli siasah.akhir skali dia ckp akn stia dgn pas wlpn pas bka keahlian kpd kaum lain.tuh cth pmimpin yg setia pd islam

SHADAN HJ OTHMAN said...

pas ni memang dah terdesak pun...hari ni nak buat baik lak dgn bn...katakan yg pkr asyik buat keputusan refer pd dap...kan aku dah kata pkr ni talibarut yahudi...hari ni pas baru nak sedar..harap2 koorg baliklah kepangkal jalan yer mcm dtk amir 2...

peon pencen said...

sdr shadan,

mana de manusia yg waras akal fikiran nak masuk umno.

kecewali si ezam yg pentingkan duit tu saja yg dah masuk nmno.

TDM bekas 'pemimpin agung' umno pun dah keluar umno!

kecewali manusia mcm anda saja yg masih bebal.

SHADAN HJ OTHMAN said...

sdr peon pencen,
aku pun x jemput ko masuk umno..tp dtk seri hadi awang dah warning pun pd PKR dan DAP jgn halang dia utk berincang dgn UMNO..ko jer yg pengikut PKR anak buah kp YAHUDI 2..hari ni DAP dan PKR memperalatkan PAS sahaja..

Aifa said...

aku insan biasa, sayasokong point yg anta utarakan. la ikra hafiddin. tiada paksaan dalam islam. kalau non muslem nak masuk pas, kitakena la redha kerana mereka telah setuju dgn perjuangan kita dan sedar nasib mereka tidak dipinggirkan. berdakwahlah secara berhikmah. kalau depa pakat2 masuk islam, kita semua dapat saham di akhirat, insyaallah. semua kerana allah

fryshadow said...

kalau dok baca blog je baca utusan tgk tv3 dengar rumors yang tak tentu pasal baik la org2 umno ni join skali usrah, kelas agama,ceramah2.. yang ada kat markas2 PAS lagi la bagus..

time tu baru la tau PAS ni ditubuhkan untuk ape..

jangan dok cakap ikut nafsu je :)

TokBatin X said...

To Fryshadow>
Kalu Tok2 guru tu janji yang seme ni dah tentu masuk seghoge, bolih le seme datang!. Kalu ta’, ta’ yah le! Baik le seme caghi rotan ke, rebong ke, nyumpit…..ke, repair dango seme yang bocor atap ni dengan beghotam ke, elok juge!

valencias said...

PAS adalah untuk semua kaum, kaum lain patut diberi peluang, Nabi pun menghormati kaum kafir dan menghormati mereka dan melibatkan mereka dalam pemerintahan negara...

alghurabak said...

salam, wooiii datok amir, ni la perangai org baru setahun jagung masuk perjuangan islam, haranm tak tau apa, sikit2 nak ugut keluaq PAS, hang keluaq laaaani, apa sumbangan hang kat Melaka, habuk pun tarakkkkkkkkkkkk, harap jual datok hang saja, ppiraaaaaah. dasar bekas UMNO, kritik pandai, kerja tarakkkkkkkkkkkkkkkkkkk.

masdarwahid.blogspot.com said...

salam muhasabah.

dalam hal ini, pas juga wajar melihat isu ini dengan lebih mendalam, objektif dan menyeluruh.

buat pengetahuan bersama, isu ini banyak dibangkitkan oleh yb mujahid yusof rawa, yang bertanggungjawab dalam hal ehwal kelab penyokong pas berkenaan org bukan islam.

yg peliknya, sehingga kini kelab ini tidak menyeluruh ke sabah dan sarawak. di sabah sehingga kini tiada langsung kelab penyokong ini diwujudkan sedangkan pada masa sama, sabah sejak dari pru 12, menjadi perhatian satu msia sebagai bakal atau penentu bertukarnya kera jaan bee end kepada pakatan rakyat.

saya mengharapkan tuan hj dr mujahid segera menubuhkan kelab penyokong di sabah sebelum sibuk mengusulkan keahlian pas dibuka kepada bukan islam.

fahami dan selami juga hati naruni kami penyokong pas sabah yang jarang dijenguk oleh pimpinan pas pusat.

alangkah baiknya jika sekali sekala yb mujahid khasnya bertandang kesabah...

http://masdarwahid.blogspot.com/

opisboi said...

sobonar nyo dia nak masuk ameno pasal itu dia cakap macam itu kalau dah ada sikap asabiyah elok lah msk ameno.

aliffridzuanlee said...

PAS = ISLAM

ISLAM adalah untuk semua!!!

Al-Fursan said...

tuhan saja taw dlm hati dato' ade ape..so jgn la kte pandai2 nk wat andaian...nnti jd dosa lak..

sufi_jihadi said...

Non-Muslim jadi ahli PAS? hmm.. menarik.. perlu ada pro dan kontra.. sekurang2nya bukak mata orang non-muslim ttg Islam yang sebenar.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...